Saturday, July 19, 2014

Program Aman Palestin di sekolah Batu Pahat


                                                                   Salam w.b.t
       Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayangNya dapatlah saya kembali menukilkan secebis rasa di sini.Alhamdulillah. Selawat dan salam  ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan para sahabat Baginda yang telah banyak berkorban jiwa raga demi mempertahankan agama Islam tercinta.

      Alhamdulillah pada Rabu lepas , 16 Julai 2014 telah berlangsungnya Program Aman Palestin di sekolah-sekolah di Batu Pahat. Program yang diadakan dengan kerjasama PEMBINA(Persatuan Belia Islam Nasional) nampaknya menarik hati pelajar-pelajar sekolah menengah ini untuk lebih cakna isu Palestin. Sebanyak dua buah sekolah terpilih diadakan program Aman Palestin ini , iaitu SMA Tarbiyah Islamiah dan SMK Tun Aminah.

Dengan tajuknya :Palestin Berdarah , Di Manakah Solehudinnya?

Teringat pesan Imam Gaza yang turut bersama-sama kami di dalam misi ini , Imam Ahmad Rami , katanya :

" Rakyat Malaysia , jangan lupakan kami di Gaza , teruskan berdoa."

Apabila adik-adik bertanya :

"Akak dah pernah pergi Palestin ke?"

Jawapan:

"Belum lagi , tetapi cita-cita itu sentiasa ada.Dik , sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bantu rakyat Palestin. Mengingati mereka di dalam doa setiap kali selepas solat , menyumbang wang kepada mereka , menyebarkan informasi terkini berkenaan Palestin , dan yang paling penting diri kita sendiri berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.Hidup perlu ada matlamat. Apabila ada matlamat yang jelas , kita tidak akan main-main dengan kehidupan ini.Macam di Palestin , saat negara mereka diserang bertubi-tubi oleh Zionis , wujudnya dalam diri mereka semangat intifadah(kebangkitan) untuk mempertahankan tanah air mereka.Hebatnya fasa intifadah ini digunakan untuk membersihkan masyarakat Palestin daripada penyakit-penyakit sosial yang turut menyerang masyarakat mereka.Mereka kini semakin menginsafi situasi sebenar yang menimpa mereka dan kini lebih gigih bekerja demi survival umat serta kedaulatan bumi Palestin."

Seketika teringat kembali kata-kata Solehudin Al-Ayyubi yang pernah membebaskan Masjid Al-Aqsa suatu ketika dahulu.Ada dalam kalangan sahabatnya bertanya kenapa Solehuddin sangat serius , tidak banyak ketawa.

Lalu beliau dengan yakin menjawab :
"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan Masjid Al-Aqsa masih ditawan oleh musuh!!"

In Shaa Allah selepas ini PEMBINA & Aman Palestin akan berprogram di MRSM BP...Nantikan kehadiran kami di tempat anda ;)

Maaf entri kali ini simple sahaja.Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar semasa program kami yang diadakan di sekolah-sekolah di Batu Pahat.

Program Aman Palestin di SMK Tun Aminah. Imam Gaza , Imam Ahmad Rami turut hadir bersama-sama semasa program ini.

Program Aman Palestin di SMA Tarbiyah Islamiah

Bersama-sama adik-adik junior di SMK Tun Aminah

Alhamdulillah diberi kesempatan bergambar dengan Imam Gaza , Imam Ahmad Rami

*Tidak sabar-sabar mahu sambung belajar di Selangor.Semoga Allah redha.Cukuplah Allah SWT untukku.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails