Tuesday, June 24, 2014

Lawatan Cinta Kasih Halaqah Maya



Salam w.b.t.
            Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan limpah kurniaNya , dapatlah saya bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban menegakkan Islam tercinta.

           Untuk entri kali ini , kisahnya adalah mengenai Lawatan Cinta Kasih bersama Team Halaqah Maya yang teah saya sertai pada 21 Jun 2014 di Taman Botani, Shah Alam , Selangor.Rasa bersyukur dan bertuah kerana dapat bersama mereka menjayakan program ini bagi meraikan anak-anak yatim pada kali ini.

          Seramai hampir 2o orang anak-anak yatim diraikan yang terdiri daripada umur 8 tahun sehingga dewasa.Terima kasih juga diucapkan kepada ukhti Nisa yang sudi mengambil saya di TBS dan memberi saya menginap di rumahnya.Semoga Allah SWT merahmati kalian.Tidak mahu berkata banyak , cukuplah di sini saya kongsikan beberapa gambar yang menarik sepanjang program berlangsung.

Sesi taaruf di antara urusetia, penaja dan juga para peserta.

Sambutan hari lahir adik-adik.

Sesi aktiviti bersama para peserta.Nama permainan ini Kereta Kami.Setiap kumpulan diberi 4 penutup botol , 2 stro , 1 belon dan 2 kotak keras untuk menyiapkan sebuah kereta yang boleh bergerak.

Aktiviti teka teki matematik.Huhu i am not visualistic.


           Prihatinlah kepada anak yatim dan fakir miskin.SESUNGGUHNYA anak yatim dan fakir miskin adalah golongan yang berhak mendapatkan perhatian dan pembelaan.Mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang lemah (dhu‘afa). Itulah sebab mengapa umat Islam diperintahkan Allah Subhanahu Wata’ala supaya mengambil berat, memberi perhatian, berbuat baik, menyayangi dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 83 yang tafsirnya:

“Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”

           Dari ayat tersebut dapatlah diambil kesimpulan bahawa berbuat baik, mengambil berat, memberi perhatian, menyayangi dan prihatin terhadap anak-anak yatim dan fakir miskin adalah satu perintah yang harus kita laksanakan. Rasulullah SAW juga ada menyebutkan tentang anjuran berbuat baik kepada anak yatim dan fakir miskin dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah Radiallahu‘anhu ia berkata:

“Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan mengadu mengenai hatinya yang keras, lalu baginda bersabda: “Berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”

Mari Membangun Ummah Beragenda!!!

Aku adalah..
Insan yang suka berjalan-jalan dan berjumpa dengan insan yang pelbagai karakter dalam kehidupan.Dari situ , aku cuba ambik seberapa banyak iktibar sebagai bekal perjuangan di jalanNya.Terima kasih Ya Allah. ;)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails