Tuesday, April 9, 2013

Arus Baru

Salam w.b.t.
     Alhamdulillah dengan izinnya saya diberi peluang sekali lagi untuk bertinta di sini.Alhamdulillah...Syukur kepada Allah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Jam di dinding kini tepat menunjukkan jam 12.00 malam dan sebenarnya mata ini masih belum mahu memejamkan kerdipannya.InsyaAllah untuk entri kali ini , saya ingin berkongsi sedikit berkenaan  Arus Baru yang sekarang ni tengah hangat diperkatakan di media terutamanya di fb.

     Sebagaimana yang semua maklum Arus Baru yang mana ahlinya terdiri dari ISMA menyeru kepada umat untuk membangun umat beragenda dengan menghantar beberapa orang calon ke parlimen untuk bertanding pada PRU ke -13 ini.InsyaAllah calon yang bertanding akan bertanding atas tiket BERJASA.

      Terdapat beberapa kelebihan-kelebihan Calon Muslim Berwibawa.Antaranya, insyaAllah pertamanya , mereka mampu memecahkan tembok kepartian.Keduanya, mereka tidak akan memihak kepada agenda yang merugikan Melayu dan Islam.Ketiganya, mereka bebas daripada sikap mengadu domba yang boleh merosakkan keharmonian bermasyarakat.Keempat , mereka mementingkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan.Kelima, mereka menjadi kuasa ketiga nagi mendesak ketuanan Islam di bumi Malaysia.

       Sejujurnya, dari diri saya, walaupun saya bukanlah seseorang yang menjawat jawatan yang tinggi dalam organisasi ISMA , sekadar ahli picisan sahaja , saya yakin apa yang diperjuangkan oleh NGO ini.Hal ini kerana , saya amat tertarik dengan qudwah teladan yang ditunjukkan oleh ahli-ahlinya.Salah satunya , pada jiwa yang ada pada murobbi saya sendiri.Ya , beliau sentiasa mengingatkan saya akan hakikat perjuangan Islam yang sebenar.Saya benar-benar tersentak apabila beliau mengatakan kepada saya bahawa saya diciptakan kerana ada tujuan yang besar yang Allah SWT ingin saya laksanakan iaitu perlu menjadi daie bergerak di muka bumi Ilahi ini.

        Saya ingat lagi pada umur saya 19 tahun , ketika itu saya belajar di Universiti Nilai , Negeri Sembilan....dalam keadaan saya time tu yang tidak tahu penjagaan aurat sebenar(seperti pakai tudung jarang, pakai stokin kadang2, suka seng-seng lengan) , apabila saya mengenali usrah yang dibawa oleh murobbi saya, Ukhti Rina , saya sangat bahagia.Ukhti tu selalu ingatkan, jika kita boleh menghadirkan diri ke kelas yang pihak U adakan semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam exam, mengapa kita tidak boleh hadirkan diri ke usrah/majlis2 ilmu yang murobbi adakan semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi di akhirat kelak...sedangkan kita semua tahu akhirat itu sendiri lagi tinggi nilainya dari duniawi yang sementara cuma.

      Saya pernahla terkadang dulu malas nak pergi usrah sebab perlu menyiapkan assignment yang berlambak...  tapi ukhti tu tak pernah marah pun.Malah beliau membalas dalam mesej , "Tak pe akak faham :)".Dalam halaqah pula, kebiasaannya selepas habis usrah, ukhti tu akan suruh setiap daripada kami untuk konklusikan kesimpulan daripada perbincangan atau perkongsian yang diberikan.Saya ingat lagi , saat mula-mula saya masuk usrah dengan ukhti tu, apabila disuruh untuk berkongsi sesuatu, saya rasa malu...ye lah sebeb rasa diri macam tak layak nak bercakap sedang saat tu saya tidak seperti sahabat halaqah yang lain yang datang dari UIA mahupun USIM.Student UIA dan USIM tu, selalunya apabila mereka buat konklusi, pasti ada ayat quran yang mereka hafal berkenaan tajuk yang dibincangkan , mereka akan baca dan cantik je kesimpulan yang mereka perkatakan.

       Namun pada saya pula, saya menjadi semakin malu apabila setiap kali sesi konklusi dijalankan kerana saya hanya mampu mengulang semula apa-apa mesej yang dibincangkan bersama sahabat.Keterujaan bersama mereka semakin membara kerana sahabat halaqah sentiasa support saya walaupun saya biasa-biasa je.Ukhti tu pula , even saya bagi pandangan yang pada saya tak lah berapa bernas sangat , namun ukhti tu sentiasa kata pada saya , "Yup , betul apa Ummu kata tu ;) ." Qudwah yang ditunjukkan oleh beliau membuatkan saya ingin menjadi baik seperti ukhti tu.

       Sebelum masuk usrah , semasa di maktab dan plkn , fikiran saya sering dijumutkan dengan berpandangan bahawa orang-orang tertentu sahaja yang boleh berjaya, orang yang berkedudukan , orang yang ramai pengaruh disebabkan kepintaran yang mereka miliki , orang yang cantik dan hensem je boleh berjaya sebab mereka ada penarik bagi mereka sendiri.

       Alhamdulillah , sejak masuk usrah pemikiran yang lama itu cuba digantikan dengan pemikiran yang baru. Ukhti dan sahabat-sahabat saya selalu ingatkan dan yakinkan pada diri saya bahawa setiap daripada kita punyai kelebihan walaupun ianya dari sekadar senyuman.Yang nyata kita perlu bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan kepada kita dan gunakan kelebihan yang ada ke arah yang lebih baik untuk manfaat ummah.

       Kini murobbi kian silih berganti.Namun ia tetap tidak menginjakkan keyakinan saya untuk tetap bersama perjuangan ISMA ini.InsyaAllah semoga Allah SWT memberkati usaha kita ini.Walaupun, cacian , makian kita terima, tetap bersabarlah.Itulah sebenarnya asam garam perjuangan.Kami tidak dilatih dalam tarbiyah ini untuk membenci orang lain ,tetapi kami sentiasa dididik untuk merima apa juga cabaran dan dugaan di hadapan.Ayat Ustaz Fauzi : "Ikhwah akhwat kena tahan nafsu dan banyakkan bersabar."


Takkan surut walau selangkah...
Takkan henti walau sejanak...
Cita kami hidup mulia....
atau SYAHID mendapat syurga...

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails