Monday, April 1, 2013

Walau Rapuh, Tetaplah Teguh!



Salam w.b.t.
      Alhamdulillah dgn izin dan limpah kurnia dariNya , saya diberi peluang hingga ke saat ini bernafas berposisikan seorang hamba yang hina di hadapanNya.Cukuplah melihatkan nikmatNya kepada diri ini yang terlalu banyak , saya mengaku bahawa Allah swt Maha Berkuasa atas segala-galanya.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Semoga ingatan kita kepada Junjungan Mulia ini mampu membuatkan kita kembali menagih kasih sejati kepada Allah SWT.InsyaAllah.

     Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana dalam 3 bulan yang telah dilalui bagi tahun 2013 ini, hanya 2 perkongsian mampu dinukilkan.Sejujurnya , saya akui kesibukan yang hadir tidak layak dijadikan alasan mengapa saya tidak terus menulis.Ya Allah maafkan segala kekhilafan hambaMu Ya Allah.Saya cuba sedaya upaya untuk menjadi sebaik-baik hambaMu.:(

      Kini hampir 5 bulan bergelar MLT di Jabatan Patologi HBP.Alhamdulillah segalanya ok je , cuma kadang-kadang saya tidak tahu mengapa hati ini mudah sangat menangis.Menangis sebab sepanjang menjaga section PBF dan outsource di Makmal Hematologi , ada sample yang diterima dari Hospital luar pasti ada masalah.Antaranya, sample leaking , sample tidak diterima, pembungkusan sample tidak proper dan macam-macam lagi.Apabila doktor bertanya siapa MLT yang incharge section tu , my name already mentioned by them.Kini nama saya sudah dikenali oleh mereka.Saya tidak mampu berkata apa-apa.Hanya mampu menangis.Cukuplah Allah SWT menjadi saksi segala gerak kerja saya di section itu.

     Suatu perkara yang akan saya lakukan apabila terlalu stress dengan kerja-kerja ini, saya cuba untuk banyakkan berselawat dan berzikir kepada Allah SWT.Cukuplah saya menggantungkan harapan saya kepada Dia.Mungkin ini salah satu cara Allah SWT mahu menegur saya.Saya cuba untuk redha.Saya tahu saya banyak melakukan dosa kepadaNya.Tetapi apakan daya, manusia seperti saya hanya mampu berusaha dan berdoa kepadaNya.Naluri hati kembali kuat untuk bangun apabila yakin segala kejadian Allah SWT itu ada hikmahnya.

    Semalam ada sedikit masa di rumah , saya cuba muhasabah diri ini dengan membaca novel "I Want To Be A Writer" karangan Ummu Hani Abu Hassan.Subhanallah saya cukup terkesan daripada bait penulisannya. Kisah yang cuba dikongsikan itu SEBIJIK sama dengan kisah hidup saya yang saya alami.InsyaAllah selepas ini , saya akan cuba untuk manage masa elok-elok untuk menghasilkan buku pertama saya...insyaAllah yang bertajuk , "Semalu Kasih Cinta".Saya mahu mencari medan lain untuk berjihad iaitu melalui pena kerana menerusinya saya boleh menceritakan kembali banyak pengalaman berjumpa dengan ragam orang yang pelbagai.

      Alhamdulillah juga , kesedihan yang membungkam diri cuba diubati dengan berjumpa adik-adik usrah di UTHM.Mereka adalah Ada, Wiyah ,Atiqah dan Fera.Pertemuan dengan mereka adalah merupakan hadiah bagi diri ini untuk sentiasa istiqamah di jalan ini juga sebagai medium ingat-mengingatkan antara satu sama lain.Yang nyata...saya harus dan perlu tabah walau apapun dugaan berduri di hadapan yang akan dan sedang menanti.InsyaAllah saya akan berani untuk menghadapinya kerana saya yakin , saya ada Allah SWT yang sentiasa melihat saya.

No matter how much you have others to help u, you actually have only Allah by your side.thank u Allah ;)

Terlambat datangnya pmberian(Allah) meski sudah dimohonkan berulang-ulang, janganlah membuatkan kamu patah harapan..kerana Dia telah menjamin untuk mengabulkan permintaanmu sesuai dgn apa yg Dia pilihkan untukmu, bukan menurut keinginan engkau sendri.Juga dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yg engkau inginkan.(Syeikh Ibn Atha'illah)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails