Saturday, August 23, 2014

Bagaimana dengan Usrah Kita?

Salam w.b.t
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban jiwa , raga dan harta demi memastikan kelestarian Islam dirasai hingga saat ini.

Semalam 22 Ogos 2014, hari Jumaat merupakan hari berkabung rakyat Malaysia bagi mengingati mangsa nahas MH17. Semoga kita memahami berkabung yang dimaksudkan sehingga tidak terikut-ikut dengan upacara agama lain. Doa saya , semoga keluarga mangsa diberi kekuatan dan kesabaran oleh Ilahi bagi menghadapi ujian yang sangat getir ini. Sesekali melihat isteri dan anak yang kehilangan suami , si kecil yang kehilangan ibu , si ibu yang kehilangan anak tercinta membuatkan diri ini perlu rasa insaf dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan kepada diri ini.

Jika berada di situasi tersebut , mampukah kita bersabar seperti mereka.Allah menetapkan cerita itu terhadap mereka, terhadap keluarga mereka , kerana Allah yakin mereka mampu menghadapinya. Wahai diri! wahai anak muda ! Tidak cukupkah bukti Kekuasaan Allah yang dipertontonkan kepada kita selama ini! Moga kita semua insaf dengan segala kelalaian kita semasa di dunia. Berubahlah dan teruskan bertaubat kepadaNya lantaran dosa-dosa besar dan kecil yang pernah kita lakukan sedari kelahiran kita di dunia.

Tajuk entri pada kali ini , “Bagaimana dengan usrah kita?”

Ya Allah mungkin hamba terlalu lemah untuk melaksanakan janjiku padaMu,
Tetapi hamba cuba Ya Allah dengan segala kudrat yang mampu hamba berikan di dalam dakwah ini.

Bulan lepas , Alhamdulillah dengan rasa syukur , Allah telah memilih saya untuk menyambung pengajian di UNISEL di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan. Apabila sambung belajar di dalam degree ini, biasalah ramai yang bertanya. Dahulu ,saya sebenarnya merupakan pelajar Diploma dan apabila dah bekerja berhajat untuk menyambung pengajian pada masa yang sama.Jadi sekarang , bertambahlah jadual kehidupan saya , dan makin bertambahlah tanggungjawab saya.Ya Allah jika boleh di listkan , boleh jadi saya menangis memikirkan banyaknya amanah yang perlu dipikul nanti.Memikirkan amanah itu satu hal, melaksanakannya dengan baik juga satu hal. Adakah segala amalan ini akan diterima olehNya.Y a Allah berilah hambaMu ini kekuatan.

Setelah diteliti , 4 skop perlu diambil berat:

1)Dakwah – Seminggu 3 hari perlu diperuntukkan untuk hadir usrah dan beri usrah + Jawatan…

2)Belajar – Jumaat , Sabtu dan Ahad perlu ke UNISEL , Shah Alam untuk belajar pjj.

3)Kerjaya – Bertanggungjawab sebagai S/U Kelab Patologi , S/U Latihan Staff Patologi, S/U Biro Informasi & Multimedia , S/U Penerapan Nilai-nilai Murni.

4)Keluarga – Perlu pastikan kebajikan keluarga terjaga juga memikirkan plan akan datang untuk berkeluarga.

Minggu lepas juga , saya menerima beberapa ucapan tahniah daripada teman-teman di atas peluang untuk saya menyambung pengajian ini diqabulkan Tuhan.Dan di dalam banyak-banyak ucapan itu , perkara yang membuatkan saya menangis dan sedih ialah apabila adik-adik usrah dan kakak-kakak usrah bertanya :

“Kak Ummu , nanti bila dah sambung belajar mesti busy.Macamana pula dengan usrah kita kak?”



“Ummu tahniah dapat sambung belajar.Macamana dengan usrah kita?Ummu mesti penat nanti.”


Benarlah dikatakan dakwah ini memerlukan nafas yang panjang.Perjalanannya yang panjang memerlukan kita menyediakan bekalan yang cukup di sepanjang laluannya.Hanya kepada Tuhan segala rasa hati diluahkan.Tuhan berikan aku kekuatan. ;(

Pernah suatu ketika saya meminta pandangan sahabat saya berkenaan kekusutan yang dihadapi ini , maka beliau mencadangkan saya melepaskan semua amanah ini kepada orang lain.Huhu berkata memang mudah .

Dan jika perkara ini diberitahu kepada rakyat Palestin, dengan kita memberi mereka pilihan untuk keluar dari tanah air milik mereka.Saya amat yakin mereka tidak akan keluar dari tanah yang banyak meragut nyawa keluarga dan saudara mereka.Hal ini kerana semangat intifadah yang mereka miliki membuatkan mereka bertekad untuk terus berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.Mereka sendiri yang akan berjuang membebaskan tanah air mereka.Bila bercakap tentang rakyat Palestin , saya jadi malu. 

Tekad saya , saya akan terus bergerak dengan bimbingan nikmat kehidupan milik Allah ini sehingga kematian saya nanti. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya.
Jika mahu dibandingkan dengan tentera Al-Qassam , ujian saya teralu sedikit.
Ingin mencontohi mereka…
Mereka bukan sahaja cemerlang di dunia, tetapi cemerlang di akhirat!!!

Seseorang berkata padaku:

‘ Ujian di zaman kita ini adalah: untuk tetap istiqamah, bilamana daurah dan usrah yang kita dapat, sudah tidak lagi meningkatkan kita.’

Sambungnya lagi:


‘ cuba kita lihat, pakcik makcik kita terdahulu. Macam mana mereka boleh tsabat, walaupun bertahun-tahun tarbiyah mereka stagnant dan mendatar. Cuba bayangkan, camne mereka boleh tetap istiqamah di atas jalan ini?’


Dan aku tergamam dan bungkam mendengar taujih itu.

Kerana itu, akal harus digunakan dengan sebaiknya, untuk memadukan kefahaman dalam tarbiyah kepada kehidupan. Akal perlu digunakan untuk menterjemahkan bahan-bahan usrah, pada realiti umat.

Kerana itu kita temui satu formula baru…

Tafsir –>harus menanamkan aqidah yang mengakar kuat umbinya di hati kita , seterusnya menggerakkan kita.

Hadis–>  menjadi bekalan akhlak dan juga ibadah yang seterusnya menggerakkan kita menjadi daie yang sejahtera akhlaknya.

Begitulah seterusnya.

Bekalan dakwah–> perlu menggerakkan.

Ilmu–>perlu ditanamkan menjadi fikrah yang mengharakahkan ( menggerakkan)

Dan segalanya bermula dari diri kita sendiri.

Kita yang mencari solusi.


Kita yang mengubati kelemahan diri kita sendiri.

Wednesday, August 6, 2014

Kemenangan Itu Semakin Dekat!!!


Salam w.b.t.
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kembali bertinta di sini.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban demi Islam tercinta.Keseriusannya berjuang dan berjihad dapat dirasai hingga saat ini seperti yang telah dipertontonkan oleh tentera Al-Qassam di Palestin.

Subhanallah....
Alhamdulillah....
Allahuakbar!!!!!!.........

GENERASI AL-QASSAM ITU PERINDU SYAHID SEBENAR

Sebagaimana yang kita maklum , jika di Britain mempunyai tenteranya yang digelar SAS (British Special Air Service) , Amerika pula dengan tenteranya yang bergelar  Navy Seals , dan Israel dengan Shayetet 13 , tidak terkecuali Palestin juga mempunyai penggempurnya yang hebat iaitu Bridge Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis. 

Al-Qassam ini merupakan tentera yang dikenali sayap tentera Hamas yang sememangnya dipelopori oleh pejuang-pejuang Palestin yang hebat semangat jihadnya , iaitu antaranya seperti  Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Sahabatku....
Sedarlah saudara kita di sana telah membuktikan jihad mereka yang sebenarnya dalam mempertahankan agama mereka,
Mereka tidak gentar...
Mereka tidak risau tentang dunia ini lagi....
malah mereka sudah lali dengan penindasan yang kerap kali dihadiahkan kepada mereka..
Semakin mereka di kecam , semakin tinggi semangat mereka untuk kembali menuntut hak dan mempertahankan Palestin tercinta....

Cita-cita mereka jelas , 
Akhirat kini di hati dan bukan sekadar di mulut dan tangan ,
Syahid sentiasa dinanti dan bukan material duniawi yang menjadi pilihan ,
Generasi yang dilahirkan bukan disediakan dengan kemewahan dan hiburan dunia ,
tetapi generasi yang lahir telah di wakafkan demi tertegaknya kembali agama di bumi Palestina...

Mari kita bersama-sama mereka....
Bersama-sama berubah ke arah kebaikan dan kesatuan untuk manfaat ummah tercinta...
Saat ini sudah tidak ada masa main-main dengan kehidupan ini...
Perlu lebih fokus dan lebih serius sahabat!!!

Yakinlah kemenangan itu semakin mendekat.....
Tinggal diri sendiri sama ada mahu mendekati mereka ataupun menolak dari mencontohi ketaatan mereka kepada yang Maha Pencipta....
Jadi janganlah lalai dan leka terlalu banyak lagi sahabatku...
Kerana kita sudah tidak punyai masa lagi....
Mulakan perubahan itu sekarang, bukan nanti , esok , lusa ataupun tahun hadapan...

Fikirkanlah , jika team Bridge Al-Qassam menyatakan pendirian mereka untuk tidak berubah, main-main dan tidak kembali meletakkan matlamatnya yang utama kepada Allah SWT , pasti tiada terlahirnya pejuang-pejuang yang rela menginfakkan diri mereka demi syahid di jalan menuju Ilahi seperti saat ini.Allahu.


SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH MENYERTAI AL-QASSAM

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.

[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.


Palestin sedang mengajar kita


Palestin yang sedang ditindas, diinjak dan dirobek oleh musuh-musuh kita, sebenarnya sedang berbicara dengan kita, menyuruh agar kita melihat dan belajar bagaimana erti tidak menyerah kalah atau tunduk hina.


1) Allahu ghayatuna (Allah adalah matlamat kami)
2) Ar-Rasulu qudwatuna (Rasulullah adalah ikutan kami)
3) Al-Qur’anu dusturuna (al-Quran adalah perlembagaan kami)
4) Al-jihadu sabeeluna (Jihad adalah jalan juang kami)
5) Wal-mautu fi  sabeelillahi asma amania(Mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami)

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails