Sunday, April 6, 2014

Jangan Lupakan Nikmat Islam dan Iman



                                                                  Salam w.b.t
       Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan inayahNya dapatlah saya kembali bertinta di sini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah berjuang bersungguh-sungguh dalam dakwah ini sehingga kemekaran agama ini dapat dirasai hingga saat ini.Alhamdulillah.

      Sebenarnya  semalam saya baru habis mengikuti bengkel "Penampilan Diri" yang dianjurkan oleh pihak (di sini).Bertapa terkejut gamaknya saya.Jangkaan yang awalnya lahir di benak fikiran bengkel ini mungkin menampilkan seorang muslimah sebagai penceramah ternyata jauh meleset sama sekali.Ketika sampai di meja pendaftaran , terasa ingin mengundurkan semula kaki apabila terlihat kaum lelaki atau dengan kata lain , juru make-up lelaki yang menjadi pengisi slot pada hari ini. Saat itu kelihatan mereka mengeluarkan barang miliknya keluar dari kenderaan milik mereka.Ya Allah saat itu saya tidak tahu keputusan apa yang perlu dibuat pada saat-saat akhir. Hakikatnya saya juga ingin melihat apa pengisian slot yang disediakan oleh mereka.

      Secara jujurnya bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa , tetapi lebih baik jika bengkel ini diadakan dalam bentuk yang menjaga adab dan batas.Quote yang tidak boleh tahan daripada seorang staff:

"Setiap dari kita perlu berhias supaya pesakit cepat sembuh.Perlu juga untuk kita-kita ini yang wanita tahu memakai bulu mata palsu....trend terkini.Ops yang alim-alim tu tak masuk port la kan..."

Dan ucapan staff tadi disambung dengan kata-katanya.....

     Hoho...terguris dan sakit.Seketika saya tergamam seketika mengapa benda ini boleh terjadi? lebih suka mengikut adat kebanyakan daripada mengikut syariat Tuhan? 


Rasulullah s.a.w. menegaskan: 
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” 


[Shahih al-Bukhari, no: 5934] 


Seperti catatan yang pernah dinukilkan oleh Ustaz Saiful Islam:

Teringat diriku kepada coretan Kang Agus Mustofa di dalam karyanya Membela Allah:

Berjuta-juta penduduk dunia
Yang menyatakan dirinya beragama pun
Tanpa sengaja melupakan-Nya
Termasuk orang-orang
Yang merasa dirinya Islam
Ternyata juga tidak melakukan
Pembelaan untuk Dia
Siapalah yang dibelanya?
Ada yang sibuk membela status sosialnya
Ada yang sibuk membela kekuasaannya
Ada yang sibuk membela investasinya
Ada yang sibuk membela partai politiknya
Ada yang sibuk membela organisasi massanya
Ada yang sibuk membela madzhab pemikirannya
Ada yang sibuk membela 'agamanya'
Tapi tidak membela Tuhannya
'Agama' telah menjadi berhala
Dalam jiwanya
Rupanya dia lupa
Bahawa agama hanyalah 'jalan'
Untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya

       Di akhir slot pula, penceramah meminta para peserta memakai bulu mata palsu pemberiannya kepada kami sebagai saguhati. Saya tidak keseorangan ke sini sebenarnya kerana saya masih ada lagi 2 orang sahabat saya yang juga mengikuti bengkel ini.Kamipun apalagi terus cabut keluar dari bengkel kerana menyedari kepelikan arahan yang disuarakan oleh beliau. Keluar sahaja dari dewan terasa kecewa yang berbungkam-bungkam.

      Bertapa perlunya seseorang insan itu menyedari  tujuan mereka diciptakan.Perlunya juga seseorang mengetahui bertapa pentingnya untuk menjaga nikmat iman dan Islam pemberian Ilahi kepada hambanya.Bertuahnya kita sebenarnya kerana lahir-lahir sahaja agama Islam ini telah dihadiahkan kepada kita.

     Mari memupuk sifat SEDAR akan perintah Tuhan kerana dengannya secara langsung kita akan TAHU akan kepentingan berada dilandasan kebenaran.Berbanding bagi orang-orang yang sekadar TAHU arahan-arahan Allah , mereka tidak akan mampu untuk SEDAR akan kepentingan menjaga syariat yang telah ditentukanNya.

       Sahabatku , Islam dan iman yang sebenar bukanlah sekadar di lisan sahaja tetapi perlu dibuktikan dengan amalan. Seketika saya cuba mengimbau kembali kisah pengembaraan saya ke Soul, Korea pada bulan Januari yang lepas bersama sahabat saya kak Rini yang merupakan orang Sabah beragama Kristian bermazhab SIB/Protesten.



       Jika diikutkan pada mulanya , saya memang bercadang untuk pergi ke sana sendiri bersama travel agensi yang sudah dipilih dan dipercayai.Namun di saat-saat akhir , sahabat saya , Kak Rini juga berminat untuk join pengembaraan ke Korea. Beliau bertanya saya ok ke jika saya ikut kembara muslim ke sana?Jawab saya ok je ;) Perkara lain yang membuatkan  saya terharu juga di mana beliau sanggup membayar tiket flight dari Sabah ke LCCT yang harganya RM300 ketika itu.Hal ini kerana saat itu , beliau sudah berpindah dan bertugas di Hospital Tawau , Sabah.Kami berjumpa di LCCT.

       Pada 24 Januari 2014 saya bersama kak Rini bertolak ke Korea.Sebelum pemergian saya ke Korea , lab mate saya mencabar saya untuk cuba menarik kak Rini untuk masuk Islam. Dan sebenarnya memang itulah yang menjadi target saya jika Allah izinkan iaitu ingin membawanya kembali kepada fitnah sebenar. Dan saya percaya , saya perlu berhati-hati kerana saya juga merasakan yang beliau ingin menarik saya ke dalam agamanya. Yang nyata , sepengetahuan saya beliau boleh dikatakan tidak terlalu ektrim , tetapi taat beribadah dalam agamanya.

         Perjalanan kami ke sana mengambil masa 6 jam.Perbezaaan masa antara Korea dan Malaysia ialah masa di Korea sejam lebih awal berbanding masa di Malaysia.Sesampainya kami di sana, tempat pertama kami check in ialah Hotel Vivaldi Park.


suasana Vivaldi Park pada waktu malam.Inilah tempat kami berpeluang bermain ski.

       Sampai sahaja di Hotel tersebut, kami terus mengemas barang-barang dan membersihkan diri setelah sehari suntuk perjalanan kami ke sini.Ketika tengah mengemas luggage masing-masing , saya terpandang beliau memegang sebuah buku yang ada di dalam begnya.Lantas saya yang pada mulanya rasa biasa bertukar ingin tahu buku apa yang dibawa oleh beliau kerana saya perasan buku yang dibawanya itu tertulis word "Allah".

       Disebabkan dorongan keinginan yang melampau untuk mengetahui buku apa yang dibawa beliau , saya telah mencuri-curi membaca buku tersebut.Maafkan saya Ya Allah , saya hanya nak tahu apa sebenarnya isu kandungan buku tersebut.Hasil belekan yang ditambahi dengan rasa takut , saya mendapati buku tersebut mengandungi mantera dan protokol gereja yang perlu seseorang pengikut Kristian ikuti saat perjalanannya bersama orang Islam.Hal ini untuk mengelakkan daripada tergelincirnya akidah mereka kepada akidah Islam.

      Sepanjang di Korea, mudah untuk nampak gereja di sana sini sebesar stadium kat KL , tetapi susah untuk menunaikan ibadah solat.Buktinya kumpulan kami pernah di halau ketika ingin menunaikan solat di tepi restoran di sana.Kami juga mempunyai pengalaman menunaikan solat di air port Incheon , di tengah-tengah orang lalu lalang kerana tiada menjumpai surau di sana.Saat itu , saya merasakan bertapa bertuahnya saya dilahirkan di bumi Malaysia yang aman untuk melaksanakan ibadah...tetapi nikmat itu terkadang tidak dipergunakan dengan sebaiknya.

       Sejurus membaca sinopsis buku tersebut , saya pun kembali meletakkan buku tersebut ke dalam begnya.Saya beristigfar seketika.Benak berfikir mungkin beliau mahu berjaga-jaga dengan ku. Di sana, setiap kali tourist guide mengatakan agama Kristian merupakan agama yang dianuti oleh majoriti , maka setiap itulah saya melihat terukir rasa gembira pada riak wajahnya.Tetapi lain di jiwa saya , saya rasa TERCABAR!!! 

      Alhamdulillah sepanjang di sana , banyak benda yang saya pelajari.Saya bersama ahli kembara yang lain juga sentiasa bercerita tentang keistimewaan Islam di bumi kami walaupun saat itu kak Rini setia di sisi saya.Beliau hanya diam dan mendengar.Dipendekkan cerita , sebenarnya sepanjang di sana , tak terluah kata-kata untuk memberitahunya kebenaran sebenar.Mungkin berkata mudah , tetapi saat situasi itu ada di depan  mata , satu cabaran buat diri sebenarnya.Allah ;(

      Berbekalkan secebis kekuatan yang ada , akhirnya saya melafazkan juga ayat-ayat tersebut di LCCT , sebelum berlakunya perpisahan di antara kami di mana beliau perlu kembali semula bertugas di Sabah.


Saya diberikan kesempatan olehNya untuk memberitahukan hal itu saat kak Rini meminta saya menemankan beliau untuk ke kaunter domestik.Ayat yang saya bagitahunya adalah:

Saya : "Kak Rini , bagaimana travel kali ini?"

Kak Rini : "Ok  bah . Best sangat. Thanks Diyanah.Next time jika ada nak trvel mana-mana begitahula saya bah."

Saya : " Ok Kak. No hal."

Saya terus bersalam dengan beliau dan saat itu saya genggam tangannya erat dan mengatakan:

Saya : "Kak Rini sebenarnya saya nak bagitahu something."

Kak Rini : " Ye Diyanah , ada apa ya?"

Saya : " Errrr.....Sebenarnya agama Islam itulah agama yang tertinggi dan sebenar dan tidak ada yang lain kak."

        Saya melihat Kak Rini kembali merenung tajam kepada saya dan wajahnya kelihatan blur seketika.Lalu , saya terus meninggalkannya dengan secebis senyuman yang dibalas juga senyuman manis darinya. Dan sejujurnya dalam perjalanan menunggu bonda dan ayahanda saya di LCCT , saya menangis sendiri kerana terlalu sikit usaha yang dapat saya lakukan untuk memberitahukan diri beliau tentang Islam sedang hakikatnya , banyak masa saya di Korea bersamanya.Kami makan bersama , kami tidur bersama.Sahabatku , percayalah banyak sebenarnya persamaan di antara saya dengan beliau , cuma yang membezakan adalah pegangan agama.Benarlah kata-kata Saidina Ali r.a :


"Nikmat itu besar , tetapi kecil di hati manusia."

        Saya berdoa agar Allah memaafkan kekhilafan diri ini kerana setiap kali memikirkan saat dihisab di mahsyarNya nanti saya gerun seketika.Saya risau jika nama saya naik dan Allah akan tanya saya mengapa saya tidak memberitahukan tentang kebenaran ini pada sahabat saya.

       Sahabatku dalam hidup ini , kita bukan hidup dalam lingkungan kita sahaja.Banyak sebenarnya lingkungan sekitar kita yang juga perlukan perhatian daripada daie-daei yang lahir berdekatan dengannya.Saya juga mengingatkan diri ini, semoga kita tidak akan pernah lupa nikmat Iman dan Islam kurniaan Allah kepada kita.Sentiasa inginkan yang terbaik untuk agama tercinta.insyaAllah.
   

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails