Wednesday, October 3, 2012

Teserlah Keprihatinanmu =)


Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah inayah dan rahmatNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Syukur Alhamdulillah.

    Tidak tahu bagaimana mahu melafazkan kalimah syukur tidak terhingga kepadaNya kerana memberi saya peluang hidup lagi di dunia ini untuk melaksanakan amanah seterusnya.Amanah yang dimaksudkan itu adalah amanah sebagai bakal Juruteknologi Makmal Perubatan di hospital yang bakal dipikul selepas ini.Seperti suatu yang mengejutkan , tawaran sah perlantikan ini sampai ke rumah selepas saya bekerja selama 2 minggu di BP Mall.Untuk pengetahuan pembaca , buat masa ini saya bekerja sementara di BP Mall sebagai part time promoter bahagian baju kanak-kanak.Saya menyerahkan segala kebergantungan ini hanya padaNya. Saya sudah berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari rezeki yang halal sebagai bekalan kehidupan di samping ingin mendidik diri untuk cekal mengharungi hadiah ujian dariNya.

     Sepanjang kerjaya sebagai promoter di BP Mall, satu benda yang saya belajar adalah saya seharusnya bersyukur dengan saya seadanya.Penemuan yang tidak disangka dengan sahabat-sahabat lama yang juga bekerja di sana sangat membuahkan rasa keinsafan pada diri ini.Mereka kebanyakannya masih bekerja untuk mengumpulkan wang sendiri bagi meyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.Percayalah teman pembaca , mereka sanggup berhenti belajar sementara semata-mata untuk mencari wang membiayai kos pembelajaran dengan mengunakan tulang empat kerat mereka tanpa menyusahkan ibu bapa mereka.

     Saya kagum dengan mereka.Keprihatinan mereka yang mendalam terhadap kondisi kewangan keluarga yang tidak mampu untuk membiayai mereka belajar ke peringkat yang lebih tinggi membuatkan mereka bangkit melawan rasa keputus asaan yang seringkali datang menjengah. Melihat kembali diri ini, sebenarnya terasa malu padaNya apabila sekali-sekala mengeluh dengan keberadaan ujian hidup yang mencabar....sedangkan saya perlu tahu bahawa selain saya , sebenarnya ada ramai lagi di sekeliling saya yang lagi susah , tapi mereka tak mengeluh. Allah , maafkan kekhilafan diri ini.


Benarlah dugaan dan ujian yang hebat-hebat itu sebenarnya hadiah Allah SWT kepada hambaNya yang hebat .

"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
(Surah Al-An'am: 17)
*************************************
Cerita pendek seterusnya:
Dalam kehidupan saya sebagai manusia biasa yang masih mencari identiti sebenar , saya melihat hikmah di sebalik pertemuan saya dengan kenalan baru di tempat kerja. Saya banyak melihat mereka dan ternyata mereka adalah lebih baik dari saya.Mereka banyak membuka mata saya tentang bagaimana nak menjaga hati dan perasaan seseorang , tentang ukhwah juga diberikan alternatif bagaimana mahu melestarikannya juga yang paling saya suka adalah sikap keprihatinan mereka sesama mereka termasuk keluarga mereka.Masyallah.

Teringin nak quote kata ni :

    Cutenya adik tu...walaupun beliau adik tapi beliau prihatin dengan kebersihan surau di mall ni.Orang lain dah siap solat keluar , tapi adik ni siap kutip sampah jajan yg bersepah dan susun selipar yang bersepah di depan surau ni.-sbenarnya nak kata cutenya akhlak si cilik ni-ingatkan diri-

"Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia."
 (Hadis riwayat Muslim)

*pena melabuhkan tirainya, kerana hari esok usaha jihad dan mujahadah perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Moga Allah SWT tuntun menuju redhaNya.Terima kasih kerana sudi membaca*

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails