Saturday, February 11, 2012

Percayalah Cabaran Kita Berbeza

Salam w.b.t
        Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaa'kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNya, dapatlah saya bertinta kembali di teratak ini.Terasa diri ini masih dilimpahi rahmatNya yang tidak terhitung dek jari-jemari meskipun saya merasakan banyak perkara yang pernah saya lakukan sebelum ini mencalar naluri saya sebagai seorang insani di hadapan Ilahi.Lantas terus saya didik hati ini agar terus mencintai Ilahi meskipun jalannya penuh onak dan duri ditambahi lagi dengan suasana yang memerlukan saya untuk terus kuat memacu kalam insani buat sahabat sekeliling yang amat saya sayangi.

       Luahan hati ini juga saya tujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasai jerihnya melalui kehidupan pada suasana seperti ini.Suasana yang saya maksudkan adalah bukan sepertimana yang berlaku pada universiti USIM  mahupun UIA.Tetapi , percaya dan yakinlah bahawa kita adalah insan yang terpilih untuk menjadi dai'e dijalanNya kerana ada potensi yang perlu dikerahkan demi manfaat insan di sekeliling kita agar masing-masing mengetahui tujuan hidup mereka sebenarnya.

     Tipulah kiranya saya katakan saya tak pernah menangis sepanjang berada di jalan dakwah ini.Anda juga pasti juga pernah menangis bukan?Itulah namanya kasih sayang Allah SWT sentiasa mengiringi kehidupan kita sepanjang masa meskipun cabaran yang dihadapi setiap dari kita berbeza.Ada seseorang, mungkin ditakdirkan berada dalam kalangan mereka-mereka yang non-muslim.Mungkin juga ada seseorang di antara kita yang ditakdirkan berada dalam kalangan mereka yang muslim tetapi tidak mempraktikan kehidupan Islam secara total.Mungkin juga ada di antara kita yang dicampakkan jauh dari jemaah hinggakan satu saat dia kehabisan wang dan masanya semata-mata inginkan satu masa bersama kembali jemaah yang dimasukinya demi pengisian diri dan kekuatan hati menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba kini.

      Itulah sebenarnya yang ingin saya bagitahu bahawa cabaran setiap kita adalah berbeza.Namun , perbezaan  cabaran ini mampu untuk kita tangani jika kita melihat keberadaan ujian yang dihadiahkan kepada kita itu adalah sebagai taruhan untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia di akhirat kelak. Lalu secara tidak langsung , kita hanya akan memusatkan pemikiran yang jauh ke hadapan untuk MAMPU MENGHADAPINYA dan jujur serta amanah dalam melaksanakan ketaatan hanya kepada Dia. :) Sebab itulah saya suka mengingatkan pentingnya untuk kita sentiasa berfikir ke arah positif agar hanya pemikiran ke arah kejayaan dapat dijana hingga nanti di akhirnya kita dapat menilai sendiri betapa hebatNya Dia.Usaha ke arah kekentalan jiwa menghadapi dugaan itu sebenarnya tidak boleh ditunggu , tetapi ia perlu dicari dan perlu dibina sendiri melalui pembinaan hati yang suci bersih.

Mengapa saya mengatakan hati yang bersih?

          Hati yang suci bersih yang saya maksudkan adalah tidak berburuk sangka kepada Allah dan taat kepada segala perintahNya walaupun kita berada dalam kondisi yang tidak membantu pemantapan keimanan kita terhadap Dia .Berikutan hal ini , kita akan mampu untuk berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai meskipun rentetan dari hal itu banyak kali jiwa kita terluka kerana mereka yang tidak memahami kita dalam melaksanakan urusan dakwah ini.Semakin lama kita berusaha menjiwai watak sebagai seorang hamba yang hina di hadapanNya, maka percayalah suatu hari nanti kita akan lali dengan segala perbuatan mereka terhadap kita kerana matlamat kita bukan berterusan membenci perlakuan sahabat yang membenci kita , tetapi kita mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu untuk membawa sahabat kita itu juga ke arah kebaikan.Faham kan?


        Hati adalah pokok pangkal hidup.Bahagia atau tidak hidup seseorang bergantung kepada hatinya.Kebahagiaan tidak berpunca daripada orang lain, wang atau benda.Kebahagiaan sebenar tumbuh dalam hati.Seseorang boleh hidup bahagia jika hatinya bahagia sekalipun dia hidup dalam kalangan orang yang tidak membahagiakan hatinya.


      Ada ungkapan berbunyi, "Hati yang goyah boleh membuatkan tubuh yang gagah menjadi lemah.Hati yang tabah boleh membuatkan tubuh yang lemah menjadi gagah."Pokok pangkal kehidupan ini pada hati.Hati yang selalu kembali kepada Allah SWT, hidup dalam syukur dan qanaah.Hati yang penuh rasa tanggungjawab dan amanah, hidup dalam keadaan ikhlas, bermotivasi dan tidak pernah kecewa.Hati yang memiliki taman yang indah di dalamnya , akan merasakan kehidupan ini sesuatu yang indah dan mudah.
_______________________________________

Saya sebenarnya suka menggunakan analogi seperti ini.Dan saya rasa para pembaca juga pernah mendengar mengenai konsep ini.Konsep yang ingin saya ketengahkan itu adalah konsep "Animal Relationship"/ "Hubungan Binatang".

Animal Relationship:
  1. Parasitism - Relationship that is of benefit to 1 party and harm the other party. 
  2. Commensalism - Relationship that is of benefit to 1 party and the other party gain no benefit. 
  3. Symbiosis - Relationship which both parties gain benefit. 
Rasa-rasanya , jika anda melihat konsep yang dibawakan ini dari sudut dakwah, yang mana satukah menjadi pilihan anda?

       Jika saya diberi pilihan, semestinya saya akan memilih relation yang ketiga , iaitu 'Symbiosis' yang di mana melaluinya saya melihat kedua-dua pihak akan memperoleh manfaat dan tidak dirugikan sedikitpun.Saya harapkan semoga hubungan yang terjalin dengan sahabat kita walaupun tak sefikrah , tetap akan berjalan seperti sahabat sefikrah dengan kita.Hal ini kerana saya melihat , potensi fikiran positif pada diri mereka dapat dicetuskan sikit demi sedikit yang akhirnya mampu mengubah persepsi mereka terhadap tujuan sebenar mereka dijadikan.Yang penting ...teruskan berusaha dan jangan berputus asa ya :)))Doa saya semoga kalian kuat dan tabah menghadapi liku sebagai pejuang di jalanNya.InsyaAllah.

"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah SWT memandang kepada hati kamu.Maka sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah SWT amat mencintai orang tersebut.Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu."
(Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani).



No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails