Saturday, January 28, 2012

Rindu Pada Arwah Adik!


Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'akan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali berkongsi rasa di teratak ini.Terasa masa cepat berlalu dan seiring itu penginjakkan umur  dirasakan pantas meninggalkan kita.Doa saya agar kita sentiasa dituntun oleh hidayah dan rahmat dariNya dalam menghadapi hidup manusia zaman moden ini yang semakin meninggalkan teladan terbaik umat terdahulu yang sanggup berjihad dan syahid di jalan menuju Allah SWT.

     Seketika , saya termanggu sebentar kerana melihat keletah seorang kakak dengan seorang adik lelakinya di Giant petang tadi.Subhanallah...Maha Suci Allah SWT kerana mengilhamkan rasa kasih sayang sesama mereka.Kelihatan murninya jiwa seorang insan bernama adik lelaki yang sudi menemani kakaknya membeli buku di kedai buku Popular.Tekun adik lelaki itu membuntuti kakaknya memilih buku dan menyatakan pendapat berkenaan buku yang hendak dibeli oleh kakaknya itu sesuai atau tidak.Tidak semena-mena tak disangka air mata saya menitis perlahan-lahan membasahi pipi.Saya sebenarnya RINDU!! Ya Allah saya rindu arwah adik lelaki saya.

Dulu saya ada seorang hero lelaki 
dia adalah seorang adik lelaki yang amat saya sayangi
semasa hidupnya adik tidak pernah mengeluh menemani saya ke mana-mana
walaupun ketika itu adik ada pertandingan bola sepak bersama rakannya
namun , adik sanggup batalkan rancangannya bertanding demi saya
adik sanggup menemani saya ke mana-mana.

Saya rindu gelak tawa arwah adik...
kini saya harus berdepan dengan realiti yang adik sudah kembali ke pangkuan Ilahi
kerana Dia lebih menyayangi adik berbanding sayangnya saya pada adik
berikutan itu , saya juga semakin belajar untuk berdikari menghadapi hidup ini
tanpa kehadiran adik di sisi.
mulanya memang terkial-kial ke mana-mana berseorangan
kerana kebiasaanya adiklah yang menjadi peneman setia ke sana sini
tapi saya cuba gagahi juga meredahi kehidupan ini
kerana saya tahu saya masih ada Allah SWT Yang Maha Mengasihani

Untukmu adik tercinta...
doa akak semoga kau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang soleh dan 
dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Akak terkasima tatkala melihat kembali surat yang pernah adik tulis 
semasa adik menyertai salah satu kem motivasi di High School dahulu,
kata adik, adik sangat bercita-cita ingin membawa ayah dan bonda menziarahi Mekah
dan menunaikan ibadah haji bersama...
InsyaAllah dik...kini biarlah ia menjadi kesinambungan impian adik ini pada akak di sini
InsyaAllah akak akan cuba untuk menunaikan hasrat itu demi ayah bonda tercinta
juga yang terutama kerana Allah SWT agar gelombang keyakinan ini bisa dirasai
yang akhirnya bisa mendorong diri ini untuk lebih istiqamah dalam 
membawa misi kehidupan yang bertunjangkan kalimah,
"Lailahaillah Muhammadur Rasulullah" ..
lantas mampu mencorak diri dan masyarakat.
InsyaAllah...kepadaNya segala harapan dan kebergantungan disandarkan.

Life is struggle, accept it God give us grace to accept with serenity the things that cannot be changed, courage to change the things which should be changed and the wisdom to distinguish the one from the other.

sahabat-sahabat arwah adik yang sentiasa menyerikan 
kehidupan keluarga kami setelah pemergian arwah adik

1 comment:

  1. salam...tiba2 terjumpa blog saudari... sama juga seperti saya, tetapi saya kehilangan 2 org tersayang, yakni arwah kakak dan arwah adik lelaki saya... mereka kini sedang menunggu di pintu syurga menantikan kami sekeluarga....Al Fatihah kepada allahyarham siti aisyah dan allahyarham muhammad zakwan...

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails