Saturday, June 30, 2012

Apa Khabar Oxford?

Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW ,ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya , dapatlah saya kembali bertinta di teratak tercinta ini sekali lagi pada kali ini.Alhamdulillah.



      InsyaAllah untuk entri kali ini , saya ingin membawa para pembaca menyelami "Apa Khabar Oxford?"Mesti anda tertanya-tanya , saya dah pernah ke sana ke ataupun akan melanjutkan pelajaran ke sana :) Sebenarnya kedua-duanya tidak , tetapi tujuan penulisan ini adalah untuk memberitahu sahabat pembaca yang saya kasihi rahsia keunggulan University Oxford yang mampu mengekalkan kecemerlangannya selama 900 tahun lamanya.


     Oxford merupakan universiti terbaik di Britain dan antara tiga universiti ulung dunia selain Universiti Harvard dan Universiti Cambridge.Sebab yang lain juga penulisan ini dicangkirkan adalah kerana sememangnya saya memang meminati cara pembelajaran yang diamalkan di sana hingga mampu melahirkan pelajar-pelajar Islam yang hebat-hebat.InsyaAllah , melanjutkan pelajaran ke university ini sememangnya menjadi impian saya sejak kecil.Cumanya bergantung pada rezeki pada kehidupan saya... selepas saya berdoa , berusaha , berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Esa.


     Teacher saya selalu ingatkan kepada saya bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini selagi kamu berusaha.Kata-kata yang sungguh mengetuk pintu kelemahan diri ini dan sekali gus menerobos tembok kemustahilan yang InsyaAllah mampu untuk saya terjahi di kemudian hari.Walaubagaimanapun , ilmu al-Quran , ilmu bahasa Arab perlu dipelajari terlebih dahulu sebagai penenang jati diri sebagai seorang muslim. Yang penting saya perlu sentiasa kuat dan gagah!!! 



     Saya ingat lagi pada tahun 2011 yang lalu , ketika itu saya sedang mendengar radio IKIM.FM  , saya terdengar satu wawancara berkenaan seorang anak Malaysia yang berasal dari Perak, berumur 32 tahun dan telah menempuh kejayaan di Oxford University, United Kingdom.Beliau mula-mulanya belajar di pondok di Malaysia dan Indonesia kemudian belajar di Oxford University. Di sana beliau belajar sampai ke tahap PhD. Semasa hendak balik ke Malaysia, Oxford University telah menawarkan beliau jawatan pensyarah .


    Semasa wawancara tersebut banyaklah soalan-soalan yang dikemukakan oleh pendengar.Antaranya ialah :
-Apakah istimewanya Oxford University dengan yang lain?
Beliau tidak menjawab banyak tetapi katanya moto Oxford University dalam bahasa Sanskrit itu jika diterjemahkan bermaksud "Allah sumber cahaya kami". Lagipun konsep TUTORIAL itu diambil dari konsep pengajian Islam, TALAQI. Belajar dengan bersemuka dengan tok guru.


-Ada juga pendengar bertanyakan bagaimana supaya anak-anak mereka boleh menjadi pandai. Banyak cara kata beliau. Salah satu darinya ialah :-
1) Amalkan surah Al-Insyirah setiap hari.
2) Sebelum belajar, betulkan niat untuk belajar berdasarkan NIAT dari Rasulullah s.a.w
3) Mesti ada PENGORBANAN , Ini berdasarkan hadis bermaksud lebih kurang "Belajarlah kamu sehingga ke negara China."


Kitapun rasanya boleh mengamalkan perkara diatas. Semoga segala usaha-usaha kita menuntut ilmu dan kerja-kerja lain diberkati Allah s.w.t.
************************************************
Berbalik kepada pokok persoalan iaitu apa rahsia University Oxford mampu mempertahankan keunggulannya berabad lamanya?

Rahsia Pertama:

* Oxford merupakan universiti yang berteraskan penyelidikan. Malah aktiviti utama pensyarahnya ialah menjalankan penyelidikan. Pelajar juga belajar melalui proses penyelidikan dengan seliaan tutor akademik atau "Don". Hampir semua pensyarah mempunyai geran dan mendapat dana penyelidikan luar selain yang disediakan oleh pihak universiti.Melihat kepada senarai bidang penyelidikan yang telah dan sedang dilakukan, kebanyakan kajian mereka bersifat inovasi terutama di dalam bidang-bidang baru. Pihak universiti dengan kerjasama sektor korporat nampaknya tidak takut untuk memberikan geran penyelidikan kepada bidang kajian yang masih baru dan belum pasti boleh dikomersialkan. Tradisi ini sudah lama di Oxford. Lihat sahaja bagaimana penciptaan antibiotik penisilin di makmal patologi universiti ini pada 1928 oleh Sir Alexander Fleming - pakar bidang antibakteria. Ketika awal kajian, tiada siapapun menyangka bahawa ciptaan itu akan berjaya menyelamat nyawa jutaan manusia.Di Malysia pun, tiada kurangnya kerana dalam usaha untuk menjadikan universiti sebagai Research Universiti seperti IMR dan USM.

Rahsia Kedua:

*Sistem pengajaran di Oxford sangat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh 
kebanyakan universiti di negara lain termasuk Malaysia. Universiti Oxford dan Cambridge sejak ratusan tahun lalu masih mengekalkan kaedah pengajaran tutorial bersemuka antara seorang pensyarah dengan seorang atau sekumpulan maksimum empat pelajar. Pelajar di universiti ini perlu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi untuk membuat penjelasan kepada pensyarahnya tentang projek penyelidikan mereka. Pelajar perlu bersedia mengolah teori, memberikan bukti serta mempertahankan penemuan mereka di depan penyelia mereka. Bilangan helaian tugasan bukan sesuatu yang penting tetapi idea serta keupayaan mempertahankan idea lebih diberikan keutamaan. Budaya intelektual ini sebenarnya menajamkan daya pemikiran pelajar.

Rahsia Ketiga:


*Universiti Oxford terbina di bandar Oxford. Hubungan universiti dan masyarakat sangat akrab. Kita hampir tidak dapat membezakan di jalanan antara pelajar dan penduduk bandar ini. Perbezaan yang ketara mungkindaripada segi umur sahaja. Kedaikedai kecil di Queen Street misalnya dipenuhi oleh pelajar di waktu tengah hari dan lewat petang. Masyarakat sekitar memberikan sokongan kepada aktiviti akademik dan bukan akademik. Misalnya persembahan teater pelajar turut ditonton oleh pensyarah dan penduduk sekitar. Begitu juga program seminar dan diskusi. Bukan sahaja dihadiri oleh ahli akademik dan pelajar tetapi juga turut dihadiri oleh penduduk di sana.

Rahsia Keempat:

*Universiti Oxford sebenarnya terdiri daripada 38 kolej pengajian. Mungkin berbeza dengan IPTA Malaysia yang menggunakan sistem fakulti atau sekolah pengajian. Melalui sistem desentralisasi pentadbiran kolej pengajian, universiti ini berjaya berkembang dengan baik.Setiap kolej mempunyai sistem pentadbiran autonomi sendiri di dalam menguruskan pentadbiran dan kewangan. Kolej Merton, Kolej St Mary dan Kolej Magdelan adalah antara kolej yang paling tua. Sementara Kolej St John dikatakan kolej yang paling banyak simpanan dana. 

Rahsia Kelima:
*Jika kita berjalan kaki dari kolej ke kolej pengajian, kita akan melihat bagaimana tradisi dipelihara dan dijaga dengan begitu baik. Hampir semua bangunan kolej yang berusia ratusan tahun dikekalkan seperti binaan awal. Cuma bahagian dalam bangunan dimodenkan. Kita tidak akan melihat papan tanda bersaiz besar sehingga melindungi dinding bangunan kolej. Cukup sekadar sekeping plak tembaga di sebelah pintu masuk utama kolej sebagai tanda kepada pelawat. 

(Sekadar mahu berkongsi sedikit ilmu berkenaan University Oxford.Bukan niat saya untuk menafikan keunggulan universiti lain yang berada pada standard yang setaraf atau mungkin lebih tinggi daripada universiti ini seperti Universiti di Mesir , Yaman ,Madinah dan lain-lain.Hakikatnya, kecintaan kepada Allah SWT yang ditanam , dibajai dan dituai dalam kehidupan setiap individu mampu untuk melahirkan pelajar yang berproduktiviti sekali gus memberi impak positif ke atas universitas berkenaan)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails