Monday, August 20, 2012

Jendela Eidul Fitri


Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayangnya masih memberikan ruang dan peluang kepada diri ini yang hina untuk kembali mencangkir kata di teratak ini.Alhamdulillah ..terima kasih Ya Allah.

     Masuk hari ini , hari raya ke-2 …Alhamdulillah kita semua diberi peluang untuk merayakan kemenangan atas peperiksaan Ramadhan yang baru berlalu meninggalkan kita. Syukur tidak terkata kerana kita masih berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan.Antara sedar tidak sedar , hikmah Allah SWT menggalakkan hambaNya berterusan melakukan kebaikan seperti meneruskan amalan ziarah menziarahi saudara mara , jiran tetangga dan sahabat handai .Bermaaf-maafanlah sesame kita agar termetri kembali ikatan kekeluargaan yang telah terjalin.Benarlah firman Allah SWT seperti yang terangkum dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman.Jauhilah banyak dari prasangka , sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa , dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain.Apakah ada di antara kamu yang suka makan daging saudaranya yang sudah mati?Tentu kamu merasa jijik.Dan bertaqwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(49:12)

       Azam kami sekeluarga tahun ini ingin merapatkan lagi silaturrahim dengan pihak saudara belah ayah walaupun perselisihan yang mungkin pernah berlaku memungkinkan keksukaran untuk menerima hakikat sebuah kemaafan.Yang nyata kami semua perlu berubah kea rah kebaikan.Prinsip yang kami pegang : “Biarlah orang buat jahat pada kita , tapi janganlah kita membalas kembali kejahatan tersebut.”

     InsyaAllah sebentar lagi saya bersama kumpulan marhaban kampung akan start bermarhaban.Satu perkara yang suka untuk dikongsi bersama , Alhamdulillah sepanjang tahun ini kami diberi kekuatan untuk meneruskan amalan ini.Sungguh gambira sebab kita dapat bersama-sama dengan mereka-mereka yang senior untuk bermesra dengan lebih rapat lagi.Harapannya , moga usaha kami ini untuk berukhwah kerana Allah SWT akan dipandang olehNya.Saya sayang orang kampung saya.
    
      InsyaAllah saya mempunyai cita-cita untuk menerapkan system tarbiyah dalam kalangan penduduk kampung ini dengan mengenali mereka melalui usrah.Saya benar-benar berharap agar suatu hari nanti impian saya terrealisasi dengan sebaik perancangan dariNya.Mohon bantuanNya.

       Apabila mengingatkan kembali jasa-jasa Rasulullah SAW dan para sahabat yang dahulu bersusah payah memastikan agama Islam ini tersebar ke serata dunia hati ini tersentuh sebenarnya.Jiwa mereka kuat dan kental walaupun saat itu tiada teknologi canggih yang digunakan seperti handphone , lap top dan sebagainya.Harapannya melihat keadaan kita yang semakin mewah kini mampu mendorong kita semua untuk lebih tabah melaluinya.InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails