Friday, April 6, 2012

Zero to Hero


Salam w.b.t
       Selawat dan salam ke atas Junjugan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini pada hari ini.

      Terkesima seketika membaca buku "Tarbiyah Dari Zero To Hero", karya ustaz Azizee  Hassan. Sungguh saya sangat percaya apabila seseorang itu memahami erti tarbiyah yang diperlukan olehnya seperti makanan rohani yang wajib diisinya setiap waktu, setiap masa dan setiap ketika, maka saya yakin kekuatan saf pemuda-pemudi Islam itu dapat dikaderkan dengan gagahnya.Saya sangat menunggu saat itu dan berharap agar saya juga terpilih berada pada saf itu ketika Islam ini menjulang kegemilangan menentang musuh-musuh Islam.Jika bukan saya yang terpilih, saya berharap generasi-generasi selepas saya yang telah dididik dengan nadi iman yang teguh kepada Allah SWT, InsyaAllah anak-anak saya, cucu-cucu saya , saudara-saudara saya juga menjadi salah satu tulang yang kuat membentuk satu pasukan Islam di medan peperangan di jalanNya nanti. InsyaAllah.

      Ok . Straight to the point.InsyaAllah untuk entri kali ini , suka saya untuk berkongsikan beberapa mutiara kata yang termuat dalam buku ini yang di mana saya berharap para pembaca dapat menelitinya dan memahami bait-baitnya.Apapun semuanya berkenaan kehidupan kita yang perlu segar dalam tarbiyah untuk lebih mengingatiNya dan menjadi sebaik-baik hambaNya.

  1. Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan.Hidup ini dijadikan penuh kesibukan.Kelapangan itu apabila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hambal.Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, lihatlah...sama ada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel shaja di tepi medan.
  2. Dakwah yang kita seru ialah dakwah kepada Islam yang syumul dalam semua aspek kehidupan , akidah , ibadah , syariat, politik,pendidikan ,ketenteraan,ekonomi, sosial dan sebagainya.Kita jemaah dakwah sebelum jemaah siasah(politik).
  3. Asas tarbiyah kita ialah islah annafs(pembaikan jiwa).Menjauhi sifat takbur,riyak,kedekut,bakhil dan sebagainya.
  4. Perangilah kebatilan dengan kuasa kebenaran.
  5. Daie itu menjadi satu pintu bagi berjuta ilmu , satu jiwa berjuta hikmah, satu peribadi penuh inspirasi ,sosok murobbi happy full prestasi dahsyat full manfaat.Ingatlah!!yang paling kuat adalah yang menang.Yang terkuat adalah kebaikan, ia tidak akan hilang setelah mati.Begitulah Sang Dai'e dan Murobbi menebarkan segala kebaikan kepada semua insan menjadi rahmatan lil 'alamin.
  6. Tanpa tarbiyah, harakah hanya menghasilkan peribadi peribadi yang memahami politik tetapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan.
  7. Apabila banyak problem dan masalah , cari kadernya , install dan format semula kadernya, buang virus yang ada di dalamnya.Bukan dengan memusnahkan komputernya.
  8. Jangan kembali pulang, sebelum kita menang.Walau terkapar di medan juang, itulah sebenarnya mujahid /hero berjuang.
___________________________________

Dalam topik 'DAKWAH' yang cuba diketengahkan di dalam buku ini, saya ingin berkongsi satu cabang tajuknya iaitu berkenaan 'Dakwah dan Fiqh Awlawiyat'.Terdapat 5 point yang boleh diketengahkan:

1.Mafhum 'fiqh awlawiyat'
Fiqh bermaksud faham,manakala awlawiyat pula bermaksud yang paling baik.Maka pengertian 'fiqh awlawiyat' ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan.Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif 'fiqh awlawiyat' sebagai "menetapkan sesuatu pada martabatnya , tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan , tidak mengecilkan perkara yang besar dan membesarkan perkara yang kecil."

2.Kesan pengabaian fiqh awlawiyat
Melihat keadaan dunia yang dikecam dengan pelbagai masalah seperti murtad, zina , buang anak dan macam-macam lagi maka perkara yang paling utama adalah membentuk kesatuan dari berselisih di dalam masalah ijtihad.Kita tidak boleh menghukum ijtihad siapa yang benar dan salah hingga mengakibatkan kesatuan umat terabai hingga memudahkan musuh merobek kekutan saf ummah kita dari dalam.Keutamaan utama sekarang ialah menzahirkan kekuatan saf umat dan menyatukan suara umat menjadi kuat , digeruni  dan mampu menggugah kekuatan musuh-musuh Islam.

3.Bidang awlawiyat 
Ianya terbahagi kepada 5 iaitu bidang ilmu(perubatan, teknologi,ICT, kejuruteraan genetik,aeronatik), bidang hisbah(mengingkari perkara yang disepakati dan tidak mengingkari pada perkara yang diperselisihkan), bidang tasyri(seperti Nabi Yusuf memohon diberi tanggungjawab memimpin jabatan kewangan negara agar tidak berlaku penyelewengan), bidang dakwah dan bidang tarbiyah.

4.Awlawiyat "membina agenda masyruk(projek) Islam" di dalam manhaj al-Banna
Al-Banna mengasaskan projek agenda membina peradaban umat dan menjadikan organisasi wahana untuk mencapai agenda tersebut.Sikap inilah yang menyebabkan beliau dikagumi wawasan pemikirannya oleh para tokoh-tokoh politik dan pemimpin pelbagai pertubuhan.

5.Awlawiyat adabiyat syariyyah mendahului adabiyat tanzimiyah
Perkara yang penting dan sewajarnya diberi perhatian dan penelitian ialah kembali meletakkan keutamaan adabiyat syarak dari adabiyat tanzim(organisasi).Semoga dalam pengoperasian dakwah, kita mengukur dan mengutamakan adabiyat syarak dari kepentingan organisasi agar maslahah dakwah tercapai.





No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails