Saturday, March 22, 2014

Biarlah Gambar Berbicara


Salam w.b.t
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan rahmatNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.
Tatkala saya memandang entri lama....seakan tidak percaya bahawa sudah lama saya tidak menulis.Allah maafkan kekhilafan hambaMu ini Ya Allah.Banyak sebenarnya cerita yang telah dihadapkan di depan mata yang benar-benar menguji keimanan dan ketaqwaan seorang hamba.Hamba tidak mampu Ya Allah. Solusi kepada masalah yang ada di depan mata didepani dengan keyakinan kepada hari bertemu Pencipta Yang Maha Esa. Saya terlalu rindukan Rasulullah SAW , ingin sangat bertemu dengan Baginda ;((
Biarlah Gambar Berbicara?Yup sudah banyak lakaran kehidupan yang tercetus dek kemaraan jiwa ingin kembali kepada Pencipta Yang Maha Esa.Entah kebarangkalian masa yang saya ada di bumi ini kian memendek.Perasaan yang sukar untuk digambarkan kerana bayangan kematian itu selalu datang dan hadir di benak fikiran...semakin cuba untuk melupakan, semakin kuat ia menerjah.Ya Allah jika benar masa yang saya punyai di dunia ini meman semakin sedikit , saya mohon Ya Allah , maafkanlah hamba..., maafkan segala keterlupaan hamba dalam mentaati perintahmu Ya Rabb..


24-29 Januari 2014

Alhamdulillah dengan izinNya , saya berpeluang berziarah ke bumi Korea yang banyak menyimpan khazanah sejarah penapakan Islam di sana yang menjadi agama ke tiga selepas KRISTIAN dan BUDDHA. Golongan minoriti di sana cukup hebat.!!!!saya nak jadi macam ghulam ;))

14-15 Mac 2014

Family Day Pathology yang OSEM!!!
Rumahku Syurgaku...
Usrahku Syurgaku...
Makmalku Syurgaku...

 Start bulan ini....saya telah ditempatkan di section yang mencabar sedikit iaitu Serology. Test yang menarik ANA....dan di situ kau boleh jumpa mcam-macam pattern.Contohnya , Homogenous , Speckled , Nucleolar , SS-A/ro dan banyak lagi....di sini saya banyak muhasabah diri yang diciptakan sebagai hamba Tuhan.




Kursus Inovasi dan Kreativiti
19-21 Mac 2014 di Dewan Bestari

KPI 2013
KPI 2014 sama juga tambahan note untuk diri sendiri.
Berhenti dari berkata banyak tentang DUNIA dan selalu ingatkan KEMATIAN!!!

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails