Monday, December 17, 2012

Bahaya Ancaman Liberalisma Terhadap Mahasiswa!!!

Salam w.b.t.
       Alhamdulillah dengan kasih sayangNya dapatlah kembali bertinta di teratak ini.Terima kasih Ya Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga serta sahabat handai Baginda. Maha Suci Allah , dengan izinNya , saya berpeluang hadir ke seminar umum serangan pemikiran, di mana hala tuju mahasiswa ...di atas tajuk "Bahaya Ancaman Liberalisma Terhadap Mahasiswa" yang bertempat di UTHM pada 8 Disember 2012 baru-baru ini.InsyaAllah di kesempatan yang ada , saya akan kongsikan serba sedikit info yang saya pelajari dan dapati hasil daripada seminar yang dilaksanakan ini.

       Melihat kepada keadaan rakyat di Gaza , atau secara umunya rakyat di Palestin yang menjadi habuan serangan tentera Israel hingga ke saat ini , maka suatu perkara yang perlu kita sedar ialah kita rakyat di Malaysia juga sedang diserang sebenarnya.Serangan yang dimaksudkan adalah serangan dari segi pemikiran kita yang berediologikan falsafah barat seperti liberalisme , sekularisme , syiah , pluralisme , hendonisme dan lain-lain.Izinkan saya berkongsi sedikit definasi ancaman di negara kita yang bercita-cita ingin menggugurkan jati diri dan nauzubillah akidah kita :-

1)Sekular- memisahkan agama and the ways of life.
2)Liberal- kebebasan mutlak .
3)Islam liberal-islam yang ditafsirkan dan di sesuaikan mengikut falsafah demokrasi barat berasakan human right.
4)Syiah-kononnye nak tambah satu lagi mazhab jadi 5 iaitu mazhab syiah menghina sahabat dan berbeza akidah.
5)Pluralisme-menyamakan agam islam dgn agama lain contoh cerita my name is khan ade unsur tersebut.
6)Hedonisme-menyukai hiburan melampau-lampau ni banyak berlaku pada anak muda masa kini.
*1-6 :copy from ukti izaty*
******************************
    “Sekiranya kita tunduk di bawah liberalisma, maka pada masa kelak kita tidak boleh berkata tidak kepada hak-hak asasi manusia (mengikut fahaman liberalism).” 
Ustaz Annuar Salleh, Exco Baitul Muslim Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). 

      Beliau memberi contoh situasi yang mungkin berlaku dalam arus liberalisma di mana ibu bapa tidak boleh melarang anak muda membawa anak dara orang lain balik ke rumah sesuka hati kerana ianya menjadi hak asasi anak muda tersebut.
********************
SEJARAH AWAL



Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : 
Hans Küng, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk ‘Voltaire’ & ‘Rousseau’, berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam ‘the American Declaration of Independence’.

Terdapat tiga jenis idea asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini:
Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; 
Kedua, alam ini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; 
Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama dipinggirkan.


     Untuk pengetahuan para pembaca , beberapa tahun sebelum reformasi , wujudnya zaman gelap/kegelapan yang menghukum para intelektual seperti Gallileo Gallilee yang merupakan antara salah satu pengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran gereja Kartholik.Salah satu sebab beliau dibunuh adalah kerana theori yang dilontarkan beliau dirasakan bertentangan dengan ideologi gereja ketika itu.Sehubungan dengan penglibatan intelek pengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik.

     Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dengan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi relevan.Mazhab protestan terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama.John Locke sendiri mempunyai pendiriannya di mana manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil.JL ini terang-terangan telah mengiktiraf 'kebebasan' ini sebagai hak asasi manusia.

Fahaman Liberal:

Secara ringkasnya , fahaman liberal ini bermaksud apa yang terlintas di fikiran manusia , ia boleh dilakukan. Dari keseluruhannya , Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, pembatasan kuasa-kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang berfahaman liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Tema / Falsafah Liberal:

1- Kebebasan individu
*Mereka tidak ada sekatan dari Tuhan.
*Cth: Mereka mengatakan bahawa agama lain juga mempunyai kebenaran.Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Usuluddin dan terang-terangan mereka mengakui bahawa mereka adalah atheis.
*Cth lain: Sister in Islam(SIS) yang memperjuangkan hak-hak wanita.SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.

2-Ekonomi Pasaran Bebas
*RAND (Research and Development) yang ditubuhkan oleh Amerika.Mereka ini berusaha dalam melaksanakan "Building Moderate Muslim Network".
*Cheryl Bernard mengatakan, bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini, bukanlah perang senjata, tetapi perang idea. Menyedari hakikat ini, beliau menyarankan pentadbiran Amerika Syarikat, supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat, untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat.
*Dalam konteks politik domestik, ‘Perang Idea’ ini berlaku dengan begitu hebat dan rancak serta tanpa henti. Dimana, pelbagai idea baru dilontarkan dan dipasarkan di pasaran idea tempatan, melalui teknologi maklumat yang canggih.
*Kerancakan ‘Perang Idea’ ini menyebabkan di hadapan masyarakat Negara kita, sedang terhidang lambakan idea yang pelbagai dan rencam.

3-Persaingan
*Mereka berusaha untuk mewujudkan persaingan sesama muslim dengan mewujudkan perpecahan dalam kalangan muslim itu sendiri dengan menggunakan peluru perbezaan persefahaman dan pendapat sesama muslim tersebut.
*Agenda mereka sebenarnya sudah terzahir tapi masih terselindung.Kita perlu tahu!

4- Kerajaan Terbatas
*Penganjuran program yang melibatkan sumbangan dana dari orang barat.

Segmentasi:

Terdapat beberapa segmentasi yang diguna oleh mereka di mana mereka meneliti setiap golongan ini untuk menyebarkan ideologi mereka melalui pendekatan yang berbeza.Segmentasi itu adalah:

1- Fundamentalis
*Golongan ini adalah mereka yang menganut Islam secara menyeluruh.

2-Tradisionalis
*Golongan yang Islamnya ikut-ikutan.

3- Modernis
*Golongan yang menyokong fahaman demokrasi.

4-Sekularis
*Golongan yang memisahkan agama dalam kehidupan mereka.

     Yang nyata , mereka mengenalpasti musuh berada pada level segmentasi yang mana dan mereka berusaha  menyebarkan  ideologi mereka dalam pelbagai bentuk seperti pencetakkan buku (Hukum Barat Pun Islam , Agama dan Kebebasan Berfikir) , menyedarkan risalah dan propaganda , menggalakkan penulisan dalam kalangan para belia , cuba mengimplimentasikan pandangan mereka dalam pendidikan Islam , menonjolkan pandangan mereka dan lain-lain.

Kemelut Mahasiswa:

Terdapat beberapa pertubuhan dalam kalangan mahasiswa yang jelas mencerminkan wajah liberalisma seperti K.A.M.I(Kami Activis Mahasiswa Independent) , Occupy Dataran(Fahmi Reza) , PUNK ISLAM (taqwacore) dan banyak lagi.


Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-Jamaah.Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.


-Harapannya kita semua sedar berkenaan ancaman yang berbahaya ini terutamanya kepada kita yang bergelar pemuda harapan agama Allah.Di sini, terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan sebagai panduan kita semua bagi mengelakkan diri dari terjebak ke kancah liberalisme ini.Antaranya:
 a)Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
 b) Banyakkan menelaah buku berkenaan ism yang wujud zaman ini.
 c)Pergi majlis ilmu.
 d)Bersahabat dengan mereka yang baik.


"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya."
(Imam Hassan Al-Banna)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails