Friday, May 18, 2012

Terima Kasih Cikgu :)



“Guru adalah Insan Mulia.. Marah tandanya sayang.. Jangan dilihat pada marahnya, tetapi lihat di sebalik marahnya yang ada rasa sayang, pengorbanan, prihatin dan inginkan anak didiknya cemerlang!”


Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia ,Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan rahmatNya, dapatlah saya kembali menukilkan rasa hati di teratak ini.Alhamdulillah ...terima kasih Ya Allah.


      Sebenarnya saya baru habis mengulangkaji pelajaran untuk final exam yang bakal tiba.Dan semestinya saya merasakan mata ini masih tidak mahu melelapkan kelopaknya walaupun jam dinding sudah menunjukkan jam 12.02 malam.Allah...tenangkanlah hati ini untuk menghadapi final exam yang bakal tiba. Apa yang penting dalam waktu terdekat ini, saya perlu berusaha menanam benih keazaman untuk lebih fokus menghadapi exam ini.Moga-moga Allah SWT membantu saya juga sahabat-sahabat saya yang bakal menduduki final exam.InsyaAllah.


     InsyaAllah untuk entri kali ini , ingin sekali saya berkongsi bersama sahabat pembaca mengenai insan yang bernama "Cikgu".Tidak kira sesiapa pun di dalam dunia ini, saya dan juga para pembaca...pasti jati dirinya terbentuk hasil daripada insan bernama guru ketika berada di alam persekolahan.Maksud di sini, bukan niat saya untuk menafikan kewujudan ibu bapa kita yang sememangnya juga terlibat dalam pembentukan jati diri ketika di rumah, tetapi percayalah jika tiada insan mulia bernama guru ini, pasti kita tidak mendapat pengetahuan berkenaan sesuatu ilmu tidak kiralah ilmu agama , matematik , sains dan juga lain-lain.Jika tiada mereka ini , maka bagaimana kita nak tahu tahap pencapaian kita di peringkat mana.


       Hadirnya guru , memberi dorongan, sokongan dan harapan untuk berjaya dalam pelajaran sebagai bekalan masa hadapan untuk manjadi sebaik-baik hamba Tuhan.Tanpa mereka , apalah ertinya kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi , pemuda dan pemudi , juga mereka yang sudah bekerja serta menjawat jawatan tinggi tidak kiralah dalam sektor awam mahupun swasta.Percayalah , sumbangan guru yang tidak jemu mendidik kita amat besar jika nak dibandingkan sumbangan kita seperti memberi hadiah kepada mereka tiap kali menjelangnya hari guru sebagai tanda menghargai jasa mereka.Jasa mereka terlalu besar...terlalu besar sahabat.
 ________________________________________________
Guru-guru MRSM Batu Pahat yang disayangi.Terima kasih Cikgu...Tanpa kalian siapalah kami=)


     Saya sangat menyayangi guru-guru saya yang telah bersusah payah mengharungi jerih kenakalan kami sewaktu waktu persekolahan lalu.Terima kasih kepada guru-guru saya tidak kiralah dari bermulanya alam persekolahan saya sewaktu tadika, ke sekolah rendah , ke sekolah menengah hinggalah kini di universiti.Sayangnya  guru , bila mereka marah , bukan bermakna mereka benci...tetapi mereka sebenarnya ingin mendidik kita seperti anaknya sendiri.Sayangnya guru , bila mereka masam mencuka bila masuk kelas , bukan bermakna mereka bosan menjadikan kita cakna, tetapi mereka ingin wujudnya kesedaran dalam diri kita untuk berubah...berubah untuk lebih fokus ketika sesi pembelajaran berlangsung tanpa leka.


      Bestkan jadi guru ni sebenarnya...sebab orang pasti akan memanggilnya sebagai guru tidak kiralah di mana mereka berada.Macam saya, ingat lagi semasa belajar di MRSM dahulu, pak cik saya sendiri yang mengajar saya dalam matapelajaran fizik form 4 hingga form 5 di maktab. Dan setiap kali saya menziarahi pak cik saya di rumahnya, saya lebih selesa memanggilnya dengan panggilan 'sir'...hinggakan saudara yang lain mempersoalkan mengapa memanggil beliau dengan panggilan begitu.Percayalah , saya rasa saya selesa dengan memanggilnya begitu sebagai mengingati jasanya yang tidak jemu mendidik saya sepanjang pengajian di maktab dahulu. Walaupun tiada siapa yang tahu yang kami ada pertalian , tetapi saya tahu pak cik saya amat take care dengan saya dalam hal pelajaran.


      Tak keterlaluan juga jika saya kongsikan beberapa personaliti guru-guru yang pernah mendidik saya.Saya yakin, jika Allah SWT tidak menghantar mereka sebagai wasilah untuk mengingatkan diri ini, pasti sekarang posisi yang saya miliki sekarang pasti bukan milik saya.


1.Mdm Adibah -


       Teacher yang mengajar saya dalam subjek BI dan Sejarah masa form 1 hingga form 3 di Sekolah Menengah Kebangsan Tun Aminah. Saya ingat lagi , teacher tak pernah menggunakan rotan / tangan untuk pukul kami anak muridnya..tetapi teacher menggunakan teknik kata-katanya yang menusuk ke dalam jiwa.Seperti saya, semasa berada di kelasnya , pernah beberapa kali dapat markah sekadar lulus sahaja dalam matapelajarannya...namun suatu katanya yang saya pegang hingga sekarang ialah, " Percayalah Diyanah, tidak ada yang musathil di dunia ini selagi kamu berusaha...teacher yakin kamu boleh."Saya sangat terkesan dengan kata-katanya hinggakan jika boleh saya lafazkan di sini rasa syukur kerana akhirnya Allah memakbulkan doa saya untuk score dalam PMR dengan mendapat straight A's.Alhamdulillah.


2.Mdm Fairuz - 


     Sifatnya yang comel ketika mengajar kami di kelas 5 Ipomea di MRSM memang mencuit hati. Mdm Fairuz mengajar saya dalam matapelajaran BI dan saya ingat lagi disebabkan teacher mengetahui kelemahan saya sewaktu di kelas iaitu tak berani speaking depan kelas....maka setiap kali kelas BI bermula, mulala beliau menyuruh saya ke hadapan untuk bercerita tentang apa-apa.Kadang bercerita tentang literature, isu semasa dan macam-macam.Alhamdulillah , sekarang saya dah boleh sikit-sikit speaking depan orang.


3.Mdm Hawabi - 


      Mdm ni garang sikit , tapi saya tahu sebenarnya beliau ok je...dalamannya penyayang tapi tak nak tunjuk.Memang betul-betul tak tunjuk hinggakan kami semua takut bila beliau masuk mengajar kami dalam subjek Kimia di MRSM.Apapun, banyak kenangan bersama Mdm yang saya sentiasa ingat...saya akui saya kot orang yang sentiasa kena sound dengan mdm dalam kelas, tapi bila fikir balik benarlah apa yang mdm marah-marah pada saya....salah satunya sebab mdm nak saya berjaya dalam kehidupan.


4.Ni yang terakhir rasanya , seorang pendidik lelaki yang bernama Sir Fazli.


      Beliau dah kahwin ok. Semasa di MRSM, saya ingat lagi, ketika itu , saya diberi pilihan untuk memilih 3 jawatan di maktab...samada ingin menjadi BWP( Badan Wakil Pelajar), LDP(Lembaga Disiplin Pelajar) dan Setiausaha ALK(Ahli Lembaga Koperasi).Untuk jawatan BWP, saya dah membentangkan manifesto dan tunggu untuk dipilih..hehehe tapi nasib tidak menyebelahi saya, tetapi saya diberitahu oleh sir bahawa mereka yang tak terpilih menjadi BWP perlu menjadi LDP. Saya pun tak tahu mengapa tak memilih untuk menjadi LDP, tetapi lebih berminat untuk menjadi setiausaha ALK. Alhamdulillah selepas berkhidmat sebagai setiausaha ALK di maktab selama 2 tahun , saya melihat hikmah dari semua ini.


       Dari jawatan ini , di samping menjadi ketua pimpinan ahli koperasi, saya juga belajar untuk berniaga di koperasi.Sir Fazli antara penasihat yang amat saya hormati kerana sering memberi buah fikiran berbentuk pandangan dan kritikan tika saya memiliki posisi ini.Darinya, sir Fazli berani mengamanahkan saya menjadi MC dan juga pengarah program untuk program "Tamu dan Host" yang diadakan di maktab.Sir selalu ingatkan, dalam kita memimpin ini...pasti kita akan dibenci dan percayalah pemimpin itu tugasnya memang untuk buatkan orang benci lalu belajar dari kesilapan.


       Alhamdulillah , sangat bersyukur kerana ketika itu, Koperasi MRSM Batu Pahat Johor menjadi koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.Alhamdulillah juga, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya dipilih untuk menerima anugerah "Kooperator Terbaik MRSMBP". Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk..tetapi sebenarnya untuk memberitahu kepada para pembaca bahawa kerana guru-guru inilah lahirnya kesedaran kepada diri saya untuk lebih berani menghadapi segala cabaran di hadapan juga pada masa yang sama melatih diri ini menjadi seorang yang berdisiplin dalam kehidupan.Saya yakin sahabat pembaca juga pasti mempunyai pengalaman manis bersama-sama guru masing-masing.

*sayangilah guru anda kerana mereka ibarat lilin yang menerangi kehidupan =).Selamat Hari Guru=)*




Ya Allah, kau balaslah jasa insan2 mulia bergelar Ulama', Ustaz, Ustazah, Guru/ Cikgu, Pensyarah dan semua pendidik di seluruh dunia dengan sebaik-baik balasan dunia dan akhirat. Sesungguhnya kerana keikhlasan merekalah aku berada di tempatku sekarang... Syukran!
( ku petik doa ini dari FB ustaz Zahazan) 

Wednesday, May 16, 2012

Nakbah Palestin


Salam w.b.t.

        Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Tak terhingga rasa syukur diucapkan ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin dan rahmatNya dapatlah  saya kembali bertinta di teratak kesayangan saya ini..Alhamdulillah.Sungguh hati ini  terasa senang melihat langit yang ditemani rembulan yang menerangi sekalian alam.Seketika saya berfikir, dalam menghadapi cubaan dakwah dan cubaan dunia, banyak sebenarnya cita-cita ummah yang saya ingin kecapi mahu saya ceritakan kepada Allah SWT. Tapi terkadang saya mudah rasa lemah....dan saya tahu saya perlu menghindari rasa itu.Allah , saya tahu yang saya tak pernah keseorangan menghadapi ujian ini kerana Engkau sentiasa bersama hamba-hambaMu Y a Allah.Ya Allah , terima kasih kerana Engkau masih membenarkan saya hidup dalam lingkungan tarbiah di bumi tercinta Nilai ini. 

     Saya ingat lagi, dahulu saya  pernah dibayangi rasa takut untuk menyampaikan dakwah kerana saya tahu banyak perkara yang perlu saya belajar dan saya pelajari.Suatu yang menyejutkan juga saya pernah mengambil keputusan drastik untuk berhenti berdakwah kerana melihat kegagalan diri untuk membawa mereka cinta kepada tarbiyah.Allah :( apapun saya tahu mungkin inilah yang perlu saya hadapi bagi meinjakkan lagi semangat diri untuk berdakwah.Ingat lagi semalam mentadabbur surah Nuh bersama sahabat halaqah.Malu sangat , saya ini baru gagal berdakwah dalam jangka masa pendek dah mudah berputus asa.Nabi Nuh sendiri dah berdakwah kepada umatnya melebihi 900 tahun , tapi Nabi Nuh tak pernah putus asa.Allah :( maafkan saya.Yup saya akui saya perlu meneruskan usaha ini.

       Sebentar tadi, kak fadhilah dan saya baru habis buat usrah bersama adik-adik nursing  KPJ.Alhamdulillah , sejujurnya saya sangat bahagia hari ini dapat berusrah bersama mereka.Dari raut wajah setiap dari mereka benar-benar inginkan tarbiyah ini hingga ada yang request untuk di follow up untuk usrah seterusnya apabila mereka berada di tempat praktikal nanti.Allahuakbar!! Bukan itu sahaja , adik-adik ini juga memberi  kepada kami  sumbangan derma dari pelajar KPJ kepada rakyat di Palestin dan mengamanahkan kami untuk memberikan sumbangan tersebut kepada Aman Palestin.Nak sedih pun ada...yelah dah lah hari ini genap 64 tahun peristiwa Nakbah.

       InsyaAllah tadi kami membuat sedikit pengisian mengenai peristiwa Nakbah Palestin dan menyiarkan video AGENDA kepada adik-adik.Pengajaran yang boleh diperoleh  ialah setiap daripada kita perlulah mempunyai agenda/matlamatnya secara jelas.Juga perlulah mendekatkan diri dengan al-Quran dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.Di sini izinkan saya berkongsi kepada para pembaca berkenaan isu nakbah ini.Sejujurnya , ianya adalah hasil tulisan Dr. Zainur Rasyid ,Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.Moga sama-sama beroleh manfaat.
__________________________________________

Apa itu Nakbah?
NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?
Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?
Terlalu ramai dan banyak….. Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, 

“Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Kem Pelarian Nahrul Barid, Lubnan 1948

Apakah realitinya setelah 64 tahun Nakbah?
1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?
PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’.
Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?
Tidak.

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?
-Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.
-Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
-Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
-Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
-Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.
-Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
-Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.

Perjuangan sudah sebati dengan kehidupan rakyat Palestin

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?
-Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…

-Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.

-Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.

-Membuat persediaan perjuangan yang  sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa.

-Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.

-Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.

-Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:
“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” 
(Surah Ali Imran: 139)

Thursday, May 10, 2012

BENAR, ITU JASAD SAYA :( !!




Assalamualaikum w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.InsyaAllah kali ini saya teringin berkongsi satu cerita yang baru saya baca pada sebuah buku "AL-ISLAM" berkenaan entri yang bertajuk "BENAR, ITU JASAD SAYA :( ! semoga dapat mengambil ibrah daripadanya.

"Hampir 29 tahun peristiwa itu berlaku, namun masih segar dalam ingatan dan sukar untuk saya melupakannya.Ia adalah pengalaman dan pengajaran yang cukup berharga sekalipun sebahagian jasad saya dikuburkan lebih awal", 
luahan hati seorang hamba Allah(Adam bukan nama sbenar).

       Cerita ini benar-benar berlaku kepada Adam dan sebenarnya terselit 1001 hikmah kepada diri dan kehidupan beliau.Beliau merupakan seorang anak muda yang bekerja sebagai pangarang buku.Suatu ketika , sekitar jam 1.00 petang beliau sangat lapar lalu menuju ke sebuah kedai makan untuk mengisi perut yang kosong dan beliau ke sana melalui jalan short cut untuk sampai ke destinasi warung makan tersebut bersendirian.

         Setibanya beliau di hadapan Wisma Pahlawan, dari jauh beliau melihat sebuah teksi yang dipandu secara terhoyong-hayang (dilihat dari cermin motor).Sebagai mengambil langkah selamat beliau menyandarkan motor di tepi tebing kononnya untuk memberi laluan kepada pemandu mabuk tersebut.

        Namun sangkaan beliau meleset.Rupa-rupanya dalam keadaan yang mabuk , pemandu berkenaan hanya melihat berpandukan cahaya yang datang dari arah hadapan .Apa lagi sebaik melihat lampu motor beliau , maka pemandu teksi itu terus melanggar beliau dan motornya sekali.Beliau terhimpit di antara rempuhan teksi dan tebing di tempat beliau bersandar.Menurut beliau, waktu itu Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakitnya dirempuh lebih-lebih lagi apabila kaki kanan beliau dihimpit oleh kenderaan tersebut.Berikutan daripada kejadian itu, beliau diberitahu oleh salah seorang pengawal Wisma Pahlawan bahawa kaki kanan beliau telah hancur.Pengawal tersebut terus menghubungi ambulan dan membawa beliau ke unit kecemasan.

       Waktu sampai di hospital , ketika itu beliau masih sedar hinggakan rasa sakit yang amat sangat menghilangkan rasa lapar beliau.Dan di waktu itulah , sementara menunggu rawatan, lama-kelamaan beliau merasakan badan beliau lemah dan semakin lemah lalu tidak sedar.

Roh seperti Di Bawa Ke Atas
     Tatkala itu, bermulalah episod di mana beliau melihat sendiri jasad beliau yang masih berada di atas pengusung bilik kecemasan.Beliau merasakan roh beliau semakin jauh dan terus jauh ke atas.Sukar untuk beliau maklumkan adakah beliau sudah naik ke lapisan langit atau apa sebenarnya.Tapi yang pasti beliau merasakan yang beliau terus naik dari satu peringkat ke peringkat yang lain dan dari satu lapisan ke lapisan yang lain meninggalkan jasad yang berada di bawah.

     Bersama beliau ketika itu, kelihatan seorang lelaki berjubah putih mengiringi dan lelaki itu menghulurkan air kepada beliau untuk diminum.Namun beliau mengatakan entah mengapa beliau berusaha untuk menolak pemberian air dari lelaki tersebut.Beliau seakan berinteraksi dengan lelaki tersebut dengan mengatakan bahawa beliau akan mencari sendiri air sekalipun saat itu beliau merasakan terlalu dahaga yang amat .Apa yang pasti ketika itu beliau merasakan yang beliau telah sampai ke lapisan atas yang sukar untuk digambarkan.Suasananya cukup berbeza jika mahu dibandingkan di bumi.Namun di dalamnya ada sebatang sungai yang kelihatan sungguh hitam seperti minyak hitam yang menafikan naluri hati beliau untuk mengambil air tersebut untuk diminum.

     Lelaki tadi yang bersama beliau tetap menghulurkan air yang dipegang di tangannya untuk diberikan kepada beliau.Sekali lagi, beliau menolak huluran tersebut lalu pada masa yang sama beliau merasakan terus naik ke satu lapisan lagi.Kali ini terbentang 3 batang sungai yang juga mempunyai ciri-ciri yanng sama seperti sungai yang pertama tadi iaitu airnya sangat hitam.Dan setiap kali itulah lelaki tadi menghulurkan air jernih kepada beliau dan beliau menolak untuk tidak  meminumnya.

     Tiba-tiba beliau melihat di hadapan beliau seperti ada satu cahaya yang cukup silau.Dari situ , beliau sedar dan melihat jasad beliau yang ditinggalkan tadi berada di bilik pembedahan.Dua minggu selepas kemalangan yang hampir meragut nyawa, beliau akur sebelah kakinya yang tercedera teruk terpaksa dipotong ke paras peha.Selepas selamat pembedahan, kaki beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan di kampungnya di Sabak Bernam Selangor.

      Seminggu selepas kaki "dikebumikan" suatu kejadian yang aneh berlaku.Kaki yang dipotong terasa begitu gatal tetapi beliau tidak dapat menggarunya kerana saat itu kaki beliau sudah tiada pada tubuh sebab telah dikuburkan.Menurut beliau lagi, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana rasa gatal tersebut.Hal ini kerana beliau merasakan kaki beliau seolah-olah sedang di makan oleh ulat . Gatal, perit dan pelbagai rasa lagi.Beliau tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan di kala itu beliau memikirkan , mungkinkah sebelah kakinya yang telah dikebumikan itu sedang dimamah ulat?Juga mungkinkah ini balasan yang dirasakan oleh beliau lantaran dosa-dosa yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya bergelar insan.Dipengakhiran kata , beliau mengatakan bahawa beliau sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah SWT untuk lebih mendekatiNya , patuh dan taat kepada perintah dan menjauhi laranganNya.Pengalaman merasa roh seperti di bawa ke dunia lain benar-benar menginsafkan dan mendorong diri beliau untuk berubah ke arah yang lebih baik.

*Percayalah bahawa kehidupan di dunia ini hanya sebentar sahaja sementara kehidupan akhirat semakin mendekat menerusi usia-usia kita yang kita diberikan peluang untuk menggunakannya.Tanyalah diri , adakah segala pemberianNya telah kita jaga sebaiknya.Mata kita, adakah diguna untuk melihat perkara kebaikan ataupun melihat perkara mungkar?Lidah kita, adakah kita gunakan untuk berbicara perkara bermanfaat atau perkara sia-sia?Tangan , kaki telinga  dan semua organ dalaman kita...adakah kita sudah yakin ianya sudah suci sebelum bertemu denganNya nanti? :(....sy pun mengingatkan diri ini...semoga sama-sama beroleh manfaat.InsyaAllah*

"Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan."
(An-Nahl:61)

Wednesday, May 9, 2012

Harga Sekuntum Cinta 2

Salam w.b.t.
           Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bersama saat ini.InsyaAllah untuk hari ini saya ingin meneruskan babak penulisan saya pada tajuk Harga Sekuntum Cinta 2 setelah penulisan karya saya pada tajuk Harga Sekuntum Cinta 1 . Diharapkan juga para pembaca dapat mengambil ibrah dari apa yang cuba saya sampaikan pada entri kali ini....banyak merujuk kepada erti pengorbanan yang ditempuh oleh insan bernama Aisyah dalam usahanya yang sentiasa ingin dekat dengan Penciptanya, Allah SWT.
_________________________________________
Watak yang terlibat masih sama:

Aimanurrahman : mahasiswa jurusan ekonomi di universiti di York University,United Kingdom,23 tahun

Aisyah : mahasiswi jurusan syariah di UIA Gombak,23 tahun

Pn.Humaira: ibu Aisyah

Sakinah dan Rhaudah: Sahabat baik Aisyah
___________________________________

         Hari ini genaplah seminggu hari yang dinanti-nanti , hari di mana Aisyah akan bertemu dengan sahabat baiknya , Sakinah yang baru pulang dari York University.Mereka bercadang untuk berjumpa pada hari Ahad di Pumpkin House yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi.Kebetulan pada hari itu adalah hari rehatnya di mana dia tidak ada apa-apa program atau meeting persatuan yang perlu dihadirinya. Aisyah tidak lupa membawa bersamanya senaskhah al-Quran yang pernah dihadiahkan oleh Aiman dahulu untuk diberikan kembali  kepada Sakinah sebagai hadiah kepada Sakinah... juga pada masa yang sama Aisyah merasakan hanya dengan melakukan sedemikian mampu membantu dirinya melupakan dendam kesumat sesama mereka.

           Suatu pengorbanan yang cuba Aisyah lakukan, ketika mana dia cuba untuk berlepas diri dari mencintai Aiman dan redha dengan hubungan yang bakal terjalin di antara  Aiman bersama sahabat baiknya, Sakinah.Hal ini kerana Aisyah  benar-benar menyayangi ikatan persahabatan yang terjalin di antara mereka berdua dan sanggup mengorbankan rasa cinta itu semata-mata untuk melihat Sakinah bahagia.Melihat kepada keperibadiannya jugalah membuktikan bahawa saat ini dia ingin benar-benar berubah dan cuba mendidik dirinya untuk mentaati Pencipta yang menciptakannya sebelum berharap penuh pada ciptaanNya.Dia ingin menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berharap agar rahmatNya sentiasa menemani kehidupannya untuk mendidiknya menjadi sebaik-baik hambaNya sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Ara'f ayat 56 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

         Sesampainya di Pumpkin House , kelihatan seorang wanita bertudung labuh sedang menunggu seseorang dan ketika itu , berdetik hati Aisyah bahawa wanita itu adalah Sakinah.Apabila Aisyah mendekati wanita itu ternyata benar apa yang difikir dibenaknya sebentar tadi kerana wanita itu adalah Sakinah , sahabat baiknya yang sangat dirinduinya setelah 5 tahun tidak berjumpa.

"Assalamualaikum Sakinah ...Subhanallah."
(mereka berpelukan dengan diiringi  luahan rindu yang telah lama terpendam)

       Tidak semena-mena terpacul ucapan "Subhanallah" dibibir Aisyah melihat kepada pemakaian tudung labuh dan kelembutan yang masih dikekalkan oleh Sakinah sejak berada di TKC dahulu hingga kini walaupun sudah menyambung belajar di UK.Aisyah cukup kagum melihat tingkah Sakinah dan hatinya juga mengatakan bahawa dia ingin menjadi seperti Sakinah suatu hari nanti..InsyaAllah.

       Setelah agak lama berbual dan bercerita tentang kehidupan dan pengalaman mereka di alam universiti masing-masing, Sakinah menyatakan tujuan pertemuan yang sebenarnya seperti yang telah dijanjikan iaitu untuk menyerahkan surat jemputan walimatulurus kepada Aisyah.Sangkaan Aisyah pada awalnya tepat dan dia cuba mengawal jiwanya untuk berada dalam keadaan baik-baik sahaja.Aisyah mengucapkan tahniah kepada Sakinah dan berjanji akan menghadiri majlis akad nikah mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi lebih kurang 2 minggu lagi.Tanpa berlengah , Aisyah mengeluarkan hadiah yang ingin diberikan kepada Sakinah iaitu senaskhah al-Quran beserta tafsir yang dibungkus dengan sampul berwarna purple.Pemberian itu diterima Sakinah dengan senang hati.

______________________________________
Di rumah Sakinah:
    
        Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, masa di mana Sakinah akan diijabkabulkan bersama Aiman.Aisyah datang bersama Bondanya ke rumah Sakinah pada majlis petangnya iaitu setelah mereka bernikah.Kebiasaannya , Aisyah sememangnya akan  ke mana-mana bersama bondanya sejak arwah ayahnya meninggal dunia saat dia berusia 9 tahun lagi dan tidak hairanlah ketika menghadiri majlis walimah Sakinah, mereka datang berdua sahaja.

         Tidak dinafikan , pada masa yang sama juga, Aisyah merasa berdebar-debar untuk menemui Aiman , seseorang yang telah lama dia tidak ketemu.Akhirnya ,Aisyah bersama bondanya bertemu mata ke mata dengan pasangan pengantin baru tersebut dan mengucapkan tahniah serta mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.Aiman yang berada di situ juga berasa sangat teruja melihat perubahan pada diri Aisyah yang sudah bertudung dan mengucapkan rasa terharu di atas ucapan dan kesudian Aisyah bersama bondanya datang ke majlis mereka.Aiman kelihatannya berborak panjang dengan bonda Aisyah bertanya khabar sesama mereka setelah bertahun tidak berjumpa.Pada Aiman , bonda Aisyah adalah seseorang yang amat dihormatinya sejak pertemuannya dengan Aisyah sewaktu ketika dahulu.

       Sakinah yang merasa pelik dengan kemesraan yang terjalin di antara Aiman dengan bonda Aisyah mendekati ke arah Aiman dan bertanyakan sama ada adakah mereka benar-benar mengenali antara satu sama lain?Dan ketika itu, Aiman menjawab dengan gembiranya bahawa sememangnya mereka telah mengenali sesama mereka kerana..........

       Aiman tiba-tiba sahaja terberhenti menuturkan ayatnya kerana dia takut Sakinah akan berfikir bukan-bukan tentang dia dengan Aisyah suatu tika dahulu.Di mana jika diingatkan kembali saat itu, sememangnya Aimanlah yang banyak membantu Aisyah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga memberitahu hakikat serta tujuan manusia dijadikan di dunia.Aisyah dan bondanya benar-benar mengerti perasaan serba salah Aiman ketika itu dan bonda Aisyah sekadar memberitahu kepada Sakinah bahawa Aisyah dan Aiman dahulu pernah bekerja di tempat kerja yang sama.Bonda Aisyah juga tidak mahu mengambil risiko untuk menceritakan terlalu detail berkenaan jasa Aiman yang telah banyak mengubah diri anaknya, Aisyah kerana dia tahu Aiman kini adalah merupakan imam kepada sahabat baik anaknya, Sakinah.Aisyah yang ada di sisi bondanya ketika itu tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu tersenyum sahaja, dia redha.Hakikatnya dia juga berharap Sakinah tidak akan salah sangka terhadap dirinya.

__________________________________________

Mahu ketahui bagaimana Aisyah menghadapi kenyataan seterusnya bahawa dia bukan milik Aiman....?
Konflik yang berlaku di antara Aisyah dan Sakinah lantaran kemusykilan yang timbul ?

  Ikuti kisah seterusnya pada entri berikutnya.......

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails