Friday, May 18, 2012

Terima Kasih Cikgu :)



“Guru adalah Insan Mulia.. Marah tandanya sayang.. Jangan dilihat pada marahnya, tetapi lihat di sebalik marahnya yang ada rasa sayang, pengorbanan, prihatin dan inginkan anak didiknya cemerlang!”


Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia ,Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan rahmatNya, dapatlah saya kembali menukilkan rasa hati di teratak ini.Alhamdulillah ...terima kasih Ya Allah.


      Sebenarnya saya baru habis mengulangkaji pelajaran untuk final exam yang bakal tiba.Dan semestinya saya merasakan mata ini masih tidak mahu melelapkan kelopaknya walaupun jam dinding sudah menunjukkan jam 12.02 malam.Allah...tenangkanlah hati ini untuk menghadapi final exam yang bakal tiba. Apa yang penting dalam waktu terdekat ini, saya perlu berusaha menanam benih keazaman untuk lebih fokus menghadapi exam ini.Moga-moga Allah SWT membantu saya juga sahabat-sahabat saya yang bakal menduduki final exam.InsyaAllah.


     InsyaAllah untuk entri kali ini , ingin sekali saya berkongsi bersama sahabat pembaca mengenai insan yang bernama "Cikgu".Tidak kira sesiapa pun di dalam dunia ini, saya dan juga para pembaca...pasti jati dirinya terbentuk hasil daripada insan bernama guru ketika berada di alam persekolahan.Maksud di sini, bukan niat saya untuk menafikan kewujudan ibu bapa kita yang sememangnya juga terlibat dalam pembentukan jati diri ketika di rumah, tetapi percayalah jika tiada insan mulia bernama guru ini, pasti kita tidak mendapat pengetahuan berkenaan sesuatu ilmu tidak kiralah ilmu agama , matematik , sains dan juga lain-lain.Jika tiada mereka ini , maka bagaimana kita nak tahu tahap pencapaian kita di peringkat mana.


       Hadirnya guru , memberi dorongan, sokongan dan harapan untuk berjaya dalam pelajaran sebagai bekalan masa hadapan untuk manjadi sebaik-baik hamba Tuhan.Tanpa mereka , apalah ertinya kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi , pemuda dan pemudi , juga mereka yang sudah bekerja serta menjawat jawatan tinggi tidak kiralah dalam sektor awam mahupun swasta.Percayalah , sumbangan guru yang tidak jemu mendidik kita amat besar jika nak dibandingkan sumbangan kita seperti memberi hadiah kepada mereka tiap kali menjelangnya hari guru sebagai tanda menghargai jasa mereka.Jasa mereka terlalu besar...terlalu besar sahabat.
 ________________________________________________
Guru-guru MRSM Batu Pahat yang disayangi.Terima kasih Cikgu...Tanpa kalian siapalah kami=)


     Saya sangat menyayangi guru-guru saya yang telah bersusah payah mengharungi jerih kenakalan kami sewaktu waktu persekolahan lalu.Terima kasih kepada guru-guru saya tidak kiralah dari bermulanya alam persekolahan saya sewaktu tadika, ke sekolah rendah , ke sekolah menengah hinggalah kini di universiti.Sayangnya  guru , bila mereka marah , bukan bermakna mereka benci...tetapi mereka sebenarnya ingin mendidik kita seperti anaknya sendiri.Sayangnya guru , bila mereka masam mencuka bila masuk kelas , bukan bermakna mereka bosan menjadikan kita cakna, tetapi mereka ingin wujudnya kesedaran dalam diri kita untuk berubah...berubah untuk lebih fokus ketika sesi pembelajaran berlangsung tanpa leka.


      Bestkan jadi guru ni sebenarnya...sebab orang pasti akan memanggilnya sebagai guru tidak kiralah di mana mereka berada.Macam saya, ingat lagi semasa belajar di MRSM dahulu, pak cik saya sendiri yang mengajar saya dalam matapelajaran fizik form 4 hingga form 5 di maktab. Dan setiap kali saya menziarahi pak cik saya di rumahnya, saya lebih selesa memanggilnya dengan panggilan 'sir'...hinggakan saudara yang lain mempersoalkan mengapa memanggil beliau dengan panggilan begitu.Percayalah , saya rasa saya selesa dengan memanggilnya begitu sebagai mengingati jasanya yang tidak jemu mendidik saya sepanjang pengajian di maktab dahulu. Walaupun tiada siapa yang tahu yang kami ada pertalian , tetapi saya tahu pak cik saya amat take care dengan saya dalam hal pelajaran.


      Tak keterlaluan juga jika saya kongsikan beberapa personaliti guru-guru yang pernah mendidik saya.Saya yakin, jika Allah SWT tidak menghantar mereka sebagai wasilah untuk mengingatkan diri ini, pasti sekarang posisi yang saya miliki sekarang pasti bukan milik saya.


1.Mdm Adibah -


       Teacher yang mengajar saya dalam subjek BI dan Sejarah masa form 1 hingga form 3 di Sekolah Menengah Kebangsan Tun Aminah. Saya ingat lagi , teacher tak pernah menggunakan rotan / tangan untuk pukul kami anak muridnya..tetapi teacher menggunakan teknik kata-katanya yang menusuk ke dalam jiwa.Seperti saya, semasa berada di kelasnya , pernah beberapa kali dapat markah sekadar lulus sahaja dalam matapelajarannya...namun suatu katanya yang saya pegang hingga sekarang ialah, " Percayalah Diyanah, tidak ada yang musathil di dunia ini selagi kamu berusaha...teacher yakin kamu boleh."Saya sangat terkesan dengan kata-katanya hinggakan jika boleh saya lafazkan di sini rasa syukur kerana akhirnya Allah memakbulkan doa saya untuk score dalam PMR dengan mendapat straight A's.Alhamdulillah.


2.Mdm Fairuz - 


     Sifatnya yang comel ketika mengajar kami di kelas 5 Ipomea di MRSM memang mencuit hati. Mdm Fairuz mengajar saya dalam matapelajaran BI dan saya ingat lagi disebabkan teacher mengetahui kelemahan saya sewaktu di kelas iaitu tak berani speaking depan kelas....maka setiap kali kelas BI bermula, mulala beliau menyuruh saya ke hadapan untuk bercerita tentang apa-apa.Kadang bercerita tentang literature, isu semasa dan macam-macam.Alhamdulillah , sekarang saya dah boleh sikit-sikit speaking depan orang.


3.Mdm Hawabi - 


      Mdm ni garang sikit , tapi saya tahu sebenarnya beliau ok je...dalamannya penyayang tapi tak nak tunjuk.Memang betul-betul tak tunjuk hinggakan kami semua takut bila beliau masuk mengajar kami dalam subjek Kimia di MRSM.Apapun, banyak kenangan bersama Mdm yang saya sentiasa ingat...saya akui saya kot orang yang sentiasa kena sound dengan mdm dalam kelas, tapi bila fikir balik benarlah apa yang mdm marah-marah pada saya....salah satunya sebab mdm nak saya berjaya dalam kehidupan.


4.Ni yang terakhir rasanya , seorang pendidik lelaki yang bernama Sir Fazli.


      Beliau dah kahwin ok. Semasa di MRSM, saya ingat lagi, ketika itu , saya diberi pilihan untuk memilih 3 jawatan di maktab...samada ingin menjadi BWP( Badan Wakil Pelajar), LDP(Lembaga Disiplin Pelajar) dan Setiausaha ALK(Ahli Lembaga Koperasi).Untuk jawatan BWP, saya dah membentangkan manifesto dan tunggu untuk dipilih..hehehe tapi nasib tidak menyebelahi saya, tetapi saya diberitahu oleh sir bahawa mereka yang tak terpilih menjadi BWP perlu menjadi LDP. Saya pun tak tahu mengapa tak memilih untuk menjadi LDP, tetapi lebih berminat untuk menjadi setiausaha ALK. Alhamdulillah selepas berkhidmat sebagai setiausaha ALK di maktab selama 2 tahun , saya melihat hikmah dari semua ini.


       Dari jawatan ini , di samping menjadi ketua pimpinan ahli koperasi, saya juga belajar untuk berniaga di koperasi.Sir Fazli antara penasihat yang amat saya hormati kerana sering memberi buah fikiran berbentuk pandangan dan kritikan tika saya memiliki posisi ini.Darinya, sir Fazli berani mengamanahkan saya menjadi MC dan juga pengarah program untuk program "Tamu dan Host" yang diadakan di maktab.Sir selalu ingatkan, dalam kita memimpin ini...pasti kita akan dibenci dan percayalah pemimpin itu tugasnya memang untuk buatkan orang benci lalu belajar dari kesilapan.


       Alhamdulillah , sangat bersyukur kerana ketika itu, Koperasi MRSM Batu Pahat Johor menjadi koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.Alhamdulillah juga, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya dipilih untuk menerima anugerah "Kooperator Terbaik MRSMBP". Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk..tetapi sebenarnya untuk memberitahu kepada para pembaca bahawa kerana guru-guru inilah lahirnya kesedaran kepada diri saya untuk lebih berani menghadapi segala cabaran di hadapan juga pada masa yang sama melatih diri ini menjadi seorang yang berdisiplin dalam kehidupan.Saya yakin sahabat pembaca juga pasti mempunyai pengalaman manis bersama-sama guru masing-masing.

*sayangilah guru anda kerana mereka ibarat lilin yang menerangi kehidupan =).Selamat Hari Guru=)*




Ya Allah, kau balaslah jasa insan2 mulia bergelar Ulama', Ustaz, Ustazah, Guru/ Cikgu, Pensyarah dan semua pendidik di seluruh dunia dengan sebaik-baik balasan dunia dan akhirat. Sesungguhnya kerana keikhlasan merekalah aku berada di tempatku sekarang... Syukran!
( ku petik doa ini dari FB ustaz Zahazan) 

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails