Home

Salam w.b.t:)
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga , dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'akan ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya berpena di teratak ini. Atas rahmatNya, kini saya masih diberi peluang untuk terus berjuang atas dasar dakwah di jalanNya. Sungguh saya rasa saya merupakan insan yang lemah di hadapannya lagi-lagi bila merentasi kehidupan sebagai seorang anak , pelajar dan seorang dai'e.Yup saya akui ianya adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaiknya.Moga Allah SWT sentiasa menuntun saya agar thabat di jalan ini.InsyaAllah.

Di sini, izinkan saya memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya:
  1. Nama sebenar saya ialah Nur Diyanah binti Mohd Salim. Nama pena yang sering digunakan ialah 'Ummu Raudah'. Nama pena ini memang saya gunakan kerana di dalamnya terselit agenda ummah yang telah saya lakarkan dalam nukilan diari saya dan InsyaAllah saya benar-benar mahu merealisasikannya...juga sebagai batu loncatan untuk menjadi penulis suatu hari nanti.InsyaAllah.
  2. Dilahirkan pada tahun 1991 di Hospital Kluang.
  3. Merupakan anak ketiga dalam 5 orang adik-beradik.Dua orang lelaki dan tiga orang perempuan. Tetapi di rumah ummi dengan ayah selalu memanggil saya 'kak ngah'.Saya pun tak tahu kenapa... yang pastinya panggilan 'kak ngah' itu diberi pada saya selepas abang saya (anak ke-2), meninggal semasa saya dalam kandungan. Kesunyian semakin terasa apabila adik lelaki bawah saya (anak ke-4) di ambil kembali oleh Pencipta Yang Maha Esa pada 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432H. Walaupun begitu saya tahu abang dan adik saya sedang berehat dan bahagia di singgahsanaNya.Saya amat-amat-amat menyayangi mereka. Pemergian 2 hero dalam keluarga kami, kini yang tinggal hanyalah 3 orang puteri menemani hidup ummi dan ayah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.InsyaAllah.
  4. Saya mempunyai prinsip hidup iaitu 'Bertaqwa semampunya dan berusaha untuk ikhlas selalu'.
  5. Mempunyai impian dan cita-cita untuk menjadi seorang pendakwah tegar dan pada yang sama ingin menjadi seorang Doktor yang bermanfaat untuk ummah...InsyaAllah.
  6. Minat sangat untuk menceburkan dalam bidang perniagaan.InsyaAllah.

Dari segi akademik pula..sejujurnya saya katakan saya bukanlah seorang yang pandai dan saya bersyukur dengan kurniaan dan rahmatNya kepada saya yang hina.Saya perlu melihat hikmah ini dari sudut yang positif.Mungkin Allah SWT menempatkan saya dalam lingkungan ini agar saya merasa indahnya kejayaan yang bersulamkan dengan kesusahan dan kepayahan.Melihatkan kebiasaan sifat yang saya miliki, saya cuba melihat dan mencari kekuatan diri.Detik kesedaran untuk berubah itu bertitik tolak pada satu peristiwa yang membuatkan saya sedar bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini selagi kita berusaha ke arah kebaikan.Berikut adalah prestasi pencapaian dunia yang saya perolehi:

UPSR- 3A
PMR - 8A
SPM - 5A


Darjah 1 - 6 = Menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh(SKSB).
Tingkatan 1 - 3 = Menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah(STA).
Tingkatan 4 - 5 = Menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat(MRSMBP).
Kini = Menuntut di Nilai University College, Negeri Sembilan dalam bidang Juruteknologi Makmal Perubatan/ Medical Laboratory Technology.

Saya ingat lagi yang saya pernah ditegur oleh seorang senior ketika saya belajar di MRSMBP. Ketika itu , beliau perasan yang saya begitu ghairah mahu mendapatkan yang terbaik dalam SPM. Kiranya semua yang saya lakukan pada waktu itu adalah belajar...belajar...belajar.Hal ini berlarutan hinggakan satu saat saya sangat terkejut kerana gagal paper Biology.Saat itu, kakak senior ini mendengar rintihan saya sebagai juniornya ,lalu dipeluknya saya dengan erat sekali. Kakak itu mengingatkan:


"Adik , betulkanlah niat kita tiap kali mahu melakukan sesuatu dengan niat tidak lain hanyalah untuk mencapai redha Allah dik.Pangkat tu tiada apa-apa di sisi Allah dik...cumanya lakukanlah sesuatu dengan ikhlas dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah.Yakinlah setiap insan yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Gunakanlah kelebihanmu itu untuk menutup kekuranganmu.Kita berada di sini bukan untuk belajar memanjang tanpa memikirkan tugasan yang lebih besar iaitu memandu manusia ke arah kebaikan dan jalan yang diredhai Tuhan dik.Belajarlah untuk lebih mendekati pencipta kita sebelum kita mentaati kejadianNya.InsyaAllah adik akan nampak jalan yang lebih luas untuk mencapai kejayaan ini."

    Bermula dari saat itu, saya cuba beranikan diri untuk melangkah melayari kehidupan ini.Saya yakin Allah SWT bersama-sama saya.Saya tak nak stress sangat memikirkan pangkat / pointer ...kerana saya takut jika saya terlalu memikirkan pointer yang tinggi yang perlu saya capai setiap sem, sampai satu saat saya akan kecundang dan saya mungkin boleh jadi gila jika saya gagal mencapainya .Apa yang penting, saya perlu belajar untuk mengikhlaskan diri melakukan sesuatu kerana Allah SWT.InsyaAllah bila ikhlas mendahului , redha Allah SWT menyusuli dan rezeki pelbagai sudut mampu kita perolehi. Jika rezeki itu tidak dalam peningkatan pointer, mungkin Allah SWT sudah menganugerahkan kita dari sudut yang lain...iaitu Allah SWT menganugerahkan kita sifat sabar dalam mencapai kejayaan. 

    Yakinlah , Allah SWT tak pernah membebankan seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Jangan pernah berputus asa walaupun kalian telah banyak kali jatuh.Bangun semula dan binalah kekuatan itu.Kekuatan itu tidak datang sendiri tetapi perlulah dibina dan dicari.

__________________________________________
campus life is all about DAKWAH and study..;-)

Amirul Mukminin Saidina Umar pernah berkata :
Aku tidak risau makbul atau tidak sesuatu doa. Akan tetapi aku risau akan kesungguhan hati ini dalam berdoa. Apabila aku diberi ilham untuk berdoa, maka aku sangat yakin akan kemakbulannya.

''Alangkah sedihnya, kamu boleh lihat betapa sesetengah manusia mengangkat kedua tangannya ke hadrat Allah hanya beberapa minit sahaja dan hanya untuk mohon keampunan. Berbanding sanggup berdiri beberapa jam menunggu urusan hingga selesai dengan orang yang ia ada keperluan dunia''.

'LEARN HISTORY OR WE WILL BECOME HISTORY'
                                                                           ***  ***  ***
          Dikesempatan ini , izinkan saya berkongsi sedikit kata-kata semangat dari seorang ukhti Miza.Sejujurnya kata-kata beliau juga membuatkan diri ini lebih bersemangat untuk berjuang menjelajah dunia(mencari dan menuntut ilmu).InsyaAllah:

Pergilah, jelajahilah dunia, lihatlah dan carilah kebenaran dan rahsia-rahsia hidup; niscaya jalan apa pun yang kau pilih akan mengantarkanmu menuju titik awal. Sumber kebenaran dan rahsia hidup akan kautemukan di titik mula perjalananmu. 

Perjalanan panjangmu tidak akan mengantarkanmu ke hujung jalan, justeru akan membawamu kembali ke titik permulaan. Pergilah untuk kembali, mengembaralah untuk menemukan jalan pulang. Sejauh apa pun kakimu melangkah, engkau pasti akan kembali ke titik awal. 

(The Alchemist-Paulo Coelho)

***

Aku mahu jelajah dunia kerana aku mahu belajar banyak perkara.  
Belajar tentang hidup dan peraturannya,
Belajar tentang manusia dan ragamnya,
Belajar tentang alam dan kepatuhannya.

Semakin jauh tanah ditapaki,
semakin kerdil jadinya diri,
semakin kecil rasanya Bumi,
sesungguhnya dari Allah kita datang
dan kepada-Nya juga kita dipulangkan.

No comments:

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails