Thursday, May 10, 2012

BENAR, ITU JASAD SAYA :( !!




Assalamualaikum w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.InsyaAllah kali ini saya teringin berkongsi satu cerita yang baru saya baca pada sebuah buku "AL-ISLAM" berkenaan entri yang bertajuk "BENAR, ITU JASAD SAYA :( ! semoga dapat mengambil ibrah daripadanya.

"Hampir 29 tahun peristiwa itu berlaku, namun masih segar dalam ingatan dan sukar untuk saya melupakannya.Ia adalah pengalaman dan pengajaran yang cukup berharga sekalipun sebahagian jasad saya dikuburkan lebih awal", 
luahan hati seorang hamba Allah(Adam bukan nama sbenar).

       Cerita ini benar-benar berlaku kepada Adam dan sebenarnya terselit 1001 hikmah kepada diri dan kehidupan beliau.Beliau merupakan seorang anak muda yang bekerja sebagai pangarang buku.Suatu ketika , sekitar jam 1.00 petang beliau sangat lapar lalu menuju ke sebuah kedai makan untuk mengisi perut yang kosong dan beliau ke sana melalui jalan short cut untuk sampai ke destinasi warung makan tersebut bersendirian.

         Setibanya beliau di hadapan Wisma Pahlawan, dari jauh beliau melihat sebuah teksi yang dipandu secara terhoyong-hayang (dilihat dari cermin motor).Sebagai mengambil langkah selamat beliau menyandarkan motor di tepi tebing kononnya untuk memberi laluan kepada pemandu mabuk tersebut.

        Namun sangkaan beliau meleset.Rupa-rupanya dalam keadaan yang mabuk , pemandu berkenaan hanya melihat berpandukan cahaya yang datang dari arah hadapan .Apa lagi sebaik melihat lampu motor beliau , maka pemandu teksi itu terus melanggar beliau dan motornya sekali.Beliau terhimpit di antara rempuhan teksi dan tebing di tempat beliau bersandar.Menurut beliau, waktu itu Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakitnya dirempuh lebih-lebih lagi apabila kaki kanan beliau dihimpit oleh kenderaan tersebut.Berikutan daripada kejadian itu, beliau diberitahu oleh salah seorang pengawal Wisma Pahlawan bahawa kaki kanan beliau telah hancur.Pengawal tersebut terus menghubungi ambulan dan membawa beliau ke unit kecemasan.

       Waktu sampai di hospital , ketika itu beliau masih sedar hinggakan rasa sakit yang amat sangat menghilangkan rasa lapar beliau.Dan di waktu itulah , sementara menunggu rawatan, lama-kelamaan beliau merasakan badan beliau lemah dan semakin lemah lalu tidak sedar.

Roh seperti Di Bawa Ke Atas
     Tatkala itu, bermulalah episod di mana beliau melihat sendiri jasad beliau yang masih berada di atas pengusung bilik kecemasan.Beliau merasakan roh beliau semakin jauh dan terus jauh ke atas.Sukar untuk beliau maklumkan adakah beliau sudah naik ke lapisan langit atau apa sebenarnya.Tapi yang pasti beliau merasakan yang beliau terus naik dari satu peringkat ke peringkat yang lain dan dari satu lapisan ke lapisan yang lain meninggalkan jasad yang berada di bawah.

     Bersama beliau ketika itu, kelihatan seorang lelaki berjubah putih mengiringi dan lelaki itu menghulurkan air kepada beliau untuk diminum.Namun beliau mengatakan entah mengapa beliau berusaha untuk menolak pemberian air dari lelaki tersebut.Beliau seakan berinteraksi dengan lelaki tersebut dengan mengatakan bahawa beliau akan mencari sendiri air sekalipun saat itu beliau merasakan terlalu dahaga yang amat .Apa yang pasti ketika itu beliau merasakan yang beliau telah sampai ke lapisan atas yang sukar untuk digambarkan.Suasananya cukup berbeza jika mahu dibandingkan di bumi.Namun di dalamnya ada sebatang sungai yang kelihatan sungguh hitam seperti minyak hitam yang menafikan naluri hati beliau untuk mengambil air tersebut untuk diminum.

     Lelaki tadi yang bersama beliau tetap menghulurkan air yang dipegang di tangannya untuk diberikan kepada beliau.Sekali lagi, beliau menolak huluran tersebut lalu pada masa yang sama beliau merasakan terus naik ke satu lapisan lagi.Kali ini terbentang 3 batang sungai yang juga mempunyai ciri-ciri yanng sama seperti sungai yang pertama tadi iaitu airnya sangat hitam.Dan setiap kali itulah lelaki tadi menghulurkan air jernih kepada beliau dan beliau menolak untuk tidak  meminumnya.

     Tiba-tiba beliau melihat di hadapan beliau seperti ada satu cahaya yang cukup silau.Dari situ , beliau sedar dan melihat jasad beliau yang ditinggalkan tadi berada di bilik pembedahan.Dua minggu selepas kemalangan yang hampir meragut nyawa, beliau akur sebelah kakinya yang tercedera teruk terpaksa dipotong ke paras peha.Selepas selamat pembedahan, kaki beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan di kampungnya di Sabak Bernam Selangor.

      Seminggu selepas kaki "dikebumikan" suatu kejadian yang aneh berlaku.Kaki yang dipotong terasa begitu gatal tetapi beliau tidak dapat menggarunya kerana saat itu kaki beliau sudah tiada pada tubuh sebab telah dikuburkan.Menurut beliau lagi, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana rasa gatal tersebut.Hal ini kerana beliau merasakan kaki beliau seolah-olah sedang di makan oleh ulat . Gatal, perit dan pelbagai rasa lagi.Beliau tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan di kala itu beliau memikirkan , mungkinkah sebelah kakinya yang telah dikebumikan itu sedang dimamah ulat?Juga mungkinkah ini balasan yang dirasakan oleh beliau lantaran dosa-dosa yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya bergelar insan.Dipengakhiran kata , beliau mengatakan bahawa beliau sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah SWT untuk lebih mendekatiNya , patuh dan taat kepada perintah dan menjauhi laranganNya.Pengalaman merasa roh seperti di bawa ke dunia lain benar-benar menginsafkan dan mendorong diri beliau untuk berubah ke arah yang lebih baik.

*Percayalah bahawa kehidupan di dunia ini hanya sebentar sahaja sementara kehidupan akhirat semakin mendekat menerusi usia-usia kita yang kita diberikan peluang untuk menggunakannya.Tanyalah diri , adakah segala pemberianNya telah kita jaga sebaiknya.Mata kita, adakah diguna untuk melihat perkara kebaikan ataupun melihat perkara mungkar?Lidah kita, adakah kita gunakan untuk berbicara perkara bermanfaat atau perkara sia-sia?Tangan , kaki telinga  dan semua organ dalaman kita...adakah kita sudah yakin ianya sudah suci sebelum bertemu denganNya nanti? :(....sy pun mengingatkan diri ini...semoga sama-sama beroleh manfaat.InsyaAllah*

"Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan."
(An-Nahl:61)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails