Sunday, February 5, 2012

Ini Cerita Jengka 8

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaakan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan inayahNya , dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini berkongsi cerita saya sepanjang di Jengka 8, Pahang pada 2 hari lepas.

       Untuk pengetahuan para pembaca, tujuan saya ke sana adalah untuk menghadiri majlis walimah seorang akhawat, namanya kak Siti Aminah.Saya ke sana bersama akhawat-akhawat dari USIM dengan menaiki kereta.Subhanallah , Maha Suci Allah...dengan rahmatNya saya diberi kesempatan hadir ke sana untuk menimba banyak pengalaman berharga bersama penduduk felda di Jengka 8 di sana...yang saya rasa semua mereka amat baik dan ramah belaka.Walaupun kami hampir sesat dalam perjalanan ke sana, tetapi kami sangat bertuah sebab hadirnya orang-orang Pahang di sini yang sanggup membantu kami mencari jalan pulang...sampai ada yang sanggup menyuruh kami follow mereka dari belakang kerana risau jika kami tidak temui jalan yang betul.Supporting betul :)))

       Pengalaman yang berharga tu macam biasala, membantu pihak tuan rumah apa-apa yang patut seperti membungkus kerepek dan menghidangkan sarapan kepada penduduk-penduduk felda yang rewang di situ, membantu packing telur ke dalam beg dan macam-macam lagi.Tiba-tiba saya rindu pula dengan sahabat HOMEROOM saya ketika di maktab suatu ketika dahulu...yang di mana saya dan sahabat-sahabat sekelas dikehendaki hadir berewang bersempena walimah ustazah saya dahulu.Sangat best bila melakukan aktiviti bungkus membungkus beramai-ramai di samping dapat berkongsi cerita sesama sahabat.

     Di sini, saya ingin kongsikan beberapa gambar buat tatapan para pembaca yang saya sayangi untuk menyatakan indahnya cinta selepas kahwin ini:

kak min bersama ustaz umair.Semoga Allah memberi berkah dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.InsyaAllah

bersama akhawat USIM, UPM dan UKM.

saya bersama kak ijad, maryam , kak min, dan kak zu

        Aha...percaya tak kata saya, bahawa indah sebenarnya cinta selepas kahwin.Cinta itu indah seperti berbunganya pada ungkapan bait-bait cinta, namun saya yakin yang dapat menautkan rasa cinta kita kepada orang yang kita cintai itu adalah tautan rasa cinta hakiki dahulu pada Pencipta kita, Allah SWT. 

Ada beberapa orang sahabat di kolej pernah bertanya kepada saya.Beliau dah semakin berusia ...tapi masih lingkungan 25-an la.Beliau bertanya , 

"Macamana kita nak tahu lelaki  itu adalah jodoh kita yang sebenarnya?"

Saya mulakan bicara jawapan saya dengan  mengatakan:

"Bila kita lihat dia, kita akan rasa gementar yang lain macam bila kita melihat perlakuannya kepada orang sekeliling dan juga kepada kita."

Akak itu bertanya lagi:

"Oh ye ke...setahu akak semua lelaki yang akak pernah jumpa , akak pasti akan berasa gementar...hehe adakah itu semua jodoh kita?"

Saya menambah lagi:
         "Itu sememangnya kak, tapi maksud saya di sini ialah apabila kita melihat dia, kita akan merasa gementar yang ketara kerana kita dapat melihat dia sebenarnya adalah seorang yang cinta dan taat pada Tuhannya...lalu kesinambungan dari kegementaran itu , pada masa yang sama kita juga memanfaatkan rasa gentar itu untuk lebih tunduk kepada Allah SWT.Kita mungkin saja boleh kata yang kita jatuh cinta dengan dia, tapi kita takkan berani cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh membuktikan rasa cinta kita kepada dia seperti memakai pakaian yang cantik di hadapannya dan juga berterus terang mengatakan cinta kepada lelaki itu.Perkara yang sepatutnya berlaku adalah kita akan banyak berdoa kepada Allah SWT agar menunjukkan adakah dia lelaki yang ditentukan untuk kita.Juga pada masa yang sama kita juga belajar untuk lebih mendekati Allah SWT sebelum kita memanifestasikan cinta itu kepada manusia di samping mendidik diri untuk redha dengan segala keputusan istikharah dariNya."

Ustazah Fatimah Syarha pernah mengatakan :
"Cinta itu bukan matlamat, tetapi ia adalah alat untuk mendekatkan diri kepadaNya.Tika ini , jika jodoh belum kesampaian , maka jangan jadikan ia penghalang kepada kita untuk mencapai matlamat kita yang utama iaitu cinta kepada Allah SWT.Percayalah hanya cintaNya tidak pernah mengecewakan."

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails