Monday, June 25, 2012

Beginilah Realiti Dunia…hairankah kita?


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda....

Beginilah Realiti Dunia…hairankah kita?
Bismillahirrahmannirrahmanirrahim pembuka bicara dariku seorang hamba yang hina
Aku diberi nama “cahaya keagamaan” ….dan InsyaAllah sedikit perkongsian pada hari ini ingin aku lafazkan 
Ingin aku mulakan tinta dengan rasa syukurku kepadaNya kerana masih mengizinkan sekujur tubuh ini bergerak dan terus bergerak untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah di pentas ciptaanNya
Aku cuba mengintai kenyataan kehidupan di dunia sebagai seorang anak, sebagai seorang pemudi dan sebagai seorang pelajar juga yang terutama sebagai seorang hambaNya
Untuk melihat hakikat sebenar tujuan manusia itu diciptakan oleh Allah Ta’ala Yang Maha Esa
Tirai kehidupan ku biarkan ia terselak satu persatu membicarakan jalan ceritanya
Sungguh….
Aku takut….aku risau dibuai kebimbangan yang berpanjangan
Fikiranku ligat memikirkan masalah umat hari ini yang kian leka bermandi keasyikan duniawi
Mereka gagal membedah rancangan kuffar yang telah lama bermaharajalela dengan rakusnya
Rancangan yang berjaya menjadikan umat manusia keluar dari fikrah yang sepatutnya diimaninya 
Lihatlah!!!!!
Mereka kini jauh dari panduan beragama , mereka kini leka dengan hiburan dunia, aurat juga dibiarkan terbuka kononnya ingin mengikut peredaran semasa 
Mereka lupa bahawa sebenarnya kehidupan di dunia ini sementara cuma
Dan yang pastinya akhirat itu semakin mendekatinya
Mereka ramai…tetapi ramainya mereka itu tidak memperlihatkan hati yang mencintai Allah Ta’ala dan RasulNya 
Sebaliknya mereka memperlihatkan hati yang mencintai kehidupan dunia yang tidak menjamin ketenangan bila bertemu dengan Allah Yang Maha Kuasa
Benarlah seperti yang difirmankan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwassalam bahawa akan datang nanti suatu umat Islam yang ramai dari kalangan kamu tetapi mereka mudah diperdayakan ibarat ribuan buih yang berada di lautan yang begitu senang  dipecahkan 
Kerana apa?
Kerana mereka lebih mencintakan dunia dan takut mati yang semestinya pasti datang menghampiri setiap insan bernama manusia


Sahabatku yang ku kasihi
Percayalah bahawa sehari di negeri akhirat itu bersamaan dengan seribu tahun di negeri dunia
Yang nyatanya pada hakikat umur yang aku miliki juga yang  kalian miliki saat ini sebenarnya tidak lagi mencecah sehari di negeri akhirat nanti dan sekadar baru menjejak sesuku saat di sana
Jika begitu alangkah ruginya orang yang memperuntukkan secebis masa mereka ke arah perkara yang sia-sia
Seharusnya kita perlu menggunakan nikmat iman dan Islam pemberian Allah Ta’ala kepada kita dengan sebaiknya
Dan cuba untuk menyulam  kembali tenaga dan semangat untuk menegakkan kembali daulah Islam yang telah lama tumbang pada zaman kerajaan Turki Uthmaniah 1924 yang silam
Ingat semula dahulu Islam menjadi ustaz kepada Alam , tetapi hari ini Islam semakin rancak dihapuskan oleh golongan yahudi yang kejam


Sahabatku …
Ingat semula bagaimana pada permulaan Khilafah Uthmaniah, kita diperlihatkan peranan mereka  menentang Portugis , Sepanyol dan Austria di Eropah
Lantaran peristiwa itu , seluruh Eropah menyerang Khilafah  atas tindakan Khalifah Mustafa menyerang Russia
Hebatnya Khilafah Uthmaniahketika itu kerana berjaya mengalahkan tentera Russia dan tentera Austria pada tahun 1737M
Armada Russia dan Napoleon(perancis)  juga tumpas dan Teluk Balkan berjaya dikuasai
Saat itu membuktikan bahawa khalifah sebagai perisai Umat Islam
Namun sayang seribu kali sayang apabila melihat Khilafah Uthmaniah berada di ambang kejatuhan
Khilafah berhutang kepada Empayar British (1876M) atas kesilapan Khalifah yang tertipu 
Inilah helah Yahudi!!!
Mereka  menawarkan emas untuk melangsaikan hutang dengan pulangan tanah Jurusalem diberi kepada Yahudi 
Khalifah Abdul Hamid II bertindak tegas menolak kerana tidak mahu tanah umat Islam diambil selama mana Khilafah berdiri dan Baginda masih hidup
Rancangan demi rancangan disusun untuk menjatuhkan khilafah Islam ketika itu
Nasionalis Turki mula mengawal Khilafah  pada 1909M
Perang Dunia Pertama meletus  1914M 
Umat Islam di Tanah Melayu dibunuh oleh British kerana menolak menjadi tentera British untuk menentang Khilafah Uthmaniah
Mereka dibunuh kerana menyahut seruan jihad
Rentetan itu, wilayah Khilafah dipecah-pecahkan 
Kuasa Khalifah terhapus dan Khalifah Abdul Majid II hilang kuasa
Sang Pengkhianat, Mustafa Kamal mendeklarasikan Republik Turki pada 1924M
Azan dilarang dilaungkan dalam bahasa Arab
Hijab wanita diharamkan , calendar Hijrah dihapuskan 
Undang-undang Islam diganti dengan undang-undang Barat
Daulah Khilafah jatuh denag rasmi pada 3 Mac 1924M
Kesannya umat Islam hidup tanpa khalifah, Palestin diperintah oleh Yahudi Zionis
Benua Arab berpecah-belah 
Umat Islam Palestin terus tersiksa tanpa pembelaan 
Komunisme, sosialisme, liberalism, kapitalisme , demokrasi  terus meracuni minda umat Islam 
Berlakunya masalah kemiskinan ,masalah sosial, masalah jenayah , penyelewengan kepimpinan umat Islam
Penyelesaiannya dapat kita laksanakan  sekiranya wujudnya paradigma pemikiran ke arah pemantapan akidah dan jati diri sebagai seorang Muslim agar suatu hari hati Daulah Islam akan kembali gemilang!
Takbir Allahuakbar!!!!!


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails