Sunday, February 8, 2015

Biarlah Segagah Yusuf , Seinsaf Zulaikha

Salam w.b.t
Setinggi-tinggi rasa kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah SWT yang mengizinkan pena menulis kembali, Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban jiwa , raga dan harta demi menegakkan agama tercinta.

Dalam masa beberapa hari ini  , macam macam perasaan hadir tanpa di duga. Sedih , gembira , terkejut semua ada. Allah...moga saya mampu menghadapinya dengan baik-baik sahaja dan meletakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah SWT sahaja.

Doakan saya.Saya perlu kuat.Tahun ni beberapa perkara besar akan berlaku.Kita tunggu dan lihat. Saya tidak akan duduk diam menunggu keajaiban datang.Mungkin menghadapinya bukan mudah , tetapi saya akan cuba menyibukkan diri saya sesibuk-sibuknya sehingga tiada ruang yang mengganggu saya runsing berfikir pilihan imam yang datang kerap kali ini.

Moga dia segagah Yusuf 

Semoga pilihan yang datang ini ,dia  adalah yang terbaik dan bersedia menerima seadanya saya.Allahu Rabbi. Speechless tengok biodatanya. Saya berharap semoga sepanjang perkenalan ini , Allah SWT menjaga saya dan dia dari ikhtilat yang tidak mengikut panduan sebenar. Biarlah tidak berbicara kecuali melalui orang tengah sehinggalah termetrinya ikatan yang sah nanti. Tidak ada apa-apa yang diharapkan melainkan dia sedar dan tahu amanah dirinya sebagai hamba Allah SWT. 

Ops....berhenti berbicara pasal dia sampai sini.Semoga Allah SWT redha dan mempermudahkan segala urusan ini demi dakwah di Batu Pahat ini.In Shaa Allah.

Jika saya boleh kongsikan jadual kehidupan saya sepanjang tahun ini. Semoga tentatif kehidupan dunia ini membuatkan saya tunduk hanya kepada Dia. In Shaa Allah. Cukuplah mendengar kisah arwah Ahmad Ammar , membuatkan saya ingin mencontohi jiwanya dan semangat kentalnya berjuang demi agama tercinta. Apabila matlamat yang bersifat ummatik itu jelas , kita mampu untuk berjuang dan kekal dalam istiqamah menuju redhaNya. Arwah sangat beruntung kerana seusia mudanya , Allah SWT telah mengambilnya kembali ke pangkuan Ilahi sebagai balasan jasanya yang banyak ditumpahkan di dalam bidang agama yang dipelajarinya.Dan lebih mengkagumkan , arwah dikebumikan bersebelahan dengan perkuburan para alim ulama seperti Abu Ayyub Al-Ansari. Menurut berita yang dikhabarkan arwah seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap tetapi apabila arwah memberi pandangan , pandangan arwah disokong ramai pihak.Subhanallah. Bagi saya inilah bahasa 'ikhlas' yang cuba disampaikan menerusi peribadinya yang soleh sehingga menjadi phenomena anak muda pada zaman ini.

Perjalanan hidup saya tahun 2015:
1) Setiausaha Kelab Kebajikan Patologi
2)Setiausaha Latihan Staff Patologi
3)Mewakili Jabatan Patologi ke Pertandingan Inovasi peringkat hospital(bulan 9 bertanding)
4)AJK Dinner dan Family Day Jabatan Patologi
5)MUET bulan 2 dan 3
6)Final Year Project dah bermula
7)Sem 2 as MLS student

Bersabarlah menghadapi kehidupan ini selagi masih bernyawa sebagai hambaNya.Tidak usah gentar dan gelisah kerana Allah SWT sentiasa bersama-sama kita selagi mana kita sentiasa mendekatiNya. Moga hati tidak rebah walaupun bermacam masalah menimpa.Bersyukurlah dengan segala kurniaan dariNya.Dan semoga kita semua dapat mengamalkan Islam dan memanfaatkan segala kurniaan iman yang dihadiahkan kepada kita semua dengan sebaiknya.Hidup menjadi hamba yang taat , mati menjadi pengakhiran terbaik sebelum bertemu dengan Allah SWT.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails