Friday, October 30, 2015

Semoga Mentari Bersinar Kembali


Salam w.b.t.

        Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT  kerana dengan rahmatNya mengizinkan diri ini untuk kembali bertinta.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban nyawa , harta benda dan masa sehingga tertegaknya Islam di bumi Malaysia. Alhamdulillah.

      Air mata cuba disimpan untuk menghilangkan segala kegusaran di dalam jiwa dan hati. Dan terkadang ianya tidak dapat ditahan sehingga jatuh jua ke tanah. ;( Ya Allah sesungguhnya hamba terlalu lemah menghadapi masa akan datang...adakah saya masih tabah untuk meneruskan perjuangan ini . Saya tahu saya tidak boleh berhenti meneruskan perjalanan sebagai seorang pandakwah di jalan ini , cuba mengkentalkan diri untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya.

       Ya Allah ajarilah saya tentang kehidupan akhirat yang lebih bermakna agar berkurangnya rasa kecintaan terhadap dunia dan segala isinya. Tuntunlah hati ini agar tetap teguh di jalan ini walaupun bilangannya satu masa nanti saya berseorangan di sini. Kerjaya , assignment , test , presentation , s/u Kelab Patologi itu semuanya membuatkan saya memahami erti dan tujuan seseorang itu dijadikan. Penat memang terasa demi menanti kerehatan apabila bertemu Allah SWT...in Shaa Allah apabila tiba masanya suatu saat nanti. Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami di dalam iman.

       Semalam di dalam perjalanan nak ke tempat kerja , saya diperlihatkan dengan satu kemalangan jalan raya yang meragut 2 nyawa.Allahu Rabbi , menggigil tubuh melihatnya. Semoga mangsa tersebut di dalam redha Allah SWT. Betullah di mana-mana sahaja maut bisa kita temukan tanpa kita sedari. Maka dengan itu , percepatkanlah taubah dan persediaan untuk bertemuNya.

Ya Allah teguhkanlah saya seteguh Sumayyah;0

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.


“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Dan mereka mendapat kemenangan terbesar diakhirnya hidup mereka , iaitu syurga Allah SWT.

Sekitar pemandangan riadah bersama akhwat tercinta.Semoga kalian thabat.

Sunday, October 25, 2015

Harapan Tidak Buta


Salam w.b.t.

        Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT  kerana dengan rahmatNya mengizinkan diri ini untuk kembali bertinta.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban nyawa , harta benda dan masa sehingga tertegaknya Islam di bumi Malaysia. Alhamdulillah.

        Menyemak tabir diri , saya merasakan rahmat Allah SWT itu terlalu besar kepada saya dan keluarga saya. Di dalam situasi yang memerlukan saya untuk membuat keputusan dalam kehidupan ini , walaupun payahnya agak terasa…istighfar , dzikir dan doa menjadi pengubat hati yang sedang resah. Hanya pergantungan kepadaNya sahaja segalanya disandarkan.

         Pengalaman kehidupan yang sering saya perhatikan membuatkan saya sentiasa berfikir pelbagai ragam manusia yang perlu saya fahami dan dalami. Penyelesaian terbaik yang boleh diambil adalah dengan sentiasa berfikiran positif walau orang banyak memperkatakan negatif tentang diri dan keluarga. Juga membuatkan saya sedar jika saya di tempatkan di sesuatu tempat seperti mereka suatu hari nanti , pasti saya tidak akan melakukan perkara yang sama yang pernah diperlakukan kepada saya. Kita dikira sama sahaja dengan mereka , sekiranya kita membalas tindakan mereka terhadap kita. Perkara terbaik yang juga boleh dilakukan saat ini adalah dengan mendoakn mereka agar mereka sedar suatu hari nanti.

         Perjalanan hidup di hadapan membuatkan kaki saya kembali kuat untuk mengorak langkah ke hadapan walaupun ianya agak payah. Saya yakin saya mampu. Ujian saya terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan ujian dan mehnah yang dilalui oleh rakyat Palestin dan para sahabat dahulu. Yup saya akui saya akan berasa malu yang teramat apabila saya putus harap dengan diri sendiri sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT itu teramat besar bagi hambaNya. Tinggal kita sahaja sama ada mahu bersyukur ataupun tidak.

           Semalam , saya bersama akhwat PEMBINA Batu Pahat telah mendaki Hutan Lipur Soga di Bukit Perdana. Alhamdulillah , Allah SWT mudahkan segalanya. Pada awal pagi perjalanan hati saya risau apabila melihatkan jerebu semakin tebal. Tetapi alhamdulillah ianya semakin berkurang apabila para peserta sampai ke puncak dengan jayanya. Pada pendakian kali ini , saya  berkawal  di belakang para peserta supaya mudah untuk saya menjaga keselamatan para peserta. Saya merasa sayu bila teringatkan kembali saat itu.Salah seorang peserta ketika itu termuntah dan saya menemani dirinya yang agak tidak larat meneruskan pendakian.

           Saya memberi pilihan kepadanya sama ada mahu teruskan perjalanan atau berhenti setakat ini sahaja. Adik ini ternyata kuat apabila dia mengatakan dia ingin meneruskan perjalanan sehingga ke puncak. Dia yang saya maksudkan adalah anak usrah saya suatu ketika dahulu. Jujur saya akan terasa sebak apabila mengingatkan mereka berempat. Kebiasaan di dalam usrah dia dan tiga rakannya yang lain digelar dengan panggilan 4 serangkai kerana mereka sering bersama setiap masa. Saya akui keberadaan mereka di dalam terbiyah ini juga atas kefahaman mereka sendiri dan bukan atas desakan sesiapa. Jujur hati saya sangat gembira apabila diberitahu di saat-saat akhir yang mereka berempat akan join hiking di Hutan Lipur ini. Di saat mungkin ada yang mudah buat keputusan untuk meninggalkan dakwah ini , mereka datang membantu demi menggapai redhaNya.

           Rasa hiba terkadang hadir apabila mengingatkan yang mereka akan habis belajar tidak lama lagi di UTHM. Saya pula di sini harus menerima kenyataan bahawa saya perlu kerja lebih keras untuk meneruskan usaha dakwah di sini. ;( Ya Allah berilah saya kekuatan untuk thabat di jalan ini Ya Allah. Walau mereka akan pergi dan akan meninggalkan tempat ini. Saya sangat meyayangi mereka dan mereka adalah kurniaan yang terindah dari Allah SWT buat saya yang hina. Semoga adawiyahferatiqah thabat sehingga ke akhirnya.

adawiyahferatiqah

         Pulang dari riadah di Hutan Lipur semalam saya kembali bermesyuarat bersama mereka. Sebak rasa melihat adik-adik yang masih boleh bagi komitmen walaupun masing-masing dalam kepenatan selapas mandaki di Hutan Lipur. Semoga Allah SWT merahmati kalian dengan menebarkan seberapa banyak kebaikan di dalam kehidupan kalian. Dalam jam 5 petang  setelah selesai mesyuarat , ada seorang adik mengajak saya untuk hadir ke usrahnya bersama-sama adik-adik baru di Taman U. Ketika itu , terasa pening di kepala semakin memuncak, tetapi memikirkan semangat adik itu , saya kembali memadamkan hasrat saya untuk pulang kerumah untuk hadir ke usrahnya bersama adik-adik di malamnya pada jam 9.00 malam.

        Alhamdulillah , saya masih mempunyai masa berehat di rumah sewa saya di Taman U. Cukup tenang apabila kembali berdoa kepadaNya. Kadang saya menangis mengingatkan masa akan datang siapa yang akan bersama-sama saya di jalan ini. Saya yakin Allah SWT pasti membantu tika saya dalam kebuntuan.Malamnya , sebak lagi melihat kegigihan adik ni , Juliza kerana dia membuka mata saya untuk jangan menyerah kalah walaupun kepenatan datang di jalan yang sedang ditempuhi ini. Akak tidak mampu balas apa-apa melainkan doa akak buatmu wahai adik Juliza.




Dan aku pasti akan terus mengorak langkah
Walau satu saat aku perlu sendirian di jalan ini
Biarlah air mata yang mengalir menjadi penguat semangat
Dan juga menjadi iktibar pada generasi akan datang
Usaha yang kami lakukan saat ini terlalu sedikit
Sedangkan syurga Allah SWT itu terbentang luas bagi hambaNya yang bertaqwa
Terima kasih akak ucapkan kepada adik-adik dan akhwat yang telah banyak membantu
Aku menyayangimu semua kerana Allah SWT
Semoga kita sekental Fatimah , secerdik Siti Aisyah , setabah Asiah , segagah Bilal bin Rabah dan menjadikan Rasulullah sebagai ikon utama untuk mentaati Allah SWT
Semoga jika tidak lagi bertemu di dunia selepas ini semoga kita bertemu di jannahNya


In Shaa Allah ;(

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails