Saturday, January 2, 2016

Mari Pergi Lebih Jauh 2016 Ini !


Salam w.b.t
      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya diberikan sedikit keluasan masa untuk kembali bertinta di sini. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah berkorban jiwa dan raga sehingga tertumpahnya nikmat iman dan Islam di dalam diri kita sehingga saat ini.

       Exam final bagi sem 3 MLS telah pun berakhir pada 15 Disember 2015 lepas.Harapannya result semuanya ok. Terkadang saya akui , kurang pengabdian kepada Yang Maha Esa lantaran sisa kejahilan yang bersarang di jiwa…tetapi setiap kali ianya datang saya cuba untuk membuangnya keluar jauh dari lubuk jiwa.Ampunilah diri ini Ya Allah. Saya tidak akan berputus asa mendapatkan keampunanMu. Ampunilah segala dosaku dan terimalah taubatku.



       Bulan berganti bulan , dan kini kita berada di bulan 1 tahun 2016. Allahurabbi . Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita. Doa saya , semoga kita semua sentiasa beroleh ketenangan hati dan jiwa apabila sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah sekali lagi pada tahun ini kita diberi peluang untuk terus bernafas dan bekerja demi agamaNya. Walau lelah dan terasa payahnya , bangkitlah semula sehingga perjuangan ini menutupkan tirainya secara terhormat dan secara bermaruah dan bukan secara hina dina.

        Ada beberapa cerita disekeliling yang cuba untuk diluah tetapi perlu disemat di hati. Banyak yang menyentuh akal dan hati dan membawa diri malu dengan diri sendiri. Ya benar. Setiap orang tidak pernah terlepas dari ditimpa ujian pemberian Allah SWT. Memikirkan terus menerus ujian itu bukanlah cara yang terbaik sebenarnya menghadapi ujian , tetapi berfikir dan mencari solusi masalah tersebut adalah cara  yang paling terbaik untuk keluar dari kepompong masalah.

        Bersempena dengan suasana  Maulidurrasul pada kali ini 1437H yang masih terasa , sama-samalah kita semua bermuhasabah tentang diri kita sejauh mana bukti cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW. Baginda telah banyak mencurahkan jasa dan sangat menyayangi kita umatnya. Adakah kita masih mempunyai perasaan seperti itu? Baginda adalah contoh terbaik ikutan sepanjang zaman. Teladanilah segala kebaikan Baginda dalam segala aspek kehidupan. Sentiasalah berselawat kepada Baginda SAW kerana Baginda adalah pemberi syafaat kepada kita umat akhir zaman pada hari hisab bertemu Allah SWT.

        Harapannya tahun 2016 ini menjadikan diri kita lebih komited dengan dakwah dan tarbiyah di jalanNya.Latihlah diri agar melakukan sesuatu perkara tidak kiralah urusan dunia atau akhirat niatnya adalah DARI hati yang tulus dan bukan sekadar mahu mengAMBIL hati orang lain semata. Serahkan segala pengharapan kita hanya kepadaNya. In Shaa Allah kita akan merasai ketenangan cinta bertuhan yang sebenar. Berjaya di dunia , juga berjaya di akhirat dan hidup mendapat berkat dan rahmat dari Ilahi.


       Saya ingin berjaya. Saya ingin meneroka dunia. Saya ingin menulis semula. Saya ingin menjadi usahawan muda. Saya ingin menjadi hambaNya , anak , pelajar , ibu dan isteri yang solehah.Hilang segala prasangka pada yang membuat diri terluka.Berfikir ke hadapan dan berani melakukan sesuatu yang terbaik untuk ummah.Mungkin sampai nanti jadi ustazah. hehe.Impian biar setinggi langit.Sekurang-kurangnya jika terjatuh masih mampu disambar awan.Bukalah mata saya agar saya dapat melihat hakikat sebenar nasib dan keadaan ummah kini agar saya maklum bahaya rupanya masih banyak lagi yang belum dicapai tangan ini. Satu perkara yang penting juga adalah dengan sentiasa mengingati hari kematian yang akan menjemput saya bila-bila masa sahaja. ;( Doakan saya agar saya thabat di jalan ini.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails