Sunday, January 11, 2015

Bah , Musibah untuk Muhasabah


            Assalamualaikum w.b.t dan salam perjuangan buat pecinta agama.Warna warni tahun baru 2015 masih dirasai sehingga detik  ini. Puji dan syukur dirafa’kan kehadratNya kerana masih mengizinkan ruh disuntik ke dalam jasad kita bagi menguji siapakah hamba-hambaNya yang bertaqwa. Hidup biar berpijak di bumi nyata bukan beralas di atas sekangkang tanah. Bukalah mata , bangunkanlah hati!Realiti yang  dirasai  hampir segenap kumpulan manusia sepanjang kehidupan merentasi pengakhiran tahun 2014 baru-baru ini benar-benar menguji rakyat Malaysia khususnya.

              Satu-persatu peristiwa yang berlaku pada tirai 2014 yang merangkumkan beberapa coretan  kisah suka duka mampu menghambat rasa gembira ,  sedih mahupun hiba pada takdir ketentuanNya. Walaubagaimanapun, satu perkara yang perlu diyakini adalah sehebat manapun usaha manusia ke arah pemantapan tahap ekonomi dan sosial masyarakat juga keutuhan sesebuah negara , maka lebih hebat lagi pencaturan yang telah didekasikan dariNya khas buat kita semua hambaNya yang lemah.Mari kita imbas kembali beberapa detik  penting yang berjaya menempah nama di dada akhbar dan pada masa yang sama menjadi khabar dukacita bagi rakyat Malaysia. Pada saya , biarlah segala memori indah disyukuri , manakala memori duka dihayati dan diambil iktibar dengan mata hati.

               Pertama , pada bulan Januari 2014 telah memperlihatkan peristiwa sepasang suami isteri , Azizul Raheem Awalludin (Pengarah Tourism Malaysia) berserta isterinya , Shalwati Nurshal yang telah di tahan di Sweeden atas dakwaan memukul salah seorang anaknya yang tidak menunaikan ibadah solat.Dakwaan ini telah dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweeden.Peristiwa ini mendapat liputan meluas di media di Malaysia.Punca berlakunya peristiwa ini adalah disebabkan sistem perundangan negara tersebut yang sangat ketat dalam memastikan kebajikan anak-anak terjaga.Menurut Akta Perlindungan Kanak-kanak(Child Protection Act) , semua bentuk hukuman dera terhadap kanak-kanak adalah menyalahi undang-undang dan norma masyarakat setempat.Di sini jelas menunjukkan perbezaan undang-undang sekular di Sweeden banyak bertentangan dengan norma sebenar masyarakat Islam di Malaysia.

                 Kedua , pada 8 Mac 2014 , Malaysia dikejutkan dengan berita pesawat MH370 yang dimiliki Malaysia Airlines(MAS) , berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan telah hilang dari radar oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Subang. Seramai 227 penumpang , 2 bayi dan 12 anak kapal gagal di jejaki sehingga kini setelah MH370 dikhabarkan telah hilang di Laut China Selatan berdekatan Vietnam. Kehilangan mereka menjadi tanda misteri kepada kita semua sehingga melahirkan pelbagai spekulasi daripada banyak pihak.Kebenaran kehilangannya sukar dikenal pasti walaupun banyak usaha dilakukan dengan kerjasama dari 26 buah negara.Kegagalan pasukan penyelamat menjejaki mereka menambahkan lagi rasa dukacita dalam diri waris mangsa MH370 tersebut.Teknologi canggih yang digunakan bukan sahaja tidak mampu mengesan keberadaan mereka, malah menjadikan harapan penemuannya semakin tipis.Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.

                 Ketiga , belum lagi reda kisah MH370 , rakyat Malaysia dikejutkan  lagi dengan satu berita sedih dalam bulan yang sama , iaitu penganjuran Konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil pada 13 sehingga 15 Mac 2014. Festival ini telah mengorbankan 5 nyawa pemuda kesan daripada pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan.Rata-rata gambar yang dipaparkan di akhbar menunjukkan remaja Melayu Islam juga melibatkan diri di dalam konsert tersebut.Bagaimana penganjuran konsert sedemikian mendapat kelulusan sedangkan jika difikir secara logik akal banyak mudharat yang akan diperoleh dari  konsert tersebut? Astagfirullahalazim.Semoga  peristiwa ini menjadi iktibar bagi kita terutamanya pemuda-pemudi harapan bangsa, agama dan negara.Melihat peristiwa ini , pantaskah kita-kita yang bergelar daie berkata :

“Ah , aku dan banyak berkorban membantu agama , berdakwah sana sini , berkorban harta dan masa.Penatla ! bagilah aku rehat sikit!”

              Tepuk dada , tanya iman.Tuntaskah kita mengambil tanggungjawab untuk berdakwah secara sambil lewa sedangkan ummah hari ini semakin dimamah jasadnya, semakin dimamah imannya , semakin di robek jati dirinya dengan rakus dan kejam oleh sang musuh dujana!

             Keempat , pada 24 Mei 2014 , beralih kepada isu coklat Cadbury yang diragui kehalalannya. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) , sijil halal dari dua produk coklat Cadbury ini telah digantung disebabkan coklat tersebut didapati mengandungi DNA khinzir menerusi kajian yang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Namun setelah dilakukan penyelidikan secara mendalam , pihak JAKIM  telah mengesahkan bahawa coklat tersebut halal di makan.Rentetan hal tersebut , Cadbury Malaysia telah menerima semula sijil halal dari JAKIM pada 10 Jun 2014. Saya tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut mengenainya , tetapi apa yang pasti saya merasakan bahawa pada zaman ini kita memerlukan lebih ramai lagi pengusaha Islam yang mempunyai perusahaan atau perniagaan milik sendiri sepertimana sabda Rasulullah SAW bahawa 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. Manfaat jangka masa panjang yang bakal diperolehi kesan daripada lahirnya lebih ramai usahawan Islam yang berjaya dalam pelbagai medium ialah umat Islam mampu mempunyai ekonomi yang kukuh di samping menyediakan alternatif bagi pengguna Islam lain untuk membuat pilihan dalam urusan jualbeli khususnya di Malaysia.

              Kelima , pada 17 Julai 2014 , berita sedih sekali lagi diterima iaitu terhempasnya pesawat Malaysia Airlines(MAS) MH17  di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia yang membawa 280 penumpang dan 15 kru penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Menerusi laporan yang disampaikan , semua penumpang dan kru pesawat terkorban dalam nahas tersebut.Pesawat itu dikatakan telah dibedil dengan peluru berpandu dari bumi ke udara.Dalam situasi ini , jelas diperlihat pergolakan yang berlaku di Ukraine mengheret sama rakyat Malaysia ke krisis ini seakan-akan ada sesuatu perancangan rapi yang telah dirancang lebih awal dibelakangnya.Jangan kita lupa bahawa orang Yahudi masih ada di sana sini yang sememangnya mempunyai agenda untuk menghancurkan Islam.

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik."
( Al-Maidah ayat 82)

                 Keenam , peristiwa banjir yang melanda sebahagian Kelantan , Terengganu , Pahang , Perak , Perlis , Sabah , Johor dan Selangor bermula pada 14 Disember 2014. Banjir yang terjadi pada kali ini dikatakan banjir yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Kesan daripada bencana ini mengorbankan beberapa nyawa manusia juga meranapkan segala hak-hak mangsa banjir seperti rumah , kereta , pakaian , harta benda hanya dengan sekelip mata sahaja. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Besar , Maha Berkuasa yang telah merancang segalanya. Harapan saya , semoga kita tetap bersyukur dan redha  menghadapi ujian musibah pemberianNya sebagaimana kita mampu untuk bersyukur dan redha pada masa Dia memberikan nikmatNya yang tidak terhitung kepada kita.

Bersyukurlah kerana walaupun berhadapan kesusahan , kita masih beriman. Kata Umar Ibnu Khattab :

“Jika aku diuji dengan kepayahan dunia , aku bersyukur kerana ada 4 nikmat di dalamnya.Pertama , kesusahan itu tidak berkait dengan agama.Kedua , ia tidak besar jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian agama.Ketiga , dengan kesusahan itu aku mendapat RahmatNya .Keempat , aku berharap akan beroleh pahala daripadanya.”

                 Sebelum mengakhiri kalam , berdasarkan huraian di atas, hanya enam peristiwa sahaja diketengahkan walaupun hakikatnya banyak lagi isu yang perlu dititikberatkan.Seharusnya , bermula dari detik ini kita umat Islam perlu menyedari tentang bahaya Zionis, sifat tamak dan rakus mereka di wilayah kita. Jika kita imbas kembali kisah ketika Sheikh Hassan Al-Banna memimpin gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir , beliau dan tokoh-tokoh yang lain sudah lama memerhatikan tindak tanduk Zionis ke atas bumi Palestin.Perkara paling penting yang dilakukan oleh Hassan Al-Banna dan rakan-rakan beliau ketika itu ialah memusuhi kelalaian dan membangkitkan umat yang sedang dibuai tidur yang lena.

              Apa yang pasti , dugaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia seharusnya dijadikan iktibar kepada kita umat Nabi Muhammad yang menyedari tugas  sebagai seorang khalifah di bumi ini.Bersempena tirai tahun baru 2015 ini , semoga kita mempunyai matlamat yang jelas tentang tujuan kita hidup bernafas di bumiNya.Bermuhasabahlah di atas segala musibah yang telah berlaku.Berjihadlah melawan hawa nafsu dalam diri kita sendiri hingga kita mampu menundukkan nafsu dan memenangi diri kita.
Wallahualam.

Nur Diyanah binti Mohd Salim.
(Ummu Raudah)
Aktivis ISMA Batu Pahat
*Alhamdulillah artikel ini pernah disiarkan di FB ISMA.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails