Friday, September 7, 2012

Pecinta Setia


Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi--tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaanNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.



        Esok , 8 September 2012 ,hari Sabtu adalah merupakan hari konvo saya setelah berjaya menamatkan belajar di Kolej Nilai .Alhamdulillah.Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan rahmatNya yang sentiasa memberi kekuatan kepada diri ini yang hina untuk menjalani kehidupan di Nilai.Kini , tidak ada lagi takrifan kehidupan untuk malas , lembik , lemah dan putus asa.Cukuplah permainan kehidupan yang sia-sia yang menjadikan manusia kian alpa dan leka...moga-moga saya mampu memusnahkan virusnya.Memikirkan tugas yang dipikul selepas ini akan bertambah mendorong diri ini untuk terus bercinta dengan Yang Maha Esa. Lelehan air mata kelmarin yang mencoretkan duka di hati akan cuba dihapuskan dengan secepatnya. Yang nyata masa itu semakin singkat , sedang kita ini asyik khayal dengan buaian dunia yang melalaikan.

http://dirihamba.blogspot.com


PENCINTA ALLAH ITU IALAH..

"Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" 

(Abu Bakar al-Kattani)


Kaulah yang Maha Esa.
Kaulah yang Maha Pengasih.
Kaulah yang Maha Penyayang.
Tiada hidup tanpaMu.
Kaulah yang Maha Agung.
Kaulah yang Maha Mengetahui.
Tuhan dunia akhirat.
Tiada aku tanpaMu.
Bilaku rasa pilu.
Bilaku rasa resah.
Bilaku kekosongan.
Kau tempatku mengadu.
Oh tuhan yang satu.
Engkaulah tuhan yang satu.
Segala puji-pujianku tujukan padaMu..padamu.
Dan hidup dan matiku hanyalah..
UntukMu..
untukMu...untukMu..
~mata melihat alam; hati melihat TUHAN~
__________________________



TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Royam:
– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

Pesanan Hasan:
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails