Friday, October 30, 2015

Semoga Mentari Bersinar Kembali


Salam w.b.t.

        Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT  kerana dengan rahmatNya mengizinkan diri ini untuk kembali bertinta.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban nyawa , harta benda dan masa sehingga tertegaknya Islam di bumi Malaysia. Alhamdulillah.

      Air mata cuba disimpan untuk menghilangkan segala kegusaran di dalam jiwa dan hati. Dan terkadang ianya tidak dapat ditahan sehingga jatuh jua ke tanah. ;( Ya Allah sesungguhnya hamba terlalu lemah menghadapi masa akan datang...adakah saya masih tabah untuk meneruskan perjuangan ini . Saya tahu saya tidak boleh berhenti meneruskan perjalanan sebagai seorang pandakwah di jalan ini , cuba mengkentalkan diri untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya.

       Ya Allah ajarilah saya tentang kehidupan akhirat yang lebih bermakna agar berkurangnya rasa kecintaan terhadap dunia dan segala isinya. Tuntunlah hati ini agar tetap teguh di jalan ini walaupun bilangannya satu masa nanti saya berseorangan di sini. Kerjaya , assignment , test , presentation , s/u Kelab Patologi itu semuanya membuatkan saya memahami erti dan tujuan seseorang itu dijadikan. Penat memang terasa demi menanti kerehatan apabila bertemu Allah SWT...in Shaa Allah apabila tiba masanya suatu saat nanti. Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami di dalam iman.

       Semalam di dalam perjalanan nak ke tempat kerja , saya diperlihatkan dengan satu kemalangan jalan raya yang meragut 2 nyawa.Allahu Rabbi , menggigil tubuh melihatnya. Semoga mangsa tersebut di dalam redha Allah SWT. Betullah di mana-mana sahaja maut bisa kita temukan tanpa kita sedari. Maka dengan itu , percepatkanlah taubah dan persediaan untuk bertemuNya.

Ya Allah teguhkanlah saya seteguh Sumayyah;0

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.


“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Dan mereka mendapat kemenangan terbesar diakhirnya hidup mereka , iaitu syurga Allah SWT.

Sekitar pemandangan riadah bersama akhwat tercinta.Semoga kalian thabat.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails