Tuesday, June 26, 2012

Baitul Qurro' wal Fuqoha



Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT ,kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak tercinta ini.Syukur Alhamdulillah.

     Maha Suci Allah, Maha Agung Allah , yup saya benar-benar merasai bertapa cintanya Allah SWT kepada setiap hambaNya.Walaupun saya sedar , dalam menjalani kehidupan di dunia ini, saya pasti tak terlepas dari melakukan kesalahan , mungkin juga saya pernah melukakan hati seseorang , maafkan saya ...saya masih ingin menjadi sebaik-baik hambaNya.Saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana menjadi salah seorang yang dipilih olehNya untuk hadir ke majlis ilmu bersama orang-orang alim di sekolah pondok , Baitul Qurro' , di Sungai Undang Melaka pada minggu lepas.Benarlah , dalam pencarian ilmu ini, banyak cabarannya.Yang nyata ianya terpulang kepada kita sendiri sama ada ingin terus bergerak mencari ilmu itu ataupun sekadar duduk menunggu ilmu itu datang kepada kita.

    Untuk pengetahuan pembaca , inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Baitul Qurro' untuk menimba ilmu tauhid dan feqah.Pada mulanya, kak long menawarkan saya untuk ke sana dan saya pun mengiakan sahaja semata-mata untuk menjaga hatinya kerana beliau sukarela untuk menanggung yuran pendaftaran ke sana iaitu sebanyak RM150.

     Sejujurnya , saya tidak tahu menahu apa pengisian yang akan diberikan , tetapi mindset saya berubah apabila dua hari berada di sana.Nak tahu mengapa?Sebab saya dan peserta lain diberi peluang untuk bertanya banyak soalan fardhu ain berkenaan solat fardhu, puasa, istinjak , haid , solat jenazah , zakat , tayamum dan lain-lain bab feqah yang mungkin menjadi tanda tanya kerana banyak yang ilmu yang perlu difahami dan didalami dengan khusyuknya.Selain itu, saya juga sangat-sangat sedar bahawa kedua-dua ilmu ini sangat penting bagi pendakwah-pendakwah muda dalam menghadapi masyarakat yang mungkin menjadikan kita sebagai tempat untuk menanyakan soalan...juga saya sedar yang saya ni sebenarnya masih kekurangan banyak ilmu, so kenalah sedar diri untuk tambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.

     Bukan itu sahaja, saya juga menerima renjatan semangat untuk terus belajar ilmu agama, melihat kepada kesungguhan peserta yang lain yang sememangnya bersemangat untuk ke arah pemantapan dalaman diri mereka.Peserta yang menyertai daurah ini kebanyakannya terdiri dari pelajar Kolej MARA Seremban yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara(lelaki dan perempuan), ada juga peserta dari KUIS, matrik Johor , matrik Perlis , peserta UKM , pelajar-pelajar Medic dari Mesir dan Jordan yang bercuti , pelajar-pelajar pondok , juga tidak dilupakan saya pelajar dari Kolej Nilai.Dalam kalangan mereka ini, ada yang dari GAMIS, IKRAM , ISMA dan lain-lain.Yang benarnya , saya dapat melihat kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu Allah SWT. Walaupun kami datang dari jemaah yang berbeza , saya dapat merasakan bahawa ianya tidak menjadi masalah bagi kami untuk saling berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing. Hakikatnya walaupun kita berlainan pendapat , yang penting kita kekal sepakat.Buktinya, kami boleh makan sedulang , memasak beramai-ramai , solat jemaah bersama dan boleh melemparkan senyuman dan salam setiap kali pertemuan.Alhamdulillah ..... pengalaman di sana mengajar saya banyak ibrah dalam kehidupan dan memori yang paling indah iaitu saya dapat merasakan kehidupan yang jauh dari nuansa keangkuhan.

     Sepanjang berada di sana, kami mempelajari 2 buah kitab iaitu kitab Feqah, 'Safinatul Najjah' dan kitab Tauhid ,'Al-Khoridatul Bahiyyah' serta sebuah kitab dakwah , 'Pedoman Berfaedah Bagi Penyeru-penyeru ke Jalan Allah'.Alhamdulillah , pelbagai input yang diterima dan insyaAllah saya ingin benar berkongsi jika diberi kesempatan.

     Untuk sesi pembelajaran tauhid pula, kami belajar tentang :




  • -pembahagian hukum akal 


  • -kewajipan mengenal Allah SWT dan Rasul 
  • makna mengenal Allah SWT -
  • mengetahui takrif wajib,mustahil, dan harus aqli
    -mengetahui takrif alam
    -mengetahui yang tidak didahului dengan tiada itu adalah Allah SWT
    -mengetahui apa itu salbiah dan nafsiah
    -nama Allah SWT itu terbahagi kepada iaitu Jalal dan Jamal
    -mengetahui 7 sifat maani bagi Allah SWT
    -mengetahui 6 perkara yang bersifat takluk
    -mengetahui takrif ketuhanan


    Dikesempatan ini, izinkan saya memetik kata-kata dari seorang guru yang saya hormati , iaitu Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail: 

         Sesungguhnya dakwah kepada Allah SWT ialah menyeru manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dengan sepenuhnya.Yang demikian itu hanya akan tercapai dengan membuat penyerahan diri yang sepenuhnya  , dan memberikan ketaatan yang menyeluruh  , dan mencurah ketaatan yang sehabisnya bagi Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

         Untuk mencapai pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan al-Quran, maka perlulah seseorang itu memperdalam pengetahuan di bidang agama.Cara yang paling sempurna untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut ialah dengan mempelajari semua ilmu-ilmu yang asas lagi penting secara langsung dari para syeikh yang rabbani dan para ulamak yang beramal , beserta memperbanyakkan pembacaan dan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran , dan memelihara waktu dengan cara memenuhinya dengan pelbagai ibadah dan ketaatan.

        Ilmu-ilmu yang asas lagi penting itu ialah ilmu al-Quran dan sunnah , ilmu aqidah , feqah dan tasawuf, ilmu usul fiqh dan bahasa Arab, ilmu kefahaman dakwah, ilmu mengenal aliran-aliran lama dan semasa. Maka setiap dari ilmu-ilmu ini wajib dipelajari dan diketahui lebih-lebih lagi oleh para petugas dakwah kepada Allah SWT.Sesungguhnya tanggapan yang meliputi dan menyeluruh terhadap ilmu-ilmu Islam yang asas di zaman ini akan memberikan kepada para pendakwah kefahaman yang betul terhadap ajaran dan tuntutan Islam , ketulusan dalam ucapan dan perkataan , dan amanah dalam penyampaian dakwah.


    "Mengharap terjadinya perkara baik pada masa hadapan setelah dia berikhtiar , mereka itu tidaklah tamak.Sebaliknya jika mengharap kebaikan tanpa berikhtiar , mereka itu adalah tamak.Seseorang yang tidak berusaha tetapi mereka inginkan kebaikan, mereka itu tamak dan tidak mempunyai sifat qanaah dalam diri mereka.Bukan tidak boleh tamak, tetapi biarlah tamak itu dilihat pada perbuatan kita dalam mengejar cinta dan redha Allah SWT , tamak di dalam mencari akhirat."

    14 comments:

    1. nanti boleh lah ajar kita pulak :)

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum,saudari ummu raudah,syukran jazilan di atas perkongsian ilmu yang bermanfaat dari post ini...Namun begitu,maafkan saya jika ingin membuat sedikit pembetulan untuk post ini..ini amanah dari Ust Zul untuk membuat pembetulan di atas kesilapan pada penulisan saudari bagi post ini..mgkn kesilapan ini tidak disengajakan. Diharapkn saudari lebih berhati2 di masa akan datang dalam setiap penulisan terutamanya dalam bab yang berkaitan agama:-

      "mengetahui yang didahului dengan tiada itu adalah Allah SWT"

      sepatutnya......

      "mengetahui yang didahului dengan tiada itu adalah SELAIN DARIPADA Allah SWT"

      yang didahului dgn tiada itu maksudnya Baharu,yang Baharu itu maknanya selain daripada Allah,iaitu makluk...

      nnt check balik kitab 'Al-Khoridatul Bahiyyah'

      Wallahua'llam bi sowab...

      ReplyDelete
      Replies
      1. belajarlah tauhid dengan manhaj salaf, yang jauh dari perbahasan falsafah..aqidah islam adalah aqidah yang mudah...bacalah kitab Manhaj Al- Imam Assyafie fi Isbatil Aqiedah...mudah-mudahan mengerti...Aqidah attahawiyah juga bagus...

        Delete
    3. waalaikumslam w.b.t hamba Allah.terima kasih di atas teguran yang diberikan.IAllah sy akan brhati-hati pd masa akn datang.jzkk

      ReplyDelete
      Replies
      1. "Kata Abu 'Ali Fudhail bin Iyadh: Ikutilah jalan petunjuk (Nabi Muhammad) dan ia tidak akan memudharatkan kamu walaupun pengikutnya sedikit, jauhilah jalan-jalan kesesatan (tiada dalam petunjuk Rasul) dan jangan kamu terpengaruh walaupun ramainya mereka (rosak).

        Delete
    4. assalamualaikum.bagaimana hendak mendaftar sbg pljr di baitul qurro??

      ReplyDelete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    6. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    7. Assalamualaikum... Nak tnye,kalau nak antar adik yg tak reti bhasa arb ke situ x pe ke???

      ReplyDelete
    8. wassalam shazwani....boleh je hntar...silakan.

      ReplyDelete
    9. Allah.. rindu baitul qurro'. terima kasih ukhti buat entry ni. sekurang2nya terubat rindu tentang baitul qurro'.
      benar apa kata ukhti, sy ni peserta tahun 2014. masa memula dtg, nk nnhis rasa , nk balik sbb sy dri kl.. tp, bila dh dua haru lebih, rasa seronok dia lain sgt..
      mula rasa dkat dgan pondok, mula rasa cinta.. plajar2 tetap di sana pun sgt2 peramah.
      masya Allah..
      situasi dkat sana, ada kdg rasa mcm duduk dkat yemen. sgt2 jaga adab. sgt2 jaga akhlak..
      alhamdulillah ..
      semoga baitul qurro' wa fuqaha terus maju .

      ReplyDelete
    10. Allah.. rindu baitul qurro'. terima kasih ukhti buat entry ni. sekurang2nya terubat rindu tentang baitul qurro'.
      benar apa kata ukhti, sy ni peserta tahun 2014. masa memula dtg, nk nnhis rasa , nk balik sbb sy dri kl.. tp, bila dh dua haru lebih, rasa seronok dia lain sgt..
      mula rasa dkat dgan pondok, mula rasa cinta.. plajar2 tetap di sana pun sgt2 peramah.
      masya Allah..
      situasi dkat sana, ada kdg rasa mcm duduk dkat yemen. sgt2 jaga adab. sgt2 jaga akhlak..
      alhamdulillah ..
      semoga baitul qurro' wa fuqaha terus maju .

      ReplyDelete
    11. Assalamualaikum..macam mana ye saya nak hubungi ustaz hj zulkifli hj ismail? Saya nak buat appoinment dengan beliau

      ReplyDelete

    PerJaLaNaN HiDuP iNi

    PerJaLaNaN HiDuP iNi
    Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

    Muhasabah buat semua

    "Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails