Monday, April 23, 2012

Muhasabah


 Salam w.b.t

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayangNya yang tidak pernah jemu menaungi diri ini saat susah datang dan pergi ...memberi kekuatan kepada diri untuk terus bangun meneruskan langkah menelusuri sebuah kehidupan sebagai hambaNya di dunia ini.


Saat jari-jemari gagah meneruskan bait-bait kalam kekuatan walaupun terasa jasad dan fikiran kini dikuasai rasa sedih yang membungkam jiwa seorang insan, saya seharusnya perlu tahu tanggungjawab saya sebagai seorang hamba dihadapanNya perlu diteruskan. Mungkin ini juga adalah merupakan satu teguran dariNya lantaran kejahilan saya dalam mentaati perintahNya dan  meninggalkan laranganNya.Allah =( sungguh saya sentiasa berdoa agar saya sentiasa dituntun thabat di jalan ini.
________________________________________________
Pesanan buat diri yang hina:
  1. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai beradadalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalamkeadaan putus asa.
  2. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehinggabertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  3. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan  perjuangan kita walaupun terpaksa  menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
  4. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atauperbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknyamereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.
  5. Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalangseseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  6. Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  7. Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalanitu adalah pengajaran.
  8. Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  9. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan. Ia samalahseperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  10. Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  11. Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  12. Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  13. Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  14. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.56.Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang.
  15. Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialahkebenaran dan pintunya ialah keadilan.Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikapkeras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mestidengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.-Said bin Suwaid
  16. Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkankembali kerugian yang dideritainya.
  17. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
  18. Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
  19. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
SAYA PERLU KUAT UNTUK MENGHADAPINYA!!!ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails