Monday, July 28, 2014

Kesyukuran Menjelang Lebaran


Salam w.b.t

      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapatlah kembali bertinta di teratak ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak mengajar erti kesabaran dan pengorbanan demi meraih cinta dan redha Tuhan.

      Sekali lagi dilafazkan rasa syukur kerana kita semua diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia dan bulan Syawal bagi meraikan kemenangan sepanjang bulan Ramadhan yang telah pergi meninggalkan kita.Harapannya , walaupun Ramadhan telah pergi , moga-moga hati kita sentiasa merinduinya.Berdoalah semoga kita semua diberi lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang untuk merasa nikmat ketaqwaan hanya kepada Dia.Hal ini kerana nikmat kesihatan ini , kita tidak tahu akan berakhir bila sahabatku. 

        Alhamdulillah sekiranya peluang kehidupan yang panjang masih diberikan kepada kita.Tetapi sekiranya tidak sampai ke Ramadhan yang seterusnya , harapannya semoga Ramadhan kali ini adalah merupakan Ramadhan yang terbaik buat kita semua.
Dikesempatan ini , kami seisi keluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri , Takaballahu minna waminkum , semoga Allah SWT menerima semua amalan kita.Di bulan yang mulia ini , laksanakanlah amalan ziarah-menziarahi sanak saudara , rakan dan taulan , bersama memohon kemaafan , memberi hadiah sebagai tanda ukhwah dan juga bersedekah.

        Untuk Eidul fitri pada tahun ini agak meriah kerana beraya bersama ipar dan anak sedara saya iaitu adik Humairah. Kehadirannya merupakan kegembiraan buat kami sekeluarga.

        Pagi tadi selepas bersarapan , kami menziarahi kubur arwah adik….dan ternyata kunjungan ke pusara adik menyentap aksi kami.Dari jauh sudah kelihatan ibu bapa dan keluarga arwah kawan arwah adik menyiram air ke pusara arwah adik. Kami sekeluarga memahami bahawa rasa sayang mereka terhadap adik memang tidak boleh disangkal lagi.

       Mana tidaknya , selepas beberapa hari arwah adik meninggal  , 2 orang anaknya(kembar)  yang sebaya dengan arwah adik juga turut meninggal disebabkan koma selepas terlibat di dalam kemalangan.Benarlah kuasa Allah SWT , berhak ke atasNya untuk mengambil kembali nyawa sesiapa yang dikehendakiNya.

 “Ibu , adik nak siram kubur kawan arwah abang tau.”

Itulah ayat yang akan didengar oleh anak-anak kecil, kawan kepada arwah adik.
Hati sentiasa terdetik kebaikan berupa apakah yang dilakukan oleh arwah adik saya sehingga orang sekeliling menyebut namanya walaupun hampir 3 tahun pemergiannya. Moga-moga Allah SWT merahmati arwah adik dan menempatkan mereka dalam kalangan mereka yang beriman.
*************************************

       Sebelum berundur diri, perlu diingat sambutan Aidilfitri itu mesti dilakukan dalam kerangka syariat Islam. Umat Islam perlu mengikut lunas-lunas akhlak dan syariat Islam. Rasa kehambaan dan ketakwaan yang dibina di bulan Ramadan itu jangan dicemarkan dengan perbuatan dan amalan-amalan yang boleh merosakkan kembali ketakwaan kita kepada Allah SWT.
 
      Aidilfitri bukanlah hari untuk kita melampiaskan kembali hawa nafsu sekehendak hati. Kegembiraan ini mestilah dizahirkan dengan membesarkan Allah dengan takbir (Allahu akhbar), tahmid (Alhamdulillah) dan taqdis (Subhanallah). Bertakbir pada 1 Syawal adalah amalan yang disyariatkan dan ia bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah iman selesai berkhutbah solat Aidilfitri.

       Apa yang penting ialah sambut Aidilfitri mestilah disambut dalam kerangka syariat Islam supaya nilai ketakwaan kita tidak tercemar dengan amalan-amalan yang menyalahi syariat. Sewajarnyalah, kesan ibadah puasa dapat membangun dan menyuburkan nilai-nilai terpuji dalam diri kita sepanjang hayat. “Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahil Hamd”.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails