Friday, June 29, 2012

Buta Hiburan vs Buta Agama?

Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah saya kembali bertinta di sini , Alhamdulillah. InsyaAllah kali ini , ingin sekali saya berkongsi suatu kisah yang mungkin dapat memberi keinsafan buat diri ini yang hina juga buat pembaca yang saya kasihi.


      Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah kisah yang bertajuk "Mana Lebih Teruk , Buta Hiburan ataupun Buta Agama?" Mungkin jawapan kepada persoalan ini sudah dijawab oleh para pembaca saat ini.Pernahkah anda pergi ke suatu tempat bersama-sama rakan-rakan anda dan pada masa yang sama mereka banyak membicarakan pelbagai berita berkenaan hiburan semasa yang kian berlegar di sekitar sudut media masa dan majalah juga di dada akhbar.Nama-nama yang mungkin kita rasa sebenarnya tidaklah hebat mana , tetapi nama mereka dipuja , digilai dan sentiasa menjadi bahan gosip pada setiap pertemuan yang dirancangkan.


        Nama-nama penyanyi barat yang semakin disebut-sebut kini seperti Chris Brown , Lady GaGa , Katy Perry, Britney Spears, Eminem ,Miley Cyrus ,Prince ,Ludacris ,Bruno Mars , Madonna ,Justin Timberlake,Christina Aguilera ,Mariah Carey,Snoop Dogg,Alicia Keys, Jon Bon Jovi ,Ne-Yo,Jessica Simpson ,Lil Wayne dan banyak lagi sebenarnya jika nak disenaraikan semua, sememangnya ramai yang menjadikan lagu mereka disimpan dalam handphone dan MP3 mereka.Yang nyata , sebenarnya mereka perlu tahu bahawa ada contoh teladan yang sewajarnya mereka ikuti dan contohi iaitu , qudwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW , Nabi Muhammad SAW ,kekasih Allah yang benar-benar merindui kita sebagai umatnya .Apakah kita tidak mahu mencintai dan mengikuti teladan Baginda yang mulia ini hinggakan Bagindalah yang akan memberi syafaat kepada kita sebagai umatnya di akhirat nanti.Apabila kita sedar kehidupan di dunia ini sebenarnya adalah medan untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak, maka secara tidak langsung kita akan terdorong untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik, berusaha sebolehnya untuk menjauhkan diri dari maksiat dan sentiasa mengharap redha dari Tuhan Yang Maha Esa.


     Sahabat yang dikasihi, sememangnya hiburan itu memang menyeronokkan dan membahagiakan kehidupan lebih-lebih lagi bagi kita yang bergelar remaja.Percayalah sahabat , hakikat sebenar kebahagiaan itu bukan terletak pada lagu-lagu yang melalaikan hati , tetapi berbalik pada ketenangan hati yang hakiki iaitu apabila engkau semakin ingin dekat kepada Ilahi.Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan iaitu apabila hatimu sentiasa berputik untuk mencintai Ilahi.


     Bersempena Ramadhan yang akan menjelang dalam 20 hari lagi , ingin saya mengingatkan diri dan sahabat pembaca yang disayangi untuk mengurangkan percakapan yang sia-sia , sebaliknya perlulah untuk sentiasa mengecas keimanan dan ketaqwaan kita kepada Pencipta kita ,Allah SWT.Salah satu perkara yang membuatkan kita terdorong untuk mencintai Allah SWT adalah dengan kembali mencintai kekasihNya, iaitu Rasulullah SAW , seperti yang saya katakan tadi.

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.”  
(Quran s. al- Anbiya : 107)
       Berterusanlah berselawat kepada Baginda agar kendiri dan denyutan nadi kita sentiasa terarah untuk lebih mengenali dan mencontohi sifat-sifat mulia Baginda.InsyaAllah.Banyakkan bertasbih, bertahmid, berzikir, dan bertakbir memujiNya agar terlahir kekuatan hati sekali gus rohani dan jasmani untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar kepada Dia.Bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Ketahuilah sahabat, kedua-dua nikmat ini terlalu besar dan rugilah sekiranya kita meremehkan nikmat yang diberi kepada kita secara percuma.
________________________________________

       Opss lupa pula untuk mengetengahkan satu kisah sebenarnya.InsyaAllah akan dicerita saat ini yang berbaki seketika cuma.Sebenarnya saya sangat menyayangi sahabat-sahabat usrah saya di Kolej Nilai. Alhamdulillah dengan kurniaNya , "bulatan kami" pasti diadakan dua minggu sekali.Cukup indah apabila duduk bersama teman-teman seperjuangan bercerita tentang hebatnya Islam tika dahulu , bercerita tentang sahabat-sahabat Baginda yang tidak gentar berjuang menegakkan agamaNya, kisah cinta kepadaNya juga tidak dilupakan cinta para sahabiah kepada hamba ciptaanNya , cerita itu semua menjadi titik tolak peringatan buat kami bersama untuk kembali menjadi sebaik hambaNya.InsyaAllah.

      Pernah suatu hari ketika saya tekun mengulangkaji mata pelajaran Histopathology di surau , seorang sahabat seusrah saya menegur saya.

Beliau bertanya:

"Diyanah , kenal tak seorang sahabat kita yang namanya Hidayah?"

Saya menjawab :

"Sudah tentu kenal.Kenapa ye?"

Beliau bertanya lagi:

"Kau dah betul-betul kenal dia ke?dah kenal dia dari background mana?dah kenal family dia?"

Saya terkedu mendengar soalan yang dilontarkan kepada saya.Terkejut rasanya dan saya tertanya-tanya kenapa soalan sebegitu rupa ditanyakan kepada saya.Nampak sangat sebenarnya saya masih kurang mengenali sahabat-sahabat saya.Allah ;( maafkan kekhilafan diri ini.Kemudian saya menjawab:

"Ermm...pasal family dia aku tak tahu sangat, tapi yang aku tahu dia dari keluarga yang hebat, bapanya seorang pensyarah berkelulusan PHD di sebuah universiti tempatan."

Beliau bertanya lagi:

"Lagi apa yang kau tahu tentang diri Hidayah?"

Rasa putus asa menjelma dalam diri dalam meneka dan menjawab latar belakang yang dimilki oleh sahabat saya, Hidayah apabila beliau berterusan bertanya...lantas saya berkata:

"Maafla.Itu je yang aku tahu.Kenapa ada sesuatu yang tak kena dengan sahabat kita tu?Boleh kau bagitahu aku?"

Beliau dengan tenang menjawab persoalan yang saya utarakan:

"Diyanah, sahabat kita ni(Hidayah) , lahir dari keluarga yang buta.Ibu bapa Hidayah ni buta.Ayahnya memang buta sejak lahir, manakala ibunya buta semenjak penyakit diabetes yang dihidapinya.Walaupun begitu , ibu bapa Hidayah tidak pernah menganggap buta mereka sebagai penghalang untuk mendidik anak-anak mereka belajar hingga ke peringkat yang tinggi.Tinggi bukan sahaja dari akademik malah dilihat pada tutur kata dan tingkah lakunya.Aku sungguh tak percaya apabila menziarahi ibu bapa mereka suatu ketika dahulu.Ibunya , walaupun sudah hilang penglihatan di mata, tetapi penglihatan hatinya masih celik dan terbuka.Manakan tidaknya, segala kerja rumah seperti memasak, membasuh, melipat kain,menyapu dan macam-macam mampu dilakukan dengan sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.Ayahnya pula, memang seorang pensyarah di universiti dan setiap hari ayahnya pergi ke Universiti dengan menaiki LRT.Sifat ayahnya juga sama seperti ibunya, iaitu tidak pernah menyusahkan sesiapa.Kehidupan yang dilalui mereka sememangnya tenang dan damai.Walaupun ibu bapanya tidak dapat melihat wajah anak-anaknya yang semakin meningkat dewasa, tetapi aku yakin hati mereka redha , sabar dan bersyukur dengan kurniaan dariNya."

Saya yang teruja mendengar cerita sahabat saya ini lalu berkata:

"MasyaAllah, sungguh hebat jati diri yang ditonjolkan oleh kedua ibubapa Hidayah.Mereka telah membuktikan bahawa buta itu bukan penghalang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT , malah melatih mereka bersederhana dengan kehidupan di dunia.Anak-anak yang diamanahkan kepada mereka dididik dengan sempurna tanpa keluhan melihat keadaan diri yang buta.Mereka mampu menilai kebolehan diri mereka dengan tidak berputus asa menghadapi kehidupan mereka yang sekadar ditemani cahaya gelita , sekali gus usaha mendidik generasinya terus taat kepada Pencipta Yang Maha Esa."
__________________________________________

       Secebis konklusi ingin saya simpulkan.Jangan dinilai bahagia itu pada banyaknya harta , megahnya jiwa menjadi pemilik kalamNya , dan kesenangan menjalani kehidupan di dunia, tetapi nilailah bahagia itu pada bagaimana dekatnya kita kepada pemilik segala-galanya, Allah SWT , Yang Maha Pencipta.

       Jadi, di sini ingin saya katakan bahawa lebih baik kita "Buta Hiburan daripada Buta Agama".Buta hiburan tiada memberi kesan kepada saham akhirat kerana kita dianjurkan mengamalkannya dalam kehidupan secara berpada-pada.Namun , awas!! janganlah kita buta agama...kerana ia bakal mencorak bagaimana kehidupan apabila kita bertemu denganNya.Buka mata, buka hati ...kau akan ketahui kita semua akan kembali padaNya nanti.Semoga bermanfaat.

Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails