Thursday, December 18, 2014

Ingat 5 Perkara


Salam w.b.t
      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di sini.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban sehingga tertumpahnya nikmat iman dan Islam di dalam diri kita hingga saat ini in shaa Allah.

       Doa saya semoga hari-hari yang kita lalui ini , walaupun perit , walaupun susah , walaupun payah , kita tetap mampu mengkondisikan ianya kembali dalam keadaan stabil.Hal ini kerana kita masih punya Allah SWT walaupun saat itu kita sudah tidak punya apa-apa. Percayalah semua ujian dan dugaan yang datang menimpa kita sebenarnya nak menguji sejauh mana kita bersangka baik dengan Allah SWT ketika Dia menguji kita sebagaimana kita mudah bersangka baik padaNya ketika mana kebaikan/rahmat/kemudahan itu dihadiahkan kepada kita.

       Semakin hari kuatnya derapan kaki menuju jalan dakwah ini , maka pada yang sama itulah kelihatan satu demi satu jiwa yang mudah futur , jiwa yang ingin menjauh dari jalan kebenaran yang pernah dibuktikan oleh Baginda Rasulullah SAW.Allahu , hingga saat ini mungkin perkara yang perlu dilakukan adalah kembali muhasabah dengan diri saya diri, bermonolog sendirian dan tanya mungkin saya ada buat salah sepanjang perjalanan ini.Saya pernah dengar seorang ustaz mengingatkan , keraplah menghitung dirimu kerana mungkin dakwah ini lambat tersebar disebabkan kamu.Ya Allah maafkan saya.

      In Shaa Allah , walau bagaimanapun saya tidak akan mengalah mahupun menyerah kerana itulah janji saya kepadaNya sejak hidayah itu menyinari lubuk hati yang keras dulunya.Juga seringkali apabila teringatkan arwah adik Hakim ,  saya akan menangis sendiri kerana terlalu merinduinya dan mengingati nasihatnya kepada saya iaitu , “Kak Ngah bersedialah dengan kebaikan saat sekarang , kerana kematian itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak tahu di mana.”

Hassan Al-Banna juga pernah mengatakan bahawa ,
 “ Jika Islam sebagai bangunan yang roboh , maka aku akan berjalan di seluruh pelusuk dunia mencari pemuda, aku tidak mahu ramainya mereka, tetapi apa yang aku mahu orang yang benar-benar ikhlas ingin membantuku membangunkan kembali bangunan itu menjadi bangunan yang tersergam indah.”



Setiap kita pasti mempunyai pengalaman menemui kesusahan sehingga mencapai tahap buntu menemui jalan penyelesaian , seperti kata Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin , yang mana Imam Ghazali menyuruh kita untuk mengingat 5 perkara apabila kita ditimpa kesusahan.

1. Kesusahan yang menimpa itu bukanlah kuasa yang menentukan kehidupan kita.Sebaliknya , kehidupan kita ditentukan oleh Allah SWT.Kesusahan dan dugaan itu tidak bermakna berbanding kuasa yang menentukan segalanya iaitu Allah SWT.

2. Kesusahan yang menimpa kita adalah kecil sahaja kerana ianya tidak bersangkut paut dengan agama.Bersyukurlah kerana walaupun berhadapan kesusahan , kita masih beriman. Kata Umar Ibnu Khattab , “Jika aku diuji dengan kepayahan dunia , aku bersyukur kerana ada 4 nikmat di dalamnya.Pertama , kesusahan itu tidak berkait dengan agama.Kedua , ia tidak besar jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian agama.Ketiga , dengan kesusahan itu aku mendapat RahmatNya .Keempat , aku berharap akan beroleh pahala daripadanya.”

3. Balasan di dunia adalah sangat kecil dan sementara berbanding dengan balasan pada hari kiamat.Kesusahan di dunia boleh diselesaikan dengan pelbagai cara , manakala hukuman di akhirat mutlak berdasarkan amalan kita dan amat berat.

4. Ujian kesusahan adalah antara ketetapan Allah SWT terhadap manusia dan tidak dapat dielakkan.Jika ditimpa kepayahan , bermakna sebahagian yang ditetapkan itu sudah berlalu. Ini bermakna masa kesenangan dan kegembiraan kian hampir.

5. Kesusahan di dunia adalah laluan yang membantu kita untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Ia ibarat ubat yang pahit yang menyuburkan kehidupan di akhirat kelak.

Kita perlu yakin bahawa di dalam setiap kesulitan , Allah SWT akan menghadiahkan kesenangan. Maka dengan itu , bersabarlah hingga ke akhir hidup kita bertemu dengannya.Kehidupan yang sebenar seorang hamba ialah kehidupan untuk mempertahankan agamaNya.Mohon dikuatkan langkah untuk meneruskan jalan ini dan berjuang sehingga hujung nyawa.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails