Friday, November 21, 2014

Terima Kasih Ya Allah



Salam w.b.t
      Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan inayahNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban demi menegakkan Islam tercinta.Harapan saya semoga kita tetap gagah mengahadapi kehidupan ini sebagai pejuang walaupun liku-liku di hadapan sukar untuk ditempuh.

      Peganglah kata-kata ini....dan semoga kita istiqamah dengannya.In Shaa Allah
1) Allahu ghayatuna (Allah adalah matlamat kami)
2) Ar-Rasulu qudwatuna (Rasulullah adalah ikutan kami)
3) Al-Qur’anu dusturuna (al-Quran adalah perlembagaan kami)
4) Al-jihadu sabeeluna (Jihad adalah jalan juang kami)
5) Wal-mautu fi  sabeelillahi asma amania(Mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami)

       Terus kepada pengisian singkat hari ini.Sebenarnya saat ini saya berada di Unisel Shah Alam dan baru sahaja selesai menduduki test Anatomy dan Technical English. Alhamdulillah.Doakan saya semoga kejayaan itu milik saya dan teman-teman seperjuangan.Semalam perjalanan saya ke sini seawal 2.00 pagi sampai di Unisel begitu menguji saya dan sahabat saya , Ain.Yelah mana taknya saya dan dia hampir banyak kali berhenti di R&R disebabkan terlalu mengantuk. Walaupun bertukar-tukar pemandu , perjalanan menjadi lebih lama disebabkan banyak kali berhenti dan tidur sebentar. 

        Seketika di R&R , kami lena sebentar dan apabila tersedar saya melihat sahabat saya , Ain disebelah saya . Ain masih lena dan wajahnya kelihatan penat sekali. Allahu Rabbi. Hati saya rasa tersentuh seketika kerana hingga saat ini dia masih bersama-sama saya , sanggup ulang alik dari Johor ke Shah Alam setiap minggu untuk menuntut ilmu ini.Untuk pengetahuan pembaca , kami bertugas di tempat yang berbeza.Ain di KK Kluang , manakala saya di Hospital Batu Pahat.Janji dan tekad kami, semoga kami dapat menghabiskan ijazah ini dengan jayanya walaupun penat dan payahnya terasa.

        Rutin kehidupan apabila menjadi seorang pelajar dan pada masa yang sama berkerja menjadi lebih padat dan bermakna.Benar , dan sungguh tidak ada masa yang berpeluang digunakan kerana setiap saat itu saya sudah set untuk melaksanakan perkara yang sepatutnya.Kerjaya , meeting Kelab Patologi , PIC Latihan Staff Patologi , usrah dan program-program bermanfaat ini semuanya banyak mendidik saya.Satu perkara yang berharga buat diri saya ialah ukhwah sesama akhwat =) Jujur saya sangat cintakan mereka.

kejutan dari adik-adik PEMBINA UTHM.saya tidak jangka perkara ini terjadi.Tetapi itulah cerita sebenarnya...ianya terjadi.Terima kasih akhwat.

        Pada tanggal 15 November yang lepas, Alhamdulillah Allah swt memberi izin dan peluangNya kepada saya untuk meneruskan perjuangan kehidupan di buminya dan pada masa yang sama beberapa ucapan daripada sahabat diterima di fb , what ap , telegram dan sebagainya.Ketika itu rasa kekurangan sesuatu kerana hanya sekumpulan adik usrah tidak seorang pun wish my birthday ketika itu.Hati berfikir positif , mungkin mereka lupa.

       Pada 17 November saya telah berusrah bersama mereka dan satu kejutan telah beraku. Selesai sahaja usrah , azan magrib berkumandang dan saya meminta untuk berbuka puasa air kosong di rumah mereka. Saat diri bingkas bangun mahu ke arah dapur , tangan dan badan disekat untuk tidak ke dapur....alasan mereka dapur mereka kotor.Saya pelik pun ada ketika itu.Ternyata hati mengatakan pasti akan berlaku sesuatu.Perkara apa , tidak tahu.

       Selepas meneguk segelas air kosong , maka keluarlah akhwat yang saya cintai dari dapur membawa kek diiringi lagu 'Allah Selamatkan Kamu'.Huhu...seriously saya rasa nak menangis ketika itu.Rupa-rupanya mereka dah merancang untuk tidak wish birthday ketika itu.

Bagaimana lagi mahu meluah rasa hati
Semakin hari aku merasakan eratnya cinta Ilahi
Dekatnya ukhwah yang ikhlas itu dirasai
Bukan ditokok tambah dengan mawar berduri
Tetapi disulam dengan ketenangan yang abadi


Di sini aku mengorak langkah
Dengan berani kepada Allah diri berserah
Puji syukur kepadaNya dipersembah
Tanda aku sebenarnya hamba yang lemah

Jika boleh ku hitung nikmat Yang Maha Esa
Sesungguhnya tidak terhitung jumlah yang sebenarnya
Dikurniakan ibu bapa yang memahami ketiadaan anaknya di rumah kerana keluar  berdakwah
Walaupun jujurnya mereka bukanlah seorang ikhwah mahupun seorang akhwat yang pernah merasa sentuhan tarbiyah
Ketika terpacul bicara di mulut mereka...ya Ayah dan Ummi redha....
Apalagi yang aku inginkan melainkan ku doakan lindungi ibu bapaku dan 
tempatkanlah mereka di syurga.

Sahabat yang baik juga merupakan nikmat yang indah
Saling membantu ketika penat dan lelah
Rela berkorban harta , masa dan nyawa
Demi melihat genarasi Rabbani tercetak dengan tangan si pengongcang dunia

Wallaualam.

Sahabat andai aku pergi menghadap Yang Maha Esa, gunakanlah segala pengalaman kita bersama untuk membangunkan ummah.


"Sahabatku jika hari ini aku terlalu gembira , sedarkanlah aku dengan amaran Allah.Jika hari ini aku bersedih tanpa kata , pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.Jika esok ku lena tanpa jaga, iringilah dengan doa Al-Fatihah."

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails