Sunday, September 9, 2012

Tinta Perjuangan



Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi--tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaanNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.Ya Allah , hidupkanlah kami dalam iman , matikanlah kami dalam iman dan selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir.Tuntunlah kami Ya Allah , agar kami sentiasa terdidik untuk lebih mencintaiMu berbanding cinta kami terhadap kenikmatan dunia ini yang bersifat sementara sahaja. :(

     Untuk entri kali ini , saya tidak berkeputusan untuk bertinta lebar , cuma saya ingin berkongsi beberapa  gambar konvo saya di Universiti Nilai semalam.Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada di antara kami yang pitam kerana terlalu lama berdiri menunggu giliran masuk ke dewan.Terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaanMu kepada kami.


Gambar ketika di rumah sepupu saya di Seremban.Kami sampai ke sini hari Jumaat malam dan menginap di sana setengah sehari.Adik yang comel ni namanya addin , berumur 4 tahun tapi tak henti-henti bercakap macam orang dewasa gayanya. :) acik sayang addin.

Dalam menunggu waktu masuk ke dewan...dapat call dari dini dan kak Tinie.Mereka datang dari jauh nak ucap tahniah dan bagi suprise.Terima kasih atas hadiah ini.Terharu.

saya bersama ayah, ummi dan kakak tercinta :)

bersama adik 
 * abaikan tarikh pada gambar..lupa nak set la .
*Tiba-tiba teringat kepada sahabat saya , arwah nazmi yang telah kembali kerahmatullah pada bulan 6 yang lepas.Sahabat , walaupun kau tidak terpilih hadir bersama-sama kami , bersama perjuangan yang selepas ini , kami sentiasa ingat kau dalam doa.Banyak yang kami belajar dari kamu sahabat. Kau rileks , kau tabah , lebih utamakan orang lain dari diri kau sendiri , kau cekal , kau tak lokek ilmu , kau soleh dan pandai bawa diri.Semoga kau tenang di sana.Al-Fatihah. 
*********************************
Untuk mu wahai teman pembaca yang dikasihi :

BERSYUKUR & BAHAGIALAH
Bahagia adalah mensyukuri apapun yang masih kita miliki sampai hari ini
Sesulit apapun yang kita rasakan untuk memulai hari dengan senyum, tersenyumlah..
Karena hanya dengan sebuah senyum, 
kita dapat merefleksikan rasa syukur dan mewujudkankebahagiaan yang masih tersisa..
Dan bersiaplah untuk tersenyum dan berbahagia lebih banyak lagi, karena kita memang akan menemukannya, dimana saja, kapan saja...

Ketika ada hal yang kita rasa mengganggu proses kita merasakan syukur dan kebahagiaan,berpalinglah..
Berpalinglah tanpa perlu merasa buruk, dan jangan rasakan apapun...
Karena secepat apapun kita merasakan kebahagiaan, ketika kita mulai merasa sedih atau tidak nyaman, maka akan secepat itu pula kesedihan menguasai kita
Untuk hari yang mulai terasa sulit, tersenyumlah
Untuk tangis yang hampir tumpah, bertahanlah
Untuk asa yang teras mereda, kuatkanlah
Karena kebahagiaan dan cinta yang kita tabur detik ini juga, akan kita petik berlipat ganda...
Untuk diri kita dan orang-orang di sekitar kita

Ketika seseorang bersikap kurang bersahabat, bersabarlah..
Karena mungkin ia sedang mengalamai masa yang berat untuk dirinya
Tersenyumlah, dan berikan pengertian, lalu bersyukurlah, 
karena setidaknya kita merasakan perasaan yang lebih baik, 
hingga kita masih sanggup memberikan pengertian
Tidak ada ruginya berbuat baik, dan tidak akan pernah ada,
sekalipun kita berusaha mencarinya..

Kebahagiaan dan cinta yang ada dalam diri kita, sekalipun baru terasa sedikit, pancarkanlah...
Bagikanlah ke sekeliling kita
Lalu rasakan ia berlipat ganda dan mulai memenuhi diri kita, 
berpendar di sekitar kita... 
Melarut menjadi warna-warna indah, yang sekalipun tak terlihat, akan mampu dirasakan...
Biarkan dunia menjadi sahabatmu, dan merasakan kebahagiaan yang kau rasakan, yang kau ciptakan...

Bersyukurlah sekali lagi...
Untuk nafas yang masih dapat dihirup
Untuk denyut nadi yang masih dapat dirasakan
Untuk jalan yang masih dapat ditapaki dengan kaki yang sehat..
Sekali lagi...
Untuk semua yang masih kita miliki sampai hari ini
Karena seberuntung itulah kita
Maka seulas senyum yang masih dapat kita berikan untuk sesama tidak akan terlalu mahal lagi harganya...

Bersyukurlah dengan rahmatNya....
Kerana tanpa Dia , tiada erti kita hidup di dunia
Sehebat mana pun kita , tunduklah malu pada Yang Maha Kuasa
Kita kena ingat , kita ini hanyalah sekadar hamba yang lemah
tiada daya...tiada kuasa
Jika kita berjaya , bersyukurlah kerana Dia suka kita ini kembali istiqamah dalam beramal kepadaNya..
Jika kita gagal , bersyukurlah kerana Dia suka kita ini kembali merenung kesalahan-kesalahan lalu dan memperbaiki diri pada masa akan datang...Dia juga rindu mendengar keluhan kita sebagai hambaNya...
Refleksi semula jiwa rohani untuk sentiasa mendampingiNya...
Arahkanlah gerak geri ke arah redhaNya...
Sedarkanlah minda dan fikiran agar bersedia untuk bertemu denganNya...

Ikhlas Mengunci Pintu Musibah



      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Terima kasih Ya Allah di atas usia yang Engkau berikan kepada kami hambaMu untuk kembali sujud kepada perintahMu.Kami tahu banyak dosa yang kami telah lakukan samaada sedar atau tidak sedar.Ampunkanlah kami :((

     Ya Allah...Ya Rahman ...Ya Rahim, dikesempatan yang Engkau berikan ini , hamba memohon agar ditetapkan hati kami ini untuk teguh berada di jalan menuju redhaMu.Maafkanlah kesalahan serta berilah keluasan hidayahMu kepada hambaMu yang lemah ini.Kami akui bahawa Engkaulah Tuhan kami dan tidak ada Tuhan selainMu, dan Nabi Muhammad SAW itulah pesuruhMu.Tuntunlah kami kembali kepadaMu agar tiap kali nafas yang keluar berhembus dari tubuh kami, maka setiap detik itu ditetapkan agar sentiasa ingat kepadaMu dan bersedia untuk menghadapi hari kematian.

     Untuk entri kali ini bertajuk "Ikhlas Mengunci Pintu Musibah".InsyaAllah saya ingin berkongsi sedikit cerita yang ada kaitannya dengan sifat ikhlas ini.Barangkali kita sering mendengar ada sesetengah daripada kita , apabila ingin menghulurkan sesuatu bantuan...pasti akan mengatakan , "Ambillah , saya ikhlas." Secara sedar ataupun tidak sebenarnya perkataan yang melabelkan sendiri bahawa kita ikhlas ditakuti tiada langsung harga sebuah keikhlasan yang lahir dari dalam diri kita.Hal ini kerana maksud ikhlas itu sendiri perlu diperhalusi secara mendalam kerana ia melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT.Apabila seorang hamba itu menjalankan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan takut pada kemurkaan-Nya, maka itulah yang dinamakan ikhlas.Ikhlas itu terletak dalam hati manusia yang tunduk kepada Rabbnya dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia semata-mata.


Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :
"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan kebanggaan sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi?".

Nabi menjawab,:
  "Tidak ada apa-apa".

Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi SAW bersabda…

"Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah". 
(HR An-Nasa'i)
*******************************
Seperti yang dijanjikan , insyaAllah saya ingin berkongsi kisah yang mungkin pernah di antara kita yang tahu lapangan kisah ini yang berkisar tentang "Ikhlas Mengunci Pintu Musibah".


Dari Abdullah bin Umar r.a , Nabi s.a.w telah bersabda: "Ada 3 orang lelaki umat sebelum kamu telah keluar berjalan-jalan hingga sampai waktu malam mereka berehat di sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk ke dalamnya. Kemudian dengan tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka bertiga tidak dapat keluar dari gua. Salah seorang daripada mereka berkata : 'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada bencana ini kecuali apabila kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan.'

Kasihkan Ibubapa

Salah seorang daripada mereka kemudian berdoa : 'Ya Allah, saya mempunyai ibu dan ayah yang sangat tua. Saya biasa memberi minuman susu buat mereka dahulu sebelum saya berikan kepada keluarga dan anak-anak saya. Pada suatu hari, saya terlambat balik daripada mencari kayu api dan saya dapati kedua-dua ibubapa saya telah pun tidur. Saya terus memerah susu untuk ibubapa saya minum. Oleh kerana mereka telah tidur, saya tidak mahu mengejutkan mereka supaya bangun kemudian saya berjanji dalam diri tidak akan memberi minum susu itu kepada keluarga mahupun anak-anak saya sehingga ibubapa saya bangun dari tidur.'

'Saya menunggu dengan sabar namun mereka tidak juga terjaga dan bangun. Ketika sedang menunggu mereka, anakku menangis dan datang kepadaku kerana inginkan susu namun aku tetap berpegang kepada janjiku iaitu tidak akan memberi minum kepada sesiapa jua sehingga ibubapaku minum. Setelah mereka berdua bangun, maka ku berikan keduanya minum susu tersebut. Ya Allah, jika saya berbuat begitu kerana mengharapkan wajahMu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.' Maka dengan tiba-tiba bergeraklah sedikit batu tersebut namun masih belum cukup untuk membolehkan mereka keluar dari gua.

Ku Tolak Zina
Orang yang kedua kemudian berdoa pula dengan merayu dan bermunajat kepada Allah sebagaimana orang pertama tadi. 'Wahai Allah, sesungguhnya saya mempunyai sepupu perempuan yang sungguh cantik dan aku mencintainya. Aku seringkali mengajaknya berzina denganku tetapi dia sering menolaknya. Suatu hari dia ditimpa kesusahan dan meminta bantuan kepadaku. Lalu aku berikan kepadanya 120 dinar dengan syarat dia berzina denganku. Oleh kerana terdesak maka dia pun bersetuju. Ketika kami hampir melakukan perbuatan yang terkutuk itu dan aku berada di antara kedua-dua belah kakinya, dia lalu berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah engkau melakukannya melainkan dengan cara yang benar dan halal. 

Aku kemudian tersentak kerana terdengar kalimah Allah darinya. Nafsuku menurun dan aku lantas meninggalkannya dengan wang tersebut padahal dia seorang yang amat aku cintai. Wahai Allah, jika saya meninggalkan zina kerana takut kepadaMu dan mengharap redhaMu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini. ' Tiba-tiba batu itu bergerak sedikit namun masih belum membolehkan mereka bertiga keluar dari gua itu.

Gajimu Seluruh Harta Ini
Orang yang ketiga pula berdoa: 'Ya Allah, saya telah menggaji beberapa orang pekerja dan  semuanya saya bayar gaji mereka dengan sempurna kecuali ada seorang pekerja yang menghilangkan dirinya, meninggalkan saya dan tidak mengambil gajinya terlebih dahulu. Kemudian gajinya itu saya laburkan dalam penternakan sehingga lama-kelamaan ternakan itu menjadi banyak dan beranak-pinak. Beberapa tahun kemudian bekas pekerja saya itu datang dan menuntut gajinya suatu masa dahulu. Saya pun memberikan segala hasil penternakan berupa lembu, kambing unta dan juga pengembala itu sebagai gajinya tanpa mengurangkan sedikit pun kerana penternakan itu adalah dari gaji asalnya. Ya Allah, sesungguhnya aku lakukan itu kerana mengharapkan redhaMu, maka gerakkanlah batu itu.' Maka batu itu pun bergerak sepenuhnya dan mereka dapat keluar dari gua tersebut. 

       Sebagai penutup , iktibar yang boleh kita ambil dari 3 kisah ini ialah kita perlu yakin bahawa Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.

Friday, September 7, 2012

Pecinta Setia


Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi--tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaanNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.



        Esok , 8 September 2012 ,hari Sabtu adalah merupakan hari konvo saya setelah berjaya menamatkan belajar di Kolej Nilai .Alhamdulillah.Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan rahmatNya yang sentiasa memberi kekuatan kepada diri ini yang hina untuk menjalani kehidupan di Nilai.Kini , tidak ada lagi takrifan kehidupan untuk malas , lembik , lemah dan putus asa.Cukuplah permainan kehidupan yang sia-sia yang menjadikan manusia kian alpa dan leka...moga-moga saya mampu memusnahkan virusnya.Memikirkan tugas yang dipikul selepas ini akan bertambah mendorong diri ini untuk terus bercinta dengan Yang Maha Esa. Lelehan air mata kelmarin yang mencoretkan duka di hati akan cuba dihapuskan dengan secepatnya. Yang nyata masa itu semakin singkat , sedang kita ini asyik khayal dengan buaian dunia yang melalaikan.

http://dirihamba.blogspot.com


PENCINTA ALLAH ITU IALAH..

"Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" 

(Abu Bakar al-Kattani)


Kaulah yang Maha Esa.
Kaulah yang Maha Pengasih.
Kaulah yang Maha Penyayang.
Tiada hidup tanpaMu.
Kaulah yang Maha Agung.
Kaulah yang Maha Mengetahui.
Tuhan dunia akhirat.
Tiada aku tanpaMu.
Bilaku rasa pilu.
Bilaku rasa resah.
Bilaku kekosongan.
Kau tempatku mengadu.
Oh tuhan yang satu.
Engkaulah tuhan yang satu.
Segala puji-pujianku tujukan padaMu..padamu.
Dan hidup dan matiku hanyalah..
UntukMu..
untukMu...untukMu..
~mata melihat alam; hati melihat TUHAN~
__________________________



TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Royam:
– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

Pesanan Hasan:
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.


PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails