Thursday, July 23, 2015

Sedekah Berharga



                                                                 Salam w.b.t

      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayangNya , Dia masih memberi peluang untuk saya beramal dan beribadah kepadaNya.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berjasa dalam memastikan ad-deen tertegak di bumi ciptaanNya.

        Alhamdulillah hari ini telah sampai ke 7 Syawal 1436H.Dengan kasih sayangNya , Dia mengizinkan kita semua hidup sebagai seorang hamba walaupun hamba itu terkadang terlupa untuk sentiasa mengingatiNya , lupa untuk sentiasa berzikir kepadaNya.Allahu Rabbi.Maafkan kami Ya Allah.

         Hari ini scroll sebentar wajah di FB.Pelbagai gambar suasana Hari Raya di kongsi di FB.Entah rasa sedih dan hiba pula tiba-tiba.Tak tahu nak kata apa. ;( Sedih sebab (tuju kat diri sendiri) ,  selalu nak post macam-macam di FB ibarat kita bahagia nak tunjukkan perasaan kita beraya….kan best perasaan yang sama juga ada bila nak menghadap Allah SWT.Jika di FB , pasti akan mudah LIKE dan Comment status orang lain….gamaknya kadangkala sehingga 100 comment.Kan bagus perasaan yang sama juga ada setiap kali nak memahami ayat-ayat Allah SWT di dalam quran.Semoga kita semua tergolong di dalam golongan mereka yang sentiasa mendapat rahmat dan redha dari Allah SWT. Saya sangat suka quote ini:


“Mari cemburu pada yang FASIH beramal tetapi GAGAP bicara tentang keshalihannya.”
                                                -Salim A. Fillah-

         Tajuk entri kali ini adalah bertajuk , “Sedekah Berharga”. Saya sangat teruja untuk menulis entri pada kali ini kerana perkara ini banyak membuatkan saya tersedar tentang sikap saya , iaitu perlu sentiasa bersedekah.In Shaa Allah pada hari ini saya ingin berkongsi 1 cerita benar yang berlaku dalam kehidupan saya.Allah SWT telah menemukan saya dengan sahabat baik saya iaitu , Ain Masturah yang darinya saya belajar tentang erti kehidupan ini.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau menghadirkan insan-insan yang hebat di dalam hidup saya agar saya lebih takut dan taat hanya kepadaMu.
saya dan ain

          Kisah antara saya dan Ain bermula sejak kami melanjutkan pelajaran di UNISEL SHAH ALAM. Beliau adalah seorang anak yang tabah yang pernah saya kenal.Selalu tidak jemu untuk mengingatkan saya ketika saya degil dan lupa.Untuk pengetahuan para pembaca , sebenarnya di Universiti Nilai semasa pengajian Diploma MLT kami di sana, kami berada di dalam 1 batch yang sama , tetapi tidak rapat kerana ditempatkan di dalam kelas yang berbeza.Dan Alhamdulillah pertemuan kami sepanjang menyambung pengajian di UNISEL ini membuatkan hubungan persahabatan di antara kami lebih erat dan rapat.

             Kerana apa saya katakan beliau seorang anak yang tabah?kerana saya melihat sendiri bagaimana bertanggungjawabnya beliau menguruskan kehidupan sebagai ketua keluarga di saat ayahnya terlantar di atas katil kerana menghidap penyakit saraf.Beliau sudah biasa lasak dengan kehidupannya yang pada masa yang sama menjaga 3 orang beradik lelaki di bawahnya. Ibu dan ayah beliau merupakan seorang guru.Dan apabila ayahnya terlantar di atas katil , beliau banyak belajar bagaimana mahu menguruskan rumah , susun atur rumah , servis kereta, arif tentang kereta dan maintenance kereta yang mungkin saya pun tidak mampu sekuat itu.Huhu malu.Selalu juga saya bergantung dengan ayahanda saya untuk menguruskan segala hal berkenaan kereta.Dan kini saya sudah belajar untuk bergerak menguruskan hal tersebut sendiri….juga belajar untuk tidak selalu bergantung dengan ayahanda saya.

           Itu salah satu sikapnya yang pandai berdikari.Seterusnya sikap beliau yang paling ketara ialah beliau sangat suka bersedekah di mana sahaja tidak kira waktu dan tempat.Kehidupan sebagai seorang pelajar part time di Shah Alam menampakkan saya suatu benda yang mungkin Allah SWT menguji kedermawan saya.Setiap kali kami makan di luar atau berjalan di sekitar Shah Alam, setiap kali(kerap juga) ternampak peminta sedekah , beliau pasti akan menghulurkan wang. Tidak kiralah peminta sedekah itu , menjual barang atau tidak. Saya pula, lebih prefer untuk menderma kepada peminta sedekah yang menjual barang sebab nampak jugala mereka berusaha berbanding yang lain yang sekadar hanya meminta sedekah sahaja tanpa berusaha.

            Pernah suatu ketika ketika menunggu trafik light hijau yang lama , kelihatan seorang adik lelaki yang pergi ke kereta-kereta meminta sedekah. Suasana ini memang biasa di lihat di Shah Alam.Ketika itu , sebenarnya kami baru habis kelas Bahasa Mandarin di UNISEL. Apabila melihat kelakuan adik tersebut , saya terus mengeluh dengan tindakan adik tersebut dengan mengatakan ,

“Ain , ko tengok budak ni kan yang selalu kita jumpa minta sedekah dekat-dekat kawasan hotel kita tu kan?”

Lalu dengan tenang Ain menjawab pada ketika beliau sedang memandu dan pada masa yang sama saya berada di sebelahnya,

“Ha a , ingat.Nana ko tolong amikkan beg dompet aku kat seat belakang boleh?”

Lantas saya mempersoalkan tindakan Ain,

“Ain , ko still nak bagi kat orang macam tu juga ke?”

Saya merenung tepat ke wajah Ain sambil mengambil dompetnya di seat belakang.Ain melihat saya yang semacam tidak puas hati dan mengatakan ,

“Nana dah la ko jangan nak mempersoalkan kenapa aku buat macam ni.Aku memang ikhlas nak bagi sedekah kat adik tu.Nana, terpulanglah pada dia nak menipu ke…apa ke , itu urusan dia dengan Tuhan.Yang penting aku nak juga bagi sikit duit kat adik tu.”

“Dan tetaplah memberi peringatan , kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.”
          (Adzariyat :55-56)

            Saya terkatup bicara, tidak tahu berkata apa-apa melihat tindakan beliau yang menurunkan cermin tingkap dan menghulurkan sedikit sumbangan wang kepada adik tersebut.Saya malu sangat.Kenapa saya tidak berfikir semacam beliau fikir, membantu orang setiap masa tidak kira masa dan tempat. Alasan beliau sangat kukuh iaitu beliau ingin sentiasa memberi sedekah kepada orang.Jika pergi isi minyak , nampak makcik pakcik tua yang duduk jual-jual kerepek kat tepi stesen isi minyak , beliau akan panggil saya dan mengajak saya membeli barangan mak cik pak cik tersebut.Tidak banyak pun pemberiannya kepada orang yang meminta , tetapi beliau sentiasa memasang niat untuk membantu orang susah setiap masa.
            
               Benarlah kata kebanyakan manusia , apabila seseorang itu biasa hidup susah , dia tidak akan mudah lupa apabila kesenangan datang kepada mereka. Lihat orang susah , pasti akan mengimbau perasaan yang pernah dirasai saat merasa susah.Manusia baik akan menjadikan KEREDHAAN ALLAH SWT sebagai matlamat kehidupan.Saya melihat kekuatan demi kekuatan dan kesabaran demi kesabaran yang lahir dari dalam diri beliau mungkin lahir  di atas kebaikan yang pernah beliau taburkan sebelum ini. Allahu Rabbi,  jauhkanlah `saya daripada penyakit kikir dan bakhil Ya Allah.  ;(

               Kini saya cuba mempraktikkan hal tersebut di dalam kehidupan.Benar tak tipu , apabila kita banyak bersedekah hati kita akan tenang. Belajar pun In Shaa Allah dipermudahkan kefahaman dan kefasihan.Terima kasih Ya Allah.Saya mengakui rahmatMu yang tidak putus-putus kepada hambaMu yang terkadang melupakanMu , sedangkan Kau tidak pernah melupakan hambaMu.Maafkan saya Ya  Allah.Hidupkanlah saya di dalam beriman kepadaMu dan pulangnya saya kepadaMu juga di dalam keadaan iman yang benar dan sejahtera. ;(

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails