Thursday, May 21, 2015

Kisah 1 – Dakwah Ini Bukan Mudah


Salam w.b.t..
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih dan inayahNya , Dia masih mengizinkan saya menulis di sini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban jiwa , raga dan harta demi melihat Islam ad-deen yang sebenar kembali tertegak di bumiNya. Allahurabbi…berilah kami kekuatan untuk menghadapi payah jerih perjuangan ini Ya Allah. ;( Kau kuatkanlah semangat kami agar kami tetap berpegang dengan prinsip kami iaitu berjuang demi agamaMu Ya Allah. Kau sedarkanlah kami akan amanah dan tanggungjawab yang perlu kami laksanakan sebagai hambaMu di bumi ini.

YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI 

YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI DARI SEGALA KESESATAN

YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI DARI HASUTAN SYAITAN YANG TIDAK PERNAH JEMU MENGHASUT ANAK ADAM

KAMI TIDAK MAMPU MELAINKAN HANYA BERGANTUNG HANYA KEPADAMU YA ALLAH

         Jam tepat menunjukkan jam 11.30 malam , tetapi mata saya masih tidak boleh terlelap.Air mata kembali mengalir lagi. Lama-kelamaan makin deras.Izinkan saya bertinta untuk kisah ini sehingga saya melihat sendiri apa natijah yang Allah SWT hadiahkan kepada saya dan sahabat di sini. Semoga menjadi pengajaran kepada semua.Situasi yang berlaku saat ini benar memberi kesan terhadap kerjaya saya…Allahurabbi.Penat rasa melayan karenah manusia yang keras hati dan mengikut kepala sendiri.Kawan di tempat kerja menegur, “Diana ok ke , macam sedih je?” . ;( Saya tidak tahu mahu menjawab bagaimana melainkan hanya menggelengkan kepala.

HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL , NIKMAL MAULA WANIKMANNASIR

Semakin lama melihat kader-kader bergerak , pada masa yang sama juga ada juga  jiwa-jiwa pejuang yang ingin berundur dari medan yang pernah dibuktikan oleh Baginda Rasulullah SAW. Allahurabbi…mungkin dari peristiwa ini , Allah SWT ingin menjentik hati-hati di dalam jemaah itu sendiri yang mungkin terbuat dosa-dosa yang Allah SWT larang , tanpa disedari. Allah SWT menegur hambaNya semata-mata kerana cinta dan sayangnya Dia kepada kita.Bersyukurlah kita kerana kita adalah insan yang terpilih itu.Dan bersedialah untuk bertaubat kepada Allah SWT dan berubahlah.

“Sesungguhnya  Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.”
(Ar-Rad:11)



       Saya mengambil keputusan untuk deactivate akaun facebook bermula 17.05.2015(Ahad).Tidak tahulah punca utama saya melakukan sedemikian mengapa.Tetapi kerana saya merasakan hati saya ni makin jauh dan akan bertambah buat dosa nak pos macam macam di fb.Allahurabbi…sungguh saya tidak mampu.Tapi saya cuba kawal emosi.Tengoklah macamana…sama ada nanti akan dibuka akaun fb itu ataupun dibiarkan off macam tu je.Saya ingin mendekatkan diri dengan al-Quran dan nak mengahafal quran, surah Al-Anfal .

       Belakangan ini terlalu fikirkan sikap manusia hinggakan terlupa berdoa dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Saya tidak pernah gentar dengan ugutannya untuk meninggalkan dakwah di sini….tetapi saya bimbang sekiranya ianya membawa fitnah dalam jemaah dan dakwah itu sendiri.Maafkan kami Ya Allah.Ya ALLAH  lembutkan hati-hati mereka agar kembali semula kepadaMu….jika tidak kembali kepada kami pun , amat penting mereka kembali dan tunduk hanya kepadaMu dan bukan kepada hawa nafsu yang semakin menenggelamkan mereka di dalam kebinasaan mereka sendiri.

Saturday, May 16, 2015

Nakbah Palestin Dihayati , Rakyat Rohingya Dibantu Diingati dan Selamat Hari Guru


Salam w.b.t..

        Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya dapatlah saya kembali bertinta di sini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang selalu tabah, selalu cekal , selalu berlapang dada dalam perjuangan mereka demi agama Islam tercinta.Ya Allah , Kau kurniakanlah kami kecekalan , ketabahan dan kesabaran sebagaimana para sahabat dahulu yang sangat menjaga wa hablu minallah , wa hablu minannas(menjaga hubungan dengan Allah SWT dan juga menjaga hubungan sesama manusia).Saya risau apabila lompongnya salah satu dari rasa ini , ia menyebabkan banyak halangan di hadapan yang membuatkan saya sendiri rasa futur dengan diri saya sendiri.Berilah saya kekuatan untu sentiasa berlapang dada menghadapi pelbagai karenah manusia. Ya Allah , saya amat lemah menghadapi perasaan ini.Ya Allah bekalkan saya dengan limpahan iman, agar tabah saya menghadapi dugaan , agar tidak saya BERHENTI di pertengahan jalan perjuangan ini.

       In Shaa Allah entri kali ini bertajuk Nakbah Palestin Dihayati , Rakyat Rohingya Diingati dan Selamat Hari Guru buat guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.Semoga peristiwa-peristiwa ini menjadikan kita hamba yang tunduk hanya kepadaNya bukan kepada sesama manusia. Pejam celik-pejam celik tanpa disedari sudah 67 tahun peristiwa Nakbah Palestin.


Apa itu peristiwa Nakbah Palestin ?

         Nakbah itu sendiri bermaksud bencana besar atau malapetaka.Nakbah Palestin itu pula bermaksud Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15 hb Mei 1948 sehingga menyebabkan negara  Palestin hilang daripada peta dunia antarabangsa.Peristiwa ini merupakan tragedi kemanusiaan terburuk yang berlaku yang mana masyarakat antarabangsa seakan merestuinya.Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan lebih 60% rakyat Palestin diusir keluar negara dan penindasan terus berlaku terhadap rakyat Palestin sehingga saat ini. Bila diingati kembali kemuncak peristiwa Nakbah yang bermula pada petang 14 Mei 1948, Bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan dikibarkan bendera The Star of David.Pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah diistiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.Tragedi ini bukan sahaja menyedihkan , tetapi memberi kesan kepada rakyat di Tanah Palestin yang mana mereka sendiri diusir daripada tanah air mereka.Apa salah mereka? Lebih menyedihkan walaupun negara Palestin dikelilingi oleh negara-negara Arab yang kaya dengan hasil petroleumnya..tetapi tiada bantuan yang disalurkan seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.

            Semoga peristiwa Nakbah Palestin diambil iktibar dengan mata hati dan bukan sekadar duduk diam dan tidak melakukan apa-apa.Harapan saya semoga kita tidak lupa tanah suci umat Islam yang perlu diketahui dan dipertahankan itu ada 3 iaitu Mekah Mukaramah , Madinah Munawwarah dan Baitul Maqdis yang di dalamnya mempunyai Masjid Al-Aqsa.Masjid Al-Aqsa seperti yang diketahui merupakan tempat persinggahan Baginda ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj (27 Rejab) yang mana ketika itu permula pengembaraan ini bermula di Masjidil Haram di Mekah.

          Sedikit Informasi Isra’ dan Mikraj.Isra’ bermaksud perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa. Pada fasa ini , Baginda ditemani dengan Malaikat Jibril dan Israfil.Apabila di tempat-tempat yang mulia dan bersejarah, Jibril mengarahkan Rasulullah SAW supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat.Antara tempat bersejarah itu ialah , Madinah , Bukit Tursina, Baitul Laham , disamping Baginda menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung ketika meneruskan perjalanan isra’nya.Setibanya di masjid Al-Aqsa , Rasulullah SAW turun dari Buraq.Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat.

            Semasa mikraj pula, Rasulullah SAW , naik ke Hadhratul Qudus menemui Allah SWT dengan ditemani malaikat Jibril.Di dalam perjalanan tersebut , Baginda berjumpa dengan Nabi Adam, Nabi Isa dan Nabi Yahya , Nabi Yusuf, Nabi Idris, Nabi Harun , Nabi Musa dan lain-lain.Ketika sampai ke langit ketujuh , Baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim dan pada masa yang sama Nabi Ibrahim bersabda :

“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka , syurga itu baik tanahnya , tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah iaitu SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR dan WALA HAULA WA LA QUWWATAILLA BILLAHIL ALIYIL AZHIM.Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”

            Selepas Mikraj, Rasulullah turun ke langit dunia.Terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil antaranya kita perlu meyakini kekuasaan Allah SWT terhadap sesiapa yang dikehendakinya.Beberapa azab siksa yang diperlihatkan memberitahu kepada kita bahawa setiap amalan atau perkara yang kita lakukan pasti akan dihitung oleh Allah.Jika semasa di dunia, banyak dosa dan maksiat dilakukan , maka hitungan azab dan siksa yang menggerunkan pasti akan diterima nanti.Allahu rabbi semoga kita semua adalah hamba-hambaNya yang tergolong dalam mereka yang melaksanakan ketaatan dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.
*********

Jangan Dilupakan Rakyat Rohingya

            Saat ini ketika kita bergembira menikmati kehidupan dengan merasa rasa bahagia menyelinap di dalam diri, jangan sesekali kita lupa bahawa saudara kita di Rohingya semakin dihimpit kesusahan hidup terpaksa menjadi pelarian dari tanah air mereka sendiri.Melalui berita yang dilaporkan , dianggarkan 1.3 juta orang Islam Rohingya meninggalkan mereka ekoran krisis kemanusiaan, dengan menaiki bot-bot nelayan menuju ke negara-negara di Asia Tenggara.Kes penganiayaan ke atas golongan minoriti Islam di Myanmar telah dilakukan oleh  penganut Buddha yang merupakan golongan  majoriti di sana.

             Ada sesetengah dari mereka telah berjaya mendarat di Semenanjung Malaysia da nada sesetengah yang lain masih terkandas di perairan Selat Melaka.Ya Allah berilah bantuanMu kepada mereka yang ditindas di bumi milik mereka.Rezkikan mereka dengan hadirnya bantuan yang tidak putus-putus agar mereka terhindar dari rasa kelaparan mahupun kebuluran.Kasihanilah hambaMu rakyat Rohingya yang saat ini ada dalam kalangan mereka terpaksa meneguk air kencing mereka sendiri semata-mata mahu menahan kelaparan.

              Wahai sahabatku, sepatutnya kita yang masih dapat merasa nikmat kurnianNya ini perlu muhasabah diri sedalam-dalamnya bagaimana kita hidup di bumiNya.Masih mahu mempertahankan ego , masih mahu mendabik dada atas kelebihan diri.Fikir diri sendiri sahaja betul dan tidak memikirkan tentang orang sekeliling.Jika masih tersisa rasa itu di dalam diri , maka buanglah ia jauh-jauh dari diri.Latihlah diri untuk terima suara syuro yang telah dipersetujui tanpa perlu mempersoalkan kenapa perlu begitu begini.Jemaah lain tidak buat macam ini pun…dan macam-macam lagi.Adikku , sedarlah apabila kita terlalu mempersoalkan perkara-perkara kebenaran , tanpa mengetahui kenapa pihak atasan membuat keputusan tersebut , ditakuti rasa tsiqah terhadap jemaah ini semakin terhakis  lantas melahirkan banyak tomahan dan cemuhan kepada jemaah itu sendiri dan menghalang diri daripada berfikir secara rasional.Saya mengajak diri sendiri dan kawan-kawan untuk sentiasa melazimi zikir dan istighfar dan banyak berfikir “saya yang bersalah” dan bukan “salah awaklah”.

       Sejujurnya rasa cinta dengan dakwah ada, tetapi kadangkala saya bimbang ianya akan semakin menurun disebabkan perasaan rasa rasa yang tidak sepatutnya hadir.Ummu bimbinglah dirimu untuk melupakan rasa kecil hati , rasa sakit hati dengan orang lain sekiranya benar pengakuanmu bahawa kamu cintakan DAKWAH hanya keranaNya. Seperti firmannya yang bermaksud :

“Tidak ada ucapan orang mukmin itu, apabila diajak kepada Allah SWT dan RasulNya agar menghukum dalam kalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.Dan mereka adalah orang yang berjaya.”
(Surah An-Nur:51)

Bagi orang Mukmin , kemuncak cinta Allah SWT ialah bertemu dengan Allah. 

“Sesungguhnya pada hari kiamat Allah berfirman , ‘Di manakah orang yang saling mencintai kerana keagunganKu?Pada hari ini , Aku akan menaunginya dengan menungguKu pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.”’
(Riwayat Muslim)

*****
Selamat Hari Guru

                Tidak dilupakan juga Selamat Hari Guru Cikgu buat para Cikgu , Madam , Sir, Prof , Dr dan murobbi yang banyak bersabar dengan karenah anak usrahnya…Semoga Allah SWT merahmati kalian.Pernah suatu ketika sahabat seusrah meluahkan pendapatnya , “Ummu , adik-adik zaman sekarang ni lain benar ye jika nak dibandingkan dengan zaman-zaman kita…sungguh menguji sehingga kita rasa teruji.” Yup saya akui hal itu , menghadapinya bukan mudah , sehingga terkadang air mata menjadi taruhan.Saya akan sentiasa ingat pesanan murobbiah saya , Kak Zai di saat kami benar-benar mahu beliau memberi taujihat kepada kami untuk ikhlas bekerja di jalan ini.Kata-katanya buatkan saya menangis lagi.Kata Kak Zai:

“Akhwat,  dalam dakwah ini jika ada masalah berlaku tidak kiralah dalam susunan kita yang melibatkan anak usrah ataupun akhwat lain, akak mohon kita semua beristighfar semula…mungkin kita sebagai murobbi pernah buat dosa dan maksiat kepada Allah SWT tanpa kita sedar.Jangan berterusan menyalahkan orang lain , tapi salahkan diri sendiri dan didiklah diri untuk sentiasa berlapang dada dengan akhwat kita.Jalan dakwah ini panjang dan hanya orang-orang yang ikhlas sahaja yang akan bertahan sehingga saat kematiannya bertemu Allah SWT. Berkenaan kematian , yang terbaik adalah kita semua bersedia dengan amalan yang boleh dijadikan bekal untuk di pertontonkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa atas segalanya.”
=(

Ya Allah , berilah saya kekuatan.Murobbi itu kena kuat dan nak jadi seorang murobbi bukan mudah. Nasihat saya , jika kita ada murobbi , hormatilah dia kerana kita beruntung ada orang yang masih boleh spent masa 2 hingga 3 jam semata-mata nak berusrah dengan kita untuk mengisi ruang masa kita yang rasanya jika tiada usrah , banyak benda lagho yang boleh kita lakukan. Murobbi yang dah ada keluarga tetapi masih punyai masa untuk mentarbiyah kita.Kita yang jadi anak usrah(tuju kat diri sendiri) , tahunya datang usrah , dengar , pastu balik. Sedang adakah kita tahu harapan naqibah kita terhadap diri kita? Ada kita fikir masalah naqibah? Naqibah kita sihat ke tidak? Fikir juga ke kita bertapa peningnya dia nak handle anak-anak usrah yang macam-macam tanpa kita bertanya akak apa khabar?Anak-anak usrah asyik mengadu masalah dirinya , masalah keluarganya…sedang pada masa yang sama naqibahnya mungkin menghadapi masalah besar yang teringin juga untuk dikongsi , tetapi terpaksa menyembunyikannya semata-mata nak bagitahu kepada anak usrah bahawa setiap kesusahan itu ada kemudahannya.

Ada naqibah yang ayahnya tidak solat , sentiasa menghinanya kerana taksub dakwah….

Ada naqibah yang terpaksa baring ketika usrah kerana sakit yang dihidapinya……

Ada naqibah yang ayahnya dipenjara kerana kes rogol dan rasuah….

Ada naqibah yang parentsnya bercerai dan ditinggalkan sendirian…

Ada naqibah yang apabila pulang ke rumah pasti tidak lekang dari mendengar suara ayah dan mamanya bergaduh sesame sendiri…..

         Adikku , tapi kau tahu tak….susuk tubuh inilah yang masih kuat berjuang di jalan dakwah tanpa lelah , tanpa mengharapkan apa-apa balasan…melainkan dia sentiasa berdoa anak usrahnya thabat di jalan ini.


           Wahai diri dan sahabat, sentiasa bermuhasabahlah tentang kehidupan kita di dunia. Buktikanlah jika CINTA kamu terhadap DAKWAH ini buktikanlah!Kerana dihujungnya nanti , sekali lagi saya ulangi , mereka yang benar-benar faham dan ikhlas sahaja yang akan berjaya…mendapat kenikmatan berehat di syurga selepas bersusah di dunia.Wallahua’lam

Sunday, May 3, 2015

Ketibaan Ramadhan Dirasai

Salam w.b.t
Setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan keizinan , rahmat dan inayahNya ,  dapatlah saya kembali bertinta di sini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjugan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban jiwa dan raga sehingga tertumpahnya nikmat iman dan Islam ke dalam jiwa setiap dari kita sehingga hari ini.

Syukur dilafazkan kembali kerana Allah swt masih membenarkan jantung dan nadi bergerak lagi sedang saya tahu bahawa kedatangan bulan Ramadhan yang dirindui bakal menonjolkan kehadirannya tidak lama lagi.

Harapan saya bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini , kita telah membuat seberapa banyak persediaan dari segi ilmu , fizikal mental dan material juga ruhi agar tidak terkejut melaksanakan ibadah pusa nanti.Semakin masa menghampiri Ramadhan  , pada masa yang sama semakin bimbang dengan gerak geri dan tingkah laku sendiri.

Kurangkanlah mengumpat dan banyakkanlah bekerja. Dapatkan rehat yang cukup supaya tenaga yang maksimum dapat digunakan pada keesokan harinya.Hormati pemimpin selagi dia mengikut peratuan syarak. Dan yang paling penting bergantung harap semuanya kepada Allah.Pelbagai karenah manusia di hadapan yang dapat dilihat dengan mata sendiri terkadang menjerat kesabaran seorang hamba.Segera saya tekan button pause berfikir semula tujuan saya dijadikan.Yup saya akui saya akan kalah dengan diri sendiri sekiranya membenarkan nafsu amarah menguasai diri sendiri.

Pada bulan ini juga , beberapa sahabat saya telah selamat diijab qabulkan.Alhamdulillah. Doa saya barakallahulakumawabarokaalaikuma semoga ikatan yang terjalin ini kekal sehingga ke syurga.In Shaa Allah. Tanpa disangka-sangka , suatu ketika air mata saya menitis dengan sendirinya. Saya tidak tahu mengapa ...rasa malu pun ada kerana Allah SWT itu terlalu baik terhadap diri saya yang penuh dosa.

Pernah suatu ketika....orang berkata aik tidak kahwin lagi ke?
Pernah suatu ketika....seseorang yang bakal menjadi isteri orang berkata riang gembira menceritakan kamus hidupnya menjadi kepada pasangannya....sedangkan tanpa sedar dia mungkin mengguris hati orang sekeliling yang mungkin belum berumahtangga tetapi masih mempunyai harapan agar terbinanya sebuah rumahtangga milik mereka....
Pernah suatu ketika....seorang ketua mengherdik sesuka hati anak buahnya apabila datangnya amarahnya dan apabila mereka nampak jelas kelemahan kita....tetapi mula berbaik semula dengan kita seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam semata-mata memerlukan bantuan kita....
Pernah suatu ketika....seorang sahabat baik dahulunya berubah 180 darjah apabila si kumbang berjaya memilikinya....
Pernah suatu ketika....melihat karenah manusia...karenah manusia....di dalam dunia manusia ataupun dunia tarbiyah....
Pernah suatu ketika.....berhadapan dengan karakter manusia yang keras , degil dan tidak dengar cakap.....

SAYA KEMBALI MENITISKAN AIR MATA....   ;(

Mungkin saya terlalu lemah untuk menghadapinya sedang pada masa yang sama perlu kuat kerana saya yakin ada orang lain yang lagi susah ujiannya berbanding saya...apabila teringat akan kematian saya tidak mampu mengatakan apa-apa melainkan berfikir apakah amalan yang mampu saya persembahkan kepadaNya jika di saat ini saya masih menyalahkan orang lain , bersifat negatif dan merasakan saya sentiasa betul sedang orang lain salah.

Saya ingin berubah....saya berazam sebelum saya nak salahkan sesiapa....saya perlu lihat dan uatamakan juga kondisi perasaan orang lain sekeliling saya.Hal ini kerana saya amat yakin syarat TARBIYAH itu BERJAYA ialah apabila ORANG DITARBIYAH itu ingin BERUBAH.

Saya sangat sayang Ummi dan ayah saya....melihat mereka saya rasa ketenangan itu menyelinap di lubuk jiwa...merekalah penguat dan penyokong setia....di saat dunia mengejek-ejek usaha saya.

Ya ALLAH kurniakan saya kekuatan untuk tetap berdiam dari menceritakan hal diri tidak kiralah cerita yang berupa masalah mahupun berita gembira kecuali meletakkan sepenuh rasa hati ini hanya kepadaMu Ya Allah.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails