Saturday, April 14, 2012

Saksikanlah wahai Dunia

Salam w.b.t
           Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan DIA.Maka beruntunglah sesiapa yang menggunakan akal fikirannya memikirkan keindahan, keagungan dan kehebatan Pencipta yang menciptakannya.Maha Suci Allah.

           Terasa terlalu pantas masa berlalu meninggalkan diri ini.Allah, maafkan saya Ya Allah kiranya saya gagal menggunakan nikmat masa yang Engkau hadiahkan ini kepada saya dengan sebaiknya.Namun saya sentiasa cuba untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin.Untuk entri kali ini, banyak benda yang mahu saya kongsikan (3 cerita je) dan saya sangat yakin segala apa yang berlaku ini bukan satu kebetulan tapi satu aturan dariNya dan seriously saya benar-benar merasai keindahan itu.Sebelum itu izinkan saya kongsikan kata-kata Syed al-Qutub yang di mana:

Syed al-Qutub berkata:
"Apabila aku hidup di bawah bayangan al-Quran,aku dapati tidak ada dalam hidup ini satu kebetulan ...kesemuanya sebenarnya adalah satu aturan yang sangat indah yang Allah SWT aturkan.Ia mungkin pahit, tetapi selagi kita mengaku yang kita ini hambaNya, kita pasti akan dapat lihat keindahan kehidupan yang diaturkan olehNya."
_______________________________________________
MilikNya Segalanya


          Ok...saya mulakan dengan gambar ini.Percayakah sahabat pembaca bahawa benda ini benar-benar berlaku?Yup , sejujurnya ianya benar-benar berlaku dan mangsa itu adalah melibatkan beberapa orang classmate saya sendiri.Insiden ini begitu mengejutkan kerana 5 buah motor sekaligus dibakar oleh unknown guys.Peristiwa ini terjadi sekitar jam 3.05  pagi , hari Khamis di Desa Palma.Bila difikirkan semula, jika ada yang mahu mencuri motor mereka , pasti mereka akan rembat lari tanpa membakarnya.Hal ini kerana pada hemat saya, saya merasakan ianya terjadi kerana kes ada pihak yang sakit hati.Apapun point yang mahu dikongsi di sini ialah semoga kalian tabah dan sabar dengan ketentuan ini dan cuba sedaya upaya untuk menenangkan diri dengan sentiasa berzikir kepada Dia.Harapan kami semua , semoga urusan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berkhemah tanpa menuduh sesuka hati mereka yang tidak terlibat.

keadaan tempat kejadian dikawal ketat oleh pihak polis sekitar jam 3.30 pagi.Memang agak sedih juga la sebab motor mereka yang kebanyakan baru beli dibakar dengan mudah sekali oleh mereka yang mungkin tak mengerti.Yang pastinya ada ibrah yang Tuhan nak kita lihat dari peristiwa ini......

******************************************
Saudara Baru Kita =)
Habis cerita yang pertama , seterusnya cerita kedua.Baru-baru ini , saya sering duduk di surau di kolej saya(Nilai University College) tiap kali habis kelas pada jam 5 petang.Suatu saat , saya perasan ada 2 orang foreigner yang selalu solat asar di surau itu , seorang dari Nigeria(Maria) dan seorang lagi Thailand(Siti Fatimah). Sebenarnya sebelum saya perasan mereka ini, sememangnya ramai juga foreigner Islam lain yang turut solat di surau itu.Kami sekadar senyum dan tak lebih dari itu.

         Tapi untuk yang kali ini, saya teruja sedikit kerana mereka yang menegur saya terlebih dahulu dengan ucapan "Assalamualaikum sis, are you ok? you look so tired today".Apabila rancak bercerita , rupa-rupanya mereka berdua ini rupanya baru memeluk Islam.Allahuakbar =) ketika saat itu , saya hanya mampu mengucap rasa syukur kehadratNya.Dari situasi ini , saya melihat Islam itu semakin diterima umum di kolej saya sedikit demi sedikit...dan berbalik kepada cita-cita saya pada post sebelum ini , saya yakin bahawa suatu hari nanti NUC juga mampu untuk menjadi peneraju medan berdakwah.

adik Meishan Tham ataupun nama Islamnya Ilannur Afia Tham, 20 tahun.

Juga tidak dilupakan kepada saudara baru adik Meishan (berbangsa Cina), sahabat saya yang baru memeluk agama Islam 2 minggu lepas.Alhamdulillah....saya sangat tertarik kepada kata-katanya yang mengatakan :

Saat hati berkata "tunggu/tangguh" namun Allah berkata "percepatkan" keinginanmu itu :) MashaAllah. *keinginan menuju hidayahMu.

         Kami sebagai saudara seIslam sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.Semoga tetap thabat di jalan ini.Islam itu kan milik semua , maka beruntunglah mereka yang menyedari datangnya hidayah menujuNya sebagai bekalan perjalanan menemui Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

"Dan barangsiapa yang mengkhendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh , sedangkan dia beriman , maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."
(al-Isra' : 19)

*************************************
Ini Cerita Kami:Si Pemakai Tudung Labuh =)


          Hehehe...tak tahu nak mula macamana tapi sebenarnya saya sudah menyedari betapa peri pentingnya mengikut syariat yang Islam telah gariskan untuk setiap hambanya.Jaminan kepada kepatuhan kepada syariat itu sebenarnya banyak melindungi dan menjaga kita sebenarnya sebagai hambaNya terutamanya pemakaian tudung labuh bagi seorang wanita.Sebelum ini , saya akui saya juga masih mencuba untuk membiasakan diri memakai tudung labuh ...tetapi bukan di kolej , sekadar hanya  di program yang persatuan saya anjurkan.Yelah mungkin tak rasa malu sebab kita ada geng yang juga memakai tudung labuh ketika berprogram.

         Alhamdulillah , dengan kuasaNya, DIA hadirkan kepada saya junior-junior yang bertudung labuh.Pada mulanya saya melihat mereka di kolej, saya sudah memasang niat untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan mereka, ingin mengajak mereka berusrah bersama dan berprogram bersama mereka.Alhamdulillah hasrat saya tercapai juga akhirnya dan banyak benda baru yang saya pelajari daripada mereka."Saya sayang junior saya".Melalui penceritaan mereka yang diceritakan kembali kepada saya, mulanya hanya ada 2 orang yang memakai tudung labuh dan selebihnya memakai tudung bawal sahaja.Yang mengujakan saya , hingga saat ini, 9 orang sahabat mereka yang lain juga telah memakai tudung labuh.

        Melihat mereka, hati saya mula berdetik , bagaimana mereka boleh mengekalkan pemakaian tudung labuh itu hingga menjadi ikutan beberapa rakan yang lain.Sedang saya, walaupun hampir 3 tahun sudah berada di jalan tarbiah, saya akui saya masih tidak mempunyai kekuatan untuk memakai tudung labuh ketika di kolej kerana saya tahu mesti saya sorang je di dalam batch MLT sem 6 yang akan pakai tudung labuh.Itu tidak ditambah lagi dengan memikirkan cercaan dan cacian yang bakal saya terima jika saya memakai tudung labuh tersebut....perkara-perkara itu semua menjadi titik tolak membuatkan saya tak pakai tudung labuh.

       Sewaktu berbual dengan adik-adik junior ni, salah seorang dari mereka menawarkan kepada saya untuk mengajak saya ke nilai 3 membeli tudung labuh dan  menjahit bersama-sama tudung labuh di rumah mereka.Sejujurnya, saat itu saya merasakan masa untuk berubah itu telah tiba dan saya perlu yakin untuk memakainya dalam kehidupan seharian saya.

       Mendengar isi hati mereka ketika di awal permulaan kehidupan mereka di Nilai sebagai pemakai tudung labuh, sangat mengharukan saya.Mereka pernah dicerca, dihina , diganggu dan dipulaukan ketika itu.Namun , saya amat mengkagumi mereka kerana mereka masih kuat dan berani mempertahankan syariat Islam ini. Subhanallah....lantas menyuntik keazaman dalam diri ini untuk menjadi sepeti mereka.Saya yakin ini semua berlaku sebab Allah SWT yang menghantar mereka sebagai wasilah memberi peringatan kepada diri ini yanng hina =(

Doakan semoga kita sama-sama thabat di jalan ini.InsyaAllah.

Puteri solehah, mujahidah ansarullah
Berbekal iman , sabar , taqwa , dan redha
Berilmu , beramal , berkhidmat dan berjuang
Bekorban agar Islamkan gemilang
Bersama puteri, Islam takkan sepi
Subur disirami, harum mewangi
Wahai puteri, kau Muslimah sejati
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails