Wednesday, May 9, 2012

Harga Sekuntum Cinta 2

Salam w.b.t.
           Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bersama saat ini.InsyaAllah untuk hari ini saya ingin meneruskan babak penulisan saya pada tajuk Harga Sekuntum Cinta 2 setelah penulisan karya saya pada tajuk Harga Sekuntum Cinta 1 . Diharapkan juga para pembaca dapat mengambil ibrah dari apa yang cuba saya sampaikan pada entri kali ini....banyak merujuk kepada erti pengorbanan yang ditempuh oleh insan bernama Aisyah dalam usahanya yang sentiasa ingin dekat dengan Penciptanya, Allah SWT.
_________________________________________
Watak yang terlibat masih sama:

Aimanurrahman : mahasiswa jurusan ekonomi di universiti di York University,United Kingdom,23 tahun

Aisyah : mahasiswi jurusan syariah di UIA Gombak,23 tahun

Pn.Humaira: ibu Aisyah

Sakinah dan Rhaudah: Sahabat baik Aisyah
___________________________________

         Hari ini genaplah seminggu hari yang dinanti-nanti , hari di mana Aisyah akan bertemu dengan sahabat baiknya , Sakinah yang baru pulang dari York University.Mereka bercadang untuk berjumpa pada hari Ahad di Pumpkin House yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi.Kebetulan pada hari itu adalah hari rehatnya di mana dia tidak ada apa-apa program atau meeting persatuan yang perlu dihadirinya. Aisyah tidak lupa membawa bersamanya senaskhah al-Quran yang pernah dihadiahkan oleh Aiman dahulu untuk diberikan kembali  kepada Sakinah sebagai hadiah kepada Sakinah... juga pada masa yang sama Aisyah merasakan hanya dengan melakukan sedemikian mampu membantu dirinya melupakan dendam kesumat sesama mereka.

           Suatu pengorbanan yang cuba Aisyah lakukan, ketika mana dia cuba untuk berlepas diri dari mencintai Aiman dan redha dengan hubungan yang bakal terjalin di antara  Aiman bersama sahabat baiknya, Sakinah.Hal ini kerana Aisyah  benar-benar menyayangi ikatan persahabatan yang terjalin di antara mereka berdua dan sanggup mengorbankan rasa cinta itu semata-mata untuk melihat Sakinah bahagia.Melihat kepada keperibadiannya jugalah membuktikan bahawa saat ini dia ingin benar-benar berubah dan cuba mendidik dirinya untuk mentaati Pencipta yang menciptakannya sebelum berharap penuh pada ciptaanNya.Dia ingin menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berharap agar rahmatNya sentiasa menemani kehidupannya untuk mendidiknya menjadi sebaik-baik hambaNya sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Ara'f ayat 56 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

         Sesampainya di Pumpkin House , kelihatan seorang wanita bertudung labuh sedang menunggu seseorang dan ketika itu , berdetik hati Aisyah bahawa wanita itu adalah Sakinah.Apabila Aisyah mendekati wanita itu ternyata benar apa yang difikir dibenaknya sebentar tadi kerana wanita itu adalah Sakinah , sahabat baiknya yang sangat dirinduinya setelah 5 tahun tidak berjumpa.

"Assalamualaikum Sakinah ...Subhanallah."
(mereka berpelukan dengan diiringi  luahan rindu yang telah lama terpendam)

       Tidak semena-mena terpacul ucapan "Subhanallah" dibibir Aisyah melihat kepada pemakaian tudung labuh dan kelembutan yang masih dikekalkan oleh Sakinah sejak berada di TKC dahulu hingga kini walaupun sudah menyambung belajar di UK.Aisyah cukup kagum melihat tingkah Sakinah dan hatinya juga mengatakan bahawa dia ingin menjadi seperti Sakinah suatu hari nanti..InsyaAllah.

       Setelah agak lama berbual dan bercerita tentang kehidupan dan pengalaman mereka di alam universiti masing-masing, Sakinah menyatakan tujuan pertemuan yang sebenarnya seperti yang telah dijanjikan iaitu untuk menyerahkan surat jemputan walimatulurus kepada Aisyah.Sangkaan Aisyah pada awalnya tepat dan dia cuba mengawal jiwanya untuk berada dalam keadaan baik-baik sahaja.Aisyah mengucapkan tahniah kepada Sakinah dan berjanji akan menghadiri majlis akad nikah mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi lebih kurang 2 minggu lagi.Tanpa berlengah , Aisyah mengeluarkan hadiah yang ingin diberikan kepada Sakinah iaitu senaskhah al-Quran beserta tafsir yang dibungkus dengan sampul berwarna purple.Pemberian itu diterima Sakinah dengan senang hati.

______________________________________
Di rumah Sakinah:
    
        Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, masa di mana Sakinah akan diijabkabulkan bersama Aiman.Aisyah datang bersama Bondanya ke rumah Sakinah pada majlis petangnya iaitu setelah mereka bernikah.Kebiasaannya , Aisyah sememangnya akan  ke mana-mana bersama bondanya sejak arwah ayahnya meninggal dunia saat dia berusia 9 tahun lagi dan tidak hairanlah ketika menghadiri majlis walimah Sakinah, mereka datang berdua sahaja.

         Tidak dinafikan , pada masa yang sama juga, Aisyah merasa berdebar-debar untuk menemui Aiman , seseorang yang telah lama dia tidak ketemu.Akhirnya ,Aisyah bersama bondanya bertemu mata ke mata dengan pasangan pengantin baru tersebut dan mengucapkan tahniah serta mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.Aiman yang berada di situ juga berasa sangat teruja melihat perubahan pada diri Aisyah yang sudah bertudung dan mengucapkan rasa terharu di atas ucapan dan kesudian Aisyah bersama bondanya datang ke majlis mereka.Aiman kelihatannya berborak panjang dengan bonda Aisyah bertanya khabar sesama mereka setelah bertahun tidak berjumpa.Pada Aiman , bonda Aisyah adalah seseorang yang amat dihormatinya sejak pertemuannya dengan Aisyah sewaktu ketika dahulu.

       Sakinah yang merasa pelik dengan kemesraan yang terjalin di antara Aiman dengan bonda Aisyah mendekati ke arah Aiman dan bertanyakan sama ada adakah mereka benar-benar mengenali antara satu sama lain?Dan ketika itu, Aiman menjawab dengan gembiranya bahawa sememangnya mereka telah mengenali sesama mereka kerana..........

       Aiman tiba-tiba sahaja terberhenti menuturkan ayatnya kerana dia takut Sakinah akan berfikir bukan-bukan tentang dia dengan Aisyah suatu tika dahulu.Di mana jika diingatkan kembali saat itu, sememangnya Aimanlah yang banyak membantu Aisyah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga memberitahu hakikat serta tujuan manusia dijadikan di dunia.Aisyah dan bondanya benar-benar mengerti perasaan serba salah Aiman ketika itu dan bonda Aisyah sekadar memberitahu kepada Sakinah bahawa Aisyah dan Aiman dahulu pernah bekerja di tempat kerja yang sama.Bonda Aisyah juga tidak mahu mengambil risiko untuk menceritakan terlalu detail berkenaan jasa Aiman yang telah banyak mengubah diri anaknya, Aisyah kerana dia tahu Aiman kini adalah merupakan imam kepada sahabat baik anaknya, Sakinah.Aisyah yang ada di sisi bondanya ketika itu tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu tersenyum sahaja, dia redha.Hakikatnya dia juga berharap Sakinah tidak akan salah sangka terhadap dirinya.

__________________________________________

Mahu ketahui bagaimana Aisyah menghadapi kenyataan seterusnya bahawa dia bukan milik Aiman....?
Konflik yang berlaku di antara Aisyah dan Sakinah lantaran kemusykilan yang timbul ?

  Ikuti kisah seterusnya pada entri berikutnya.......

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails