Monday, December 17, 2012

Bahaya Ancaman Liberalisma Terhadap Mahasiswa!!!

Salam w.b.t.
       Alhamdulillah dengan kasih sayangNya dapatlah kembali bertinta di teratak ini.Terima kasih Ya Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga serta sahabat handai Baginda. Maha Suci Allah , dengan izinNya , saya berpeluang hadir ke seminar umum serangan pemikiran, di mana hala tuju mahasiswa ...di atas tajuk "Bahaya Ancaman Liberalisma Terhadap Mahasiswa" yang bertempat di UTHM pada 8 Disember 2012 baru-baru ini.InsyaAllah di kesempatan yang ada , saya akan kongsikan serba sedikit info yang saya pelajari dan dapati hasil daripada seminar yang dilaksanakan ini.

       Melihat kepada keadaan rakyat di Gaza , atau secara umunya rakyat di Palestin yang menjadi habuan serangan tentera Israel hingga ke saat ini , maka suatu perkara yang perlu kita sedar ialah kita rakyat di Malaysia juga sedang diserang sebenarnya.Serangan yang dimaksudkan adalah serangan dari segi pemikiran kita yang berediologikan falsafah barat seperti liberalisme , sekularisme , syiah , pluralisme , hendonisme dan lain-lain.Izinkan saya berkongsi sedikit definasi ancaman di negara kita yang bercita-cita ingin menggugurkan jati diri dan nauzubillah akidah kita :-

1)Sekular- memisahkan agama and the ways of life.
2)Liberal- kebebasan mutlak .
3)Islam liberal-islam yang ditafsirkan dan di sesuaikan mengikut falsafah demokrasi barat berasakan human right.
4)Syiah-kononnye nak tambah satu lagi mazhab jadi 5 iaitu mazhab syiah menghina sahabat dan berbeza akidah.
5)Pluralisme-menyamakan agam islam dgn agama lain contoh cerita my name is khan ade unsur tersebut.
6)Hedonisme-menyukai hiburan melampau-lampau ni banyak berlaku pada anak muda masa kini.
*1-6 :copy from ukti izaty*
******************************
    “Sekiranya kita tunduk di bawah liberalisma, maka pada masa kelak kita tidak boleh berkata tidak kepada hak-hak asasi manusia (mengikut fahaman liberalism).” 
Ustaz Annuar Salleh, Exco Baitul Muslim Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). 

      Beliau memberi contoh situasi yang mungkin berlaku dalam arus liberalisma di mana ibu bapa tidak boleh melarang anak muda membawa anak dara orang lain balik ke rumah sesuka hati kerana ianya menjadi hak asasi anak muda tersebut.
********************
SEJARAH AWAL



Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : 
Hans Küng, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk ‘Voltaire’ & ‘Rousseau’, berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam ‘the American Declaration of Independence’.

Terdapat tiga jenis idea asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini:
Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; 
Kedua, alam ini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; 
Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama dipinggirkan.


     Untuk pengetahuan para pembaca , beberapa tahun sebelum reformasi , wujudnya zaman gelap/kegelapan yang menghukum para intelektual seperti Gallileo Gallilee yang merupakan antara salah satu pengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran gereja Kartholik.Salah satu sebab beliau dibunuh adalah kerana theori yang dilontarkan beliau dirasakan bertentangan dengan ideologi gereja ketika itu.Sehubungan dengan penglibatan intelek pengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik.

     Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dengan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi relevan.Mazhab protestan terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama.John Locke sendiri mempunyai pendiriannya di mana manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil.JL ini terang-terangan telah mengiktiraf 'kebebasan' ini sebagai hak asasi manusia.

Fahaman Liberal:

Secara ringkasnya , fahaman liberal ini bermaksud apa yang terlintas di fikiran manusia , ia boleh dilakukan. Dari keseluruhannya , Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, pembatasan kuasa-kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang berfahaman liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Tema / Falsafah Liberal:

1- Kebebasan individu
*Mereka tidak ada sekatan dari Tuhan.
*Cth: Mereka mengatakan bahawa agama lain juga mempunyai kebenaran.Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Usuluddin dan terang-terangan mereka mengakui bahawa mereka adalah atheis.
*Cth lain: Sister in Islam(SIS) yang memperjuangkan hak-hak wanita.SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.

2-Ekonomi Pasaran Bebas
*RAND (Research and Development) yang ditubuhkan oleh Amerika.Mereka ini berusaha dalam melaksanakan "Building Moderate Muslim Network".
*Cheryl Bernard mengatakan, bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini, bukanlah perang senjata, tetapi perang idea. Menyedari hakikat ini, beliau menyarankan pentadbiran Amerika Syarikat, supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat, untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat.
*Dalam konteks politik domestik, ‘Perang Idea’ ini berlaku dengan begitu hebat dan rancak serta tanpa henti. Dimana, pelbagai idea baru dilontarkan dan dipasarkan di pasaran idea tempatan, melalui teknologi maklumat yang canggih.
*Kerancakan ‘Perang Idea’ ini menyebabkan di hadapan masyarakat Negara kita, sedang terhidang lambakan idea yang pelbagai dan rencam.

3-Persaingan
*Mereka berusaha untuk mewujudkan persaingan sesama muslim dengan mewujudkan perpecahan dalam kalangan muslim itu sendiri dengan menggunakan peluru perbezaan persefahaman dan pendapat sesama muslim tersebut.
*Agenda mereka sebenarnya sudah terzahir tapi masih terselindung.Kita perlu tahu!

4- Kerajaan Terbatas
*Penganjuran program yang melibatkan sumbangan dana dari orang barat.

Segmentasi:

Terdapat beberapa segmentasi yang diguna oleh mereka di mana mereka meneliti setiap golongan ini untuk menyebarkan ideologi mereka melalui pendekatan yang berbeza.Segmentasi itu adalah:

1- Fundamentalis
*Golongan ini adalah mereka yang menganut Islam secara menyeluruh.

2-Tradisionalis
*Golongan yang Islamnya ikut-ikutan.

3- Modernis
*Golongan yang menyokong fahaman demokrasi.

4-Sekularis
*Golongan yang memisahkan agama dalam kehidupan mereka.

     Yang nyata , mereka mengenalpasti musuh berada pada level segmentasi yang mana dan mereka berusaha  menyebarkan  ideologi mereka dalam pelbagai bentuk seperti pencetakkan buku (Hukum Barat Pun Islam , Agama dan Kebebasan Berfikir) , menyedarkan risalah dan propaganda , menggalakkan penulisan dalam kalangan para belia , cuba mengimplimentasikan pandangan mereka dalam pendidikan Islam , menonjolkan pandangan mereka dan lain-lain.

Kemelut Mahasiswa:

Terdapat beberapa pertubuhan dalam kalangan mahasiswa yang jelas mencerminkan wajah liberalisma seperti K.A.M.I(Kami Activis Mahasiswa Independent) , Occupy Dataran(Fahmi Reza) , PUNK ISLAM (taqwacore) dan banyak lagi.


Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-Jamaah.Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.


-Harapannya kita semua sedar berkenaan ancaman yang berbahaya ini terutamanya kepada kita yang bergelar pemuda harapan agama Allah.Di sini, terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan sebagai panduan kita semua bagi mengelakkan diri dari terjebak ke kancah liberalisme ini.Antaranya:
 a)Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
 b) Banyakkan menelaah buku berkenaan ism yang wujud zaman ini.
 c)Pergi majlis ilmu.
 d)Bersahabat dengan mereka yang baik.


"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya."
(Imam Hassan Al-Banna)

Perlu Cari dan Baca


Salam w.b.t.
     
      Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya , dapatlah saya kembali bertinta di sini.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Bukti kekuasanNya , hingga saat ini saya masih diberi peluang bernafas di bumiNya walaupun adakalanya lidah dan hati ini lalai dari mengingatiNya.Allah =( maafkanlah segala kekhilafan diri ini yang hina.Jadikanlah dunia ini di dalam genggamanku dan bukan di hatiku.

       InsyaAllah hari ini nak jentik diri dengan kesedaran untuk menimba lebih banyak lagi ilmu.List ini pun sebenarnya copy dari blog MMI.Sekadar ingin berkongsi , moga-moga kita sentiasa punyai masa untuk mentela'ahnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang merasakan diri mereka adalah daie di jalanNya.Yang nyata kita semua ada tanggungjawab untuk menyampaikan kebaikan kepada semua orang.Jangan gugup, jangan lelah...berusahalah hingga ke akhirnya.Ingatlah sahabat , Allah SWT tidak memandang kepada kejayaan seseorang, tetapi Allah SWT menilai dari bagaimana kentalnya usaha kita yang bersusah payah mendaki tangga kejayaan tersebut.

a)Isu Global

1. Organisasi Kerajaan Pimpinan Rasulullah (Mohamad Yasin Mashar)
2. Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam (Muhammad Al Buraey)
3. Pengurusan Dakwah (Rozhan Othman)
4. Gerakan Pelajar (Md. Suhaimi Embong)
5. Khilafah dan Kerajaan (Al Maududi)
6. Islamic Threat (Prof. Esposito)
7. Islamic Fundamentalists (Philip Hiro)
8. Al-Ahkam Al-Sultaniah wal-Wilayah ad-Diniah (Imam Mawardi)
9. Teknik berfikir – Konsep & Proses (Ainon & Abdullah)
10. Pengurusan Dalam Islam
11. Siasah Syariyyah
12. Mengurus Secara Islam
13. Dunia Islam dan Tipudaya Antarabangsa (Fathi Yakan)
14. Jahiliah Abad 20 (Muhammad Qutb)
15. Penentangan Terhadap Aliran Pemikiran Perosak (Dr. Muhammad Al Baki)

b) Haraki

1. Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
2. Jalan Dakwah - Di antara Keaslian dan Penyelewengan (Mustaffa Masyhur)
3. Jalan Dakwah - Di antara Pimpinan dan Tentera (Mustaffa Masyhur)
4. Bekalan Di Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
5. Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
6. Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah (Fathi Yakan)
7. Apa Erti Saya Menganut Islam (Fathi Yakan)
8. Perspektif Pendidikan – Syarah Risalah At-Ta’lim (Said Hawa)
9. Risalah At-Taklim (Hassan Al-Banna)
10. Amal Islami 2 (Syed Hawa)
11. Jamaah Islam: ‘Ulama’ Dan Peranannya’ (Mokhtar Senik)
12. Fiqh Al-Jamaie (Mokhtar Senik)
13. Isra’ Mikraj Dan Kaitannya Dengan Gerakan Islam Masa Kini (Harun Taib)
14. Berbilang-bilang Jamaah (Harun Taib)
15. Muslimat Dan Pembangunan Ummah (Harun Taib)
16. Akidah Dan Perjuangan (Fadhil Noor)
17. Usul 20 (Hassan Al-Banna)
18. Pra Syarat Kejayaan Harakah Islam
19. Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
20. Beberapa Peringatan Untuk Para Daie
21. Pembebasan Al Wala’ (Syed Hawa)
22. Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah Dan Pendakwah (Fathi Yakan)
23. Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
24. Fiqh Kenegaraan (Dr. Yusuf Al-Qardhawi) atau dalam edisi lain Fiqh Daulah
Menurut Perspektif Islam (Maktabah Al-Qardhawi)
25. Fiqh Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Yusuf Al-Qardhawi)
26. Panduan Memahami Syariat Islam (Yusuf Al-Qardhawi, Pustaka Ilmi

c) Sirah

1. Fiqh Al Harakah 1 & 2 (Haji Abdul Hadi Awang)
2. Figh As Seerah 1, 2 & 3 (Said Ramadan Al-Buti)
3. Seerah Nabawiyyah (Mustaffa As-Sabaie’)
4. Risalah Usrah Jilid 3 – Bab: Seerah Nabawiyyah Dan Perjuangan (Abu Urwah)
5. Risalah Hidup Rasulullah
6. Hayatu Sahabah 1-4
7. Fiqh Asd Seerah 1 & 2 (Muhammad Al-Ghazali)

d) Tasawuf

1. Bimbingan Mukminin (Imam Ghazali)
2. Detik-detik Hidupku (Hassan Al-Banna)
3. Manusia Yang Dimurkai Dan Dikasihi Allah (Said Hawa)
4. Keperibadian Muslim 1 & 2 (Muhammad Ali Hashim)
5. Siri Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (empat buah)
6. Sepuluh Wasiat Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna

e) Hadith

1. Hadith 40 (Imam Nawawi)
2. Hadith-hadith Politik (Shafie Ibrahim)
3. Sahih Bukhari & Muslim 1-4
4. Sahih Bukhari 1-6

f) Tafsir Al-Quran

1. Tafsir Fil Zilalil Quran (Juz ‘Amma & Di Bawah Naungan al-Quran) Syed Qutb
2. Tafsir Ibnu Kathir
3. Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
(Al Tibyan: As-Saff, Al-Hujurat, Al-Maidah, Al-Hasyr, Al-Luqman)
4. Kaset-kaset Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
5. Index Al-Quran
Tambahan: Penumpuan Surah: Al-Maidah, Al-Kahfi, Al-Munafikun, Al-Muzzammil, Al-
Muddathir, Al-Saff, Al-Taubah, Al-Hasyr, Al-Luqman.

Thursday, December 13, 2012

Tujuan Hidup Bukan Sampingan!!!


Salam w.b.t.
      Alhamdulillah dengan kasih sayang dari Allah SWT , dapatlah saya kembali bertinta setelah sekian lama menyepi.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Sungguh Allah SWT itu Maha Mengetahui kemampuan setiap hambaNya.Hingga saat ini , saya berharap Dia akan memaafkan saya sekiranya saya pernah lalai dan leka dari mengingatiNya.Dalam meniti kehidupan sebagai seorang hambaNya yang juga pada masa yang sama mempunyai amanah sebagai salah seorang kakitangan para medik , saya merasakan prestasi diri dalam penulisan di blog semakin lama semakin merundum.Allah :( maafkan saya . Saya cuba...cuba untuk memadam banyak alasan yang terlakar di fikiran tiap kali ingin berpena. Tuntunlah hambaMu yang lemah ini Ya Allah.Saya ingin mendidik anak bangsa yang cintakan agamanya.

        Jika diperhatikan post sebelum ini , saya ada mengatakan bahawa saya sedang rotasi di makmal biochem. Tetapi kini saya berada pada rotasi-rotasi terakhir iaitu di makmal histologi dan cytologi setelah berjaya menjalankan rotasi di makmal tabung darah.Apabila bercerita tentang tabung darah/blood bank...ia membawa saya meminati satu perkara iaitu CABARAN.Seriously , saya sememangnya amat meminati lapangan ini  kerana ianya melibatkan kekuatan fizikal dan mental yang setiap saat perlu kental.Kental yang bagaimana? Nanti akan saya kongsikan =)

      Semasa di makmal tabung darah , saya belajar bagaimana mahu separate blood component kepada packed cell, platelet dan FFP/fresh frozen plasma.Selain itu, saya juga belajar bagaimana mahu menjalankan QC check , ABO grouping , Coomb Test , GSH(Group, Screen and Hold) , GXM(Group and Crossmathching) dan banyak lagi.Semua test ini memerlukan kepakaran melaksanakannya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.Selalunya untuk kes emergency, GXM perlu dilakukan dalam masa 20 minit.Dan saya pernah merasa sendiri bagaimana menggigilnya saya apabila datang request dari pihak doktor yang perlukan 4 pain whole blood untuk ditransfuse kepada pesakit ketika emergency.Saya masih ingat lagi , ketika itu jam hampir menunjukkan jam 5 petang yang mana saya harus melaksanakan urusan di luar bidang kerja saya.Apabila call dari doktor yang mengatakan bahawa beliau mahukan darah tersebut , saya memakai kembali lab coat saya lalu meneruskan test yang direquest oleh doktor sebentar tadi.

      Alhamdulillah , saya bersyukur sangat.Walaupun saya menghabiskan test itu dalam masa 25 minit dalam keadaan yang agak kucar sedikit, tetapi saya beruntunng kerana mendapat bimbingan staff MLT yang berdedikasi.Berkenaan hal lain pula, sebenarnya rotasi di tabung darah sangat menarik sebab setiap hujung minggu pasti akan ada mobile(kempen derma darah)...dapat jumpa masyarakat.Alhamdulillah, benarlah Allah itu Maha Kuasa. Setiap kali mengimbau kenangan semasa di PLKN yang mana saya agak sedih apabila tidak dapat menderma darah disebabkan tidak mendapat tanda tangan dari ummi dan ayah...Alhamdulillah , dengan izinNya kini saya diberi peluang belajar dan bekerja di dalam bidang ini.Kini , bukan sahaja bila-bila masa saja saya boleh menderma darah ..bahkan saya juga berpeluang untuk menjadi pengarah program Kempen Derma Darah di tempat saya.

       Lain pula kisahnya menjalani rotasi di makmal Histologi/Cytologi.Rotasi di sini pun tidak kurang hebatnya. Di sini , saya belajar stain slide Histo/Cyto , baca slide , dapat pergi AFNC sebanyak 3 kali , dan banyak lagi.Saya berazam masa yang berbaki lagi 2 hari di makmal ini , saya ingin banyak baca slide. Belajar untuk kenal cell ASCUS, shistiocyte , endocervical cell , endometrial cell dan banyak lagi. Lecturer saya di Nilai selalu mengingatkan, "The more you see the slide, the more confident you are". Kata-kata itu yang selalu diberitahukan kepada saya tiap kali saya gagal menjawab cell yang diperlihatkannya di bawah mikroskop kepada saya.Alhamdulillah , pengalaman ikut senior MLT pergi AFNC banyak mengajar saya.Mengajar saya tentang bagaimana mahu bertoleransi dengan pesakit , bagaimana mahu menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Kes 1 dan 2 yang saya pergi menunjukkan pesakit perempuan Melayu yang mengalami thyroid di bahagian leher.Kes 3 hari ini pula , membawa saya melihat seorang wanita dalam lingkungan awal 30-an yang mengalami kanser payu dara.Allah...saya mendengar suara kesakitan yang dialami pesakit wanita itu tiap kali doktor mencucukkan needle ke bahagian yang disyaki kanser.Sepanjang saya berada di sini, hampir 10 orang wanita yang menjalani breast AFNC ini.Yang nyata , kita sebagai kaum hawa perlu sentiasa menjaga makanan , sentiasa bersenam , jangan terlalu stress , dan kena rajin check kesihatan jika mendapati ada sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya.
***************************

      Sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri bahawa untuk elak stress time kerja , kena sentiasa betulkan niat bekerja kerana Allah SWT, kena husnuzon dengan orang lain, juga kena anggap kerja ini adalah ibadah sekali gus merupakan tujuan hidup untuk kita mendapatkan keredhaanNya dan bukan sekadar sampingan semata-mata.Hal ini diberitahukan oleh Prof Dr Muhaya , yang mana beliau mengingatkan bahawa jika kita menganggap segala apa yang kita lakukan adalah tujuan hidup kita, pasti kita akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.Sebagai contoh , wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak yang merungut dengan masalah anak-anak yang tidak mahu mendengar kata serta mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak.Jawapan Dr Muhaya, jangan jadikan tugas menjaga dan mendidik anak itu sampingan , tetapi jadikanlah ia sebagai tujuan hidup kita agar aset ini mampu membantu kita dengan doanya kepada kita saatnya kita kembali ke pangkuanNya.

*Entri kali ini agak kalut sikit rasanya.apapun terima kasih kerana sudi membaca.Saya masih berusaha untuk menjadi sebaik-baik hambaNya.Mujahidah yang bercita-cita menjejakkan ke tanah Palestin tercinta...moga Allah kabulkan*

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails