Monday, August 27, 2012

Indahnya Ukhwah



Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi--tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaanNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Alhamdulillah.

        Pada 25 Ogos 2012 iaitu pada hari Sabtu yang lepas , saya bersama sahabat-sahabat diberi peluang beraya bersama-sama .Sungguh gembira tidak terkata sebenarnya kerana dapat beraya bersama mereka.Terima kasih Ya Allah di atas ukhwah ini.Saya sayang sahabat-sahabat saya :)

        Konvoi raya kali ini melibatkan bekas pelajar-pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh.Alhamdulillah konvoi ini merupakan konvoi raya yang ke-9 setelah kami habis belajar sekolah rendah darjah 6.Untuk pengetahuan pembaca , kami semua adalah merupakan bekas pelajar yang belajar 1 kelas dari darjah 1 hingga darjah 6 ketika di SKSB.Alhamdulillah Allah SWT masih memberi kekuatan kepada kami untuk kembali menjalin ukhwah tiap kali menjelangnya hari lebaran.

        Semoga dengan ukhwah yang terjalin ini mampu menjadikan kita insan yang sedar tujuan sebenar kita dijadikan di dunia ini.Harapannya kita sentiasa mampu untuk istiqamah berubah ke arah kebaikan.InsyaAllah. 

Dikesempatan ini izinkan saya berkongsi beberapa gambar kami yang ceria.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails