Thursday, July 16, 2015

Coretan Ramadhan dan Syawal 1436H


Salam w.b.t

             Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT , Pencipta Sekalian Alam.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang banyak berkorban jiwa, nyawa dan masa demi meneruskan usaha untuk menegakkan agama dan kalimahNya di bumi ini.Alhamdulillah.

           Bertapa malunya diri ini kerana Allah SWT masih memberi nikmat kehidupan kepada hamba yang hina.Kini kita sudah sampai kepengakhiran Ramadhan , sudah puaskah kita menangis memohon diampunkan dosa-dosa kita di masa lalu, sudah risaukah kita adakah pengampunan itu mampu kita kecapi dari Allah SWT , sudah bimbangkah kita tentang kehidupan akan datang yang bakal dilalui nanti.Ya Allah , kami memohon Kau ampunkanlah dosa-dosa kami , tetapkanlah hati kami dalam agama kami dan berilah hidayah dan juga petunjuk kepada kami untuk sentiasa mentaatiMu Ya Allah.

             Seperti biasa, rutin saya sepanjang Ramadhan sehingga Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan esok adalah sebagai seorang anak , pekerja dan mahasiswa. Saya percaya untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam kehidupan adalah dengan menghambakan diri sepenuhnya hanya kepada Allah SWT. Dunia ini sememangnya pentas ujian dan memang akan banyak hadiah suka duka yang dicoretkan di dalam diari kehidupan seorang hamba.Jika jatuh bangunlah semula.Jika rasa putus asa , kembalilah ingat kepadaNya kerana Dia pasti akan mengganjarkan hikmah di atas segala yang telah berlaku.

                 Buat saya , 2 bulan ini agak mencabar kerana short sem yang tiba ditambah lagi dengan final exam pada hari raya ke-7 dan 8 juga kerja di lab yang perlu disiapkan.Allahu semoga Allah SWT titipkan rasa sedar dalam diri untuk sentiasa bermunajat hanya kepada Dia.

                 Esok 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal 1436H. Harapan saya semoga Syawal ini kita raikan dengan besederhana.Eratkanlah ukhwah sesama kita.Hilangkan rasa sakit hati , rasa bangga dan riak di antara kita.Bermaaf-maafanlah di hari yang mulia ini.Semoga jika tiba masanya kita kembali ke pangkuanNya , Dia menerima kita dalam keadaan iman kita yang sejahtera dan bukan ada luka-luka dosa.Bersyukurlah ke hadratNya kerana Dia masih mengizinkan kita bernafas merasai nikmatNya.



Ramadhan bakal meninggalkan kita..sekali lagi jika Ramadhan kali ini yang terakhir , moga ianya menjadi Ramadhan yang terbaik buat diri kita.

Ya Allah , 
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya , maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati dan bukan puasa yang sia-sia.
Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehinggalah berlalunya bulan ini , maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah,
Terimalah puasa kami dengan sebaik-baik penerimaan , perkenan kemaafan , kemurahan , pengampunan dan keredhaanMu.Selamatkanlah kami di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan.Semoga perpisahan kami dengan Ramadhan ini bukanlah untuk selamanya dan juga bukan juga pertemuan terakhir kami.Semoga kami dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

         Saya sedih meninggalkan Ramadhan dan pada masa yang sama saya gembira kerana sahabat baik saya ketika sekolah rendah , Nurul Afeeqa berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu Australia.Beliau akan bertolak ke sana pada hari raya ke-3 ini.Saya kagum dengan beliau yang tidak pernah berputus asa di dalam kehidupan sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar.

          Sungguh di depan mata saya sendiri, saya menekuni kepayahan hidupnya selepas SPM dahulu mencari kerja untuk mencari sumber keewangan untuk menyambung pelajaran , dan kini beliau dikurniakan peluang untuk menyambung pelajaran ke negara orang. Kami dahulu sentiasa bercita-cita untuk belajar di luar negara.Huhu walaupun saya tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke sana, saya bersyukur kerana sahabat baik saya diberikan rezeki belajar di sana.Alhamdulillah.

          Dan kini semuanya yang beliau rasakan mustahil  baginya untuk dicapai….saya melihat beliau mampu mengecapi segala apa yang dicita-citakannya.Benarlah tiada yang mustahil di dunia ini selagi kita berusaha.




Berlainan suasana di lab pula, makmal sangat meriah dengan kedatangan pelajar praktikal dari beberapa buah universiti tempatan.Mereka bersungguh-sungguh berpraktikal.Melihat mereka , mengimbau kembali memori silam semasa saya juga bergelar pelajar praktikal.


Adik-adik praktikal dari Nilai Universiti dan Sime Darby


Bersama student praktikal dari Sime Darby



Bersama adik-adik usrah yang disayangi


                                    Saya merindui ukhwah ini terutamanya dirimu ukhti.

Setakat itu sahaja coretan buat kali ini.Semoga Raya ini memberi makna buat kita semua.Ampun maaf zahir dan batin segala kesalahan.Semoga Allah memberkati kita semua.Taqaballahuminnawaminkum.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails