Wednesday, March 8, 2017

Hai Anakanda Furqan :)



    Salam w.b.t

          Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya dapatlah saya kembali bertinta di sini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban jiwa , raga , harta dan nyawa mereka sehingga kita semua dapat merasa nikmat iman dan Islam sehingga hari ini.Alhamdulillah.

          Alhamdulillah pada 13 Febuari 2017 bersamaan 16 Jamadilawal 1438H saya telah selamat melahirkan anakanda Furqan dengan beratnya 3.46 kg. Saat melahirkan Furqan adalah detik yang merubah paradigma saya sebagai seorang anak yang mana mengingatkan saya bahawa saya juga telah dilahirkan oleh ibunda tercinta. Usai Furqan keluar melihat dunia dan diazankan oleh abinya , airmata saya mengalir deras dan deras sehingga sukar diseka. Allahu Rabbi bertapa besarnya pengorbanan ibunda melahirkan saya. Rasa sakitnya tu jika diberi pilihan nak rasa atau tak , saya rasa kaum adam pun tak sanggup menghadapinya.

          Doktor dan staff yang menguruskan procedure sepanjang berada di Dewan Bersalin pelik kenapa saya menangis padahal baby dah selamat keluar. Tak terkata nak mengungkap bicara kata. Rasa diri ini terlalu hina di hadapanNya. Kejadian itu membuatkan saya lebih sedar dan insaf bahawa pentingnya kita sebagai anak-anak ini berbakti kepada kedua ibu bapa kita semasa di dunia. Jasa mereka membesarkan kita terlalu besar jika nak dibandingkan bebelan dan bisingnya mereka kepada kita.


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di Antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.
 ( Al-Isra:23)

        Benarlah dikatakan Allah SWT itu Maha Kuasa. Dia meletakkan dan memberikan amanah serta tugas sesuai dengan fitrah setiap hambaNya. Tidak pernah menzalimi sesiapa. Lelaki ada tanggungjawabnya yang perlu dipikul dan begitu jugalah halnya dengan perempuan. Sebagai contoh diberikan tugas untuk melahirkan ini khas untuk wanita sahaja dan tidak kepada kaum adam. Subhanallah. Mungkin pada ibu-ibu di luar sana yang telah merasa banyak kali proses melahirkan ini, sudah lali dengan kesakitan ini tetapi percayalah ianya bukannya satu proses yang mudah. 

          Bagi kaum wanita yang  melalui proses berpantang semestinya selepas bersalin, waktu inilah yang perlu digunakan sebaiknya untuk merehatkan diri (bukan saja-saja nak rehatkan diri ya) , tetapi waktu ini amat penting untuk kita kumpul tenaga dan dapatkan kesegaran tubuh seperti sebelum mengandung atau bersalin. Kaum lelaki kena faham dengan sentiasa membantu isteri membasuh baju , memasak untuk isteri , dan lain-lain yang boleh membantu mengurangkan rasa stress dan kawal emosi isteri sepanjang tempoh berpantang.

        Ingat lagi semasa Furqan ada penyakit kuning. Ditambah lagi dengan keadaan diri yang masih lemah , jahitan terbuka ;( dan masalah buasir , saya rasakan separuh kekuatan diri ini hilang. Tetapi Alhamdulillah dengan adanya sokongan keluarga dan kawan-kawan yang tidak putus-putus , saya dapati juga kekuatan itu.

         Semasa Furqan kuning , pelbagai cara yang saya guna melalui pengalaman orang lain yang anaknya pernah ada kuning juga. Salah satunya , lumurkan badan baby dengan timun hijau , mandikan dengan daun inai , mandikan dengan soo hun , bagi minum sengkuang cina dan yang paling tip top banyak kali diingatkan bagi minum susu ibu kerap setiap 1 jam. Masa Furqan , dengan izin Allah SWT , anakanda sembuh pada hari ke-21 nya. Tidak apa-apa lah Furqan ulang-alik hospital banyak kali , asalkan anakanda sihat.



Hai anak penyejuk mata
penawar hati dan duka lara

Hai anak kau di antara berjuta nikmat yang dikurnia
amanah buat ayah dan mama
jariah kami menuju ke syurga


        Dan kini Furqan berusia 23 hari , Alhamdulillah semoga anakanda membesar dengan baik ya. Menjadi anak yang soleh , cintakan Allah SWT dan RasulNya , menjadi seorang hafiz dan pendakwah untuk ummah. Tidak sabar rasanya nak melihat Furqan membesar.Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan nikmatMu kepada kami. Bantulah kami menjaga, mendidik dan mengasuh amanahMu ini Ya Rabb.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails