Sunday, December 8, 2013

Hidup Berumahtangga Terasa Sempit

                                                                   


Kisah sedih suami isteri yang tidak terduga !
                                                              Salam w.b.t.
               Setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'akan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali menulis di sini.Syukur Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang banyak berjasa sehingga tertumpahnya nikmat Islam ini di bumi Malaysia.Wahai teman lihatlah kurniaanNya di sekelilingmu , dan bicarakan lafaz zikrullah kepada Dia. Sungguh dunia ini sekadar persinggahan yang sementara cuma dan negeri akhirat itu adalah sebaik-baik tempat kembali menemuiNya.

              Untuk entri kali ini , tajuk yang akan dibicarakan ialah 'Hidup Berumah Tangga Terasa Sempit'. Adakah sebenarnya benar penyataan ini? ataupun ianya sekadar penyataan berbaur keegooan? Pernah suatu ketika ada beberapa orang wanita yang sudah berpasangan berjumpa dengan saya mengatakan kehidupannya selepas berumahtangga dirasakan dihimpit rasa kesempitan dan bermacam kesusahan. Melihat keadaan diri yang sebenarnya tidak pernah merasa hidup berumahtangga ataupun dengan kata yang mudah bahawa saya belum berkahwin , memungkinkan jiwa dan hati memberi jawapan yang mudah untuk beliau terima.Ya Allah saya sangat mengakui kehidupan berumahtangga itu sebenarnya perlu dibahterai oleh insan yang kental fizikal dan mentalnya juga berani mengharungi ombak badai dalam kehidupan mereka.

          Si wanita mengatakan sebelum berkahwin ....semua ayat-ayat cinta tidak pernah lekang di bibir suaminya.I love U la....I miss U la...I can't life without U la dan macam-macam lagi.Seperti kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari...begitulah yang terjadi pada saat dan ketika bahtera dilayari.Bukan mudah nak menyuruh seseorang untuk bersabar ketika mereka diuji dugaan hidup kerana hanya orang yang empunya badan sahaja yang mengetahui betapa peritnya dan jerihnya kehidupan yang dilaluinya.Saya juga mengerti meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri yang didera , dimaki hinggakan ditinggalkan suami sememangnya bukan mudah.Dan sekiranya saya ditempatkan di posisi tersebut pun mungkin saya juga akan merasa sedih dan putus asa dengan kehidupan.Ya Allah , wanita di hadapan saya ini sebenarnya memang seorang yang tabah.

          Saya mendengar apa yang cuba disampaikan.Dan pada masa yang sama saya mendapat idea untuk berkongsi 1 kisah yang pernah ditulis oleh ustaz Pahrol berkenaan tajuk , " Belajar daripada Siti Hajar".

Hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita.Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri.Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri , sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagai hambaNya.

Kisah yang dibawa oleh ustaz Pahrol:

Ustaz: Bila kita berhenti belajar bermakna kita berhenti memimpin.

Wanita: Tetapi saya bukan pemimpin.Saya hanya seorang wanita biasa.

Ustaz : Jadi Puan tidak payah belajar?Begitu?
-Wanita itu diam....berfikir, barangkali.
         : Sebenarnya puan seorang pemimpin.Kerana setiap orang adalah                                 pemimpin.Jika dia tidak menjadi pemimpin kepada orang lain, sekurang- 
          kurangnya dia menjadi pemimpin bagi dirinya sendiri. 

Wanita : Saya hairan mengapa ada suami yang begitu?

Ustaz: Puan , berhentilah mengeluh tentang dia.Simpan dan pendamkan sahaja di hati.Telah hampir setahun dia menghilangkan diri.Apa yang penting ialah puan dan anak-anak puan.

Wanita : Apa yang boleh saya buat lagi?

Ustaz : Teruskan kehidupan .Untuk itu perlu terus belajar.

Wanita : Belajar untuk apa? Daripada siapa?

Ustaz : Belajar daripada Siti Hajar.

Wanita : Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim?

Ustaz : Ya.

Wanita : Dia tak sama dengan Nabi Ibrahim.Dia suami yang kejam.Dia tinggalkan saya bukan atas sebab-sebab yang munasabah.

Ustaz : Ya , suami puan bukan Nabi Ibrahim.Tapi puan boleh belajar daripada Siti Hajar.Mana mungkin kita mendapat suami sebaik Nabi Ibrahim kalau kita tidak menjadi isteri sebaik Siti Hajar.Sejarah menceritakan Siti Hajar merupaka seorang wanita yang berkulit gelap.Wajahnya tidak cantik secantik madunya Siti Sarah. Beliau menjaga anak yang bernama Ismail.Ya , pada lahirnya dia adalah manusia yang biasa-biasa sahaja.

Wanita : Di mana pula luar biasanya?

Ustaz : Luar biasanya pada hatinya.Hatinya hati emas.Siti Hajar diuji dari pelbagai dari pelbagai dimensi.Emosinya diuji dengan hidup bermadu.Fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir.Akalnya diuji dengan hidup tanpa bekalan.Jiwanya diuji dengan tawakal , sabar dan sangka baik kepada Allah dan suami.Dia menjadi luar biasa dengan menjalankan peranan yang biasa-biasa.

*Perbualan mereka berterusan hingga membuatkan wanita itu kembali berfikir.Melihat kembali keadaan saya dan sahabat saya , saya juga membuat kesimpulan bahawa walaubagaimanapun kuatnya badai yang melanda dalam rumahtangga , seorang wanita itu perlu sabar dan tabah.Melihat keteladanan yang ditunjuki oleh Siti Hajar , beliau tidak menyimpan prasangka terhadap suaminya apatah lagi kepada Allah SWT Yang Maha Esa.Pesanan saya kepada sahabat saya , percayalah awak masih mampu merasai nikmat kasih sayang walaupun ianya bukan daripada suami , tetapi kasih daripada anak-anak awak masih mampu awak miliki. Mungkin inilah caranya yang Tuhan telah takdirkan agar awak kembali lebih dekat kepadaNya.

Wednesday, November 6, 2013

Haihh...Ini Kan Awal Muharam (1435H)!!!


Salam w.b.t.
         Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan limpahkurniaNya dapatlah saya kembali menukil secebis kata-kata di teratak ini.Syukur Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Semoga dengan mengingati semangat perjuangan para sahabat terdahulu mempertahankan Islam menjadikan kita tidak lupa bahawa kita perlu untuk meneruskan jihad di jalanNya tanpa putus asa...InsyaAllah.

          Sesekali melihat jam di dinding baru menunjukkan jam 9.00 malam...semakin laju degupan jantung mendengarkan denyutannya.Ya Allah...hamba sebenarnya risau dengan amanah yang telah diberikan kepada hamba Ya Allah.Rasanya dalam medan dakwah ini, ada jawatan yang saya rasakan saya bukanlah orang yang layak untuk memegang tampoknya , tetapi yang nyatanya jawatan/ amanah itu diberikan kepada saya. Terkadang saya termanggu sendirian , mampukah saya untuk meneruskannya.Seketika teringat kata-kata Imam Ghazali apabila beliau mengatakan perkara yang paling berat sekali di dunia ini ialah amanah. Sekali lagi terasa seperti ada batu besar dihempap ke atas diri yang hina ini.Walau bagaimanapun , saya akui saya perlu kuat dan bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.Tetapi jika datang waktu kefuturan , yang mampu dibuat ialah berdoa dalam tangisan kerana bagi saya melaluinya akan hadirnya kekuatan.

Hijrah itu kan memerlukan pengorbanan.....
Hijrah itu kan memerlukan kesabaran....
Hijrah itu kan memerlukan titisan air mata sebagai bekal kekuatan menuju Tuhan....
Haihh ummu....ini kan awal muharam...!!!
Perbaharuilah niatmu .... cengkamlah seteguhnya keimanan kepada Tuhanmu...
Engkau kena lebih kuat menghadapinya....
Jangan mudah mengalah.....
Biarlah orang lain nak kata apa.....
Yang penting kau buat semua ini kerana Dia...
Kerana kau sudah tidak sabar ingin bertemu denganNya kan?

Teringat kata-kata seorang sahabat....
Apabila ditanya kepada beliau , 'Bilakah waktu mati yang terbaik?'
Maka dijawabnya , ' Waktu terbaik untuk mati adalah waktu sekarang...di mana kita merasakan bahawa kita ini sebenarnya sudah berada di puncak'.
Maksud dipuncak itu bermakna kita sudah menyebarkan dakwah islam ke seluruh pelusuknya serta dapat melahirkan kader-kader dakwah yang hebat...
Kerana mati itu tiada kita tahu kapannya....
Kerana bisa saja mati itu dalam keadaan manusia tidak berada dalam keadaan sedia...
kerana apa begitu?
Sebagai contoh, bagi seseorang yang mati excident di jalan raya....
jika sebelum itu , beliau tahu sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada dirinya saat beliau keluar memandu ....pasti beliau tidak akan keluar pada waktu itu kan ?...

Bagi orang yang dideritai sakit koma/strok sebagai contoh ....sekurang-kurangnya bagi mereka , mereka sudah tahu dalam beberapa masa yang Tuhan pinjamkan , mereka perlu akur untuk kembali kepadNya....
Sebab itulah saya suka setiap kali mengingatkan diri ini...
untuk membayangkan beberapa saat lagi kau akan kembali ke pangkuan Tuhanmu...maka sudah bersediakan dirimu...
Pilihan di tanganmu ..samaada ingin meneruskan langkahan ataupun berhenti setakat pertengahan jalan...


Contohilah keperibadian Baginda SAW yang dikasihi Ilahi....
Allah SWT telah menjadikan Rasulullah saw. sebagai teladan terbaik bagi kaum Muslim dalam segala hal, mulai dari masalah rumah tangga hingga masalah negara. Sayang, banyak umatnya enggan meneladani beliau. Mereka lebih memilih untuk mencontoh dan mengikuti figur lain termasuk dalam masalah kepemimpinan dalam konteks kenegaraan yang sikap dan pemikirannya justru bertentangan dengan Islam.
     
        Pernah suatu ketika Baginda SAW mahu menyebarkan dakwah di Mekah, bapa saudaranya, Abu Thalib, seorang pelindung dan pembela Nabi SAW, meskipun waktu itu tidak masuk Islam...dengan penuh bijaksana ia menengahinya, akan tetapi kali ini orang kafir tidak merasa puas dengan Abu Thalib.

“Hai Abu Thalib, selama ini kamu selalu membela Muhammad dan melindunginya dari kami. Cuba suruh Muhammad menghentikan perbuatannya itu! Kalau tidak’ maka kami akan bertindak sendiri!”
 Abu Sufyan mengancam dengan keras.

“Kami akan bunuh Muhammad! Jika ia masih terus menghina berhala kami,”
 sahutnya lagi tidak main-main.

Abu Thalib tertegun, dia amat bingung harus berbuat apa. Muhammad adalah anak sedaranya yang sangat dia cintai dan sayangi. Sedangkan dia sendiri masih menyembah berhala seperti kaum kafir. Dia tak ada niat untuk meninggalkan agamanya. Tetapi, jika sampai menyerahkan Nabi SAW  ke tangan orang-orang itu, Abu Thalib tidak sanggup melakukannya.Abu Talib pernah menceritakan segala bentuk ancaman yang Nabi Muhammad SAW akan hadapi sekiranya masih berkeinginan untuk meneruskan dakwahnya kepada masyarakat Arab ketika itu.Diceritakannya semua ancaman orang kafir itu dengan hati yang cemas.

“Anakku, dengarkanlah, ” 
kata Abu Thalib. Nabi Muhammad SAW menatap pamannya dengan perasaan berdebar-debar. Nabi menunggu apa yang akan dikatakan Abu Thalib.

“Aku harap kamu bisa menjaga dirimu dan diriku. Jangan membebani aku dengan sesuatu yang tak sanggup aku pikul,”
 kata Abu Thalib.

Sungguh , Nabi SAW sedih mendengarnya. Satu-satunya orang yang selalu membelanya, kini seakan tidak mau lagi membela. Tetapi, Nabi SAW tidak mau kaumnya terus menerus berada dalam kegelapan dan kesesatan. Baginda sudah diberi petunjuk dengan cahaya kebenaran.

Dengan semangat yang menyala, Nabi memandang pamannya.
 “Wahai, pak cikku!” kata Nabi SAW. “Meskipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, agar aku meninggalkan seruanku. Sungguh, sampai mati pun tidak akan kutinggalkan !”

Tanpa menoleh lagi, Rasulullah meninggalkan Abu Thalib. Alangkah bergetar seluruh tubuh Abu Thalib mendengar ucapan itu. Ia tertegun beberapa saat. Lalu segera memanggil Nabi lagi.

“Anakku ! Pergilah dengan tenang. Katakanlah apa yang ingin kamu katakan pada kaummu. Sungguh, aku tidak akan menyerahkan dirimu pada orang-orang kafir,”
 kata Abu Thalib penuh haru.

**************************************
      Begitulah sedikit kisah yang menunjukkan bertapa bersemangatnya Baginda dan teguhnya prinsip Baginda untuk terus berdakwah kepada kaumnya walaupun banyak cacian diterima.Peristiwa di atas ini terjadi sebelum hijrah berlaku.Namun begitu , setelah Baginda SAW menerima arahan daripada Allah SWT untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah , maka dengan keyakinan yang teguh kepada Rabbnya...Baginda SAW melaksanakan perintah itu dengan sebaiknya walaupun banyak dugaan yang dihadapi sepanjang penghijrahannya ke Madinah.

       Oleh itu , perbesarkanlah konteks hijrahmu, jangan sampai dunia ini 
melekakanmu ..jangan sampai dunia ini mengheretmu ke lembah nafsu.Sedarkanlah dirimu kembali tentang besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Baginda SAW dan para sahabat yang membawa Islam tersebar ke seluruh dunia.Kita perlu menyalakan kembali obor cahaya Islam di sana sini.Nak ingatkan diri sendiri juga....sekarang ini bukanlah masanya meratapi kelemahan , tetapi saat inilah masanya kau kenal pasti kekuatan dan potensi diri kau untuk mara ke hadapan.

"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Ia akan memberi kecukupan kepadanya."
(Surah Al-Tahlaq 65:3)
__________________________________________
*Dunia ini sebenarnya zahirnya penipuan , dan di dalamnya berupa peringatan.Maka lihatnya di dalamnya dengan mata hati dan cicipilah ibrah darinya.*
*Mood: Merasakan bahana SPM yang akan bermula 6 November 2013.Semoga adik-adiku dapat menjawab dengan baik...insyaAllah.
*Lagi 2 bulan saya akan menjejaki bumi perjuangan Saad bin Abi Waqas...insyaAllah saya nak meneroka kebesaran Tuhan di sana....moga dengan pengembaraan ini menjadikan saya kuat dan tabah menjalani kehidupan.

Saturday, October 12, 2013

Doktor Muslimah Yang Baik =)

                                             
                                                                  Salam w.b.t.
        Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini setelah sekian lama menyepi.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Harapannya kita sentiasa memperbaiki tingkah laku dan amalan kita dari semasa ke semasa dan berusahalah menjaga nikmat kurniaanNya yang terlalu banyak diberikan kepada kita.

         InsyaAllah untuk entri kali ini bertajuk "Doktor Muslimah Yang Baik." Yup, insyaAllah hari ini saya akan berkongsi satu cerita yang manis untuk dibaca bersama.Dan untuk pengetahuan para pembaca, kisah ini benar-benar berlaku kepada saya.Impian saya moga-moga ada ibrah yang boleh para pembaca cicipi hasil daipada sedikit perkongsian cerita ini.InsyaAllah.

       Pada 8 Oktober 2013(Selasa) yang lepas, dalam perjalanan ke tempat kerja ,semasa saya mahu parking kereta di bahagian parking bawah bangunan baru , saya telah memilih untuk parking di bahagian "D" , di mana tempat yang biasa menjadi favourite parking la katakan...sebab jika pagi tempat tu kosong dan mudah untuk parking. Dan pada pagi itu , saya dapati tempat "D" tu sudah penuh dan yang adapun 1 parking yang di apit oleh kereta berwarna putih dan kelabu. Jadi dengan rasa sedikit confident, saya pun masuk ke parking tersebut.Lalu nak di jadikan cerita, sangkaan saya bahawa muat untuk kereta saya masuk parking tersebut ternyata salah kerana kereta saya telah mencium kereta sebelah kiri saya...kereta tersebut berwana putih.

      Ya Allah ketika itu , saya yang tenang menjadi gabra seketika kerana saya merasakan saya perlu reverse semula untuk memberhentikan ciuman pada kereta tersebut.Saat itu saya dah tak fikir apa yang akan jadi pada kereta saya, tetapi saya memikirkan ,"Habislah aku kena bayar ganti rugi kereta tersebut." Ketika kejadian berlaku , seorang male nurse yang juga menunggang motorsikal di tempat tersebut ternampak saya melanggar kereta di sebelah dan yang tidak boleh saya lupa ....male nurse tu sampai ternganga melihat saya terlanggar kereta di sebelah dan tangannya menuding ke arah kereta itu.Mungkin dia pun terkejut melihat saya melanggar kereta itu.Waktu kejadian itu juga, dihadapan saya, ada sebuah kereta Alza putih yang mana...pemandunya  melihat ke belakang(ke arah saya) dan dia seakan-akan mahu melihat no plat kereta saya...(jangkaan saya mungkin kakak tu risau jika saya langgar lari kot)....tapi insyaAllah saya bukan begitu.Saya tidak sengaja melanggar kereta disebelah tu.

      Jadi dengan kudrat yang ada, saya menangkap gambar kereta yang saya langgar beserta no platnya. Pada awalnya, sekali imbas , saya ingat kereta yang saya langgar itu hanyalah berjenama proton sahaja.Namun tidak , rupanya saya pun ternganga melihat kereta tersebut kerana ianya berbrandkan wolkswagen polo yang baru tu...wow..."Hebatlah kau diyanah langgar wolkswagen ni."Menggelabar juga sebenarnya.....tetapi saat itu saya cuba kembali bermuhasabah.....berzikir dan beristighfar. Mungkin dalam kehidupan ni..saya kurang bersedekah dan bila perkara sebegini berlaku saya hanya mampu meletakkan sepenuh keyakinan hanya kepada Allah SWT sahaja.Tergambar beratus-ratus duit gaji saya yang akan keluar time tu berterbangan begitu sahaja...

        Tidak berlalu begitu sahaja, saya juga berusaha mencari pak guard yang menjaga di situ untuk memberitahukan hal ini...tetapi sayangnya tiada.Jadi memandangkan saya perlu kembali semula ke Makmal Mikrob dengan segera , sahabat saya mencadangkan untuk meletakkan 1 note pada keretanya.Note tu bertulis :"Minta maaf saya terlanggar kereta kamu, sila hubungi saya , 010- xxxxxxx." Melalui apa yang diberitakan oleh teman saya , pemilik kereta itu adalah merupakan seorang doktor.Hah...abislah saya.

       Sejujurnya saya menunggu pemilik kereta itu menelefon saya kembali , hari Rabu , tiada panggilan darinya hinggakan hati bermonolog sendirian, " Takkan pemilik kereta tu tak perasan note aku? ". Pada hari Khamis , sewaktu saya lunch call , ternyata pemilik kereta itu menelefon saya....dan kedengaran suara seorang lelaki.Saya pun apa lagi berbanyak-banyak minta maafla.Rupa-rupanya , melalui cerita lelaki itu , kereta itu milik isterinya yang merupakan HO di hospital.Oh ok....saat itu , saya lega. Lantas saya terus menggoffer untuk bertemu beliau dan isterinya untuk urusan ganti rugi(jika diminta). Suaminya membalas yang beliau akan menelefon saya kembali untuk urusan ganti rugi.

       Hari Jumaat ketika baru habis post call , teringat kembali bahawa saya perlu kembali ke makmal jam 12 tengah hari untuk bertugas di bahagian kaunter makmal(biasala rule baru.sebab ppk kat makmal tu semuanya lelaki, jadi bila semua pergi solat jumaat, tiada yang menjaga kaunter....jadi hawa-hawa inilah yang diamanahkan untuk bertugas). Semasa menjaga kaunter makmal patologi , datang seorang HO membawa sampel yang mana cop yang tertera di borang penerimaan sampel itu bercop " Dr Muslimah"(sama samaran).Saya pun apalagi...selesai urusan menerima sampel , terus saya bertanya :

Saya : "Dr ni Dr Muslimah kan?"

Dr Muslimah : "Ha'a ye saya."

Saya : " Saya Diyanah yang terlanggar kereta doktor tu...minta maaf sangat."

Dr Muslimah : "Oh , awaklah rupanya Diyanah tu...(dalam keadaan wajahnya tenang).Macamana boleh terlanggar kereta saya?"

Saya : " Saya ingatkan muat untuk masuk parking, tapi tidak muat...tu yang terlanggar ..(muka bersalah).Jadi doktor bagaimana? mahu gantirugi ke?

Dr Muslimah : "Tulah , sebab semalam pun saya dah cuba hilangkan kesan calar tu , hilang sikit tapi tidak hilang semua....tapi tak mengapalah diyanah, jika polish hilangla tu.(tenang je wajah doktor tu).

Saya : (Rasa bersyukur vs gembira) "Betul ke ni doktor tak bayar bayar?"(nak dapatkan kepastian).

Dr Muslimah : " Tak pe...tidak perlu .

Saya: " Terima kasih ya doktor."(Dalam hati saya terus berdoa moga-moga Allah SWT membalas jasa baiknya)

      Begitulah kisahnya.Dalam hidup ini terkadang banyak benda yang berlaku sebagai tanda Allah mahu menguji hambaNya.Ujian dari Allah SWT itu sebenarnya bukan kesusahan tetapi sebenarnya satu nikmat yang perlu disyukuri.Seperti kejadian yang terjadi ke atas diri saya.Pada awalnya, saya hampir give up dengan membayangkan duit gaji akan melayang hanya kerana perlu membayar ganti rugi kereta wolkswagen itu...tanpa saya meletakkan sepenuh pengharapan sepenuh-penuhnya hanya kepada Allah SWT, Pencipta Alam ini.Muhasabah semula, perlu untuk sesorang itu berfikiran positif terhadap Tuhannya. Ternyata juga , doktor muslimah itu adalah merupakan hamba Allah yang baik.Masakan tidak , jika benar-benar beliau berkira boleh sahaja beliau meminta ganti rugi sebab apabila saya meneliti semula kesan calar pada keretanya, walaupun sudah dibasuh , tetapi calarnya masih kelihatan panjang dan tebal.Saya tidak tahu berkata bagaimana melainkan rasa bersyukur di atas kurnianNya terhadap diri ini yang lemah .Semoga Allah SWT membalas jasa baik doktor muslimah itu sekeluarga. 

Ujian, bahasanya bisu.Hadirnya tidak terduga.Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa.Adaka untuk mengajak kita bertanya, apakah diri ini sudah terlupa. Ya...terlupa siapakah kita di sisiNya.Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita?Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa.Apakah masih ingin menderhaka padaNya?

Dan sebelum terlupa....pagi tadi ada perlawanan bola jaring antara unit...Alhamdulillah walaupun kami tidak menang , tetapi kami dapat tempat ke-4.Terima kasih atas sokongan.


                                  


Peliharalah waktu yang kita ada dengan memenuhinya dengan pelbagai ibadah dan ketaatan.
                                                   

Thursday, August 8, 2013

Makna Sebenar Hari Raya



Salam w.b.t.
         Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Semoga kita tidak pernah melupakan nikmat-nikmat Allah SWT saban hari kita diberi peluang untuk merasa nikmat dariNya tanpa berbayar...juga jasa-jasa Baginda dan para sahabat terdahulu yang telah bersusah payah membawa Islam ke mercunya.

       Terasa cepat masa berlalu ....Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita dan hari ini 08 Ogos 2013 (Khamis), kita berpeluang berada pada Syawal yang mulia.Apabila mengingatkan kembali masa-masa yang telah ditelan waktu , saya akui kini saya tidak lagi aktif menulis seperti dahulu.Kerja?Sibuk? ahh....itu semua alasan semata...para sahabat dulu lagi sibuk ummu!!!

        Apabila pulang ke rumah , melihat abah ,ummi , adik dan kakak sibuk membuat persiapan hari raya...lagi rasa bersalah sebab untuk persiapan raya tahun ini tidak banyak bantuan yang dapat saya hulurkan.Melihat kesungguhan mereka saya kagum.Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian.

        Bersempena syawal ini , saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sentiasa besederhana ketika menyambut lebaran.Tadi pagi dalam perjalanan ke kubur arwah adik Hakim, terdengar seorang ustaz di radio IKIM berkata,


"Raya ini sebenarnya bukanlah sebenarnya raya...kerana raya yang sebenar ialah apabila kita dapat bertemu Allah SWT sebagai hambaNya yang bertaqwa di sisiNya.Jangan disebabkan madrasah Ramadhan sudah berakhir , qiamulail tidak lagi kita lakukan...bacaan quran tidak lagi kita amalkan...nafsu kembali menunjukkan belang.Seharusnya ramadhan yang berlalu menjadikan kita lebih bersemangat untuk taat kepada Allah dan berusaha meninggalkan segala laranganNya."

        Jika boleh , istiqamahlah dalam beribadah kepadaNya.Pastikan waktu solat dijaga dan dapat kita tunaikan dengan khusyuknya.Jaga lidah  dari memperkatakan suatu yang buruk kepada orang lain.Jaga hati dari suka berprasangka buruk kepada orang lain.Sebaliknya sentiasa berfikir tentang kelemahan dan kekurangan kita di sisi Tuhan.Jika ditugaskan memegang suatu amanah, laksanakanlah dengan sebaiknya.Jangan mengambil kesempatan terhadap orang lain lantaran kita mengetahui kelemahannya.Jangan meletakkan harapan selain kepada Allah...sebab saya yakin kita pasti kecewa.Letakkanlah sepenuh pengharapan kepadaNya sahaja.

       Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri , maaf zahir dan batin.Bersamalah kita saling bermaafan di bulan mulia ini kerana dengan bermaafan mampu menghilangkan segala kegusaran di hati.Amalan ziarah menziarahi sanak saudara juga perlu untuk mengeratkan ukhwah sesama kita.Tidak dilupa juga , jangan lupa mendoakan saudara seIslam kita di Mesir, Syria, Qashmir dan lain-lain. Semoga dengan doa yang kita hulurkan beserta titisan air mata akan didengari olehNya.

Last but not least , amalkan amalan berbalas salam bersama saudara kita ya =)


Apabila bertemu, para sahabat Rasulullah sentiasa memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan berkata: Taqabbalallahu Minna wa Minkum (Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu). 
(Hadis riwayat Ahmad).

"Ask forgiveness from your lord, then turn towards Him in repentance; He will loosen the sky over you in abundance,and He will add strength unto your strength."
 - (Hud 11:52)

Mood : Oncall di Makmal Hematologi/17:55 pm.
*Mari menjadi sebaik-baik hambaNya*
*Hidup ini adalah perjuangan....normallatu jika ada air mata yang menitis.....yang penting kena kuat*
*InsyaAllah saya pasti akan sambung belajar nanti...tak sabar-sabar kembali ke sekolah;) *

Monday, June 24, 2013

Family Day Pathology 2013


Salam w.b.t
          Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Semoga setiap detik yang sudah berlalu dapat kita gunakan dengan sebaiknya.Hal ini kerana masa itu terlalu berharga dan orang yang benar-benar menghargai masa adalah mereka yang sentiasa memenuhi masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah , bukan dengan aktiviti yang sia-sia.

               Alhamdulillah , pada 22/6/2013 sehingga 23/6/2013 , Family Day Pathology 2013 telah berjaya dilaksanakan .Untuk Family Day kali ini, saya merasakan suasana gembira yang berlainan daripada yang sebelumnya.Yelah mana tidaknya kerana penyertaan ke FD kali ini menampakkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika sebelum hanya MLT U29 sahaja yang join, tetapi kali ini berbeza jauh sekali kerana bukan sahaja penyertaannya dari kalangan MLT , malah pegawai sains , nurse kontrol infeksi,doktor patologi serta Ketua Jabatan Patologi.Harapannya kita semua dapat bersatu  dan sentiasa bekerjasama bagi memantapkan lagi Unit Patologi di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat ini.InsyaAllah.


          Banyak aktiviti yang dijalankan khas untuk kanak-kanak dan golongan dewasa, antaranya:
lari dalam guni...

boling padang

terompah gergasi

tiup belon 

makan tengah hari bersama

BBQ pada malamnya

juga
sesi cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah.

Saya sejujurnya berasa bahagia dapat berkumpul dengan mereka. Untuk tahun hadapan , kami staff baru ditugaskan untuk handle family day 2014.InsyaAllah akan dilaksanakan dengan sebaiknya.

QUDWAH TELADAN ITU SEBENARNYA LEBIH BERKESAN DARIPADA SEKADAR PADA KATA-KATA DAN PENGUCAPAN.

MARI SEBARKAN BAHAGIA.. =)
                                                        

Monday, June 17, 2013

Jom Gegar Dakwah!


Salam w.b.t

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah saya kembali bertinta di sini.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.

Allahuma suril Islam wal muslimin wal mujahidin fi kulli makan wa kulli zaman Khursusan fi Palestin fi Iraq fi Lubnan fi Syirya fi Mesir fi Iran fi Afgasnistan fi Qhasmir fi Thailand fi Indonesia fi Malaysia.Allahuma inna nasaluka daulatan khilafatan a’la minhaj annubuwwah.

      Alhamdulillah 7-8/6/2013 yang lepas , mabit akhwat PEMBINA berjaya dilaksanakan di Batu Pahat.Seramai 20 orang peserta telah menyertai mabit kali ini.Doakan kami, moga permulaan ini menginjak kekuatan kepada kami untuk terus berjuang di medan ini.InsyaAllah program akan datang akan menyaksikan gelanggangnya.pasti!!!

Dalam sedikit masa yang ada ini, insyaAllah ada beberapa aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan ::
1)Tarbiyah di makmal patologi
2)Siapkan buku
3)Riadah akhwat
4)Iftar akhwat
5)Usrah gabungan

Maaf entri kali ni pendek sangat.Semoga bermanfaat.Jangan lupa doakan saudara seIslam kita ya.Peliharalah waktu yang kita ada dengan memenuhinya dengan pelbagai ibadah dan ketaatan.


"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
(Saiyidina Ali)


22/6/2013 sehingga 23/6/2013 ni kami di Jabatan Patologi akan mengadakan Family Day di Melaka. InsyaAllah ada ibrah yang akan dikongsikan nanti ;)

                                               

Sunday, May 26, 2013

Ummu...Ajal Di Hadapanmu :(




Salam w.b.t.
         Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayangNya dapatlah saya bernafas di bumi ciptaanNya.Mahu sahaja saya ungkapkan betapa malunya saya kepada Allah SWT yang mengizinkan saya bertandang di pentasNya kerana saya terkadang merasa bahawa diri ini masih terleka dengan perkara sia-sia.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Harapannya semoga kita semua sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa melihat segala perlakuan kita...tidak ada 0.001 % pun yang terlepas dari pandanganNya...semuanya akan dikira termasuklah perlakuan baik mahupun tidak baik yang kita lakukan.

       Saya tidak tahu mahu mulakan dengan kata-kata apa melainkan dengan ucapan berbanyak Alhamdulillah kepada Allah SWT yang masih mengasihi saya selaku hambaNya yang hina.Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah sahaja.Peristiwa pada jumaat lepas , 24/5/2013 masih terkesan di hati hingga saat ini. Bagaimana 1 saat yang saya fikir sudah tiada harapan untuk saya meneruskan kehidupan disebabkan melihat kereta (cermin depan yang reflek bahagian belakang) yang berada di belakang saya sangat laju dan saya pasti dia akan melanggar saya saat itu....hanya ada 2 kemungkinan melayang difikiran saya ketika itu , iaitu hidup atau mati. 
                     ***************************************************

         Pada Jumaat yang lepas , saya assist call di Makmal Hematologi dari jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.Selesai sahaja tugas di makmal , saya merancang untuk pulang dan berehat di rumah sambil-sambil meneruskan pembacaan sejudul buku yang baru saya beli di Batu Pahat.Sedang-sedang membaca, tiba-tiba saya sedar dari kelupaan saya untuk mesej adik-adik usrah di UTHM berkenaan usrah malamnya. Kebiasaannya , saya akan mesej sehari awal berkenaan usrah bersama mereka. Alhamdulillah , walaupun lambat inform mereka , mereka membalas, "Ok kak ,=) ..." Saya bersyukur kepada Allah SWT di atas rahmatNya kepada diri ini yang lemah.Hal ini kerana kebelakangan ini bayangan kematian itu kerap datang menjengah di fikiran saya.Saya pun tidak tahu mengapa...hati ini bimbang.Bukan bimbang sebab takut akan kematian , tetapi bimbang sedikit amalan yang saya lakukan untuk dibawa bersama-sama kematian dan  bertemu denganNya. =(

        Saya ingat lagi pada Rabu yang lepas juga, seusai solat di surau di makmal, apabila berada di duduk tahiyat akhir , ketika saya mahu bingkas bangun , saya merasakan sakitnya dan bisanya di bahagian sekitar dada hingga ke perut. Allah...kesakitan yang saya hadapi membuatkan saya tersungkur di lantai. Setahu saya , saya tidak pernah mengalami keadaan sakit seperti ini...dan nyata tika itu ingatan saya terus-terusan mengingat Allah SWT. Bibir terus mengucap:

"Ya Allah , ampunkanlah kesalahan diri ini Ya Allah...sungguh hamba tidak terdaya Ya Allah..."

       Saya mengambil masa baring di lantai dalam kedaan melipat diri untuk menahan kesakitan.Alhamdulillah.... sakit itu kian beransur pulih sedikit dan saya cuba menenangkan diri dengan beristighfar kepadaNya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana perasaan dan pengharapan saya kepadaNya tika itu.Sungguh saya amat takut.

        Kembali kepada cerita usrah di UTHM, habis sahaja usrah saya bergegas ke bandar Batu Pahat untuk mengambil adik saya yang tuisyen bersama sahabatnya di bandar.Perkongsian semalam oleh adik-adik ini adalah berkenaan surah naba' ayat 20-30 dan juga kisah hidup Rasulullah SAW. Secara konklusinya , berdasarkan perkongsian yang diberikan, sebenarnya ada kaitan antara jiwa seorang pemuda dengan hari kiamat.Pada ketika zaman muda Baginda dan juga sahabat-sahabat seperjuangannya, banyak usaha yang dilakukan untuk menyebarkan dan menegakkan Islam.Dalam usia semuda itu , Baginda beserta sahabat sudah rela berkorban apa sahaja termasuk nyawa.Hal ini kerana mereka sentiasa bercita-cita untuk masuk syurga dan bertemu dengan Allah SWT Yang Maha Pencipta.Waktu muda bagi mereka bukan lagi saatnya untuk hebat dalam hiburan yang merugikan dan melepak sana sini membuang masa.Waktu muda bagi mereka bukan masanya untuk mencaci dan mencari kesalahan sesama mereka, tetapi waktu itu adalah waktu yang sesuai untuk membina jiwa-jiwa dan pribadi seorang pejuang Islam yang akan menegakkan addin tercinta.

      Contoh terdekat bagaimana kisah teladan dari Mus'ab Umair yang pernah saya kongsikan sebelum ini di mana Mus'ab sanggup meninggalkan kekayaannya, meninggalkan pengaruhnya, dan juga tidak tunduk kepada pujukan ibunya yang mahu dia keluar dari agama Islam dan kembali murtad ke dalam agama asal. Contoh lain juga dapat dilihat dalam diri Abu Ubaidah Al Jarrah yang merupakan pemuda yang berani dan hebat juga merupakan pemegang amanah umat.Pernah suatu ketika Saidina Umar menziarahi rumah Abu Ubaidah di Syam....Saidina Umar menangis kerana tiada apa-apa barang/perabot di rumah Abu Ubaidah melainkan pedang, perisai dan pelana kuda.

       Subhanallah...mereka sangat hebat di usia muda.Zaman muda mereka dipergunakan dengan baik dan kesannya dapat kita rasai nikmat iman dan Islam hingga ke hari ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengesyorkan kepada sahabat pembaca yang saya kasihi, jika berpeluang ke toko-toko buku , maka carilah buku-buku kisah para sahabat dan juga buku yang boleh meningkatkan iman kita. Hal ini kerana, saya juga merasai ...apabila kita membaca kisah-kisah para sahabat ini, boleh menggeletar badan melihat kepada kepribadian yang mereka bawa sebagai seorang khalifah Allah.
                            **********************************************
        Sambung kembali kepada kejadian sewaktu pulang dari usrah, seperti yang saya katakan saya terus menuju ka arah bandar untuk mengambil adik saya yang tuisyen di sana.Dalam perjalanan melepasi trafic light di hadapan sk Bukit Soga, saya mengekalkan kelajuan kereta saya dengan kereta hadapan dengan kelajuan 30km/sjam.Di tengah-tengah kesesakan berhadapan dengan trafic light yang seterusnya, saya mengalihkan pandangan saya ke cermin kereta yang mereflek image belakang.Saat itu, saya perasan ada sebuah kereta yang sangat laju dari arah belakang dan saya menjangkakan agar semuanya selamat sahaja.

        Tiba-tiba.... "DDOOMMMM"...saya yang berada di dalam kereta terkejut dan hilang sedikit kawalan sehingga mahu melanggar kereta di bahagian hadapan.Bahagian hadapan tubuh terasa terhantuk stereng hadapan.....lantas darinya saya mulai rasa sakit itu.Rasa sakit pada bahagian dada ke perut terasa sakit kembali.Allah...saat itu kepada Allah SWT sahaja harapan disandarkan.Saya hanya mampu menyebut , " Maafkanlah hamba Ya Allah." =(

Yang nyata saat itu , saya merasakan jika Allah SWT mengambil nyawa saya ketika itu, boleh sahaja Dia mengambilnya.Tetapi disebabkan Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka jasad diri ini masih dibenarkan disuntikkan roh lagi.Allah...

      Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala-pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” 
(Q.S. Ali Imran: 185)


        Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT bagi mereka yang memikirkannya. Sejenak selepas kejadian...ketika saya sedang menunggu nama saya dipanggil untuk membuat x-ray di Hospital Batu Pahat, saya sedih kerana memikirkan diri ini.Terlalu sedikit ketaataan yang dipersembahkan kepadaNya sedangkan banyak lagi amalan yang perlu diperbaiki dan dilakukan untuk mencapai pengabdian yang tertinggi hanya kepada Allah SWT. 

       Saya memikirkan bagaimana sekiranya Allah SWT menyambil nyawa saya ketika kejadian itu. Pasti saat itu  jasad saya sudah dimandikan , saya pasti akan disembahyangkan dan yang nyata saya pasti akan dikuburkan ke dalam tanah. Pasti saya akan menemui Tuhan saya dengan amalan yang sedia ada.Allah...rupa-rupanya Engkau masih memberikan saya kesempatan untuk meneruskan perjuangan hidup di bumiMu Ya Allah.Maafkanlah segala kekhilafan diri ini Ya Allah.Tuntunlah hamba Ya Allah. ;(

      Tatkala sibuk menjengah, terkadang lupa untuk mengingatiNya.Tatkala lapang menghampiri, terkadang mendabik dada atas kelebihan diri.Padahal atas keadaan yang berlaku terhadap diri ini sebenarnya ada lagi Yang Maha Hebat...Yang Maha Kuasa juga Maha Menguasai seluruh makhluk di bumi.Wahai diri teruslah menagih cinta Ilahi dan bangkit meneruskan perjuangan sebagai seorang dai'e.Moga tetap tabah di rel kehambaan ini menuju redha Ilahi.

Bukan maksud hamba Ya Allah bercerita sana-sini berkenaan hal ini....
Tetapi hamba merasakan bahawa rahmatMu amat-amat luas berbanding kemurkaanMu kepada hambaMu ini....

Sunday, May 12, 2013

Harapan Ke Korea


Salam w.b.t.
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah saya bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.Tidak dilupakan juga , selawat dan salam ke atas Junjugan Mulia, Rasulullah SAW ,ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.

Semalam berusrah online bersama sahabat.Ya Allah terima kasih kerana Engkau kurniakan rasa kasih sayang di antara kami. Hasil daripada kasih ini , kami cuba mendidik diri kami untuk thabat di jalanMu ini walau pimpinan bagi akhwat PEMBINA Batu Pahat baru hendak bercambah subur.Kami yakin dengan segala kekuasaanMu.Walaupun jumlah kami sedikit buat masa ini , kami yakin Engkau pasti akan membantu dalam mempermudahkan urusan ini.Sesungguhnya kepada Engkau kami berserah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Harapan Ke Korea??
Sebenarnya ikutkan perancangan awal sememangnya saya mahu mengembara mencari ibrah di bumi Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama ummi dan ayah, tetapi tidak berkesempatan disebabkan ayah dan ummi merancang wang yang sedia ada digunakan untuk membina jambatan di kediaman kami.Saya faham perasaan ayah yang bertungkus lumus saat ini menyiapkan sendiri jambatan rumah kami.Saya sedih tiap kali melihat ayah terpaksa angkat simen sendiri, ayah terpaksa turun ke dalam parit untuk membuat tapak jambatan tanpa dibantu oleh sesiapa.Ayah kata , jika arwah adik Hakim masih ada, pasti dia boleh tolong ayah.Ayah membuat keputusan untuk membina jambatan sendiri melihat kepada kos yang cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan membuat jambatan.Pernah suatu ketika, saya mencadangkan kepada ayah untuk mengupah sahaja orang lain untuk menyiapkan jambatan, tetapi nasihat ayah , tidak perlulah kerana kos mengupah sahaja hampir mencecah RM10 000.Dari raut wajah ayah, saya tahu ayah penat...dan tiap kali saya mengoffer diri untuk membantu , ayah hanya senyum semanis kurma lalu mengatakan :

"Tak pe kak ngah , ayah boleh buat sendiri...Tapi jika kak ngah nak bantu juga , tolong-tolonglah bagi dorongan pada ayah dan doakan ayah agar Allah memberi kesihatan kepada ayah....biar nanti jambatan ini boleh cepat siap."

Saya hanya menyambut senyuman ayah dengan senyuman sesisa cuka.Rasa seperti kaku seketika.Saya tahu ketiadaan arwah adik Hakim hingga saat ini tidak boleh dipertikai lagi kerana Allah SWT lebih menyayanginya. Saya juga sedaya upaya membantu ayah seperti mengangkat kayu dan simen bersama-sama ayah, menunggu dan melihat ayah bekerja saat ayah masuk ke dalam parit menyiapkan tapak jambatan. Hati saya yakin, cita-cita ayah untuk menyiapkan jambatan kebahagiaan rumah kami pasti akan tercapai nanti. Hanya menunggu masa..Saya juga yakin , dengan tinggal kami 3 anak perempuan ayah dan ummi , Allah SWT pasti menjanjikan sesuatu yang lebih baik selepas ini.InsyaAllah.

Kembali pada cerita untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini juga tertunda disebabkan syaratnya perlulah pergi bersama mahram. Saya benar-benar ingin pergi menunaikan umrah , tetapi tidak mahu tergesa-gesa kerana mungkin wang simpanan saya yang sedia ada perlu digunakan untuk membantu perbelanjaan membuat jambatan rumah kami....di samping saya juga belum bersuami lagi ;) .

InsyaAllah saya merancang untuk mengembara ke bumi Korea pada akhir tahun ini...jika Allah izinkan.Saya ingin mengambil ibrah sepangjang bermusafir di Korea, di samping mencari satu titik kekuatan untuk meneruskan penulisan buku saya yang pertama.Saya ingin lupakan segala cintan cintun semalam dan saya berjanji dengan diri saya yang saya ingin terus bergerak ke hadapan.Saya ingin mulakan tasbih cinta saya yang berasaskan hanya cinta kepada Pencipta Sekalian Alam, iaitu Allah SWT.

Saya akui tiap kali teringat akannya, pasti saya akan menangis. Tidak mampu untuk memaksa tetapi sedaya upaya untuk memujuk diri melepaskannya dan redha dengan segala ketentuan.Moga dipengakhirannya saya akan menemui ketenangan.Biarlah dia bersama yang teristimewa di hatinya, dan saya pula bersama yang saya cintai ...iaitu bersama cinta Ilahi yang akan disemat di hati dan  sanubari.Saya perlu kuat!!!

Pengembaraan di bumi Korea moga-moga nanti akan mencoretkan 1001 kekuatan untuk menjengah kehidupan bersama-sama insan yang pelbagai.Walau saat itu lama lagi, akanku suntik antibodi keinginan belayar ke sana sebagai motivasi bagi diri ini.Wahai sahabat , teruskan berjuang! Jangan gentar.Yakinlah Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.
                                                             

Saturday, April 27, 2013

Kesibukan Mengajar Erti Tabah

                                                                    Salam w.b.t.
         Setinggi-tingi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan inayah dan izinNya, dapatlah saya menukilkan secebis rasa hati di sini.Alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti hinggakan kita semua dapat merasai nikmat iman dan Islam hingga hari ini...saat ini dan detik ini.Moga-moga kita tidak pernah lupa perjuangan-perjuangan mereka yang telah bersusah payah menegakkan Islam tercinta.

        Alhamdulillah untuk entri hari ini, hajat di hati ingin mencoret sedikit pedoman dan nasihat pada entri "Kesibukan Mengajar Erti Tabah". Saya yakin, setiap dari kita pasti tidak pernah lepas dari kesibukan tidak kiralah apa jawatan yang kita pegang seperti doktor ke , engineer ke , guru ke , dan pelajar.Dari kesibukan yang kita miliki ini, pasti ada di antara kita yang mengeluh "ahh, penatnya".Juga tidak kurang juga jika kesibukan itu membawa banyak masalah kepada kita , pasti kita akan pernah berkata, "baik aku resign kalau macam ni!".

       Hati itu , sebenarnya suci , tetapi mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja , ia mampu menjadi sebab kita rasa tidak best untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.Hati yang suci sudah berjaya dikotori dengan perasaan benci dan hasad kepada orang sekeliling.Orang yang punyai hati yang positif , walaupun dia dalam kesibukan melata , dia akan tetap mampu membuatkan bukan dirinya sahaja hidup ketika bekerja tetapi juga mampu memberi kehidupan gembira kepada orang sekitarnya.

      Saya juga tidak pernah terlepas dari situasi seperti ini.Seawal penglibatan saya sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di sini...banyak sebenarnya pengalaman suka duka dirasai.Ada yang pedih tu, sampai kita rasa nak menangis time tu juga.Tetapi atas sebab nak cover , senyum jelah macam senyum kambing kononnya macam tiada apa-apa.Jika ada masalah yang melibatkan 1 unit , pasti akan berbincang dan minta pendapat dengan staff yang lain berkenaan solusi yang perlu diambil.Ada ketikanya ia berjaya diselesaikan. Dan ada ketikanya jika tidak dapat diselesaikan , kita hanya mampu melakukan yang terbaik dan menunggu ketua jabatan untuk mengambil tindakan.

     Sepanjang minggu yang lepas, saya muhasabah kembali diri ini.Tidak tahulah mana silapnya hinggakan saya terlelap hampir 1 jam di dalam kereta apabila tamatnya perjalanan pemanduan saya di  hadapan rumah. Apabila saya sedar dari tidur , saya terus beristigfar, risau dan takut jika saya masih memandu di jalan raya.
Alhamdulillah nasib baik kejadian ini berlaku saat kereta sudah berhenti dan enjin kereta sudah dimatikan. Kebimbangan kembali menyelimuti diri , "Ya Allah sesungguhnya aku sangat lemah Ya Allah, maka kuatkanlah aku Ya Allah...agar urusan dunia dan akhiratku ini berjalan secara seimbang Ya Allah."

      Saya akui  mata saya memang tidak boleh melihat milihat mikroskop terlalu lama dan saya ini jenis orang yang akan mudah rasa loya apabila berhadapan dengan bau tahi , air kencing , kahak dan sebagainya. Suatu yang mencabar sebenarnya bagi saya kerana hal tersebut harus saya depani ketika menjalankan tugas di Makmal Hematologi ini.Melihat kepada skop tugasan menjurus kepada ujian-ujian urine FEME, sputum FEME, aspirate FEME , swab FEME, BFMP dan stool occult blood saat ini, mulalah kepala pening dan mudah je rasa loya di tekak.Saya cuba...dan terus cuba.

      Pada ketika suasana suram dirasakan hadir di tempat kerja , saya lebih memilih kepada menjadi seorang yang agak agresif sedikit dan mulalah membuat lawak-lawak bodoh. Yang suka...layan. Yang kurang suka...nasihat diberikan agar sentiasa jaga kelakuan. Terima kasih di atas teguran yang diberikan . Saya hargai. Saya ni bila dah suka sangat di tempat kerja , buat orang ketawa , saya akan rasa bahagia. Terkadang tu rasa bersalah juga...yelah sebab rasa macam buat banyak dosa atas keseronokan ketawa tanpa menduga bahawa Allah SWT sentiasa melihat saya...melihat tatalaku saya ketika bekerja. Banyaknya ketawa, mengurangkan bibir kurang berzikir dan beristigfar mengingatiNya.Allah....maafkanlah kesilapan hambaMu ini =( Saya ingin menjadi sebaik-baik hambaMu Ya Allah.

Sahabatku....
Kesibukan ini sebenarnya mengajar kita erti tabah...
Tabah dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai insan yang beribadah kepadaNya....
Kesibukan ini sebenarnya mengajar kita erti sabar....
Sabar dalam menghadapi cabaran kehidupan di tempat kerja dan rutin harian di bumiNya....
Kehidupan ini membenarkan kita mencoret apa sahaja aktiviti di dalamnya....
Terpulanglah kepada kita sama ada kita mahu mencoret kehidupan ini menjadi bahagia ataupun sengsara....
Jika bahagia yang kita pilih, kita perlu mengisi ruang-ruang kehidupan ini dengan banyak aktiviti yang berfaedah buat diri dan orang sekitar kita...
Jika sengsara yang kita pilih , isilah ruangannya dengan sesuatu yang sia-sia....

Saya yakin , tiada siapapun di dunia ini yang memilih untuk hidup sengsara di dunia apatah lagi di akhirat kelak...
Tetapi saya juga bimbang jika ada di antara kita yang tidak tahu membezakan antara rutin yang dilakukan itu , adakah ianya membawa kepada kebaikan dan keburukan pada diri mereka...
Tergamakkah kita membiarkan generasi kita yang akan datang musnah dek ditelan arus kelalaian dan kelakaan dunia yang hanya sementara cuma...

Wahai sahabat yang amat ku cintai....
Tidakkah kita risau akan generasi yang bakal silih menggantikan kita ini....
Yang mana generasi yang akan dilahirkan itu adalah...
Generasi yang hanya tahu menyanyi huha-huha, tapi tidak mengenal huruf iqra dan makhraj beserta tajwidnya...
Generasi yang hanya tahu menggayakan fesyen-fesyen barat , tapi tidak biasa dengan pemakaian songkok, tudung, telekung beserta jubah....
Generasi yang hanya tahu berdebat tentang sesuatu perkara dunia, tapi tidak bisa membasahi perkataan mereka untuk memberi nasihat yang berguna kepada insan yang leka....
Yang nyatanya kesibukan inilah penawar bagi harapan yang hampir musnah...
kerana dengan adanya kesibukkan ini, ada sesuatu manfaat berguna dapat disumbangkan kepada ummah...
kerana dengan kesibukkan ini , tiada masa untuk duduk memikirkan kesalahan orang lain...tetapi ianya akan membuatkan kita sedaya upaya untuk membangunkan potensi diri dan potensi sahabat seperjuangan....

Salam perjuangan menghadapi liku-liku kehidupan sebagai pengembara dunia yang sudah bersedia untuk pulang ke pangkuan Tuhan........
*************************************************

Jadilah seorang pemuda yang waktu mudanya dipergunakan sepenuhnya demi agama tercinta.Seperti Mus'ab bin Umair yang sanggup menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah dan berjuang demi agamaNya walaupun saat itu dia terpaksa meninggalkan ibunya yang musyrik dan kekayaan yang dimiliki. Lihatlah, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada’.


Kisah Mus’ab bin Umair amat unik. Dia digelar ‘putera Makkah’ kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus’ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus’ab dipulau.

Namun Mus’ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus’ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus’ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus’ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus’ab berkata:

“Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”

Ya. Itulah keteguhan.

Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus’ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.


Rasulullah SAW apabila melihat Mus’ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus’ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus’ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana menyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.

Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus’ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus’ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus’ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus’ab bin Umair.

Sa’ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab. Dia menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.

Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:

“Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi”

Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa’ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab dan Islam yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:

“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”

MasyaAllah. Begitulah dia Mus’ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.

Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.

Saat syuhada’ Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada’ Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus’ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus’ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.




Konklusinya , kita tidak perlu lahir sebagai orang yang kaya, disegani dan berpengaruh untuk menyebarkan agama Islam ini., tetapi kita perlu melahirkan seberapa banyak potensi dalam diri kita untuk memberi manfaat dan cahaya kepada orang lain.Yang penting bukan siapa kita , tetapi bagaimana kita untuk umat ini. Teruskanlah melakari kehidupan dengan kesibukan yang berupa kepentingan ummah.Kesibukan mengajar kita erti tabah.Tabah itu mewujudkan rasa redha dengan segala ketentuanNya kerana kita yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Tidak dilupakan juga.....


   Terima ketentuan Ilahi baik yang pahit mahupun yang manis dengan reda.
#   Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
#   Usah menyesali dan meratapi takdir diri.
#   Lihat apa yang berlaku dari sudut positif.
#   Beristighfar dan ingatlah dengan Maha Pencipta.
#   Luahkan apa yang terpendam di hati kepada keluarga atau kenalan rapat.
#   Dapatkan semangat daripada orang yang dipercayai.
#   Kawal emosi diri, sentiasa memberi kata semangat kepada diri sendiri.
#   Berdoa agar Allah memberi kekuatan rohani, minda dan jasmani kepada kita.

Kita hanyalah manusia biasa yang....

...Tidak setampan nabi Yusuf, tidak segagah nabi Daud, tidak sekuat Umar bin Khatab, tidak sehalus Usman bin Affan, tidak sepintar Ali bin Abi Talib, dan tidak sesabar Abu Bakar As Siddiq!

Semakin berusia, semakin rencam pula masalah yang menduga. Ceria-ceria selalu biarpun ribut dan badai melanda. Tabahkan hati ♥

Tabahkan hati ya. Semua orang mempunyai masalah mereka sendiri. Tapi kita kena hadapinya dengan pemikiran yang terbuka. Insyaallah ada jalan bagi kita untuk menyelesaikannya. 



 “Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami.” (QS. Al-Ankabut: 69)

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails