Saturday, February 25, 2012

Ya Allah , Tuntunlah Hamba

Salam w.b.t
        Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNya, dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Terasa terlalu cepat masa berlalu meninggalkan sisa bekalan amal yang perlu dipersiapkan untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta.Ya Allah , tuntunlah hamba yang hina ini agar terus thabat di jalan ini.Sungguh , mungkin hamba rasa terlalu kerdil untuk menghadapi segala ujianMu ini, namun hamba sentiasa berharap moga hadirnya ujian ini menjadikan hamba lebih mengharap kepadaMu sahaja Ya Allah.

       Untuk entri kali ini, penulis merasakan mahu berkongsi pengalaman penulis sepanjang berada di kolej Nilai seminggu yang lepas.Luahan dari penulis ini tidak berniat untuk menunjukkan penulis ini adalah orang yang hebat , tetapi mahu membawa para pembaca menelusuri kekangan-kekangan yang dihadapi oleh para dai'e yang perlu untuk difahami dan bukan untuk disalah tafsirkan.

        Bagi sesiapa yang mengenali saya, mungkin saya pernah memberi seciput nasihat kepada anda untuk thabat di jalan dakwah.Tetapi pada yang sama saya juga mengakui yang saya juga harus mempraktikkan apa yang saya katakan kepada kalian kerana itu adalah tanggungjawab yang perlu untuk  saya laksanakan.Percayalah, ia mungkin senang untuk diungkapkan  seperti mengungkap ertinya sabar, namun hadirnya kekangan-kekangan di sekeliling terkadang membantutkan jua keteguhan saya yang hanya bergelar seorang insan.Maafkan saya, jika kalian melihat saya jatuh, saya juga sebenar berharap agar kalian juga dapat mengingatkan saya tentang erti perjuangan di jalanNya.Hal ini kerana saya juga merupakan hamba yang amat kerdil di hadapan Tuhan, perlukan dorongan menghadapi liku-liku kehidupan menjelajahi masa depan ummah terbilang.

  __________________________________________

Terpandang lautan yang luas terbentang, ku cuba untuk meraih cinta dan redha dari Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

        Nak diungkap madah seorang pendakwah, saya sedar sahabat seperjuangan saya yang lain juga pasti hebat ujian yang mereka hadapi berbanding saya.Maafkan saya , buat sementara ini mungkin saya tidak join certain program yang dianjurkan kerana saya ingin sangat dan mahu memberi tumpuan kepada housemate saya.Sejujurnya saya amat menyayangi mereka.Rasa serba salah yang muncul dalam benak fikiran cuba untuk dipertimbangkan sebaiknya.Moga pilihan yang saya pilih untuk bersama mereka seketika ini melahirkan hikmah dipengakhiran cerita sebagai seorang hamba yang mengharapkan redhaNya semata.

  1. Sekarang ini saya melihat situasi kritikal berlaku di sekeliling saya, di kolej saya sendiri baru-baru ini ada kes rogol berlaku yang berlaku di asrama perempuan yang melibatkan student foreigner (korea) dengan student india.Risau kerana sahabat-sahabat saya juga menetap di situ.Perlu cari solution. Ya Allah tuntunlah kami hambaMu Ya Allah.
  2. Rasa bersalah apabila diberi pilihan untuk bersama mereka sefikrah atau tidak sefikrah.Terkadang hati meronta ,"Apa guna aku pegi dakwah sana-sini tapi tak de spent masa dengan mereka yang tak sefikrah.Mereka pun ada masalah gak...aku perlu ketahui dan perlu untuk bantu mereka."  Saya cuba untuk sebarkan apa yang saya pelajari ketika berprogram dengan sahabat sefikrah untuk dikongsikan dengan mereka.
  3. Cinta@bercouple yang tak berkesudahan.Ya Allah tuntunlah kami hambaMu Ya Allah.
  4. Trip ke Pangkor.Nothing to say.Harap Allah tunjukkan jalan yang benarnya.
  5. Isu solat zohor. Kelas berlangsung bermula jam 1 petang hingga 5 petang tanpa henti.Waktu rehat jam 12 tengahari hingga 1 petang.Kena curi-curi keluarla.
  6. Berhadapan dengan orang yang suka bagi banyak alasan.Motivate diri balik.Moga Allah tunjukkan jalan.

             Moga ketidakberdaan saya bersama sahabat sefikrah tidak menjadi fitnah kerana percayalah dakwah ini sentiasa berjalan , cumanya kali ini bentuknya dalam mendidik sahabat yang tidak  sefikrah memahami erti kejadian mereka sebenarnya dalam versi yang mungkin tak boleh diterima dek logik akal seorang insan.Kali ini kepadaNya sahajalah kebergantungan disandarkan.

Sabda Rasulullah
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"
 (Muslim dan Tarmidzi)


-hamba yang masih memperbaiki diri-

Saturday, February 11, 2012

Percayalah Cabaran Kita Berbeza

Salam w.b.t
        Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaa'kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNya, dapatlah saya bertinta kembali di teratak ini.Terasa diri ini masih dilimpahi rahmatNya yang tidak terhitung dek jari-jemari meskipun saya merasakan banyak perkara yang pernah saya lakukan sebelum ini mencalar naluri saya sebagai seorang insani di hadapan Ilahi.Lantas terus saya didik hati ini agar terus mencintai Ilahi meskipun jalannya penuh onak dan duri ditambahi lagi dengan suasana yang memerlukan saya untuk terus kuat memacu kalam insani buat sahabat sekeliling yang amat saya sayangi.

       Luahan hati ini juga saya tujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasai jerihnya melalui kehidupan pada suasana seperti ini.Suasana yang saya maksudkan adalah bukan sepertimana yang berlaku pada universiti USIM  mahupun UIA.Tetapi , percaya dan yakinlah bahawa kita adalah insan yang terpilih untuk menjadi dai'e dijalanNya kerana ada potensi yang perlu dikerahkan demi manfaat insan di sekeliling kita agar masing-masing mengetahui tujuan hidup mereka sebenarnya.

     Tipulah kiranya saya katakan saya tak pernah menangis sepanjang berada di jalan dakwah ini.Anda juga pasti juga pernah menangis bukan?Itulah namanya kasih sayang Allah SWT sentiasa mengiringi kehidupan kita sepanjang masa meskipun cabaran yang dihadapi setiap dari kita berbeza.Ada seseorang, mungkin ditakdirkan berada dalam kalangan mereka-mereka yang non-muslim.Mungkin juga ada seseorang di antara kita yang ditakdirkan berada dalam kalangan mereka yang muslim tetapi tidak mempraktikan kehidupan Islam secara total.Mungkin juga ada di antara kita yang dicampakkan jauh dari jemaah hinggakan satu saat dia kehabisan wang dan masanya semata-mata inginkan satu masa bersama kembali jemaah yang dimasukinya demi pengisian diri dan kekuatan hati menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba kini.

      Itulah sebenarnya yang ingin saya bagitahu bahawa cabaran setiap kita adalah berbeza.Namun , perbezaan  cabaran ini mampu untuk kita tangani jika kita melihat keberadaan ujian yang dihadiahkan kepada kita itu adalah sebagai taruhan untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia di akhirat kelak. Lalu secara tidak langsung , kita hanya akan memusatkan pemikiran yang jauh ke hadapan untuk MAMPU MENGHADAPINYA dan jujur serta amanah dalam melaksanakan ketaatan hanya kepada Dia. :) Sebab itulah saya suka mengingatkan pentingnya untuk kita sentiasa berfikir ke arah positif agar hanya pemikiran ke arah kejayaan dapat dijana hingga nanti di akhirnya kita dapat menilai sendiri betapa hebatNya Dia.Usaha ke arah kekentalan jiwa menghadapi dugaan itu sebenarnya tidak boleh ditunggu , tetapi ia perlu dicari dan perlu dibina sendiri melalui pembinaan hati yang suci bersih.

Mengapa saya mengatakan hati yang bersih?

          Hati yang suci bersih yang saya maksudkan adalah tidak berburuk sangka kepada Allah dan taat kepada segala perintahNya walaupun kita berada dalam kondisi yang tidak membantu pemantapan keimanan kita terhadap Dia .Berikutan hal ini , kita akan mampu untuk berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai meskipun rentetan dari hal itu banyak kali jiwa kita terluka kerana mereka yang tidak memahami kita dalam melaksanakan urusan dakwah ini.Semakin lama kita berusaha menjiwai watak sebagai seorang hamba yang hina di hadapanNya, maka percayalah suatu hari nanti kita akan lali dengan segala perbuatan mereka terhadap kita kerana matlamat kita bukan berterusan membenci perlakuan sahabat yang membenci kita , tetapi kita mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu untuk membawa sahabat kita itu juga ke arah kebaikan.Faham kan?


        Hati adalah pokok pangkal hidup.Bahagia atau tidak hidup seseorang bergantung kepada hatinya.Kebahagiaan tidak berpunca daripada orang lain, wang atau benda.Kebahagiaan sebenar tumbuh dalam hati.Seseorang boleh hidup bahagia jika hatinya bahagia sekalipun dia hidup dalam kalangan orang yang tidak membahagiakan hatinya.


      Ada ungkapan berbunyi, "Hati yang goyah boleh membuatkan tubuh yang gagah menjadi lemah.Hati yang tabah boleh membuatkan tubuh yang lemah menjadi gagah."Pokok pangkal kehidupan ini pada hati.Hati yang selalu kembali kepada Allah SWT, hidup dalam syukur dan qanaah.Hati yang penuh rasa tanggungjawab dan amanah, hidup dalam keadaan ikhlas, bermotivasi dan tidak pernah kecewa.Hati yang memiliki taman yang indah di dalamnya , akan merasakan kehidupan ini sesuatu yang indah dan mudah.
_______________________________________

Saya sebenarnya suka menggunakan analogi seperti ini.Dan saya rasa para pembaca juga pernah mendengar mengenai konsep ini.Konsep yang ingin saya ketengahkan itu adalah konsep "Animal Relationship"/ "Hubungan Binatang".

Animal Relationship:
  1. Parasitism - Relationship that is of benefit to 1 party and harm the other party. 
  2. Commensalism - Relationship that is of benefit to 1 party and the other party gain no benefit. 
  3. Symbiosis - Relationship which both parties gain benefit. 
Rasa-rasanya , jika anda melihat konsep yang dibawakan ini dari sudut dakwah, yang mana satukah menjadi pilihan anda?

       Jika saya diberi pilihan, semestinya saya akan memilih relation yang ketiga , iaitu 'Symbiosis' yang di mana melaluinya saya melihat kedua-dua pihak akan memperoleh manfaat dan tidak dirugikan sedikitpun.Saya harapkan semoga hubungan yang terjalin dengan sahabat kita walaupun tak sefikrah , tetap akan berjalan seperti sahabat sefikrah dengan kita.Hal ini kerana saya melihat , potensi fikiran positif pada diri mereka dapat dicetuskan sikit demi sedikit yang akhirnya mampu mengubah persepsi mereka terhadap tujuan sebenar mereka dijadikan.Yang penting ...teruskan berusaha dan jangan berputus asa ya :)))Doa saya semoga kalian kuat dan tabah menghadapi liku sebagai pejuang di jalanNya.InsyaAllah.

"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah SWT memandang kepada hati kamu.Maka sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah SWT amat mencintai orang tersebut.Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu."
(Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani).



Sunday, February 5, 2012

Ini Cerita Jengka 8

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaakan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan inayahNya , dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini berkongsi cerita saya sepanjang di Jengka 8, Pahang pada 2 hari lepas.

       Untuk pengetahuan para pembaca, tujuan saya ke sana adalah untuk menghadiri majlis walimah seorang akhawat, namanya kak Siti Aminah.Saya ke sana bersama akhawat-akhawat dari USIM dengan menaiki kereta.Subhanallah , Maha Suci Allah...dengan rahmatNya saya diberi kesempatan hadir ke sana untuk menimba banyak pengalaman berharga bersama penduduk felda di Jengka 8 di sana...yang saya rasa semua mereka amat baik dan ramah belaka.Walaupun kami hampir sesat dalam perjalanan ke sana, tetapi kami sangat bertuah sebab hadirnya orang-orang Pahang di sini yang sanggup membantu kami mencari jalan pulang...sampai ada yang sanggup menyuruh kami follow mereka dari belakang kerana risau jika kami tidak temui jalan yang betul.Supporting betul :)))

       Pengalaman yang berharga tu macam biasala, membantu pihak tuan rumah apa-apa yang patut seperti membungkus kerepek dan menghidangkan sarapan kepada penduduk-penduduk felda yang rewang di situ, membantu packing telur ke dalam beg dan macam-macam lagi.Tiba-tiba saya rindu pula dengan sahabat HOMEROOM saya ketika di maktab suatu ketika dahulu...yang di mana saya dan sahabat-sahabat sekelas dikehendaki hadir berewang bersempena walimah ustazah saya dahulu.Sangat best bila melakukan aktiviti bungkus membungkus beramai-ramai di samping dapat berkongsi cerita sesama sahabat.

     Di sini, saya ingin kongsikan beberapa gambar buat tatapan para pembaca yang saya sayangi untuk menyatakan indahnya cinta selepas kahwin ini:

kak min bersama ustaz umair.Semoga Allah memberi berkah dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.InsyaAllah

bersama akhawat USIM, UPM dan UKM.

saya bersama kak ijad, maryam , kak min, dan kak zu

        Aha...percaya tak kata saya, bahawa indah sebenarnya cinta selepas kahwin.Cinta itu indah seperti berbunganya pada ungkapan bait-bait cinta, namun saya yakin yang dapat menautkan rasa cinta kita kepada orang yang kita cintai itu adalah tautan rasa cinta hakiki dahulu pada Pencipta kita, Allah SWT. 

Ada beberapa orang sahabat di kolej pernah bertanya kepada saya.Beliau dah semakin berusia ...tapi masih lingkungan 25-an la.Beliau bertanya , 

"Macamana kita nak tahu lelaki  itu adalah jodoh kita yang sebenarnya?"

Saya mulakan bicara jawapan saya dengan  mengatakan:

"Bila kita lihat dia, kita akan rasa gementar yang lain macam bila kita melihat perlakuannya kepada orang sekeliling dan juga kepada kita."

Akak itu bertanya lagi:

"Oh ye ke...setahu akak semua lelaki yang akak pernah jumpa , akak pasti akan berasa gementar...hehe adakah itu semua jodoh kita?"

Saya menambah lagi:
         "Itu sememangnya kak, tapi maksud saya di sini ialah apabila kita melihat dia, kita akan merasa gementar yang ketara kerana kita dapat melihat dia sebenarnya adalah seorang yang cinta dan taat pada Tuhannya...lalu kesinambungan dari kegementaran itu , pada masa yang sama kita juga memanfaatkan rasa gentar itu untuk lebih tunduk kepada Allah SWT.Kita mungkin saja boleh kata yang kita jatuh cinta dengan dia, tapi kita takkan berani cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh membuktikan rasa cinta kita kepada dia seperti memakai pakaian yang cantik di hadapannya dan juga berterus terang mengatakan cinta kepada lelaki itu.Perkara yang sepatutnya berlaku adalah kita akan banyak berdoa kepada Allah SWT agar menunjukkan adakah dia lelaki yang ditentukan untuk kita.Juga pada masa yang sama kita juga belajar untuk lebih mendekati Allah SWT sebelum kita memanifestasikan cinta itu kepada manusia di samping mendidik diri untuk redha dengan segala keputusan istikharah dariNya."

Ustazah Fatimah Syarha pernah mengatakan :
"Cinta itu bukan matlamat, tetapi ia adalah alat untuk mendekatkan diri kepadaNya.Tika ini , jika jodoh belum kesampaian , maka jangan jadikan ia penghalang kepada kita untuk mencapai matlamat kita yang utama iaitu cinta kepada Allah SWT.Percayalah hanya cintaNya tidak pernah mengecewakan."

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails