Saturday, October 6, 2012

Kata Lelaki Wanita Itu Lemah



Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , dapatlah saya kembali bertinta sebagai hambaNya. Ya Allah , cepat sungguh masa itu berlalu. Denyutan jiwa berulangkali bergetar menanti kekuatan untuk sentiasa berada dalam lingkungan untuk lebih mencintaiMu dan bersedia untuk berhadapan denganMu Ya Allah, Tuhan Yang Esa. Ya Allah , ampunkanlah segala kekhilafan hambaMu ini :(

     Untuk entri kali ini , bertajuk " Kata Lelaki Wanita Itu Lemah". Entri ini bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan kedudukan si adam apabila menjadi pendamping kepada si hawa...tetapi sebenarnya penulis teringin benar jika masalah yang pernah terjadi di sekeliling kehidupan penulis yang berkaitan dengan ketidakseimbangan dalam rumah tangga di luahkan menerusi bait-bait sajak/syair.Tidak ada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi pandangan bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan dari kaum adam sendiri yang mengatakan kaum hawa ini adalah kaum yang lemah.

     Penulis tahu lelaki dan wanita itu sendiri mempunyai peranannya sesudah melayari bahtera perkahwinan. Keputusan terletak di tangan kalian , sama ada ingin terus melengkapi bahtera itu dengan ketaqwaan dan kesabaran agar bahtera itu selamat belayar ataupun sekadar membiarkan bahtera tersadai di lautan hingga akhirnya karam.Terimalah..
***********************************

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Alangkah indah hidup bersuami isteri 
Jika kalian saling lengkap melengkapi
Tidak mudah berkecil hati apabila ditegur , dinasihati mahupun sehingga didustai
Kerana jiwa dan hati sentiasa berusaha untuk tetap redha
dengan segala ketentuan Ilahi
Lantas sesuatu yang akan kau miliki selepas kekecewaan itu adalah
ketenangan yang sentiasa mengisi kesedihan yang menjangkiti sanubari
Engkau tidak akan membiarkan ia terus membengkak menutup hati 
tetapi kau akan berusaha untuk bangkit taat sebagai hambaNya

*Nota cinta Ilahi ini akan tetap berpena selagi diri ini hidup sebagai hambaNya.Allah...tuntunlah hamba yang lemah ini*

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails