Monday, October 29, 2012

“Islah nafsak, wad’u ghairak!”



Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya dapatlah saya kembali menyemai sedikit benih-benih kata di teratak ini.Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah.

      Sesekali mengimbau zaman lampau , saya tergelak sendirian...yelah mana tak nya saya rupanya dah ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Tanggungjawab kepada Allah itu sudah tentu pasti , tanggungjawab kepada amanah yang diberi sebagai hamba yang kerdil di hadapanNya sedia diamati dan juga tanggungjawab kepada masyarakat yang semestinya perlu dilaksanakan dipastikan agar sempurna termetri..InsyaAllah.Saya memohon agar Allah SWT sentiasa menuntun saya menuju redhaNya.

      Alhamdulillah sekarang saya di tempatkan di makmal biochem.Di lab ini , banyak yang saya belajar hasil daripada tunjuk ajar senior MLT juga pegawai sains di sini.Alhamdulillah mereka baik-baik dan banyak memberi support sepanjang tempoh rotation ke semua lab.(Lab Hema, Lab Microb, Lab Biochem , Lab Blood Bank, Lab Histo juga Cyto).

       Sepanjang minggu lepas , saya cuba untuk menjalankan routine biochem lab test seperti Buse Creat , Renal Profile , Fasting Lipid Profile , Liver Function Test , Iron Profile dan sebagainya.Selain itu , belajar juga mengkaji diagnosis pesakit dan mengapa bacaan profile tinggi atau rendah.InsyaAllah minggu ini cuba untuk memahami QC test yang dijalankan di lab , menjalankan test hormone , HBA1C , dan urine for drug di sini.Mohon doa semua.
***************************************



      Sepanjang berkhidmat di sini, saya berharap Allah SWT akan memberi kekuatan kepada saya untuk kekal hidup dalam tarbiyah walau dalam apa keadaan sekalipun.Orang pernah kata , persekitaran yang membentuk kita..tetapi percayalah bahawa kita juga mampu menjadi salah satu faktor untuk membentuk persekitaran kita.Sebab itu Islam menganjurkan agar setiap hambaNya sentiasa melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar...

Atau dengan kata lain dapat di fahami menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada dan iringilah setiap amal dengan kebaikan kerana kebaikan itu mampu menghapuskan dosa-dosa kecil."
*******************************************

       Rasa sangat bersyukur juga kerana Allah SWT menemukan saya dengan seorang kakak ,bakal doktor yang sedang berpraktikal di sini.Nama beliau Kak Azleen.Pertemuan dengan beliau sebenarnya adalah satu nikmat buat diri ini yang hina.Tika diri ini dihanyut nafsu kelesuan setelah hampir 5 bulan tidak dapat join jemaah...Allah SWT menghadirkan seseorang untuk memberi nafas baru buat diri yang sedang mencari kekuatan untuk kembali teguh berjihad dan istiqamah di jalan menuju Tuhan.Suatu perkara yang membuatkan tersentuh hati ini apabila beliau sudi mengajak kami solat berjemaah , mentaddabur ayat al-quran seketika dan membuat perkongsian usrah pendek bersama-sama.Walaupun masa itu berupa satu jam cuma , cukuplah ia mengecas kembali semangat diri untuk bangkit melaksanakan tugas dan amanah dengan lebih sebaiknya.

Hingga kini saya cuba untuk menyayangi semua orang dan cuba untuk istiqamah untuk lebih menghargai dan memahami orang sekeliling.Cuba untuk terus bersangka baik kepada semua orang =)

Kata-kata Ulama' dari Bashrah (Syeikh As-Sarri Assaqathi) : 

"Perkara yang amat menduka citakan adalah apabila menjalarnya penyakit mencari-cari keburukan mu'min lain."

Beliau menambah, 
"Aku tidak pernah melihat hal yang lebih merosakkan hati,menjadikan jiwa sentiasa sedih,mencintai sifat riya' dan cintakan kekuasaan, kesan daripada sentiasa melihat aib orang lain tetapi tidak melihat aib sendiri." 

Sunday, October 28, 2012

Exodus Kehidupan

Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta seketika di teratak ini . Alhamdulillah.

     Sebelum mulakan langkahan pena ini , saya ingin mengajak pembaca menyemak kembali tabir kehidupan kita sepanjang hari ini.Adakah prestasi kita sebagai hambaNya lebih baik berbanding semalam , semakin kurang baik dari hari sebelumnya ataupun masih berada pada radius yang tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Harapannya , jika kita merasakan horizontal line kehidupan kita totally berada di garisan yang membimbangkan , maka garapkanlah seberapa banyak usaha untuk menjadikan kehidupan berkondisi lebih positif pada saat ini , agar kita tenang apabila tibanya masa Dia menjemput kita pergi.

************************************
EXODUS

     Exodus adalah satu bentuk kumpulan sel  endometrial yang terjadi apabila seorang wanita mengalami period.Exodus ini berbentuk bulatan yang merangkumi banyak sel endometrial tadi.Usually occur up to day 12 of the menstrual cycle.Kelompok exodus ini hanya akan dapat dilihat dalam slide yang telah di stain dengan stain papanicolon melalui observasi di bawah microskop.

Apa kaitannya exodus dengan kehidupan?

        Pada tafsiran saya , saya mengibaratkan exodus ini sebagai ‘tembok kejenuhan yang di dalamnya terkandung pelbagai cerita sang kehidupan’.Kita semestinya tahu , hidup ini tidak pernah terlepas dari ujian dan dugaan bukan? Banyaknya dugaan dan cabaran ini kehidupan yang jika kita sendiri tidak mampu menghadapinya , akan terbinanya tembok kejenuhan yang akhirnya membuatkan kita terkandas dalam keputusasaan.

      Mahu tidak mahu , yang nyata kita harus berani menghadapinya!!!Untuk exodus kali ini terimalah dan ambillah ibrah darinya.

       Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah kisah sebenar yang terjadi selama saya bekerja di BP Mall sebagai part time promoter baju kanak-kanak.Tugas promoter ini di samping menjaga kaunter , juga termasuk tugas melipat baju , menjaga fair , mencari pekerja baru untuk brand lain , juga menjaga kaunter khidmat pelanggan.Tak la susah sangat pun , tetapi perlu ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana Allah SWT kan Maha Melihat perlakuan hambaNya.

*****************************************
Kelihatan sepasang suami isteri bersama 3 orang anaknya berlegar di kawasan fair di tingkat 1 Pacific.

“…..alah……cepatlah sikit.Nak beli bajula plak.”

Tiba-tiba kedengaran suara tegas yang kuat bergema di situ.Rupa-rupanya dalam kebanyakan pelanggan yang ada di situ, wujud seorang lelaki yang menengking isterinya yang sedang mencari baju untuk anak-anaknya.Allah …. Saya begitu hairan mengapa suami itu sanggup bertindak kasar kepada isterinya di hadapan orang ramai di situ. Pada tanggapan saya , melihat perwatakan alim yang ada pada diri suami itu dan litupan tudung labuh yang sopan dipakai oleh isterinya itu , seharusnya lelaki itu perlu menjaga maruah isterinya.

“..ke…kejap bang, nak beli baju untuk along ni…”

Si isteri kelihatan malu dan gugup dengan tengkingan dari suaminya lalu dia mempercepat langkahan ke arah tempat baju lain di situ yang sesuai untuk anaknya.Saya yang berada di situ terus mendapatkan wanita itu dan bertanya saiz baju yang diinginkan oleh beliau.Tiba-tiba , sekali lagi….

“…awak ni dengar tak saya kata…cepatlah sikit…aku banyak kerja ni…”

Si suami berterusan menengking si isteri.Jika diikutkan hati saya , saat itu juga saya ingin membalas tengkingan itu yang dilemparkan kepada isterinya.Namun hati masih beristirgfar dan yang mampu saya lakukan adalah menjelingnya dari jauh.Seriously, saya bukan membenci lelaki itu, tetapi saya kurang suka dengan sikapnya yang dingin kepada isterinya.Masakan lelaki itu tidak tahu , sikapnya itu mampu membuatkan orang sekeliling melihat dan menjustifikasikan orang-orang alim ini pun sebenarnya sama sifatnya dengan orang-orang biasa.

Apabila dapat baju yang sesuai untuk wanita itu…saya dapat melihat beliau memandang saya lalu berkata:

“Maaf ye dik…suami akak memang macam tu…panas baran sikit.”

Saya menjawab:

“Tidak mengapa kak…saya faham..sabar ye kak…saya tahu akak kuat.”

Lama kami saling memandang antara satu sama lain…dan saya menyapa tangannya.Sapaan itu dibalas dengan genggaman yang erat dari beliau.Di riak matanya, saya tahu bahawa beliau sedih , tapi saya cuba mengingatkan kembali prinsip hidup yang saya pegang kepadanya…

“Akak…jagalah Allah…InsyaAllah Dia akan jaga kita ya kak..”

Akhirnya kami berpisah disebabkan saya perlu melakukan tugas seterusnya sebagai promoter jualan di situ.Daripada kisah ini dapatlah saya simpulkan bahawa kebahagiaan rumahtangga bukanlah hak mutlaknya melihat kepada fizikalnya mereka itu ustaz mahupun ustazah , tetapi yang paling penting bagaimana jiwa, rohani dan sifat mereka itu mengkaderkan jasad di luar agar tampak manis dipandang orang.Ingat , kedua-dua pihak suami juga isteri perlu memahami peranan mereka.Perkahwinan bukanlah satu tiket untuk melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai hambaNya...isu dalam bagaimana melayan si isteri sebagai pendamping kehidupan juga akan disoal di hadapanNya.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah dia menghadapinya dengan baik atau diam.Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk, dan yang paling bengkok ialah yang sebelah atas.Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah.Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok.Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."
(Riwayat Muslim)

****************************************
Semakin hari berganti hari , banyak cerita kehidupan manusia dilakonkan di hadapan saya.Ya Allah , saya tahu Engkau menunjukkan semua cerita ini kepada saya kerana Engkau mahu saya belajar dari cabaran di dunia ini agar suatu hari nanti saya juga bisa untuk mengharunya dan menyelesaikannya.Terima kasih Ya Allah , dari semua ini , banyak yang saya belajar.Salah satunya , mengajar saya untuk tabah melepaskan sesuatu yang bukan milik saya. Hingga saat ini saya cuba untuk mujahadah...mujahadah untuk menjadi sebaik-baik hambaNya.



*Alhamdulillah sudah seminggu berkhidmat sebagai Medical Laboratory Technologist di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat. Syukur juga kerana dapat meraikan raya eidul adha di sini.Cukuplah menghayati kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada isterinya dan anaknya, Siti Hajar dan Nabi Ismail , mampu menyalakan keinsafan pada diri ini.Saya ingin mencontohi sifat kesabaran mereka. Kisah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim juga menjadi iktibar buat diri ini untuk lebih mentaati Pencipta sebelum mentaati kejadiannya.*

Saturday, October 6, 2012

22 Oktober 2012...Debar



Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga serta sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya dapatlah saya kembali bercangkir secebis tinta di sini.Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah.

       Sesungguhnya benarlah janji Allah SWT itu pasti.Bagaikan mimpi bagi diri ini yang hina apabila disahkan untuk berkhidmat dengan kementrian kesihatan sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan.Tiada kata yang mampu diungkap melainkan rasa syukur padaNya.Mohon doa semua.InsyaAllah pada 22 Oktober 2012 yang bersamaan dengan hari Isnin , saya diminta melaporkan diri di Johor Bahru. Sebenarnya status penempatan di sana sekadar untuk melapor diri , bukan tempat tetap saya bekerja.Yang pastinya , saya berharap ke mana pun saya dicampakkan , saya harap Allah SWT sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi lautan kehidupan yang semakin mencabar.

   InsyaAllah pada seberapa saat yang ada ini, saya cuba untuk berkongsi sedikit adab-adab bekerja.Perkara ini begitu dekat dengan kehidupan ini yang akan berkhidmat di jabatan tidak lama lagi.Doanya , semoga sahabat-sahabat lain yang juga bersama-sama perjuangan ini  akan cuba memahami tujuan dan matlamat kalian bekerja.Niat bukan untuk mencari keuntungan keewangan di dunia , tetapi untuk mencari redhaNya semata.Untuk mereka yang bekerja, mari sama-sama kita renung dan amalkan sikap yang baik sewaktu bekerja.Semoga bermanfaat.InsyaAllah.
****************************
ADAB-ADAB BEKERJA
  1. Niat.. Menghadirkan niat yang ikhlas dan menganggap pekerjaan yang dilakukan sebagai satu ibadah.
  2. Jangan bertangguh. Kerja yang boleh disiapkan hari ini jangan ditangguh hingga esok.
  3. Berpagi-pagi. Datang awal ke pejabat. Rasulullah saw bersabda: “Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
  4. Tekun. Tekun dan komited dalam pekerjaan, sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan tekun.” (Riwayat al-Baihaqi)
  5. Rendah diri. Jangan bersifat sombong sesama rakan sejawat dan juga orang yang ingin berurusan dengan kita.
  6. Utamakan ibadah. Jangan menyibukkan diri dengan kerja hingga mengetepikan urusan ibadah kepada Allah.
  7. Halal. Menjauhi pekerjaan yang mendatangkan sumber rezeki yang tidak halal.
  8. Amanah. Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.
*Saya perlu matang melalui rencah kehidupan...be strong ummu!!!Jangan banyak nangis , tapi kumpulkan seberapa banyak semangat untuk cekal menghadapi kehidupan saat ini dan yang akan mendatang*

Kata Lelaki Wanita Itu Lemah



Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , dapatlah saya kembali bertinta sebagai hambaNya. Ya Allah , cepat sungguh masa itu berlalu. Denyutan jiwa berulangkali bergetar menanti kekuatan untuk sentiasa berada dalam lingkungan untuk lebih mencintaiMu dan bersedia untuk berhadapan denganMu Ya Allah, Tuhan Yang Esa. Ya Allah , ampunkanlah segala kekhilafan hambaMu ini :(

     Untuk entri kali ini , bertajuk " Kata Lelaki Wanita Itu Lemah". Entri ini bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan kedudukan si adam apabila menjadi pendamping kepada si hawa...tetapi sebenarnya penulis teringin benar jika masalah yang pernah terjadi di sekeliling kehidupan penulis yang berkaitan dengan ketidakseimbangan dalam rumah tangga di luahkan menerusi bait-bait sajak/syair.Tidak ada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi pandangan bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan dari kaum adam sendiri yang mengatakan kaum hawa ini adalah kaum yang lemah.

     Penulis tahu lelaki dan wanita itu sendiri mempunyai peranannya sesudah melayari bahtera perkahwinan. Keputusan terletak di tangan kalian , sama ada ingin terus melengkapi bahtera itu dengan ketaqwaan dan kesabaran agar bahtera itu selamat belayar ataupun sekadar membiarkan bahtera tersadai di lautan hingga akhirnya karam.Terimalah..
***********************************

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Alangkah indah hidup bersuami isteri 
Jika kalian saling lengkap melengkapi
Tidak mudah berkecil hati apabila ditegur , dinasihati mahupun sehingga didustai
Kerana jiwa dan hati sentiasa berusaha untuk tetap redha
dengan segala ketentuan Ilahi
Lantas sesuatu yang akan kau miliki selepas kekecewaan itu adalah
ketenangan yang sentiasa mengisi kesedihan yang menjangkiti sanubari
Engkau tidak akan membiarkan ia terus membengkak menutup hati 
tetapi kau akan berusaha untuk bangkit taat sebagai hambaNya

*Nota cinta Ilahi ini akan tetap berpena selagi diri ini hidup sebagai hambaNya.Allah...tuntunlah hamba yang lemah ini*

Wednesday, October 3, 2012

Teserlah Keprihatinanmu =)


Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah inayah dan rahmatNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Syukur Alhamdulillah.

    Tidak tahu bagaimana mahu melafazkan kalimah syukur tidak terhingga kepadaNya kerana memberi saya peluang hidup lagi di dunia ini untuk melaksanakan amanah seterusnya.Amanah yang dimaksudkan itu adalah amanah sebagai bakal Juruteknologi Makmal Perubatan di hospital yang bakal dipikul selepas ini.Seperti suatu yang mengejutkan , tawaran sah perlantikan ini sampai ke rumah selepas saya bekerja selama 2 minggu di BP Mall.Untuk pengetahuan pembaca , buat masa ini saya bekerja sementara di BP Mall sebagai part time promoter bahagian baju kanak-kanak.Saya menyerahkan segala kebergantungan ini hanya padaNya. Saya sudah berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari rezeki yang halal sebagai bekalan kehidupan di samping ingin mendidik diri untuk cekal mengharungi hadiah ujian dariNya.

     Sepanjang kerjaya sebagai promoter di BP Mall, satu benda yang saya belajar adalah saya seharusnya bersyukur dengan saya seadanya.Penemuan yang tidak disangka dengan sahabat-sahabat lama yang juga bekerja di sana sangat membuahkan rasa keinsafan pada diri ini.Mereka kebanyakannya masih bekerja untuk mengumpulkan wang sendiri bagi meyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.Percayalah teman pembaca , mereka sanggup berhenti belajar sementara semata-mata untuk mencari wang membiayai kos pembelajaran dengan mengunakan tulang empat kerat mereka tanpa menyusahkan ibu bapa mereka.

     Saya kagum dengan mereka.Keprihatinan mereka yang mendalam terhadap kondisi kewangan keluarga yang tidak mampu untuk membiayai mereka belajar ke peringkat yang lebih tinggi membuatkan mereka bangkit melawan rasa keputus asaan yang seringkali datang menjengah. Melihat kembali diri ini, sebenarnya terasa malu padaNya apabila sekali-sekala mengeluh dengan keberadaan ujian hidup yang mencabar....sedangkan saya perlu tahu bahawa selain saya , sebenarnya ada ramai lagi di sekeliling saya yang lagi susah , tapi mereka tak mengeluh. Allah , maafkan kekhilafan diri ini.


Benarlah dugaan dan ujian yang hebat-hebat itu sebenarnya hadiah Allah SWT kepada hambaNya yang hebat .

"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
(Surah Al-An'am: 17)
*************************************
Cerita pendek seterusnya:
Dalam kehidupan saya sebagai manusia biasa yang masih mencari identiti sebenar , saya melihat hikmah di sebalik pertemuan saya dengan kenalan baru di tempat kerja. Saya banyak melihat mereka dan ternyata mereka adalah lebih baik dari saya.Mereka banyak membuka mata saya tentang bagaimana nak menjaga hati dan perasaan seseorang , tentang ukhwah juga diberikan alternatif bagaimana mahu melestarikannya juga yang paling saya suka adalah sikap keprihatinan mereka sesama mereka termasuk keluarga mereka.Masyallah.

Teringin nak quote kata ni :

    Cutenya adik tu...walaupun beliau adik tapi beliau prihatin dengan kebersihan surau di mall ni.Orang lain dah siap solat keluar , tapi adik ni siap kutip sampah jajan yg bersepah dan susun selipar yang bersepah di depan surau ni.-sbenarnya nak kata cutenya akhlak si cilik ni-ingatkan diri-

"Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia."
 (Hadis riwayat Muslim)

*pena melabuhkan tirainya, kerana hari esok usaha jihad dan mujahadah perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Moga Allah SWT tuntun menuju redhaNya.Terima kasih kerana sudi membaca*

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails