Sunday, October 28, 2012

Exodus Kehidupan

Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta seketika di teratak ini . Alhamdulillah.

     Sebelum mulakan langkahan pena ini , saya ingin mengajak pembaca menyemak kembali tabir kehidupan kita sepanjang hari ini.Adakah prestasi kita sebagai hambaNya lebih baik berbanding semalam , semakin kurang baik dari hari sebelumnya ataupun masih berada pada radius yang tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Harapannya , jika kita merasakan horizontal line kehidupan kita totally berada di garisan yang membimbangkan , maka garapkanlah seberapa banyak usaha untuk menjadikan kehidupan berkondisi lebih positif pada saat ini , agar kita tenang apabila tibanya masa Dia menjemput kita pergi.

************************************
EXODUS

     Exodus adalah satu bentuk kumpulan sel  endometrial yang terjadi apabila seorang wanita mengalami period.Exodus ini berbentuk bulatan yang merangkumi banyak sel endometrial tadi.Usually occur up to day 12 of the menstrual cycle.Kelompok exodus ini hanya akan dapat dilihat dalam slide yang telah di stain dengan stain papanicolon melalui observasi di bawah microskop.

Apa kaitannya exodus dengan kehidupan?

        Pada tafsiran saya , saya mengibaratkan exodus ini sebagai ‘tembok kejenuhan yang di dalamnya terkandung pelbagai cerita sang kehidupan’.Kita semestinya tahu , hidup ini tidak pernah terlepas dari ujian dan dugaan bukan? Banyaknya dugaan dan cabaran ini kehidupan yang jika kita sendiri tidak mampu menghadapinya , akan terbinanya tembok kejenuhan yang akhirnya membuatkan kita terkandas dalam keputusasaan.

      Mahu tidak mahu , yang nyata kita harus berani menghadapinya!!!Untuk exodus kali ini terimalah dan ambillah ibrah darinya.

       Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah kisah sebenar yang terjadi selama saya bekerja di BP Mall sebagai part time promoter baju kanak-kanak.Tugas promoter ini di samping menjaga kaunter , juga termasuk tugas melipat baju , menjaga fair , mencari pekerja baru untuk brand lain , juga menjaga kaunter khidmat pelanggan.Tak la susah sangat pun , tetapi perlu ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana Allah SWT kan Maha Melihat perlakuan hambaNya.

*****************************************
Kelihatan sepasang suami isteri bersama 3 orang anaknya berlegar di kawasan fair di tingkat 1 Pacific.

“…..alah……cepatlah sikit.Nak beli bajula plak.”

Tiba-tiba kedengaran suara tegas yang kuat bergema di situ.Rupa-rupanya dalam kebanyakan pelanggan yang ada di situ, wujud seorang lelaki yang menengking isterinya yang sedang mencari baju untuk anak-anaknya.Allah …. Saya begitu hairan mengapa suami itu sanggup bertindak kasar kepada isterinya di hadapan orang ramai di situ. Pada tanggapan saya , melihat perwatakan alim yang ada pada diri suami itu dan litupan tudung labuh yang sopan dipakai oleh isterinya itu , seharusnya lelaki itu perlu menjaga maruah isterinya.

“..ke…kejap bang, nak beli baju untuk along ni…”

Si isteri kelihatan malu dan gugup dengan tengkingan dari suaminya lalu dia mempercepat langkahan ke arah tempat baju lain di situ yang sesuai untuk anaknya.Saya yang berada di situ terus mendapatkan wanita itu dan bertanya saiz baju yang diinginkan oleh beliau.Tiba-tiba , sekali lagi….

“…awak ni dengar tak saya kata…cepatlah sikit…aku banyak kerja ni…”

Si suami berterusan menengking si isteri.Jika diikutkan hati saya , saat itu juga saya ingin membalas tengkingan itu yang dilemparkan kepada isterinya.Namun hati masih beristirgfar dan yang mampu saya lakukan adalah menjelingnya dari jauh.Seriously, saya bukan membenci lelaki itu, tetapi saya kurang suka dengan sikapnya yang dingin kepada isterinya.Masakan lelaki itu tidak tahu , sikapnya itu mampu membuatkan orang sekeliling melihat dan menjustifikasikan orang-orang alim ini pun sebenarnya sama sifatnya dengan orang-orang biasa.

Apabila dapat baju yang sesuai untuk wanita itu…saya dapat melihat beliau memandang saya lalu berkata:

“Maaf ye dik…suami akak memang macam tu…panas baran sikit.”

Saya menjawab:

“Tidak mengapa kak…saya faham..sabar ye kak…saya tahu akak kuat.”

Lama kami saling memandang antara satu sama lain…dan saya menyapa tangannya.Sapaan itu dibalas dengan genggaman yang erat dari beliau.Di riak matanya, saya tahu bahawa beliau sedih , tapi saya cuba mengingatkan kembali prinsip hidup yang saya pegang kepadanya…

“Akak…jagalah Allah…InsyaAllah Dia akan jaga kita ya kak..”

Akhirnya kami berpisah disebabkan saya perlu melakukan tugas seterusnya sebagai promoter jualan di situ.Daripada kisah ini dapatlah saya simpulkan bahawa kebahagiaan rumahtangga bukanlah hak mutlaknya melihat kepada fizikalnya mereka itu ustaz mahupun ustazah , tetapi yang paling penting bagaimana jiwa, rohani dan sifat mereka itu mengkaderkan jasad di luar agar tampak manis dipandang orang.Ingat , kedua-dua pihak suami juga isteri perlu memahami peranan mereka.Perkahwinan bukanlah satu tiket untuk melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai hambaNya...isu dalam bagaimana melayan si isteri sebagai pendamping kehidupan juga akan disoal di hadapanNya.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah dia menghadapinya dengan baik atau diam.Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk, dan yang paling bengkok ialah yang sebelah atas.Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah.Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok.Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."
(Riwayat Muslim)

****************************************
Semakin hari berganti hari , banyak cerita kehidupan manusia dilakonkan di hadapan saya.Ya Allah , saya tahu Engkau menunjukkan semua cerita ini kepada saya kerana Engkau mahu saya belajar dari cabaran di dunia ini agar suatu hari nanti saya juga bisa untuk mengharunya dan menyelesaikannya.Terima kasih Ya Allah , dari semua ini , banyak yang saya belajar.Salah satunya , mengajar saya untuk tabah melepaskan sesuatu yang bukan milik saya. Hingga saat ini saya cuba untuk mujahadah...mujahadah untuk menjadi sebaik-baik hambaNya.



*Alhamdulillah sudah seminggu berkhidmat sebagai Medical Laboratory Technologist di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat. Syukur juga kerana dapat meraikan raya eidul adha di sini.Cukuplah menghayati kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada isterinya dan anaknya, Siti Hajar dan Nabi Ismail , mampu menyalakan keinsafan pada diri ini.Saya ingin mencontohi sifat kesabaran mereka. Kisah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim juga menjadi iktibar buat diri ini untuk lebih mentaati Pencipta sebelum mentaati kejadiannya.*

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails