Sunday, January 27, 2013

Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi

Salam w.b.t.
          Pertama-tamanya ingin saya lafazkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayangnya , saya masih diberi ruang dan peluang untuk kembali mencoret kata di sini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW ,ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Ya Allah , kasihanilah kami hamba-hambaMu yang sedaya upaya untuk menjaga cinta kepadaMu Ya Allah.Tuntunlah kami...bantulah kami ke arah jalan yang Engkau redha.Tika kejenuhan datang menjengah kami , kami mohon jangan timbulkan keputus asaan dalam diri ini Ya Allah.Sebaliknya kami harapkan agar Engkau pelihara hati-hati ini untuk sentiasa bersangka baik kepadaMu Ya Ilahi.

         InsyaAllah untuk entri ini tajuknya , "Tingkatkan Prestasi , Kurangkan Kontroversi".Sebenarnya nak highlightkan 'tingkatkan prestasi' yang mana sebagaimana yang kita ketahui sebelum ini kita banyak didedahkan dengan kemelut politik dan masalah-masalah masyarakat dan keluarga di dada akhbar. Mahu tidak mahu , sejujurnya kita perlu juga ambil tahu apa yang terjadi di sekeliling kita dan cuba berfikir sejenak berkenaan resolusi yang boleh dilaksanakan demi manfaat ummah itu sendiri.

        Berkata sana-sani , memburukkan orang lain bukanlah jalan penyelesaian yang sesuai dan seharusnya kejelasan dari pelbagai pihak perlulah diperhalusi sebelum menghukum sesuatu yang tidak pasti.Dan InsyaAllah keberadaan tetap saya kini di bumi tercinta Batu Pahat , Johor , InsyaAllah jika diberi kesempatan , saya ingin menyelam seberapa banyak ilmu yang ada di sini.Juga ingin membuka mata masyarakat bahawa pembaikan diri seseorang itu tidak akan pernah berakhir selagi tubuh belum ditutupi dengan kain kapan.

Kata-kata Ulama' dari Bashrah (Syeikh As-Sarri Assaqathi) : 

"Perkara yang amat menduka citakan adalah apabila menjalarnya penyakit mencari-cari keburukan mu'min lain."

Beliau menambah, 
"Aku tidak pernah melihat hal yang lebih merosakkan hati,menjadikan jiwa sentiasa sedih,mencintai sifat riya' dan cintakan kekuasaan, kesan daripada sentiasa melihat aib orang lain tetapi tidak melihat aib sendiri." 

   
         Setiap mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain dan seharusnya kita umat Islam perlulah memikirkan jalan keluar daripada masalah ketidaksefahaman dalam banyak hal.Mesejnya senang je kita bukan nak menangkan mana-mana jemaah , tetapi sebenarnya kita mahu menangkan Islam dan menegakkan daulah Islam yang telah tumbang pada zaman Turki Uthmaniyah dahulu.

         Kisah saya ini sebenarnya baru berada di tengah landasan kehidupan.Yup saya akui saya benar-benar memerlukan sumber tarbiyah dari pelbagai sudut lantaran kelemahan dan kekurangan dalam diri yang dikenal pasti sepanjang bergelar insan hina ini.Alhamdulillah , di sepanjang perjalanan yang saya lalui kini bersama makcik-makcik , pakcik-pakcik, atok-atok , nenek-nenek dan adik-adik tercinta iaitu dalam mempelajari ilmu tajwid dan taranum secara mendalam , tidak dinafikan saya ingin benar menjaga nikmat iman , islam dan ukhwah yang diberikan kepada saya dan mereka.

         Belajar di sini membuka mata saya bahawa umur bukanlah menjadi penghalang untuk seseorang menuntut ilmu.Sebagai contoh , gambar di bawah ini.Sebenarnya pertama kali menjejakkan kaki di madrasah ini, suatu yang mengujakan saya ialah apabila melihat seorang ibu yang membawa 3 orang anaknya bersama-sama hadir untuk mempelajari ilmu Allah ini.Allahuakbar...terdetik dalam hati kecil saya:

     "Hebatnya ibu ini dalam posisinya kini sebagai seorang ibu dan isteri , beliau mampu menyediakan masa untuk dirinya sendiri serta anak-anaknya untuk pergi menuntut ilmu.Beruntungnya juga isteri ini kerana memiliki suami yang memahami dan mengizinkannya bersama anak-anaknya hadir di majlis ini."

       Sepanjang beberapa kali saya menghadiri kelas ini , saya dapati ibu ini sentiasa bersemangat di dalam kelas pengajian dan anak-anaknya juga rajin bertanya ustaz berkenaan sesuatu yang kurang jelas dalam memahami isi al-quran.Inilah individu-individu muslim yang kita inginkan.Individu yang berani dan kuat dalam memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Kelihatan si ibu sedang menunjuk ajar anak yang bertudung biru di sebelahnya.

        Tidak ketinggalan juga warga berusia turut hadir untuk bersama-sama mempelajari ilmu al-Quran ini.Sesungguhnya cukuplah melihat mereka sudah memberi inspirasi kepada anak muda seperti saya untuk bersama-sama mereka untuk istiqamah di jalan ini.InsyaAllah.KepadaNyalah segala kebergantungan disandarkan.

Kelihatan pakcik-pakcik, atok-atok dan adik-adik yang tekun belajar quran tajwid di madrasah ini bersama Ustaz Atan.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails