Thursday, December 13, 2012

Tujuan Hidup Bukan Sampingan!!!


Salam w.b.t.
      Alhamdulillah dengan kasih sayang dari Allah SWT , dapatlah saya kembali bertinta setelah sekian lama menyepi.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Sungguh Allah SWT itu Maha Mengetahui kemampuan setiap hambaNya.Hingga saat ini , saya berharap Dia akan memaafkan saya sekiranya saya pernah lalai dan leka dari mengingatiNya.Dalam meniti kehidupan sebagai seorang hambaNya yang juga pada masa yang sama mempunyai amanah sebagai salah seorang kakitangan para medik , saya merasakan prestasi diri dalam penulisan di blog semakin lama semakin merundum.Allah :( maafkan saya . Saya cuba...cuba untuk memadam banyak alasan yang terlakar di fikiran tiap kali ingin berpena. Tuntunlah hambaMu yang lemah ini Ya Allah.Saya ingin mendidik anak bangsa yang cintakan agamanya.

        Jika diperhatikan post sebelum ini , saya ada mengatakan bahawa saya sedang rotasi di makmal biochem. Tetapi kini saya berada pada rotasi-rotasi terakhir iaitu di makmal histologi dan cytologi setelah berjaya menjalankan rotasi di makmal tabung darah.Apabila bercerita tentang tabung darah/blood bank...ia membawa saya meminati satu perkara iaitu CABARAN.Seriously , saya sememangnya amat meminati lapangan ini  kerana ianya melibatkan kekuatan fizikal dan mental yang setiap saat perlu kental.Kental yang bagaimana? Nanti akan saya kongsikan =)

      Semasa di makmal tabung darah , saya belajar bagaimana mahu separate blood component kepada packed cell, platelet dan FFP/fresh frozen plasma.Selain itu, saya juga belajar bagaimana mahu menjalankan QC check , ABO grouping , Coomb Test , GSH(Group, Screen and Hold) , GXM(Group and Crossmathching) dan banyak lagi.Semua test ini memerlukan kepakaran melaksanakannya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.Selalunya untuk kes emergency, GXM perlu dilakukan dalam masa 20 minit.Dan saya pernah merasa sendiri bagaimana menggigilnya saya apabila datang request dari pihak doktor yang perlukan 4 pain whole blood untuk ditransfuse kepada pesakit ketika emergency.Saya masih ingat lagi , ketika itu jam hampir menunjukkan jam 5 petang yang mana saya harus melaksanakan urusan di luar bidang kerja saya.Apabila call dari doktor yang mengatakan bahawa beliau mahukan darah tersebut , saya memakai kembali lab coat saya lalu meneruskan test yang direquest oleh doktor sebentar tadi.

      Alhamdulillah , saya bersyukur sangat.Walaupun saya menghabiskan test itu dalam masa 25 minit dalam keadaan yang agak kucar sedikit, tetapi saya beruntunng kerana mendapat bimbingan staff MLT yang berdedikasi.Berkenaan hal lain pula, sebenarnya rotasi di tabung darah sangat menarik sebab setiap hujung minggu pasti akan ada mobile(kempen derma darah)...dapat jumpa masyarakat.Alhamdulillah, benarlah Allah itu Maha Kuasa. Setiap kali mengimbau kenangan semasa di PLKN yang mana saya agak sedih apabila tidak dapat menderma darah disebabkan tidak mendapat tanda tangan dari ummi dan ayah...Alhamdulillah , dengan izinNya kini saya diberi peluang belajar dan bekerja di dalam bidang ini.Kini , bukan sahaja bila-bila masa saja saya boleh menderma darah ..bahkan saya juga berpeluang untuk menjadi pengarah program Kempen Derma Darah di tempat saya.

       Lain pula kisahnya menjalani rotasi di makmal Histologi/Cytologi.Rotasi di sini pun tidak kurang hebatnya. Di sini , saya belajar stain slide Histo/Cyto , baca slide , dapat pergi AFNC sebanyak 3 kali , dan banyak lagi.Saya berazam masa yang berbaki lagi 2 hari di makmal ini , saya ingin banyak baca slide. Belajar untuk kenal cell ASCUS, shistiocyte , endocervical cell , endometrial cell dan banyak lagi. Lecturer saya di Nilai selalu mengingatkan, "The more you see the slide, the more confident you are". Kata-kata itu yang selalu diberitahukan kepada saya tiap kali saya gagal menjawab cell yang diperlihatkannya di bawah mikroskop kepada saya.Alhamdulillah , pengalaman ikut senior MLT pergi AFNC banyak mengajar saya.Mengajar saya tentang bagaimana mahu bertoleransi dengan pesakit , bagaimana mahu menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Kes 1 dan 2 yang saya pergi menunjukkan pesakit perempuan Melayu yang mengalami thyroid di bahagian leher.Kes 3 hari ini pula , membawa saya melihat seorang wanita dalam lingkungan awal 30-an yang mengalami kanser payu dara.Allah...saya mendengar suara kesakitan yang dialami pesakit wanita itu tiap kali doktor mencucukkan needle ke bahagian yang disyaki kanser.Sepanjang saya berada di sini, hampir 10 orang wanita yang menjalani breast AFNC ini.Yang nyata , kita sebagai kaum hawa perlu sentiasa menjaga makanan , sentiasa bersenam , jangan terlalu stress , dan kena rajin check kesihatan jika mendapati ada sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya.
***************************

      Sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri bahawa untuk elak stress time kerja , kena sentiasa betulkan niat bekerja kerana Allah SWT, kena husnuzon dengan orang lain, juga kena anggap kerja ini adalah ibadah sekali gus merupakan tujuan hidup untuk kita mendapatkan keredhaanNya dan bukan sekadar sampingan semata-mata.Hal ini diberitahukan oleh Prof Dr Muhaya , yang mana beliau mengingatkan bahawa jika kita menganggap segala apa yang kita lakukan adalah tujuan hidup kita, pasti kita akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.Sebagai contoh , wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak yang merungut dengan masalah anak-anak yang tidak mahu mendengar kata serta mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak.Jawapan Dr Muhaya, jangan jadikan tugas menjaga dan mendidik anak itu sampingan , tetapi jadikanlah ia sebagai tujuan hidup kita agar aset ini mampu membantu kita dengan doanya kepada kita saatnya kita kembali ke pangkuanNya.

*Entri kali ini agak kalut sikit rasanya.apapun terima kasih kerana sudi membaca.Saya masih berusaha untuk menjadi sebaik-baik hambaNya.Mujahidah yang bercita-cita menjejakkan ke tanah Palestin tercinta...moga Allah kabulkan*

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails