Friday, July 15, 2016

Peringatan Buat Yang Leka



Salam w.b.t.
      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali menukilkan kembali secebis rasa di sini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda yang telah banyak menyumbang seluruh jiwa raga demi tertegaknya kesejahteraan agama dan ummah.

       Alhamdulillah kini hampir 3 bulan lebih saya berumahtangga. Benarlah banyak perkara yang diambil kira untuk meneruskan bahtera kehidupan. Jika dahulu setle perkara sorang-sorang , kini tidak lagi. Jika dahulu jaga perasaan kita dan keluarga kecil , kini banyak perasaan keluarga besar yang perlu dijaga. Masa pun dah kena atur sebetul-betulnya antara kerjaya , tugas sebagai seorang isteri dan seorang pelajar. Yang nyata zauj seorang yang sangat baik yang sabar dengan segala karenah saya dikala suka dan duka. Terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaan yang Kau kurniakan kepada saya.




        Seketika tadi saya baru sahaja selesai kelas Technical English II di Unisel Shah Alam. Banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada Madam Noraini Yaumiddin. Namanya jangan salah disebut , nanti ada yang tak senang hidup..hehe. Madam ni wajahnya seiras sama seperti sahabat saya iaitu Kak Nadia Md Dani Goh(usrahmate masa dulu-dulu). Madam bagitahu kita ni tak perlu buat perubahan yang besar-besar yang kadang-kadang sukar orang nak ikut , tetapi lakukanlah perubahan yang sedikit yang orang akan berfikir mudah sebenarnya nak lakukan perkara tersebut. 

         Contoh terdekat adalah kesedaran kita untuk menyelamatkan alam sekitar. Selalu sahaja guna plastik dan polistrin jika membeli belah di bazar Ramadhan.Kan lebih baik bawa bekas makanan dari rumah untuk mengisi makanan yang kita beli tu. Orang yang pelik dan tidak faham semestinya akan keep on questioning , tetapi bagi orang yang faham dia akan berfikir dan berubah untuk selamatkan alam. Simple kan.

         Peringatan madam yang lain adalah gunalah masa muda untuk melakukan seberapa banyak perkara yang berfaedah seperti menyertai persatuan , menjadi volunteer , dan buat banyak kerja-kerja amal , sebab memberi kebaikan kepada orang lain itu mulia dan memudahkan kita mendapat rezeki lain dari sumber yang tidak disangka-sangka.Saya pun ada join NGO juga , dan saya harapkan semoga Allah SWT menetapkan saya di jalan Dakwah dan Tarbiyah sehingga akhir kehidupan saya. Biarlah penat saya , penat di jalan ini . 

       Seperti kata-kata As-Syahid Hassan Al-Banna di dalam buku Majmu Rasail , Tanyakan Pada Diri Kalian, Adakah Kita Golongan Yang Bekerja? Beruntunglah seorang hamba yang hidupnya Allah SWT memberinya hidayah dan kemudahan lalu menuntunnya hidup dan mati bersama Dakwah dan Tarbiyah. Kita ni jika bermain-main buat dakwah , kejap istiqamah , kejap hilang , lepas tu dan semakin menjauh , tetap tidak akan memberi kesan buruk terhadap dakwah ini. Dakwah ini tetap akan hidup diteruskan perjuangannya oleh kader-kader yang lebih hebat daripada kita. Kita berundur ke belakang , tetapi dakwah akan terus berkembang dan tersebar ke hadapan. Dakwah tidak rugi apa-apa , kita sebenarnya yang rugi besar.



        Untuk para pendakwah , janganlah kita terleka. Jagalah tingkah laku kita . Jagalah mutabaah amal kita . Jagalah solat kita. Teruskan mencintai Allah SWT walaupun di satu saat kau rasa berputus asa dan tidak punyai apa-apa. Bukan kau tidak punya apa-apa , jangan kau lupa kita masih ada Tuhan untuk mengadu masalah dan menenangkan jiwa. Bacalah kembali kalamNya agar kau bisa memahami ayat-ayat Allah SWT dan faham maksud ertinya. Janganlah sedih , jika kita tiada bahu untuk bersandar  , kita masih punya sejadah untuk kita berdoa dan meminta keampunan dariNya.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails