Monday, January 16, 2012

Sem 6 Bermula

Salam w.b.t
         Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di sini.Terima kasih Ya Allah.

        Hari ni saya bukan mahu membuat perkongsian , tetapi mahu menceritakan sedikit pengalaman yang saya lalui pada hari ini sebagai pelajar sem 6 Diploma in Medical Laboratory Technology .Alhamdulillah , sesungguhnya saya bersyukur sangat kerana Allah SWT memudahkan urusan saya sepanjang melanjutkan pengajian di sini selama hampir 2 tahun setengah di Nilai University College.

      Apabila mengimbau kembali sejarah silam dahulu semasa baru menerima keputusan SPM, di mana saat itu saya memikirkan tawaran belajar yang sesuai yang sewajarnya dipilih , saya termanggu seketika.Hal ini kerana saya mahu menerima tawaran belajar yang bertentangan dengan pilihan keluarga saya.Saya mahu melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, namun ibu bapa saya menyuruh saya menerima tawaran SPA ini. Sejujurnya saya menangis ketika itu...tetapi saya cuba untuk berfikiran positif saat itu kerana ada baiknya saya akur pilihan mereka ini...dan saya cuba bina keyakinan terhadap Allah SWT.Saya yakin Allah SWT tidak akan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang tertanggung oleh hambaNya.

      Hati kembali berbunga apabila bertemu teman-teman baru yang juga mempunyai nasib yang sama seperti saya di kolej ini.Ada juga sahabat saya yang dapat menerima tawaran MARA dan JPA dalam bidang akauntan dan kedoktoran di luar negara, namun hasratnya tak dapat diteruskan kerana ibubapa mereka berpendapat belajar dalam bidang ini lebih bagus dan banyak kelebihannya.Dan sekarang mereka masih kuat meneruskan perjuangan dalam bidang ini.Kami memegang pendirian teguh bahawa pangkat seseorang itu atau level mereka dalam pelajaran seperti degree, master mahupun phd tiada apa pada pandangan Allah SWT kerana Allah SWT tak menilai seseorang itu pada pangkat yang dimiliki oleh seseorang tetapi yang diukur adalah pada ketaqwaannya kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam, Allah SWT.

       Disebabkan hari ini adalah merupakan hari yang pertama bagi semesta baru, jadi kami semua diberikan tugasan-tugasan yang amat menarik.Kumpulan pun dirombak, assignment pun dah start berlambak.Ikhtiar kami, kami cuba melakukan yang terbaik untuk sem akhir kami di sini.Doakan kami di sini.Kami pernah dibayangi dengan ketakutan bahawa hingga kini profession MLT ini masih berada di tahap terendah jika mahu dibandingkan dengan profession nursing dan doktor kerana kelemahan union itu sendiri.Yup itu memang saya akui, tapi hingga saat ini saya melihat banyak usaha-usaha yang dilakukan dalam menaikkan prestasi MLT agar bidang ini tidak dipandang rendah oleh mereka.Persaingan sihat ini sewajarnya mendorong kami pewaris-pewaris MLT ini untuk terus bangkit mencapai visi dan misi bagi menjamin manfaatnya kepada masyarakat dan orang sekeliling.

       Saya merasakan bidang ini adalah sesuatu bidang yang menarik untuk diterokai.Bidang-bidang lain juga tidak ada kurangnya.Cumanya ingin saya tegaskan di sini, belajarlah untuk menanam niat belajar semata kerana Dia dan bukannya untuk menjadi antara yang disebut ramai oleh penduduk bumi semata-mata.

"Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas."
(Ibnu Sina)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails